Tuesday, December 2

UMNO PULAU PINANG LEMAH KERANA KETUA BAHAGIAN YANG KURANG CERDIK @dzainalabidin


Nak londeh boleh tapi janganlah melondehkan diri sendiri serta mengaibkan kemaluan diri sendiri. Pihak PDRM melalui Ketua Polis Negara telah mengeluarkan arahan bahawa Ketua Balai yang terlibat secara langsung atau tidak bakal ditukar didalam masa 24jam jika masih ada mesin judi atau kegiatan perjudian dikawasan mereka.

Kenyataan Flip-Flop yang agak populis oleh Ketua Bahagian Permatang Pauh ini amat dikesali kerana ini tidak menguntungkan semua pihak. Jika bercakap mengenai penguatkuasaan sudah pasti banyak pihak yang terlibat. Ingat Wahai Cikgu Zaidi dengan izin bahawa kita bukannya betul sangat banyak lagi pekara boleh dijadikan isu untuk melobi menjadi Calon Stor kunyit di Permatang Pauh.

Bagi MKP adalah tidak adil mempertikaikan usaha murni pihak Majlis Pembandaran atau pihak berkuasa tempatan yang terlibat. Tiada istilah yang dikuatkuasakan yang termaktub didalam perlembagaan membolehkan pihak berkuasa tempatan menjalankan penguasaan melalui akta Perjudian. Pihak berkuasa tempatan hanya  mempunyai kuasa menyita serta menutup pusat perjudian haram ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) sukar untuk membanteras kegiatan perjudian haram kerana mereka mempunyai bidang kuasa yang terhad termasuk tidak boleh menahan dalang yang mengendalikan premis judi

MPPP misalnya hanya boleh mengeluarkan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber MPPP 2007 terhadap premis berlesen yang melanggar syarat lesen termasuk yang digunakan untuk kegiatan judi.Kuasa mutlak adalah terletak ditangan  Pihak Polis Diraja Malaysia.

MKP bersetuju mengenai cadangan yang telah dikemukakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang mahukan PBT mencontohi ke­tegasan polis dalam membanteras kegiatan mesin judi haram di seluruh negara sehingga ke akar umbi.

Menurut beliau, selain PBT dan polis, pemimpin masyarakat juga perlu memikul tanggungjawab memberi maklumat, pendedahan dan kesedaran tentang kegiatan mesin judi haram terbabit.

Saranan MKP supaya Ketua Bahagian Permatang Pauh berhati-hati menyalahkan pihak PBT jika tiada bukti yang sahih serta kekurangan Fakta atau di sogok dengan Fakta yang tidak betul oleh pembodek yang berada disekelilingnya.


Umno Pulau Pinang meneruskan pembohongan dahsyat apabila mendakwa masyarakat Cina di negeri ini menjana kekayaan dari sumber kegiatan haram, perjudian, pelacuran.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Umno yang sudah tidak lagi berharap untuk medapatkan undi masyarakat Cina kali ini memutuskan untuk menghina mereka dengan fitnah dan pembohongan.

Wakil Umno Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden di perhimpunan agung Umno 2014 hari ini mendakwa, kegiatan seperti perjudian dan pelacuran merupakan ‘sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong BN’ di Pulau Pinang.

Sambil merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya, Zaidi berkata bahawa tindakan Guan Eng yang merujuk kepada akhbar pembangkang adalah amat memalukan.

Zaidi dalam kenyataannya berkata, beliau sebagai Ketua Menteri seharusnya mencari bukti yang lebih kukuh untuk menghukum dirinya kerana apa yang keluar dari mulutnya ketika PAU 2014 itu bukanlah satu tuduhan kepada seluruh kaum Cina, tetapi ialah adalah satu ucapan umum dimana semua ketahui bahawa masalah perjudian dan pusat maksiat haram melibatkan segelintir tauke-tauke dari kaum itu.

"Saya dalam ucapan ketika PAU 2014 yang lalu tidak menyentuh tentang keseluruhan kaum Cina, tetapi dalam ucapan itu saya hanya menyebut kadang-kadang atau dalam maksud yang lain adalah segelintir kaum Cina yang terlibat. Tetapi malangnya kadang-kadang itu tidak ditulis (media pro pembangkang). Ini terbukti satu niat jahat yang tidak baik", ujar Zaidi kepada puluhan media sebentar tadi.

Dalam sidang media itu juga , Zaidi turut memberitahu bahawa beliau akan menyahut cabaran Guan Eng yang mahukan beliau mendedahkan 5 pusat hiburan dan maksiat haram di P.Pinang memandangkan Guan Eng masih bertegas bahawa P.Pinang sifar kegiatan maksiat dan perjudian haram.

"Beliau minta saya buktikan lima tempat, kalau betul Guan Eng kata tiada aktiviti perjudian dan maksiat dia sepatutnya minta satu sahaja memandangkan P.Pinang sifar aktiviti tersebut, tetapi kenapa dia mintak lima? kerana saya tahu Guan Eng juga tahu P.Pinang banyak kegiatan maksiat dan perjudian haram" tambah Zaidi lagi.

3 comments:

  1. betul la apa yg Zaidi ni cakap... hg tak tahu kt penang tempat maksiat??
    LGE minta 5 saja... UMNO bleh bagi 200 sex hotspot.

    http://www.thestar.com.my/News/Community/2014/04/06/200-sex-hotspots-in-Penang/


    DAP pun mengaku
    http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/sex-trafficking-is-real-syerleena-abdul-rashid

    ReplyDelete
  2. siapa yg kurang cerdik!!mmg betul pn di ckp cikgu zaidi..sbb pemimpin UMNO kurang cerdik la dah 2 penggal..penang gagal dirampas..ye tak?ataupn smpi bila2 penang akan gagal krn kekuatan cina DAP yg semakin hari semakin kuat..jgn berangan la...korang jg je periuk masing2..pa yg bos tanya semua katakan ok!!NO FRIENDLY FIRE!!hahaha..yg nak mansuh akta hasutan lepas tu xjadi..ITU LAGI BANGANG!!Yg hapuskan Akta ISA itu pun BANGGANG

    ReplyDelete
  3. Tanya Datuk Zaidi ni,Bapa dia kalau tak silap bernama Said (ei'd) Itam. Bagaimana bapa dia hidup dulu,dalam 30 tahun sudah?Kalau tak silap, dengan duitharam jugak.Kerja Dengan Mendiang Tokeh Lori Ah Guan (Ptg Pauh).Beli Baja Padi bersubsidi dengan orang kampong dan jual dengan ah guan.Sebelum tu jadi collect ah guan.Bapa dia jugak bomoh.Nak bagi keras,bawa nyior tampok merah di Kampong Terus.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.