Tuesday, December 9

@AzwanBro desak Khazanah ambil anak tempatan terajui @MAS


Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mengkaji semula pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Airline System Bhd. (MAS) Newco.

Naibnya, Khairul Azwan Harun berkata, Khazanah sepatutnya memberi kepercayaan kepada anak watan yang juga rakyat Malaysia untuk menerajui syarikat penerbangan itu bagi melaksanakan langkah pemulihan.

Kata beliau, Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya, percaya ramai dalam kalangan anak watan mempunyai kemampuan dan pengalaman dalam mengurus tadbir pemulihan korporat.

"Kita merasakan aset strategik nasional dan dana berjumlah RM6 bilion yang disuntik oleh Khazanah perlu diurus selia oleh rakyat tempatan, yang mana sebagai rakyat Malaysia, beliau lebih memahami keperluan, budaya, cara kerja dan iklim ekonomi negara kita.

"Pemuda melihat justifikasi pemulihan lebih kepada untuk pengurangan kos operasi dan carian laluan udara yang membawa kepada keuntungan.

"Bagaimanapun, kita tidak nafikan gandingan pakar antarabangsa dengan pakar tempatan mampu menjayakan skim pemulihan MAS," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Minggu lalu, Khazanah mengumumkan CEO Aer Lingus, Christoph R. Mueller sebagai CEO MAS Newco.

Pengumuman itu dibuat di bawah pelan pemulihan, yang mana Mueller juga dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS NewCo.

Pelantikan Mueller berkuatkuasa 1 Januari 2015.

Menurut Khairul Azwan, Pergerakan Pemuda percaya Khazanah mampu mencari calon tempatan yang layak sekiranya mereka mahu dan usaha itu boleh dibantu oleh mana-mana agensi berkaitan.

"Kita khuatir sekiranya pelantikan ini diteruskan, ia bakal mengundang pelbagai persepsi terhadap pengurusan Khazanah yang terpaksa bergantung dengan pakar luar.

"Kita juga khuatir jika pakar luar dijadikan taruhan dengan risiko yang begitu tinggi, Pemuda mencadangkan sekiranya Khazanah memerlukan tenaga luar bolehlah melantik Mueller sebagai perunding atau penasihat dan kembalikan jawatan CEO MAS kepada rakyat Malaysia.

"Ini permintaan yang serius dan kita begitu mengharapkan pihak Khazanah benar-benar ikhlas mencari anak tempatan," katanya.

Beliau berkata, Khazanah sendiri mempunyai ramai pakar dalam bidang kejuruteraan, akauntan dan pelantikan Datuk Seri Idris Jala suatu ketika menerajui MAS memperlihatkan syarikat penerbangan itu ada perubahan.

2 comments:

  1. sebab tu perlantikan dilakukan selepas PAU...kalau sebelum PAU dah tentu jadi topik masa perbahasan...apa punya siiiiiial lah kerajaan sekarang ni!?


    azhar

    ReplyDelete
  2. Puteri umno di tubuhkan untuk mencari datuk dan tan sri sebagai laki....buat survey berapa banya yang kahwin dgn datuk jadi bini ke 2 & 3 yang banyak jadi teman karaoke pun banyak......

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.