Friday, September 12

KEBOCORAN SOALAN UPSR


Saya sekali lagi ingin menyatakan rasa teramat kesal saya terhadap perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyebabkan seramai setengah juta pelajar yang menduduki UPSR seluruh Malaysia terpaksa menduduki semula kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September ini.

Manusia yang tiada integriti ini sudah pasti tidak memikirkan kesan perbuatannya yang amat keji itu.

Walaupun terdapat sistem kawalan yang baik, namun tidakan dan perbuatan tidak amanah dan khianat ini telah membuat anak- anak kita tertekan dan ibu bapa tidak keruan akibat insiden ini.

Bagi pihak KPM, dan sebagaimana telah saya katakan semalam siasatan rapi dan menyeluruh telah pun dimulakan demi menjaga integriti peperiksaan awam di negara ini.

KPM telah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan sumber kebocoran dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti akan dibawa ke muka pengadilan.

Siasatan akan dijalankan dengan telus dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah. Kementerian MESTI  mengambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti  Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awan negara kita.

Memandangkan insiden kebocoran soalan UPSR amat serius, Pengarah LPM Dr. Naimah binti Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM Dr. Wan Ilias bin Wan Salleh DIGANTUNG TUGAS dalam tempoh siasatan berkuatkuasa serta merta.  Dato Misrah Bin Hj Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran akan mengambil alih  pengoperasian  dan tanggungjawab Lembaga Peperiksaan.

YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
12 September 2014
Vientiane, Laos

2 comments:

  1. Gantungkan juga Pengarah Bahagian Matrikulasi yang telah banyak mengkhianati pelajar, ibu bapa bangsa Melayu... membuat polisi menghantar pelajar jauh dari negeri asal Matrikulasi... membebankan ibu bapa berpendapat rendah... tanpa menyedari memberi peluang pelajar Sains STPM lebih untung kerana belajar di tempat berhampiran rumah..... memberi peluang bangsa lain mengambil tempat dalam kursus-kursus kritikal d IPTA... tidak menyokong kakitangan Matrikulasi sambung belajar sedangkan majoritinya Melayu ...

    ReplyDelete
  2. Imbas balik sekeliling masykt kita? Sumber perosak (Arak, dadah, judi, seks bebas serta maksiat kearah itu, rasuah kecil besar, salah guna masjid utk adu domba,berniaga, iklan niaga d dlmnya, nikah tipu rasuah lari keThailand & mana sja, ust pusat tahfiz pun d lapur meliwat? skbr berterusan susah payah korek kes2 seleweng>beli cuti sakit/ rasuah utk mudah pindah tempat kerja-Kpm?/ korup rasuah banyk pihak berkuasa kes2 seludup- kereta, rokok, arak juga kes jual my kad, pasport, surat beranak, disel petrol sabsidi/ tindakn yg banyk persoalan bila serbuan Gro/pati/judi haram- pemulik biznes & premis tak nampak d heret, juga dlm tak sampai 5-6 bulan satu tempat d serbu hingga 2-3 kali? Isu dna babi dlm cadbury pun umat d permain bila bahan jadi isu tak d rampas d uji semula sebaliknya tergamak Jakim buat kenyataan "ujian terkini drp kilang cadbury ok?" Banyak kes mcm d simpan bawah karpet agar rkyt lupa> lapuran korupsi cec2012Dap hingga kini Ros/pdrm/sprm tak apa tindakann. Itu kes serias jika sabit=cbt (criminal breach of trust) org yg tebabit tak layak pimpin mana2 pertubuhan , tak layak pegang jawatan awam, adun, ahli parlimen, apa lagi ket menteri? Kpd PM MNajib sbg ketua 1 negara, juga Kabinet negara, kepimpinan negeri termasuk pembangkang, Kepimpinan semua agensi kerajaan, sewasta, politik, ngo, etnik, masykt, biznes, terlebih lagi kepimpinan ulama Islam mana pun jagalah maruah Islam takut murka Allah, harap RahmtNya, Malulah kpdNya, jaga institusi Islam bermaruah lebih lagi pihak kerajaan negeri & pusat. Juga pimpinan kumpulan agama2 lain yg tentunya mahukn redza Tuhan yg sebenar. Sekian dulu. Moga AllahSwt Bimbing Bantu kita dng Hidayh TaufiqNya utk dpt melaksanakn segala AmanahNya seb aiknya agar dpt keAmpunan Rahmt RedzaN ya dlm selamat mulia bahagia bersama sekalian mereka yg mesti kita ingat & kasih berkekaln Dunia Akhirat, selamat drp dosa Murka Bala Azab Neraka AllahSwt. Mohon kemaafan jika saya sesiapa rasa tersinggun g. Amin Ya Allah Ya Rahmn Ya Rahiim.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.