Tuesday, September 23

@MPkotabelud TANGKAP ULAR SAWA #PRKPengkalanKubor #PengkalanKubor


Dalam kesibukan berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyertai pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat menangkap seekor ular sawa di Kampung Raja, Pantai Geting di Tumpat.

Ular sawa sepanjang lebih tiga meter itu sedang menyusur dalam sebuah kedai makan ketika Abdul Rahman mengadakan sidang media dan ia disedari seorang pegawai bomba yang ternampak kelibat ular itu dalam semak berhampiran.

Turut menyertai Abdul Rahman ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman.


Abdul Rahman dan Azmi bergegas meninggalkan sidang akhbar berkenaan untuk menyertai beberapa anggota Bomba dan Penyelamat menangkap ular sawa itu di kawasan semak kira-kira 10 meter dari kedai makan itu.

Ular sawa itu akhirnya ditangkap 10 minit selepas itu oleh beberapa anggota bomba dan tanpa rasa takut, Abdul Rahman turut memegang kepala ular sawa itu.

Seorang penduduk, Wan Ali Wan Stapa, 57, berkata insiden itu akan diingatinya kerana ia merupakan kali pertama melihat seorang menteri bersama-sama menangkap ular.

"Bukan senang nak tengok menteri tangkap ular ni. Kalau bomba tu memang biasalah," katanya.

Seorang lagi penduduk, Saadiah Awang, 50, mengakui keberanian Abdul Rahman itu dan berkata: "Berani weh menteri ruponyo tangkap ular. Kito pun gerun tengok."

Abdul Rahman kemudiannya terus menyambung kembali sidang akhbar tertangguh itu manakala ular sawa berkenaan dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.