Friday, November 7

KESIAN!!!!! DITANGKAP KERANA MENJUAL BUKU.............? @PDRMsia


Depa nie jual buku....................? Tapi buku apa yang dijual kena tangkap..........? buku yang dijual mesti dilarang atau berunsur tidak baik pada Masyarakat............?

Isteri Kartunis Zunar Ditahan Jual Buku Sindir Institusi Kehakiman ..... Yang turut ditahan seorang wanita bersama seorang lelaki yang dipercayai membantunya mempamer dan menjual buku tersebut.

Padan Muka !!!! .Sayangnya pandai melukis tapi tak guna otak untuk berfikir.... Nanti suruh Anwar jamin yer !!! Mereka ditahan semalam di Putrajaya.

Kes buku Zunar ini dah diharamkan sejak tahun 2010 lagi. berikut adalah keterangan dari mahkamah semasa Zunar dibicarakan pada 2010.

Pegawai polis yang merampas buku milik pelukis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar memberitahu Mahkamah Tinggi sebelum ini mengatakan bahawa kandungan di dalam buku bertajuk "Cartoon-0-phobia" boleh menimbulkan rasa benci kepada pemimpin dan menyebabkan masyarakat keliru.

ASP A Arikrishna yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman oleh Zunar terhadap dua anggota polis dan tiga yang lain berkata setiap helaian pada buku tersebut mempunyai wajah pemimpin, pasukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya telah menyemak buku tersebut dan mendapati setiap muka surat mengandungi gambaran kartun yang merujuk kepada pemimpin negara, pasukan polis, badan kehakiman, SPRM dan sebagainya yang boleh atau cenderung untuk menghasut rakyat dengan cara menimbulkan rasa benci, silap faham, kehinaan serta menyebabkan masyarakat keliru dan hilang kepercayaan terhadap pihak dirujuk serta mempunyai unsur niat jahat bagi tujuan permusuhan kaum dan agama.

"Hasil penelitian saya terhadap buku tersebut juga menyebabkan saya menyimpulkan bahawa buku tersebut berkemungkinan akan diharamkan penerbitan atau penjualannya," katanya yang membacakan pernyataan saksi ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Kanan Persekutuan Norhisham Ismail.

Kata Arikrishna selain buku, beliau juga merampas sekeping kadbod yang mengandungi ukiran kartun yang menggambarkan watak isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau telah menangkap Zunar pada hari tersebut (24 Sept 2010) dan ia diketahui peguam Zunar iaitu Latheefa Koya.

Sementara itu, pada awal prosiding, Zunar memberitahu bahawa pihak polis bertindak secara rambang dan menyalahguna kuasa ketika merampas 66 buah buku dan sebuah lukisan miliknya pada 2010.

Zunar berkata pihak polis bertindak sedemikian untuk menggagalkan pelancaran buku "Cartoon-0-phobia" yang sepatutnya berlansung beberapa jam sebelum penangkapannya.

Katanya ketika kejadian Arikrishna gagal memberitahu dengan jelas pada bahagian mana dalam buku tersebut yang menyalahi undang-undang dan mengambil masa sambil membelek buku sebelum menunjukkan beberapa lukisan kartun yang dikatakan bersifat menghasut.

"Cartoon-o-phobia adalah buku kartun saya yang merupakan koleksi terbaru yang mengumpulkan kartun-kartun politik yang saya lukis. Buku kartun ini adalah komentar politik berkenaan situasi politik semasa.

"Buku kartun tersebut telah dijadualkan untuk dilancarkan pada malam 24.9.2010 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor, pada hari yang sama saya ditangkap," katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam N Surendran.

"Saya telah menguar-uarkan acara pelancaran tersebut kepada umum dan informasi acara ini telah tersebar luas. Buku kartun tersebut belum lagi diedarkan untuk dijual di pasaran dan hanya akan diedarkan di pasaran selepas pelancaran," katanya.

Ketika ditanya dalam pemeriksaan balas sama ada karya beliau terhasil daripada pandangan sendiri, Zunar berkata "ia berdasarkan perspektif saya."

Katanya, kritikan kepada kerajaan disampaikan menerusi lukisan bagi mewujudkan 'mahkamah rakyat' dan terserah kepada masyarakat untuk membuat keputusan.

Pada 15 Jun tahun lepas, Zunar dan syarikat miliknya Sepakat Efektif Sdn Bhd memfailkan saman tersebut dengan menamakan ASP A Arikrishna dan ASP Marina Hashim sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia dinamakan sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Zunar mendakwa pada 24 Sept 2010, pukul 4 petang sepasukan polis yang diketuai Arikrishna telah menyerbu pejabatnya dan bertindak menangkap beliau serta merampas 66 buah buku bertajuk "Cartoon-0-phobia" dan sebuah lukisan kartun.

Zunar mempertikai asas-asas penangkapan dan penahanannya, rampasan terhadap karyanya dan menyatakan bahawa tindakan itu adalah salah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang serta berniat untuk menggagalkan pelancaran buku tersebut.

Berikutan itu, Zunar menuntut ganti rugi am termasuk ganti rugi teladan dan teruk, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya atau ganti rugi sebanyak RM1,650, perintah supaya lukisan kartun dikembalikan atau ganti rugi khas dan lain-lain.

1 comment:

  1. Mereka yang menyokong pembangkang sudah tentu tidak berfikiran waras begitu [Klik di sini].

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.