Jangan politikkan isu rumah kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan menunjukkan siapa yang lebih berkuasa memberi kelulusan atau menghalang pembinaannya.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kerajaan Pulau Pinang tidak wajar menghalang secara senyap perumahan mampu milik yang bakal dilaksanakan oleh beberapa agensi kerajaan Pusat dan pemaju dari kalangan pemimpin Umno.
Beliau berkata, alasan tidak munasabah yang diberi Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyebabkan matlamat pihak lain menyediakan 10,000 rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan.
"
Kasihan kepada rakyat yang memerlukan rumah menjadi mangsa kepada karenah birokrasi yang diwujudkan kerajaan negeri.
"Jika ada masalah, apa salahnya Guan Eng mencari jalan dengan berunding bagi menyelesaikannya. Ini adalah untuk keperluan rakyat dan bukan kepentingan politik mana-mana pihak," katanya.
Menurutnya, Guan Eng sepatutnya bersyukur kerana ada pihak lain, terutama agensi kerajaan Pusat yang sanggup membantunya menyediakan rumah mampu milik.
Bagaimanapun, agak malang apabila ketua menteri tidak mampu melihatnya secara positif sebaliknya bertindak seperti samseng jalanan dan pemimpin tiada kelas walaupun membabitkan isu kecil semata-mata perasaan dendam kepada kerajaan Pusat.
"Siapa yang rugi. Rakyat terutama yang memang berhasrat memilik rumah sendiri. Nak harap kerajaan negeri, sampai sekarang belum nampak usahanya membina sendiri rumah untuk rakyat.
Abdul Rahman juga menegur sikap kerajaan negeri yang memberi tumpuan rumah mahal di bahagian pulau dan membina rumah mampu milik dan kos rendah di tanah besar.
"Ramai juga penduduk di pulau yang memerlukan rumah mampu milik. Bukan semuanya berupaya membeli rumah mahal. Perkara itu sepatutnya diseimbangkan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.