Gambar yang berjaya MKP rakamkan sebentar tadi, Suasana selepas mesyuarat kabinet sebelum YAB Datuk Seri Najib Razak bentangkan #Budget2015 dalam 5 jam dari sekarang. Nampaknya Menteri yang hadir berpuas hati dengan apa yang bakal dibentangkan pada Budget2015 selepas solat Jumaat petang nanti. Dari Riak muka Menteri hanya sorang sahaja yang masam mencuka... Datuk Seri Zahid Hamidi.... Tapi kenapa ek......?
Kerajaan dijangka memberi fokus terhadap langkah-langkah pembinaan lebih banyak rumah mampu milik dalam pembentangan Bajet 2015.
Beberapa langkah yang diperkenalkan antaranya kemudahan penuh pinjaman di bawah Skim Rumah Pertamaku atau melanjutkan pengecualian 50 peratus duti setem bagi pembeli rumah kali pertama bernilai di bawah RM400,000.
Kerajaan juga diramal meluaskan insentif yang lebih baik bagi menggalakkan penyertaan pemaju swasta untuk membina kediaman kos sederhana dan rendah dan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau unit Projek Perumahan Rakyat yang akan dibina pada tahun depan.
MKP menjangkakan kerajaan memberi kelonggaran sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi pembeli rumah kali pertama untuk hartanah berharga RM400,000 dan ke bawah seperti yang dilobi Persatuan Pemaju Hartanah dan Kediaman sumber dari nota penyelidikan MIDF Research.
Harga lantai hartanah yang boleh dimiliki kepada pelabur asing dinaikkan dan penyediaan pembiayaan lebih murah untuk pembeli kali pertama.
Kerajaan juga dijangka tidak melaksanakan satu lagi pusingan kenaikan cukai keuntungan hartanah (RPGT).
Perdana Menteri juga menggariskan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"BR1M akan diteruskan memandangkan ia merupakan sebahagian daripada manifesto. Ia merupakan sebahagian daripada rasionalisasi subsidi.
"Dengan mengalihkan subsidi menyeluruh kepada sokongan lebih bersasar, kami akan memperoleh nilai wang yang lebih baik," katanya.
Najib juga menegaskan mengenai pentingnya meneruskan langkah-langkah mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan bajet seimbang dicapai pada 2020.
Beliau menambah bahawa kerajaan kini dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi sasaran defisit fiskal, yang meliputi pengurangan defisit kepada 3.5 peratus menjelang akhir tahun dan tiga peratus pada akhir 2015.
Minta izin WM untuk iklan
ReplyDeleteAda sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??
Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah
Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!
Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hantar segera sms ke 013 2704567(anda akan dihubungi segera)..ayuh tolong saya selamatkan tanah orang Melayu !!!
Selagi BRIM dihulur selagi itulah BN akan berkuasa. Sebab itu pemimpin pembangkang tak suka walaupun yang ditolong ialah orang susah/miskin.
ReplyDeleteMereka lebih suka subsidi minyak sebab boleh seludup petrol dan diesel ke Thailand dan Indonesia.