Friday, March 28

MAK JEMAH : @LatheefaKoya Mintak Kena Cili Mulut


MKP tak nak komen banyak tapi aksi Mak Jemah nie mamang DARING Giler... DERR.. nie kalau latifah koyak tengok video nie mahu menyirap darah...Dalam media sosial nie benda dan video benda macam nie bagus untuk disebarkan,



Dipos oleh UMB-X.
Video ini mungkin dapat menginsafkan sikap loyar buruk pembangkang. Mereka hanya pandai mengkritik dan menyalahkan pihak kerajaan tapi tiada usaha bersama menyelesaikan masalah ini. Tiada manusia didunia ini mahu musibah melanda pada diri mereka namun takdir jua penentu segala-galanya.  

Wednesday, March 26

ENJIN MALINDO AIR PULAK TERBAKAR........


Sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri dalam penerbangan ke Kuala Terengganu, pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh pihak Malindo Air dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini.

Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Juruterbang, Kapten Wong Y.Y  berjaya mengikut prosedur kecemasan dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama.

Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu, dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi itu selamat dan punca kejadian sedang disiasat.

Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri memuatkan gambar enjin yang terbakar di laman sosial miliknya.

Semua penumpang kemudiannya ditukarkan ke penerbangan lain ke Kuala Terengganu.

VIDEO : ISLAM MALAYSIA ADALAH PENGGANAS.... #BoikotCNN



Islam Malaysia adalah Pengganas kata Fox News

#BoycottCNN :Tragedy #MH370 dikaitkan dengan Orang ISLAM sebagai PENGGANAS oleh Fox News penghinaan dinyatakan berulang kali dengan mengatakan bahawa Pilot dan Co-Pilot adalah Pengganas ISLAM, Sebagai umat islam di Malaysia mohon maklum perkara ini dan sebarkan, sekiranya perlu kita boleh mulakan boikot seperti CNN.


Dipos oleh APT.


Tuesday, March 25

TERKINI : MISI MENCARI "BLACK-BOX" #MH370 #RIPMH370


Sejak pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak mengatakan pesawat MH370 telah terhempas di kawasan yang tiada tempat untuk mendarat dan dipercayai bahawa pesawat tersebut telah terhempas dan tenggelam di lautan India. 

Pagi tadi pasukan Elit tentera Amerika telah menyiapkan peralatan untuk mencari Kotak Hitam dilautan india. Gambar diatas adalah bungkusan peralalatan bagi mencari kotak hitam tersebut. Semalam Operasi mencari MH370 ditangguhkan kerana cuaca buruk dan akan dimulakan semula apabila cuaca kembali pulih.

Sejak hari pertama kehilangannya, lebih 12 negara membantu Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut.Pada Isnin, pesawat Australia dan China masing-masing mengesan beberapa objek yang terapung di selatan Lautan Hindi, namun belum diambil.



Video ini khas buat mereka. 

Monday, March 24

TERKINI #MH370 JURUTERBANG P3 ORION #SAR


"Kami komited dan yakin akan berjaya menemui sesuatu…satu penemuan…untuk keluarga penumpang di dalam pesawat MH370,” ulas juruterbang Peter Moore.

Pengakuan Moore itu diluahkan beliau walaupun tidak menemui apa-apa petunjuk dan menambah  bahawa angin kencang dan awan tebal turut menghalang operasi pencarian pesawat MH370 pada Ahad di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,500 kilometer di luar pantai Perth, Australia.

“Situasi di luar sana agak mencabar. Awan yang rendah pada jarak kira-kira 500 kaki sahaja, kabus laut yang tebal serta hujan,” jelas Moore.


Jarak penglihatan di kawasan itu juga terhad akibat cuaca buruk, terutamanya apabila pasukan mencari bergantung kepada penglihatan, bagi mencari objek di permukaan laut pastinya terjejas. Awan menyekat pandangan mereka walaupun terbang pada jarak yang rendah.

“Jarak penglihatan pada permukaan air juga terhad. Ia berkemungkinan pada kira-kira 200 atau 300 kaki sahaja. Pada keadaan yang baik kita sebenarnya boleh melihat pada jarak yang jauh iaitu kira-kira sebatu,” katanya.  “Walaubagaimanapun permukaan air agak tenang walaupun dengan hanya sedikit berombak.”

Namun, Moore dan pasukannya kekal positif dan bermotivasi tinggi kerana mereka sangat berpengalaman dan telah dilatih untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dalam apa jua keadaan termasuk yang mencabar seperti hari ini.

Berbekalkan sedikit bahan api tambahan, beliau dan pasukannya berjaya meneliti semula bahagian-bahagian kawasan carian yang terlepas sebelum ini berikutan keadaan cuaca yang bertambah buruk. Secara keseluruhannya, mereka berjaya meliputi kira-kira 85% kawasan pencarian pada hari tersebut.

Lapan pesawat berlepas dari Perth semalam, empat daripadanya merupakan pesawat P3 Orion yang berlepas dari RAAF Base Pearce dan empat lagi merupakan pesawat awam bagi mencari di kawasan lebih 59,000 kilometer persegi.

Pesawat itu mengambil masa sekurang-kurangnya empat jam untuk sampai ke kawasan pencarian dari Perth. Mereka hanya mempunyai masa dua jam sahaja untuk mencari sebelum perlu terbang empat jam lagi untuk kembali ke Perth.

Sunday, March 23

KALAH SUDAH PASTI BUAT @BarisanNasional #KajangMove GAGAL


Kekalahan BN di PRK kajang tidak mengejutkan. Tapi penyusutan undi majoriti sebanyak 1,445 dan pengurangan 4,000 undi yang diperolehi Bini Anwar berbanding calon PKR adalah mengejutkan banyak pihak.

5 PDM majority terbesar PKR iaitu Sg. Chua 1 - 5 merosot sebanyak 1500 undi. Samada mereka tidak keluar atau undi bn tidak penting kerana 1500 itu sudahpun boleh menggambarkan perasaan tidak puas hati pengundi kepada PKR.

"KajangMove" gagal kerana tidak mampu move pengundi keluar mengundi PKR dan memberikan kemenangan moral dgn majority meningkat kepada PKR.

Peratusan keluar mengundi yang rendah juga antara strategi yang dimainkan. Boleh dijadikn kayu ukur yg ramai tidak bersetuju/ boikot kpd prk ini atas alasan PRK yang diadakan utuk selesaikan masalah dalaman parti.

Didapati 4 PDM majoriti PKR meningkat iaitu PDM Saujana Impian, Taman Mesra, Kantan Permai dan Bandar Kajang yang berjumlah hampir 500 peningkatan majoriti.

Ini mungkin kerana pengundi BERJASA pada PRU-13 yang berjumlah hampir 400 undi mengundi Wan Azizah atas dasar kaum Melayu/Islam.

VIDEO KEGANASAN @CheguBard PADA PENIAGA HALAU @DrWanAzizah


Chegu Bard dan SAMM menyerang gerai De’Warung Bawal yang kononnya menghalau calon PKR, Wan Azizah dan mereka tidak mahu membayar makanan dan minuman akibat protes kepada gerai tersebut.


Dipos oleh APT.


Dipos oleh APT.

Desas desus awal pagi ini calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun bakal menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang yang akan diumumkan keputusannya kira-kira pukul 9 malam ini.

Beberapa pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) berkata, walaupun ramai yang percaya calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak ada masalah untuk menang, namun ramai juga lupa bahawa terdapat pengundi yang sakit hati apabila wakil rakyat yang dipilih pada PRU 13, Lee Chin Cheh meletak jawatan.



Saturday, March 22

TERKiNI : PETUNJUK BARU #MH370 #PrayForMH370


Enam hari selepas pihak berkuasa Australia mengesan dua imej objek menerusi satelitnya, hari ini China mendedahkan bahawa satelit milik negara itu merakamkan imej objek berukuran 22 meter dan kelebaran 13 meter di koridor selatan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media khas yang berlangsung di KLIA petang tadi selepas menerima nota daripada Duta China ke Malaysia, Huang Huikang.

“Duta China memberitahu pihaknya akan memberi maklumat terperinci mengenai lokasi objek tersebut dalam masa beberapa jam lagi jika ia ada kaitan dengan pesawat MH370,” kata Hishammuddin.

Sebelum ini, pihak berkuasa Australia mendedahkan satelit milik negara itu merakam imej dua objek yang turut dikesan di koridor selatan pada 16 Mac lepas dan usaha mencari dijalankan empat hari kemudiaannya.

Berita lanjut menyusul - Awani


TERDESAK SANGAT DAH @AnwarIbrahim

Kalau nak kata cerdik dengan propaganda puak macai memang tak lah. Bagi MKP kalau dah kantoi tahap gaban macam nie memalukan aje strategi terdesak meraih undi.

MKP nak bagi nasihat skit pada macai nie semua. Boleh buat fitnah tahap gaban macam nie tapI bagilah yang power skit atau susah nak counter. Blogger sebelah sana dan sini dah upgrade derrrr.

Kalau dulu fitnah macam nie agak susah nak kesan tapi sekarang dah macam makan kacang aje.  Setiap perisian dah diupgrade dari 1.0 ke 2.0 atau selebihnya. Korang pun ikutlah skit perkembangan terbaru.

NAK KONDEM PUN AGAK-AGAK #MH370 #PrayForMH370 #SelawatPerdana


Daripada ratusan pemimpin negara dan lebih 200,000 umat Islam berada di program Selawat Perdana – Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra, Putrajaya malam tadi, tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang hadir.

Sama ada mereka tidak dijemput atau tidak berminat dengan program keagamaan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang prokerajaan, tidak diketahui, tetapi tindakan mereka itu menampakkan kecetekan fikiran jika mahu dikaitkan majlis berkenaan dengan politik.

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang terutama dari Pas beriya-iya menegur kerajaan supaya tidak meluluskan permit hiburan atau konsert yang melalaikan, tetapi apabila ada program keagamaan, mereka tidak menunjukkan semangat untuk hadir menjayakannya.

Dari sini, nampak jelas pembangkang sentiasa mempolitikkan semua isu tidak kira majlis apa sekalipun dianjurkan jika ada kaitan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kabinet.


Pembangkang lebih berminat mengadakan ceramah politik dengan menyampaikan ucapan berbaur fitnah dan memaki hamun daripada menghadiri program Selawat Perdana anjuran generasi muda dan NGO Islam.

Namun, walaupun tanpa kehadiran mereka, program Selawat Perdana yang dimulai pukul 9.15 malam berjaya menarik lebih 200,000 umat Islam yang menggegarkan Dataran Masjid Putra dengan alunan selawat, zikir dan qasidah.

Orang ramai dari seluruh negara mula membanjiri Dataran Masjid Putrajaya seawal jam 6 petang untuk mengambil sudut hadapan dengan pentas yang menempatkan pendakwah terkenal, Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf.

Ketika azan Maghrib, pengunjung sudah mencecah hampir 100,000 orang dan mereka menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Selesai solat Isyak, mereka menunaikan solat hajat dan doa memohon petunjuk dari Allah agar mengembalikan penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu ke pangkuan keluarga.


Pada pukul 9 malam, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat turun dari Masjid Putrajaya menuju ke dataran.

Manakala Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut bersama Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf, Habib Ali Zaenal Abidin dan barisan Sekretariat Selawat Perdana menuju ke pentas.

Majlis dimulakan dengan Habib Syech Abdul Qodir memulakan alunan qasidah ‘Ya Hanana’, selawat dan zikir sambil diikuti pengunjung yang memenuhi setiap ruang sekitar Dataran Masjid Putra.

Friday, March 21

"SAYA JUMPA #MH370 DILAUTAN.............. #HOPE #PrayForMH370


Raja Dalelah Raja Latife, 53, rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Beliau menaiki pesawat penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

“Saya nampak macam kapalterbang. Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung.

Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor dan ibu kepada 10 anak, menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.

Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.

"Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.

Salinan laporan polis yang dibuat oleh Raja Dalelah sebaik sahaja tiba di Malaysia dari umrah. 

Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.
Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.

“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.

Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.

Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis,"katanya sambil menambah "anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."

Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak setinggi ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan.

Dipos oleh APT.

CHEF WAN JUMPA BANGKAI KAPAL TERBANG #MH370 #PrayForMH370


Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Chef Wan

Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.

Februari lalu, Chef Wan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan oleh Malaysia Airlines sebagai 'nasi lemak telanjang'.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi SAR diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.

VIDEO ; SELANGOR Oh SELANGOR.....? @N_Izzah


Seawal Ogos 2011 kerajaan pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air yang akan bakal melanda  menjelang tahun 2014. Bukan sahaja Selangor, malah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya akan turut merana dengan melibatkan lebih 1.8 juta pengguna.

Ini bermakna Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (TTHA) sudah menyalakan lampu amaran merah sejak setahun lalu supaya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersikap rasional dan pro-rakyat untuk bekerjasama dalam menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

Skim mega ini melibatkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem-sistem bekalan air yang berkaitan dengannya. Projek ini amat diperlukan kerana ia akan memastikan pemintaan bekalan air akan mampu ditampung secara stabil sehingga tahun 2029.

Dipos oleh APT.

Apa yang Pakatan Rakyat lakukan setakat ini?

Mereka memilih untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa dengan bermain politik kepartian sempit yang membahayakan kebajikan rakyat.

Pakatan Rakyat menunjukkan sikap keras kepala dan masih dengan alam fantasinya dengan mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga tahun 2019. Hasilnya, kini beberapa kawasan Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang sering mengalami gangguan bekalan air akibat krisis air yang semakin serius di Lembah Klang.

Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kerajaan pusat terpaksa mengambil langkah drastik untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, samada dengan kerjasama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atau tidak.

Bagi kerajaan Barisan Nasional, kebajikan dan jaminan bekalan air bersih kepada rakyat wajib diutamakan, apa pun aral yang melintang atau halangan yang bakal di hadapinya dari Pakatan Rakyat.

Biarlah pembangkang bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat namun BN sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Apabila ditekan oleh kerajaan pusat mengapa Pakatan Rakyat masih mahu menangguhkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, bermacam-macam alasan yang tidak logik dan masuk akal diberikan oleh Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Pakatan Rakyat bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan malah memutar belit fakta kerana takut rakyat menolak mereka apabila tahu kedudukan isu yang sebenar.

Pada 23 Julai lalu, Exco Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaan negeri memohon RM225 juta dari kerajaan pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3).

Pakatan Rakyat cuba mengalih kesalahan ke atas bahu kerajaan pusat sekiranya permohonan peruntukan itu tidak diluluskan.

Sebenarnya sudah lama kerajaan pusat mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek-projek mitigasi bagi mengelakkan krisis air berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat Selangor.

Walaupun kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memastikan semua loji rawatan air di Selangor membekalkan air terawat yang mencukupi untuk diagihkan kepada pengguna, namun kerajaan pusat prihatin dengan meluluskan peruntukan RM606 juta bagi pelaksanaan lapan projek mitigasi bagi mengelak krisis air pada tahun 2014.

Dengan kelulusan dana tersebut, kerajaan negeri Selangor kemudian bersetuju pula untuk melaksanakan 5 daripada 8 projek tersebut bernilai RM301 juta.

Bukankah dengan bersetuju melaksanakan lima projek mitigasi dengan bantuan kewangan dari kerajaan pusat, Selangor sebenarnya akur kebenaran bahawa krisis air akan berlaku dua tahun dari sekarang?

Maka hujah Pakatan Rakyat mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga 2019 adalah palsu dan tidak disokong oleh fakta yang jelas.

Pada hari yang sama juga di dalam lama sesawang Selangorku, Dr Xavier membuat satu lagi pembohongan bahawa tanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air di Selangor seperti loji adalah di bawah  kerajaan pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Beliau memberi alasan palsu dengan mengatakan aset-aset air tersebut telah dipajak kepada kerajaan pusat dan Syabas.

Hakikatnya, Selangor sebagai pemilik semua aset air di negeri itu, tidak pernah memajak mana-mana aset airnya kepada kerajaan pusat apa lagi Syabas.

Hakikatnya, Selangor sebagai pemilik semua aset air di negeri itu, tidak pernah memajak mana-mana aset airnya kepada kerajaan pusat apa lagi Syabas.

Kedudukan sebenarnya adalah begini – kerajaan negeri Selangor memiliki aset air sebagaimana peruntukan perundangan  di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) khususnya di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Akta ini bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan bekalan air terawat atau ‘water supply availability’ di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Fungsi utama Syabas hanyalah sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor iaitu untuk membekal dan mengagihkan bekalan air terawat.

Tugas teras Syabas ini telah termaktub di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN.

Jadi bukan menjadi bidang tugas Syabas untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat.

Kemudian pembohongan berterusan Pakatan Rakyat berhubung isu air di Selangor di sambung pula oleh Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago.

Beliau berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa catuan air tidak perlu dalam masa terdekat menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air sekaligus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Kenyataan Tan Sri Muyiddin Yasin sama sekali tidak bercanggah dengan kenyataan Menteri TTHA, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebelumna yang mengatakan krisis air akan berlaku pada tahun 2014.

Perlu diketahui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat  Selangor yang sehingga kini enggan memberi kelulusan ‘development order’ bagi Projek Loji Rawatan Air Langat 2 supaya projek itu dapat disiapkan pada tahun 2014.

Untuk menyelamatkan keadaan, kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM606 seperti yang telah diterangkan di atas.

Mungkin wakil rakyat DAP itu tidak membaca atau cuba menafikan kenyataan SPAN bahawa walaupun bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya keseluruhannya masih terkawal, terdapat beberapa kawasan dikenal pasti sering mengalami gangguan bekalan air.

Ini kerana rizab simpanan air yang sangat rendah iaitu purata 2.5 peratus sahaja berbanding paras optimum sebanyak 10 peratus.

Atas pandangan ini, maka Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Bekalan Air Selangor telah memutuskan catuan air tidak perlu buat masa ini kerana bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah mencukupi.

Bagaimanapun kerajaan meminta SPAN mengenal pasti kawasan yang kerap menghadapi gangguan bekalan air dan menyediakan pelan kontingensi sebagai persediaan menghadapi catuan.

Jika perlu, SPAN harus berbincang dengan Syabas dan kerajaan negeri Selangor bagi memastikan pengguna di kawasan terbabit mendapat maklumat yang jelas mengenai sebarang catuan air di masa hadapan.

Tidak cukup dengan dakwaan menyeleweng itu, Charles bermain dengan kata-kata bahawa jika tidak perlu catuan air, maka tidak adalah masalah air.

Jika tidak ada masalah air, mengapa pula kerajaan pusat mahu membina Loji Rawatan Air Langat 2?

Ini yang dikatakan logik songsang puak pembangkang. Tidak mengenakan catuan air buat masa sekarang tidak bermakna masalah air tidak akan wujud pada masa akan datang.

Ini yang dikatakan logik songsang puak pembangkang. Tidak mengenakan catuan air buat masa sekarang tidak bermakna masalah air tidak akan wujud pada masa akan datang.

Berlainan dengan mentaliti pembangkang yang mempunyai akal pendek dan fikiran cetek, kerajaan pusat telah melakukan kajian terperinci sejak tahun 2000 lagi mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang dirancang untuk memenuhi permintaan bekalan air pada tahun 2014.

Hasil kajian ini telah diperakui oleh SPAN yang juga menjangka jumlah bekalan air dalam sistem bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014.

Malah SPAN juga mengunjurkan bekalan air yang dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja!

Oleh itu, amat penting Loji Rawatan Air Langat 2 dibina sekarang bagi mengelakkan sebarabg krisis air menjelang, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Charles juga menunjukkan kebodohannya dengan mendakwa desakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 adalah untuk memberi kontrak pembinaan lumayan kepada kroni Umno-BN.

Telah diumum serta ditegaskan oleh kerajaan pusat Projek Loji Rawatan Air Langat 2 akan dilaksanakan secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan, malah anak syarikat kerajaan negeri Selangor juga dijemput menyertai proses tender.

Jadi jelas wakil rakyat DAP itu mereka-reka cerita untuk menutup kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor.

Selepas Dr Xavier, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail pula bercakap tanpa mengguna otak.

Beliau mendakwa kerajaan negeri mahu ambil alih operasi Syabas kerana ia tidak mampu urus bekalan air tetapi usaha ini dihalang oleh kerajaan pusat.

Pembangkang cakap sembrono tanpa berlapikkan fakta yang tepat.

Ini kerana kerajaan pusat meluluskan permohonan kerajaan negeri Selangor atas tiga sebab:
1. kes yang difailkan oleh Syabas sejak tahun 2009 untuk menuntut pampasan berhubung keengganan kerajaan negeri menaikkan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih belum selesai di mahkamah. 
2. Syabas dan kerajaan negeri Selangor didapati melakukan keingkaran manakala tuduhan kerajaan negeri atas keingkaran yang dilakukan oleh Syabas tidak cukup kukuh sebagai alasan untuk  mengambil alih operasi syarikat itu di bawah Klausa 32 Perjanjian Konsesi.

Mutakhir, Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan pada 26 Julai lalu yang dilapor oleh akhbar The Star bahawa kapasiti pengeluaran air di 34 loji rawatan air di Selangor pada masa ini adalah 4,807 juta liter sehari berbanding kemampuan agihan Syabas sebanyak 4,371 juta liter sehari.

Ini pun satu penipuan oleh Bapak Penipu di Selangor.

Berdasarkan maklumat SPAN, 34 buah loji rawatan air di Selangor direka bentuk untuk menghasilkan 4,581 juta liter sehari.

Oleh sebab kekangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan sistem pengagihan pada masa ini, kapasiti air yang dapat diagihkan kepada pengguna hanya sebanyak 4,371 juta lkiter sehari sahaja.

Apabila projek Mitigasi 1 dan 2 berharga RM606 juta yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat siap kelak, barulah pengeluaran air dapat ditingkatkan kepada paras optima 4,581 juta liter sehari.

Jumlah kapasiti pengeluaran yang disebut oleh Khalid sebanyak 4,807 juta liter sehari sebenarnya adalah jumlah kapasiti reka bentuk loji serta mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh 5 loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 2, LRA Sungai Semenyih, LRA Sungai Langat, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Tampoi.

Buat masa ini kapasiti yang relevan dalam pengagihan bekalan air kepada pengguna ialah 4,371 juta liter sehari. Inilah keperluan sebenar pengguna.

Angka kapasiti reka bentuk iaitu 4,581 juta liter sehari atau kapasiti pengeluaran loji sebanyak 4,807 juta liter sehari yang dipetik oleh Menteri Besar, tidak mencerminkan jumlah bekalan air sebenar yang boleh diagihkan kepada pengguna.

Ia juga memberi gambaran salah tentang kadar rizab simpanan bekalan air di Selangor pada ketika ini.

Menyelewengkan fakta untuk mengaburi mata rakyat akan menyebabkan perancangan bekalan air menjadi pincang dan seterusnya menyebabkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan.

Tidak pernah terlintas di fikiran Pakatan Rakyat Selangor untuk melaksanakan sebarang projek mitigasi untuk meningkatkan kapasiti loji rawatan air sedia ada seperti yang didakwa oleh Khalid dan barisan Exconya.

Walaupun hakikatnya 33 daripada 34 buah loji tersebut adalah aset milik kerajaan negeri, Pakatan Rakyat Selangor lebih banyak menggunakan masa mereka untuk berbohong kepada rakyat sementara masa depan bekalan air negeri itu berada di hujung tanduk.


Thursday, March 20

@mpkotabelud KANTOIKAN @anwaribrahim ISU #MH370 #PrayForMH370 @GoTeamRD


Saya berada dalam Parlimen minggu lepas semasa Anwar Ibrahim membidas cara kerajaan menangani insiden MH370. Anwar membandingkan cara Allahyarham Tun Abdul Razak mengendalikan insiden Japanese Red Army dan cara Dato Sri Najib mengendalikan kes MH370 ini.

Saya bangkit untuk mencelah perbahasan beliau mengenai perbandingan yang tak masuk akal itu. Hari ini saya ingin kongsi kan pandangan Dato Fuad Hassan, Ketua Pengarah JASA Malaysia mengenai isu yang sama.

Dipos oleh APT.

Dato Fuad berkata: "Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370. Masa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.

Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.

Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana:

1. Kita tahu dimana lokasinya: didaratan dan di kuala Lumpur.

2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.

3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.

4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.

5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.

Soalaanya:

Siapa yang tahu dimana MH370 ?

Dengan siapa kita nak berunding ?

Siapa yang tahu apa kehendaknya ?

Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?

Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?

Kalau Anwar boleh jawab soalaan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak.

Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.

Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya. Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya".

SUMBER

#MH370 JURUTERBANG DAH BUAT TERBAIK......


Sekiranya objek tidak diketahui yang dikesan pada imej satelit oleh Australia adalah MH370, ia menunjukkan juruterbang telah sedaya upaya melakukan soft-landing kerana pesawat tersebut tidak terhempas daripada paras yang sangat tinggi.

Penganalisis Kejuruteraan Penerbangan, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, saiz objek sebesar 24 meter itu berkemungkinan datang daripada sayap pesawat berkenaan.

"Jika benar objek tersebut datang daripada MH370, ia mungkin sayap pesawat berkenaan kerana mana-mana pesawat yang terhempas daripada paras yang tinggi pastinya berkecai dan tidak mampu menghasilkan objek sebesar 24 meter.

"Ini menunjukkan juruterbang telah cuba melakukan soft landing kerana pesawat terhempas pada ketinggian yang rendah,” katanya ketika ditemuramah Astro Awani hari ini.

Pesawat Boeing, BBB777-200 ER itu berukuran 63.73 meter.


Tambah Ahmad Samuri, penemuan tersebut memberi harapan baharu kepada operasi pencari dan penyelamat (SAR) walaupun objek berkenaan masih belum dapat dipastikan sama ada mempunyai kaitan dengan pesawat milik syarikat penerbangan nasional, Malaysian Airline System Berhad (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Tambah beliau, dengan aset-aset yang sudah dikerahkan ke kawasan sekitarnya, kemungkinan besar keputusan atau butiran lanjut mengenai objek berkenaan dapat diketahui dalam tempoh sejam atau dua jam lagi.

Cuma operasi pencarian mungkin menghadapi kesukaran kerana kawasan tersebut adalah sangat besar.

Penemuan imej satelit yang menunjukkan terdapat dua objek terapung dikesan 2,500 kilometer di barat daya Perth, Australia pagi tadi disifatkan oleh Pengurus Besar Jabatan Respon Kecemasan, Australian Maritime Safety Authority, John Young sebagai petunjuk terbaik setakat ini.

Pesawat MH370 yang berlepas daripada Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Beijing pada jam 12.41 pagi, Sabtu, 8 Mac  sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama namun telah terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara kira-kira jam 1.19 pagi ketika berada di sempadan udara Malaysia-Vietnam.

Pihak berkuasa Malaysia mengesahkan pesawat berkenaan telah sengaja dilencongkan daripada destinasi asal namun masih kabur sama ada ia mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas ataupun rampasan


VIDEO : WAN AZIZAH DEDAH #MH370.......? #TolakWAWI4Kajang


Wan Azizah adalah tidak lebih daripada ‘simbol’ kepada kewujudan Anwar. Tugas Wan Azizah selama ini hanyalah untuk ‘menjaga’ kerusi bagi pihak ataupun sementara keadaan mengizinkan untuk beliau menyerahkannya kepada Anwar - tidak lebih dari itu.

Ketika menyerahkan kerusi Permatang Pauh kepada Anwar, Wan Azizah ada menyatakan yang beliau ingin “meluangkan lebih banyak masa dengan cucu-cucu dan menjaga datuk mereka”.

Dari kata-katanya, beliau nampaknya ingin berehat dan enggan lagi aktif berpolitik. Namun, pencalonan beliau di Kajang memperlihatkan sikap putarbelit ahli politik yang sama seperti suaminya.

Bagaimana Wan Azizah boleh meluangkan masa dengan cucu, menjaga suami, menjadi ADUN dan menjadi Presiden parti sekali gus?

Rekod perkhidmatan Wan Azizah di Permatang Pauh cukup menyedihkan. Beliau tidak mampu membawa apa-apa perubahan kepada Permatang Pauh walaupun kawasan tersebut kini berada di bawah jajahan Pulau Pinang iaitu negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Sebagai Presiden juga Wan Azizah tidak lebih dari sekadar boneka.

Satu-satunya kebolehan Wan Azizah ialah menjadi peraih simpati terhadap Anwar Ibrahim. Pendek kata, Wan Azizah tidak punya ciri-ciri kepimpinan langsung dan beliau bukanlah seorang pemimpin yang berkesan.

Oleh itu, rakyat Kajang perlu ingat bahawa yang menjadi pertaruhan dalam PRK ini bukanlah nasib Anwar mahupun Wan Azizah tetapi diri sendiri dan keluarga. Tugas seorang ADUN bukan untuk menarik simpati orang ramai, tetapi untuk berkhidmat untuk orang ramai.

Jika Wan Azizah telah terbukti gagal menjadi Presiden yang berkesan dan gagal juga untuk menjadi ADUN yang berkhidmat kepada rakyat Permatang Pauh sebelum ini, apa lagi yang dapat diharapkan oleh pengundi Kajang darinya?

Apatah lagi dengan keputusan mahkamah yang mensabitkan Anwar bersalah serta masalah rumahtangga anaknya, Nurul Izzah, pastinya sukar untuk Wan Azizah untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada rakyat Kajang sekiranya beliau menang.

Tidak kira kerusi Presiden atau kerusi ADUN, Wan Azizah sebenarnya tidak punya apa-apa fungsi yang lebih dari itu.


Inilah Wan Azizah..Dari dulu sehingga kini beliau hanya pandai cakap soal keadilan..malangnya bukan keadilan untuk rakyat tetapi untuk suami dan keluarganya.

Tidak ada satu jalan cerita pun mengenai keadilan untuk rakyat Kajang khususnya dan Selangor amnya.

Kesian Wan Azizah sampai tiada isu yang nak diceramahnya sampai nak kena cakap pasal bagaimana Kapten Zaharie nak claim insurannya didalam ceramahnya.

Dalam MH370 tu cuma ada Kapten Zaharie seorang je ke?

Dulu sibuk kata keluarganya tidak mengenali Kapten Zaharie tapi bila dah kantoi menipu tentang hubungan keluarganya dengan Kapten Zaharie.

Sekarang ni nak jaja pula kisah hidup Kapten Zaharie agak-agak la nak politikkan kisah MH370..Cari la bahan lain...

Wednesday, March 19

MPKj MENGAMUK BUANG SEMUA BENDERA @BarisanNasonal #KajangMove #TolakWAWI4Kajang



PKR makin tertekan dan terdesak nampaknya. Penguatkuasa MPKajang bertindak secara rejim zionis dgn menurunkan bendera dan poster milik BN dengan sengaja. PKR menggunakan MPKj sbg alat pemuas nafsu politik mereka.

Mereka sebenarnya tertekan dgn gerakkerja jentera BN yg secara tersusun memasang bendera dan poster utk BN. Sebaliknya berlaku kpd PKR, jentera PKR kurang efisien manakala Pas dan Dap hanya suam2 kuku sahaja membantu menyebabkan PKR terpaksa mengupah kontraktor berbayar mahal utk menguruskan pemasangan bendera dan bahan kempen milik PKR.

Adakah Kak Wan Azizah bakal tumbang bersama keegoan suaminya? Ini tidak mustahil berdasarkan sentimen pengundi Kajang skrg yg rata2 ditemui kecewa dgn pentadbiran negeri terutamanya Kajang melibatkan pelbagai hal.

@n_izzah KENA MAKI PULAK PAGI TADI......... #KajangMove #WanAzizah4kajang


Apa dah jadi dengan kempen anak beranak asyik kena balun saja.Dah terbongkar pembohongan yang selalu dibibir mulut.

MKP agak kesian dengan Nurul Izzah nie pasal baru saja ditinggal laki. Pagi nie kena maki pulak dengan bakal pengundi PRK Kajang.

Begitulah nasib dua beranak yang dirundung malang kerana mereka jelas dilihat ditolak oleh majority orang melayu semasa tempoh berkempen di PRK Kajang.

Semalam dapat kita lihat bagaimana Ibunya Wan Azizzah dicemuh oleh peniaga semasa berkempen di SINI.

Pagi ni Nurul izzah pula kena maki di sungai sekamat.

Makcik ni kata, masa kempen PRK masuk pasar melayu dapatkan undi. Dah menang, gerai melayulah yang memula kena roboh.
Kan dah kena setepek!! 

Apakah rasanya bila selipar lembik ditampar kemuka Nurul Izzah yang agak gebu tue. Kalau MKP bukan nak tampar cuma nak cium aje.... 

Tak salah bercium kalau ikut prinsip yang dibawa oleh Parti Pakatan Rakyat.... Depan Belakang Sama Rasa. Bercium aje bukan luak pun.....


MKP Ayat Sempoi : Kalau dah boleh buat aksi makan ice-cream ngan Prof. kat Sarawak apa salahnya MKP cuba aksi yang lain plak.....

TERKINI : #MH370 RADAR THAILAND... #KAJANG APA CER PULAK @AzwanBro @KhairyKJ


Tentera Thailand memaklumkan radarnya mengesan sebuah pesawat yang dipercayai pesawat MH370 yang hilang selepas beberapa minit komunikasi pesawat berkenaan terputus.

Maklumat itu tidak didedahkan kerana tiada permohonan rasmi dari Malaysia.

Ketua Tentera Udara Thailand, Prajin Juntong berkata, radar tentera mengesan pesawat Malaysian Airline System Berhad (MAS) itu di Selat Melaka, maklumat yang sama dikesan radar Malaysia.

Data radar Thailand juga menunjukkan pesawat berkenaan berpatah balik dan dikesan di utara Kuala Lumpur sebelum menuju ke Butterworth kemudian hilang.

Juruucakap Tentera Udara, Montol Suchookorn memaklumkan belum dapat mengesahkan sama ada pesawat berkenaan adalah pesawat MAS yang hilang itu.

Montol juga tidak pasti maklumat itu cukup diperlukan sehingga menerima permohonan rasmi dari Malaysia.


Penafian Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa beliau tidak mengenali juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, setelah akhbar antarabangsa, The Mail mendedahkan juruterbang itu merupakan ‘penyokong fanatik’ suaminya menimbulkan keraguan kepada banyak pihak.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menyifatkan kenyataan Wan Azizah itu sebagai cubaan menipu rakyat apabila Naib Presiden PKR, R. Sivarasa, mengakui mengenali Zaharie secara peribadi kerana seorang ahli PKR yang aktif.

Malah menurut Khairul Azwan lagi, dakwaan Wan Azizah bahawa suaminya juga tidak mengenali Zaharie turut dilihat bercanggah apabila Ketua Pembangkang, dalam Dewan Rakyat, mengakui mengenali juruterbang pesawat tersebut.

http://www.selangorpress.com/

GANGGUAN PERKHIMATAN MONOREL DEMI #Tranformasi @NajibRazak @MyRapidKL


Perkhidmatan monorel RapidKL akan diberhentikan sementara pada 12 dan 13 April ini untuk membolehkan perlaksanaan kerja-kerja naik-taraf sistem semboyan.

Bermula daripada 12.01 pagi pada 12 April sehingga pukul 4 pagi pada 14 April, kerja-kerja naik-taraf sistem semboyan itu melibatkan tempoh ujian 52 jam tanpa henti.

Perkhidmatan monorel RapidKL dijangka kembali normal pada pukul 6 pagi, 14 April.

Rapid Rail Sdn Bhd, operator perkhidmatan LRT dan monorel RapidKL, dalam satu kenyataan hari ini, berkata penutupan itu telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Haji Khairani Mohamed berkata perkhidmatan bas pengantara khas akan disediakan berhampiran dengan semua stesen monorel untuk memudahkan para pengguna pergi ke destinasi-destinasi yang terletak di sepanjang laluan Monorel.

Tambang sebanyak RM1 dikenakan bagi penumpang untuk setiap perjalanan.

Khairani berkata penutupan 52 jam itu adalah perlu bagi membolehkan ujian tanpa gangguan untuk sistem semboyan baru.

“Kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh para para penumpang.

“Penutupan ini, bagaimanapun, adalah perlu untuk melaksanakan ujian penting ini dan sebagai persiapan untuk untuk masa depan,” katanya, sambil menambah bahawa sistem yang ada sekarang digunakan sejak monorel mula beroperasi pada 2003 di bawah KL Infra Sdn Bhd.

Diambil alih oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) pada 2007, syarikat milik penuh kerajaan ini melaksanakan projek pembesaran KL Monorail pada 2011, yang meliputi pembelian 12 tren empat gerabak baru, penaikan taraf stesen-stesen monorel, pembinaan depoh baru dan menaikkan taraf sistem semboyan.

“Sistem semboyan baru ini perlu sejajar dengan program pembesaran KL Monorail ini,” kata Khairani, yang juga Pengarah Kumpulan Divisyen Rel Prasarana, syarikat induk Rapid Rail Sdn Bhd.

Tambah Khairani: “Kami akan membuat pengumuman awam dari masa ke semasa melalui pelbagai saluran bagi memaklumkan kepada penumpang dan orang ramai tentang perkhidmatan pengangkutan awam alternatif termasuk perkhidmatan bas pengantaran.

“Sasaran kami adalah untuk memastikan keselesaan di tahap paling minima terhadap orang ramai,” katannya, sambil menambah para penumpang boleh mendapatkan butiran terkini di laman web rasmi RapidKL di www.myrapid.com.my atau di laman Facebook RapidKL atau melalui twitter RapidKL di @MyRapidKL.

Tuesday, March 18

Video : WAN AZIZAH KENA MAKI DENGAN PENlAGA....


Silap orang Wan Azizah tegur kali nie. Agaknya mana nak letak muka apabila peniaga yang berasal dari Penang 'sound' Wan Azizah yang ketika itu sedang berkempen di gerai di Kajang.

Peniaga-peniaga itu berkata "Kami dihalau dari Penang oleh Kerajaan Negeri." Peniaga berkenaan kebetulan datang dari Bandar Perda dalam parlimen Permatang Pauh.

Cuba teka siapa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang letak jawatan nak bagi suami bertanding? Wan Azizah dengan muka bodoh dan selambanya beredar dari gerai peniaga dari Penang berkenaan tanpa sempat berbual lanjut dan bersalam.

VIDEO : PARLIMEN BERGADUH PASAL.......? #MH370 #PrayForMH370


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi menafikan dirinya mengenali ‘bomoh VIP’, Ibrahim Mat Zain sebaliknya menekankan bahawa pengikut bomoh berkenaan berasal dari Pokok Sena.

Beliau turut menyatakan kekhuatirannya berhubung dua pengikut bomoh yang melalukan upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ahad lalu mungkin murid kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.


“Saya tidak kenal langsung orang itu, dia memang kenal saya macam saya kenal Pokok Sena, tetapi salah seorang yang dayung dan pegang kelapa itu daripada Pokok Sena, boleh semak tentang itu, saya khuatir guru dia adalah Ahli Parlimen Pokok Sena.

Zahid…turut jelaskan isu pasport MH370

“Bila saya kata saya tidak kenal, maka saya memang tidak kenal, sebagai ahli politik, musuh yang di luar kita tak nampak,” katanya menjawab kepada pertanyaan tambahan yang diutarakan Mahfuz berkenaan bomoh berkenaan.

Ibrahim sebelum ini mendakwa bahawa beliau mengenali Naib Presiden UMNO itu sebagai guru silat beliau namun dinafikan oleh Zahid sendiri di dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mahfuz yang bangun mencelah ketika sesi soalan lisan sengaja cuba memalukan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu berkata, kena berhati-hati bercakap dengan Zahid kerana statusnya sebagai kalifah silat dan ‘takut kena tampar macam buaya’.

Ternyata sindiran Ketua Penerangan PAS itu memakan diri sendiri dengan jawaban Zahid mengenai dua pengikut Ibrahim yang berasal dari Pokok Sena.

Dalam perkembangan yang sama, Zahid turut menjelaskan berkenaan dua penumpang pesawat MH370 yang memegang pasport bukan milik mereka.

Menurut beliau, dokumen perjalanan itu adalah asli dan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menjalankan siasatan dalaman berhubung kes terbabit melibatkan empat orang pegawai Imegresen Malaysia.

“Untuk maklumat ada 40.2 juta pasport yang hilang, dua pasport yang digunakan oleh dua warga negara Iran itu bukan pasport palsu, itu pasport yang asli.

“Dan tidak benar jika pasport itu palsu, pasport itu adalah dokumen yang sebenarnya.

“Tetapi saya telah memanggil dua pegawai imegresen yang menjaga kaunter itu ketika mereka masuk dan dua lagi ketika mereka keluar, dan saya telah melakukan siasatan dalaman, saya tidak mahu memberikan maklumat ini sekarang tapi, dalam masa penggulungan nanti saya akan dedahkan,” jelasnya.

Menjawab soalan lain, Ahmad Zahid juga berkata hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, beberapa pusat bahasa yang kononnya menawarkan kemudahan belajar Bahasa Inggeris telah ditutup kerana menyalah guna pas pelajar untuk bekerja.

“Siasatan rapi mendapati pelajar-pelajar ini akan dapat pas pelajar namun akan diberikan kerja di tempat lain dan bukannya belajar,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, sebanyak 117,833 orang pemegang pas pelajar antarabangsa aktif sehingga 31 Disember lepas dan kemasukan mereka berpandukan tawaran belajar dan kemampuan institusi pendidikan swasta untuk mengendalikan pelajar antarabangsa.

Sementara itu, katanya sebanyak 5,217 kes tinggal lebih masa dan sebanyak 57 kes salah guna pas telah dikendalikan Jabatan Imigresen bagi tempoh 2010 hingga 2013.

Bagi tempoh yang sama, Polis Diraja Malaysia merekodkan sebanyak 40 kes di bawah kategori jenayah kekerasan, 31 kes menurut kategori jenayah harta benda, 505 kes mengikut Akta Dadah Berbahaya, Akta Racun 1952 dan 1,403 kes jenayah komersial, katanya. -bnbbc.my

Monday, March 17

MATI TRAGIK PUN NAK SALAHKAN.........? @Khairykj


Ini natijahnya bila semua kesalahan diletakkan dibahu kerajaan.Memang mudah nak salahkan orang lain dan tak payah keluarkan modal pun. Tapi menuduh tanpa bukti yang sahih dan sah ianya boleh mendatangkan fitnah. Fitnah itu lebih berat hukumnya dari membunuh manusia. Memang setiap program anjuran mana pihak tidak akan ada yang terbaik mesti ada kekurangan sana dan sini.

Anak muda sekarang sukar dijangka perwatakan mereka. Ianya bermula dari rumah serta didikan ibubapa mereka. Tapi nak salahkan ibubapa pun tak patut jugak. Anak zaman sekarang pandai berlakon dideoan ibubapa. Pengaruh kawan-kawan lebih kuat. Ini adalah proses pembesaran setiap anak muda mahu mencuba benda yang baru. NAMUN ADA KALANYA TERSILAP LANGKAH JUGA AKHIRNYA.


Saya dan seluruh rakyat Malaysia amat sedih ekoran kes-kes kematian yang berlaku di konsert Future Music Festival Asia. 
Saya amat bimbang jika pengambilan dadah menjadi trend dan pilihan anak-anak muda untuk berhibur kerana kita sendiri telah menyaksikan daripada enam yang telah meninggal dunia serta tiga lagi yang kini kritikal di hospital, mereka masih muda. 
Mereka sudah tentunya mempunyai masa depan yang cerah, jika kehidupan mereka tidak berakhir begitu.
Oleh kerana kematian mereka sudah dikaitkan dengan kes dadah berlebihan, saya amat berharap agar pihak polis dapat mengesan dan menangkap pihak yang menjual dadah ini, khususnya dalam insiden Future Music Festival Asia sehingga mengakibatkan kematian. Sindiket-sindiket ini tidak boleh dilepaskan. 
Dalam hal ini, saya mengingatkan warga belia agar tidak terlibat dalam sebarang penyalahgunaan dadah tidak kira untuk sebarang tujuan. Saya sedar terdapat individu yang bukan sahaja mengambil dadah rekreasi (recreational drug) semasa mengunjungi kelab-kelab malam atau pesta muzik berbentuk electronic dance music atau trance, tetapi mereka juga sudah ketagih kepada dadah yang membolehkan mereka berjaga untuk berhari-hari semata-mata untuk kerja atau pembelajaran. 
Saya ingin menasihatkan semua warga Malaysia terutama belia agar sedar bahawa penyalahgunaan dadah adalah salah di sisi undang-undang dan akhirnya membawa padah kepada diri sendiri dan orang tersayang. Kalau bukan diakhiri dengan kematian, penyalahgunaan dadah akan mengakibatkan kemerosatan kepada kesihatan tubuh badan yang mungkin kesan-kesannya hanya akan dirasa beberapa tahun kemudian. 
Pada masa yang sama, saya telah berbincang bersama Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, untuk sama-sama menangani gejala ini. 
Kementerian Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan agensi-agensi di bawah KDN seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Polis DiRaja Malaysia dan juga NGO-NGO lain untuk mengadakan kempen kesedaran kepada warga belia tentang betapa bahayanya dadah sebegini. 
Saya juga akan berbincang dengan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Wilayah Persekutuan serta KDN untuk mengetatkan lagi peraturan-peraturan serta kriteria penganjuran dan pemberian permit untuk konsert-konsert pada masa depan. 
Kami akan mengkaji setiap aspek penganjuran agar konsert dalam negara pada masa depan bebas daripada gejala penyalahgunaan dadah dan maksiat. Kita tidak boleh membiarkan kejadian ini berlalu begitu sahaja dengan potensi untuk berulang. 
Berkenaan pula dengan FMFA, ada beberapa tuduhan yang tidak berasas yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Ini termasuk mengaitkan saya dengan pengajur. Ini langsung tidak benar. 
Penganjur FMFA pernah datang pejabat saya untuk memaklumkan kepada saya tentang konsert FMFA. Mereka minta untuk menyewa perkarangan Stadium Bukit Jalil. 
Saya kata jika mereka mendapat semua kelulusan permit yang diperlukan, mereka boleh mohon kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). 
Apabila PSM menyewa premis kepada mana-mana penganjur, aspek keselamatan adalah tanggungjawab penganjur. 
Itulah sebab saya perlu bincang perkara ini dengan kementerian-kementerian yang lain yang terlibat dalam pemberian permit supaya satu dasar dapat dipersetujui agar insiden yang berlaku di FMFA tidak berulang. 
Menteri Belia dan Sukan
17 Mac, 2014

PERGHH... NAMPAK GHAIRAH TAPI........ #PRKKAJANG #WAWI4KAJANG


Kalau macam nie punya cywar "black-ops" macam budak tadika yang buat. MKP nak ingatkan pada budak mentah nie cuba sekali lagi. kalau nak buat biarlah kasi real skit. Baru susah nak kasi londeh nie baru aje nak start dah pancut memang tak best macam tue.

MKP nak ingatkan pada macai-macai sebelah sana jangan seronok sangat nak menfitnah nanti basib korang sama dengan Ketua Menteri paling celaka didalam sejarah Pulau Pinang. Asyik dok wat fitnah kena saman. 

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid, hari ini, memfailkan saman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung gelaran 'nenek rasis dan jahat' yang dilemparkan terhadapnya pada Disember tahun lalu.

Jahara memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dekat Georgetown, selepas mendakwa Guan Eng enggan menarik balik perkataan rasis terhadapnya.

Selain saman berkenaan, Jahara juga turut memohon injunksi mahkamah untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.

Pada 10 Disember lalu, Guan Eng dalam sidang akhbar di luar sidang DUN, menggelarkan Jahara sebagai 'nenek rasis' kerana dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran 'nenek' malah Setiausaha Agung DAP itu tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.

ViDEO : BERTUDUNG, MUKA LAWA TAPI...........? #WAWI4Kajang #KajangMove


MKP agak tertarik dengan video yang satu nie. Almaklum bila ada gambar awek cun bagai bidadari berlakon mesti nak tengok. MKP bukan nak mengatai tapi itu sifat lelaki yang meskulin pantang tengok perempuan lawa mesti nak try atau skodeng apa yang diperkatakan. 

Lelaki kalau tak pandang perempuan lawa mesti ada something wrong. Lelaki meskulin kebanyakkannya kurang kasih sayang selalu nak dibelai dan dimanja. Kalau tak mengatai dengan perempuan mesti ada yang tak kena. 

Jangan pulak jadi macam yang dok ada depan belakang dia tibai depan dan belakang itu merbahaya. Yang macam dok ada nak jadi Calon PRK Kajang tapi hajat tak kesampaian. 


Wan Azizah telah secara jelas menyatakan yang beliau sebenarnya kurang berminat atau ‘berat’ untuk aktif berpolitik setelah menyerahkan kerusinya di Permatang Pauh kepada Anwar. Kenyataan ini jelas memperlihatkan sikap beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana terus menjadi Presiden parti walaupun pada hakikatnya beliau ‘sudah tidak ada hati’.

Secara tidak langsung, Wan Azizah telah mengesahkan bahawa beliau hanyalah boneka dan tidak mempunyai fungsi apa-apa melainkan sebagai lambang penguasaan Anwar Ibrahim di dalam PKR.

Wan Azizah juga menjelaskan bahawa beliau tidak menyangka yang beliau akan dicalonkan di Kajang. Alasannya ialah beliau telah tidak terlibat dalam perbincangan memandangkan namanya disebut sebagai calon. Kedua kenyataan ini jelas tidak konsisten atau bercanggah sesama sendiri. Mana satu yang betul, iaitu beliau tidak tahu dan tidak sangka, atau beliau sebenarnya tahu?

Apapun, kenyataan ini mengesahkan bahawa Wan Azizah adalah seorang Presiden parti yang tidak tahu apa-apa sehinggakan pencalonan untuk Pilihanraya Kecil juga tidak dirujuk kepadanya dan bukanlah keputusannya.

Menurut Wan Azizah, objektif bertanding di Kajang ialah Putrajaya. Strateginya ialah untuk memperlihatkan pentadbiran yang baik di Selangor sebagai bukti kelayakan PR untuk menjadi pemerintah. Kenyataan ini memperlihatkan bahawa Wan Azizah mahupun PR langsung tidak punya apa-apa perancangan untuk Kajang. Niat parti itu mengadakan PRK hanyalah untuk berpolitik dan menawan Putrajaya dan tidak sekali-kali melibatkan kesejahteraan rakyat Kajang.

Ini dibuktikan lagi melalui kenyataan Wan Azizah seterusnya iaitu bahawa beliau percaya akan mendapat sokongan orang-orang Melayu atas dasar ‘ketidakadilan’ keputusan mahkamah terhadap suaminya.

Maka jelaslah, Wan Azizah bertanding sekadar untuk meminta rakyat menyokong suaminya dan bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Akhir sekali, Wan Azizah ditanya apakah beliau akan menjadi ‘pendamai’ antara Khalid dan Azmin? Jawapan Wan Azizah ialah beliau tidak tahu. Jawapan ini sekali gus menghancurkan terus kredibiliti beliau sebagai pemimpin.

Hakikatnya, tempat Wan Azizah adalah di rumah, sebagai seorang surirumah, sejak dari awal lagi. Beliau tidak harus menjadi Presiden PKR dan tidak harus menjadi wakil rakyat bagi mana-mana kawasan pun. Apatah lagi jika ingin menjadi Menteri Besar Selangor.

Selama ini Wan Azizah hanya mengikut sahaja arahan suaminya. Beliau meletak jawatan bila disuruh, bertanding bila disuruh dan pastinya beliau tidak pernah memberi arahan dan tidak pernah membuat keputusan dalam urusan partinya. Oleh itu, memilih Wan Azizah sebagai ADUN bukan sahaja tidak adil buat penduduk Kajang, tetapi juga untuk dirinya sendiri.

Wan Azizah tidak boleh memimpin kerana beliau sentiasa dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang akan memimpinnya sekiranya Anwar ke penjara nanti?

Sunday, March 16

VIDEO ADUN PKR HINA MANGSA #MH370 DEMI #WAWI4KAJANG


Hari ini, genap lapan hari kehilangan pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.

MKP secara peribadi mengucapkan banyak bersabar kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal serta berdoa mengharapkan yang terbaik kepada mereka terbabit.



Di pihak kerajaan, semua yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat, sedang berusaha sebaik mungkin bagi mencari pesawat malang berkenaan dengan segala keperluan serta aset ditumpukan ke arah usaha terbabit.


DUN Kajang ibarat pesta dengan semua pemimpin pakatan bersilih ganti berada di sana, siang dan malam dalam memastikan kemenangan Anwar.  Malah ada antara mereka dengan bongkaknya, meletakkan majoriti 10,000 undi pada PRK Kajang.

Pelbagai spekulasi, telahan dan andaian dibuat mengenai “Langkah Kajang” dan dalam tempoh berkempen, menyaksikan pelbagai episod “politik” bermula dengan kata sepakat yang dicapai antara kerajaan Selangor PKR pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan kerajaan pusat mengenai penstrukturan bekalan air negeri itu.

Selepas puas Khalid dihentam pimpinan tertinggi PKR terhadap langkahnya menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan pusat, bakal calon PKR PRK Kajang Anwar Ibrahim pula kemudian didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan Jumaat lalu, atas kes liwat 2 dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Malam tadi, ceramah kempen anjuran PKR di kawasan Kajang Prima terpaksa dibatalkan disebabkan tidak sampai 30 orang yang hadir.

Daripada lima nama besar yang sepatutnya hadir termasuklah Azmin Ali dan penyanyi Dayangku Intan, hanya penasihat DAP, Lim Kit Siang sahaja yang beada di atas pentas.

Amat menyedihkan, Kit Siang terpaksa meneruskan acara dengan menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 10 orang di hadapannya manakala selebihnya duduk di luar kawasan ceramah.

Ada yang berkata, orang ramai tidak berminat untuk mendengar kempen yang sama berulang kali setiap hari lebih-lebih lagi bila kempen ceramah diadakan pada jarak berdekatan.

Contohnya, jika tiga ceramah diadakan serentak pada waktu yang sama di lokasi yang cuma jaraknya tidak sampai satu kilometer, yang mana satu sebenarnya hendak dituju?

Apa lagi jika penceramahnya terdiri daripada orang sama yang datang berucap pendek bagi memenuhi jemputan di lokasi lain.

Wan Azizah dilihat hanya berucap tidak sampai lima minit dan terus meninggalkan majlis untuk segera ke tempat lain yang turut mengadakan ceramah.

TIADA PROTOKOL YANG DIPERLUKAN DEMI #Rakyat #Prihatin @MPkotaBelud @GoTeamRD


Takda protokol, takda sambutan dan tiada apa-apa pun persiapan dilakukan bagi 'menyambut' kehadiran Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan petang semalam di Pangsapuri Nusa Kurnia.


1st impression yang saya lihat pada riak wajah Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Nusa Kurnia (JPPNK), ternyata mereka sendiri terkejut dengan kehadiran YB Menteri, Dato' Abdul Rahman Dahlan.

Menariknya inilah kali pertama beliau turun padang dalam usaha mendekatkan Kementerian kerajaan Persekutuan dengan rakyat. Tujuan beliau ini bukanlah untuk mencampuri urusan pentadbiran Joint Management Builiding (JMB) sebaliknya beliau hanya sekadar menjadi pemerhati dan melihat perjalanan mesyuarat ini saja.


Dato' Rahman Dahlan turut berkongsi hasrat beliau berbuat demikian adalah atas rasa tanggungjawab mendahulukan rakyat selaras dengan matlamat kerajaan Persekutuan dan dalam masa yang sama interaksi dua hala antara penduduk dan Menteri secara bersemuka diyakini akan memberikan manfaat positif kepada kedua-dua belah pihak.

JPPNK turut melahirkan rasa bertuah mereka apabila kunjungan mengejut Menteri secara tidak langsung terus memberikan respon mengenai permasalahan yang diutarakan di dalam mesyuarat.

Antara respon yang membuatkan JPPNK tersenyum lebar adalah Menteri bersetuju untuk ;
1. Menggantikan pagar di tebing yang tidak beberapa kukuh kerana pagar sedia ada dirasakan tidak stabil dan merbahaya. 
2. Memasang besi penghadang longkang.

Bak kata orang, inilah bagusnya apabila masalah diutarakan secara direct kepada orang yang boleh membuat keputusan. Bagi saya, JPPNK amat bertuah dan tidak salah jika mereka tersenyum sendirian.

Tahniah kepada Jawatankuasa Penduduk kerana rekod terbaik pengurusan di sana telah menyebabkan Menteri teruja untuk melihat sendiri apa yang menjadikan Pangsapuri Nusa Kurnia ini begitu istimewa.

Saturday, March 15

WAN AZIZAH LEBIH CINA DARI CINA #KAJANG #WAWI4Kajang


Pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang memberi kemenangan kepada PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) Mei tahun lalu kerana mereka yakin dan percaya dengan tsunami politik yang memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun pengundi Cina sedar dengan memberi undi kepada calon pembangkang menyalahi prinsip, tetapi disebabkan janji yang ditabur oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk memberi taraf dan keistimewaan sama rata, masyarakat itu terpaksa membelakangkan apa yang dikatakan pendirian masing-masing.

Ini didedahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang sempat selama hampir dua minggu turun ke Kajang dalam usahanya mendekati masyarakat Cina dan India, sebaik mengumumkan akan turut bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan.


Bagaimanapun, beliau yang menarik diri dua hari sebelum hari penamaan calon pada 11 Mac lalu selepas mendapati Anwar tidak layak bertanding kerana didapati bersalah dalam kes liwat II berkata, Barisan Nasional (BN) perlu mencari kaedah untuk menarik semula sokongan masyarakat Cina ini.

Katanya, PR berjaya menanamkan rasa benci dan marah kaum Cina kepada BN terutama beberapa institusi kerajaan seperti polis dan kehakiman berikutan keputusan yang tidak memihak kepada Anwar dalam kes liwatnya Jumaat minggu lalu.

“Orang Cina Kajang mengundi Anwar (PR) pada PRU tahun 2013 kerana mereka menyangka bahawa tsunami politik yang besar akan berlaku. Malangnya ia tidak menjadi kenyataan. Di sini mereka kecewa dengan Anwar, tetapi masih tidak yakin dan percaya kepada BN.

“Itu yang mereka katakan kepada saya ketika bersama mereka di Kajang selama hampir dua minggu. BN harus mengambil kesempatan ini untuk memujuk mereka dan mendengar sendiri apa yang mereka mahu,” katanya.

Zaid yang juga bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan menaruh harapan masyarakat Cina termasuk lebih 4,000 kaum India di DUN berkenaan beralih corak prinsip dengan memberi kepercayaan kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Namun, katanya, BN perlulah bekerja kuat mendekati kaum sendiri kerana hanya mereka yang boleh memujuk dan menyejukkan hati sesama sendiri serta jangan bersikap sombong ketika pengundi dalam keadaan merajuk.

Beliau turut mengingatkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar melihat dakyah pembangkang cuba menyabitkan hakim-hakim yang dibeli oleh kerajaan bagi menetapkan keputusan bersalah ke atas Anwar.

“PM mesti melihat trend menyalahkan institusi kerajaan yang digunakan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat ini sebagai suatu yang serius. Tindakan perlu diambil bagi melindungi integriti institusi kerajaan seperti polis dan kehakiman.

“Walaupun pembangkang tidak mempunyai bukti jelas akan campur tangan kerajaan berhubung kes liwat itu, tetapi mereka berjaya meyakinkan rakyat, terutama masyarakat Cina yang begitu taasub kepada Anwar,” katanya.


#MH370 DIRAMPAS!!!! KEMUNGKINAN BERADA ANDAMAN #PrayForMH370


Sudah hampir seminggu, pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) masih gagal ditemui dan pelbagai dakwaan dan andaian kian timbul mengenai kehilangan pesawat itu.

Pesawat Boeing 777-200 yang masih hilang itu dipercayai telah terbang merentasi Semenanjung Malaysia dan menuju ke Kepulauan Andaman berdasarkan pengesanan yang dilakukan oleh radar tentera.

Memetik laporan berita Reuters, dua sumber memberitahu agensi berita itu pada Jumaat bahawa sebuah pesawat misteri dimana para penyiasat mempercayainya sebagai pesawat MH370 telah terbang mengikut titik-titik navigasi penerbangan dimana titik terakhir yang direkodkan dalam radar tentera adalah di di Barat Laut Malaysia.

Ini membuktikan bahawa pesawat tersebut mungkin telah dikendalikan oleh seseorang yang berkemahiran tinggi dalam menerbangkan pesawat .

Titik terakhir yang berjaya direkodkan oleh radar tentera membayangkan bahawa pesawat tersebut berkemungkinan telah terbang menuju ke Kepulauan Andaman yang terletak di India dimana pulau tersebut terletak di lokasi antara Laut Andaman dan Teluk Bengal.

“Waypoints” adalah merujuk titik navigasi lokasi yang dihubungkan denganlongitudedanlatitudeyang mampu membantu juruterbang melalui koridor udara.

Sumber ketiga dalam siasatan tersebut pula berkata inkuiri yang timbul pada waktu sekarang ini lebih menjurus kearah teori bahawa “seseorang” yang pandai mengendalikan pesawat tersebut telah sengaja mengubah haluan pesawat tersebut dari laluan sebenar Kuala Lumpur-Beijing.

“Kami melihat kemungkinan sabotaj dan juga rampasan pesawat dalam situasi ini,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis PDRM.

Kesemua sumber tersebut tidak mahu dikenali kerana mereka tiada kuasa untuk bercakap kepada media dan juga demi memelihara perjalanan penyiasatan tersebut.

Menurut laporan itu juga, Kementerian Pengangkutan bagaimanapun gagal dihubungi dan pendedahan sumber-sumber tersebut menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan terdapat unsur‘foul play’ dalam kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik sebagai berkata siasatan terhadap kehilangan pesawat MH307 ini meliputi siasatan terhadap sama ada terdapatnya mana-mana masalah peribadi dan psikologi penumpang dan kru selain kemungkinan seperti rampasan, sabotaj dan juga kegagalan mekanikal pesawat.

Dengan pelbagai teori dan juga dakwaan bukti-bukti baru, gerakan mencari dan menyelamat pelbagai nasional ditingkatkan lagi hingga menjurus kearah Laut Andaman dan Lautan Hindi.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive