Prasarana Malaysia Bhd menang bidaan sebagai 'Pengendali Bayangan' fasa pertama Program Pengangkutan Awam Metro Makkah (Makkah Metro) sekali gus mengetepikan pesaing lain dari Turki dan Korea.
Pengarah Urusan, Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata ia adalah kejayaan pertama syarikat di peringkat global sejak ia memasuki pasaran antarabangsa pada awal tahun lalu.
Kejayaan itu turut membuktikan bahawa Prasarana setaraf dengan sebilangan pengendali rel terbaik dunia.
"Kejayaan ini juga mengukuhkan peluang kami untuk bidaan akan datang bagi pengendalian dan penyenggaraan empat laluan Makkah Metro serta pengendalian dan penyenggaraan projek Aliran Selatan Metro AlMashaaer Al Mugaddassah yang menampung jutaan jemaah pada musim haji setiap tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebagai 'Pengendali Bayangan', Prasarana bertanggungjawab memberi perkhidmatan perundingan dalam bidang pengendalian dan penyenggaraan sistem rel kepada Makkah Mass Rail Transit Company ketika pembinaan Fasa Pertama Makkah Metro yang meliputi dua jajaran dengan 22 stesen merentasi jarak perjalanan 45.1 kilometer termasuk 24.9 kilometer rangkaian rel bawah tanah.
Kontrak RM9 juta itu dijangka bermula bulan depan dan fasa pertama Makkah Metro dijangka siap menjelang 2019.
"Ini akan membantu menambah pendapatan syarikat dan mengurangkan secara beransur-ansur kebergantungan terhadap pendapatan tradisional yang berunsurkan tambang," katanya.
Untuk laksanakan projek ini ianya perlukan modal....sedangkan operasi harian didalam negarapun cukup cukup makan dan adakalanya rugi.perniagan utama prasarana seperti yang digariskan oleh kerajaan adalah sebagai pemilik asset dan pengandali operasi pengangkutan rail dan bas dalam negara.tumpuan wajib adalah didalam negara.operasi dalam negara masih belum mencapai tahap dan masih gagal melaksanakan seperti yg dijanjikan.nampak gayanya prasarana dah tak sabar untuk berlari sedangkan berjalan pun belum setabil lagi.bak kata pepatah melayu belum duduk sudah belunjur.sumber kewangan yang terhad nampaknya perbelanjaan o&m dipotong atau dikurangkan untuk menampong perbelanjaan projek luar negara yg baru diperolehi .Dari nilai kontrek 9juta tersebut berapakah perbelanjaan operasi dan berapakah untung yg akan dijana kelak?
ReplyDelete