Wednesday, August 6
MENTERI KABINET BRITAIN LETAK JAWATAN KERANA #GAZA @MPKOTABELUD
Saya kecewa dengan berita peletakan jawatan Baroness Warsi sebagai Menteri Kabinet Britain petang semalam. Saya memuji pendirian beliau yang tegas, dalam mempertahankan kepentingan rakyat Palestin. Beliau kekal teguh dan tidak bersetuju dengan dasar Kerajaan UK mengenai kemelut di Gaza - sesuatu yang sepatutnya menjadi teladan kepada semua.
Secara peribadi, saya percaya yang masyarakat antarabangsa terlalu memberi penekanan terhadap ancaman Hamas, sedangkan isu sebenarnya ialah penderitaan rakyat Palestin di bumi mereka sendiri, yang perlu diselesaikan atas faktor kemanusiaan. Tidak ada jawapan yang baik untuk membenarkan pembunuhan sedemikian, walau apa pun alasan yang cuba diberikan untuk meyakinkan kita.
April lalu, saya berpeluang menerima kunjungan Baroness Warsi ketika lawatan kerja beliau ke SK Piasau, di kawasan saya di Kota Belud. Dalam masa yang singkat itu, kami sempat bertukar pandangan mengenai pelbagai isu.
Dengan menggunakan projek Big Iftar di Britain - yang diperkenalkan oleh Baroness Warsi ketika menjadi Menteri Keagamaan dan Komuniti UK - kementerian saya menerusi Bahagian Kesejahteraan Bandar telah memperkenalkan majlis berbuka puasa di Masjid An-Nur di USJ4 ketika bulan Ramadan yang lalu.
Majlis ini, yang turut menyaksikan kehadiran pelbagai wakil Gereja dan pemimpin agama lain, bertujuan meningkatkan integrasi komuniti di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Adalah menjadi harapan saya yang usaha ini akan diteruskan dan diterapkan sebagai tradisi kemasyarakatan kita.
Saya mengucapkan Baroness Warsi selamat maju jaya di masa depan. Marilah kita berganding bahu memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.