Tuesday, April 29

Pemuda Umno Tubuh Majlis Ulama @Azwanbro @ustazfathulbari @onnhafiz


Pergerakan Pemuda Umno mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Pemuda Umno yang bertindak sebagai penasihat hal ehwal agama bagi sayap itu.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, Majlis Ulama itu diketuai oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno, Fathul Bari Mat Jahya. Majlis Ulama itu akan diletakkan di bawah Akademi Pemuda Umno bagi membolehkan pelajar bidang agama di luar negara menyumbangkan idea kepada Umno selepas tamat pengajian.


Pada 13 hingga 16 April lepas, Pemuda Umno mengadakan lawatan ke Turki, Jordan dan Arab Saudi untuk menjalinkan kerjasama dengan Pergerakan Pemuda Parti AP di Ankara dan bertemu persatuan pelajar Malaysia di negara berkenaan.



Dalam perkembangan lain, beliau meminta rakyat Selangor melaksanakan satu referendum sebagai bantahan terhadap kegagalan kerajaan negeri itu menyelesaikan krisis air.


Monday, April 28

KESIAN PADA MEREKA, KENA KUTUK LAGI.......?


Entah siapa suruh sekumpulan mahasiswa membantah ke atas Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) semasa acara presiden AS Barack Obama di Universiti Malaya. MKP agak pelik kerana kedatangan Obama kali ini bukan berbincang mengenai TPPA.

Rasanya mahasiswa nie tahu dan telah dihebahkan di media massa namun buat-buat tak faham hanya pemimpin pembangkang saja yang meroyan kerana Obama tak mahu berjumpa dengan Anwar Ibrahim. 

Dah masuk universiti pun masih lagi bodoh dan tak dapat berfikir. Kesian Mahasiswa sekarang dipergunakan oleh Pembangkang untuk mencapai apa yang dihajati.

Nak bangkang boleh tapi biarlah CERDIK sikit bukan macam nie. Nanti tak pasal-pasal tido kat dalam lokap pulak. Tapi MKP agak hairan dengan pengurusan yang menyaring pelajar nie. Macam mana kertas tue boleh masuk kedalam dewan. Adakah ini sabotaj dari pihak dalaman.....? 


Obama bagaimanapun tidak terancam dengan bantahan tersebut, malah merujuk kepada tindakan siswa berkenaan dalam ucapannya sebagai contoh untuk menjelaskan mengenai tindakan yang perlu ditolak ansur.
"Sebagai contoh ada orang berkata 'tidak' di sebelah sana. Saya tidak tahu apa yang mereka bantah. 
“Tetapi saya rasa idea asas bahawa sesorang itu tidak sama seperti anda – jika mereka nampak berbeza dengan anda, jika mereka ada kepercayaan berbeza dari anda – bahawa anda melayan mereka sama seperti bagaimana anda mahu mereka melayan anda,” katanya.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menafikan Washington membuli Malaysia dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang sedang dijalankan.

Sebaliknya, beliau berkata beliau sendiri yang telah dibuli oleh partinya sendiri (Democratic) berhubung perjanjian itu selain protes terhadap perjanjian itu yang lebih kepada orang takut perubahan corak perdagangan pada masa depan atau tidak mahu mengubah cara lama.

"Adalah penting bagi semua orang tunggu dan lihat apakah perjanjian (akhir) sebelum mereka terus membuat kesimpulan," kata beliau sebagai respons kepada soalan yang Washington membuli Kuala Lumpur dalam rundingan mengenai TPPA pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata memang difahami bahawa akan ada bantahan, protes, tuduhan konspirasi politik, yang berlaku bukan sahaja bagi Amerika Syarikat dan Malaysia, tetapi juga semua negara yang berunding.

Melihat ke hadapan ke arah memuktamadkan rundingan TPPA, beliau berkata "negara-negara dan syarikat-syarikat mesti bersedia untuk mengambil langkah seterusnya."

Najib, dalam komen sebelum itu, melahirkan keyakinan bahawa manfaat keseluruhan daripada TPPA jauh akan mengatasi kelemahan pakatan itu yang masih dirundingkan oleh 12 ekonomi lingkungan Pasifik walaupun akan terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan.

Beliau juga berkata Washington memahami sensitiviti domestik Malaysia seperti yang dibuktikan semasa rundingan dua hala dengan Obama sebelum ini.

Obama juga berkata TPPA akan memberi manfaat kepada Malaysia dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia komited kepada proses mendapatkan penerimaan orang ramai berhubung TPPA.

Friday, April 25

VIDEO KANTOI TAHAP DEWA........?


Rafizi Ramli mempertikaikan tindakan DS Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang tidak pernah gagal membentangkan bajet tambahan sepanjang menjadi Menteri Kewangan.

Datuk Ahmad Maslan di dalam jawapan beliau menemplak Rafizi Ramli dengan membandingkan dengan bajet tambahan yang dibentangkan oleh Anwar Ibrahim semsa beliau menjadi Menteri Kewangan sehinggalah beliau dipecat.

Fakta yang Rafizi Ramli terlupa atau buat-buat lupa adalah sepanjang 8 tahun Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan, sebanyak 29 kali Anwar Ibrahim membentangkan bajet tambahan!!!

Nampak sangat Rafizi Ramli kantoi buat sekalian kali apabila beliau tidak membuat kajian yang mendalam sebelum membuka mulut celupar beliau.





Thursday, April 24

@mpkotabelud : APA BAGUSNYA Program #MyHome HINGGA 37,000 PENYERTAAN @GoTeamRD


Program #MyHome yang dilancarkan oleh Dato' Abdul Rahman Dahlan,  hari ini Yang Berhormat Menteri (YBM) telah mengesahkan bahawa 37,000 orang telah memohon untuk menyertai program #MyHome ini.  Ini merupakan sesuatu yang patut dibanggakan kerana tidak hampir sebulan sahaja program ini dilancarkan, rakyat telah memberi response yang sangat baik dengan menyokong usaha kerajaan yang murni ini.

Bukan sahaja rakyat yang didapati menyokong program ini, malah menurut YBM, lima pemaju perumahan telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai #MyHome dan 49 pemaju lagi melahirkan minat untuk menyertai program ini. Jelas sekali #MyHome adalah bukti kejayaan satu lagi inisiatif Kerajaan.  Saya berpendapat dengan penyertaan yang ramai dari orang awam dan juga pemaju, it shows that the people have confidence in the government in general and the ministry in particular.

Sebagai kerajaan yang menepati janji, YBM juga telah mengumumkan "the next step" bagi program #MyHome dimana kerajaan kini akan melaksanakan penilaian individu dan pemaju dengan teliti, supaya mereka yang benar-benar layak saja akan menikmati manfaat program ini.

Alhamdulillah, sebagai rakyat Malaysia, saya berasa gembira dengan usaha mulia kerajaan ini untuk membantu rakyat golongan "middle class" untuk memiliki rumah di bandar. Diharapkan lebih ramai pemaju akan tampil untuk bersama-sama membantu kerajaan dan rakyat untuk menjayakan program ini. Insyallah.

BACA SETERUSNYA.

Tuesday, April 22

MCA JANGAN MIMPI NAK MENANG BUKIT GELUGOR......?


Pendapat MKP biarlah DAP menang percuma daripada MCA buat kerja setengah jalan dan membiarkan Parti Komponen lain menderita. Itu yang perlu ditelan oleh Barisan Nasional. Nak menang agak mustahil tapi jika digula-gula mahu menurunkan majoriti itu ayat paling gampang boleh didengar.

Selepas kalah pada pilihan raya kecil (PRK) Kajang, Barisan Nasional (BN) sekali lagi memperjudikan nasib meletakkan calon MCA di Parlimen Bukit Gelugor yang bakal menghadapi PRK berikutan kekosongan kerusi yang disandang oleh mendiang Karpal Singh.

Seperti kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, keputusan telah dibuat dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Ting Lai berdasarkan kawasan tersebut mencatatkan jumlah pengundi Cina paling ramai berbanding pengundi Melayu dan India.

"Kita menghormati mengenai persetujuan dengan MCA dalam BN kerana kawasan kerusi Parlimen berkenaan mempunyai kira-kira 74 peratus pengundi Cina," katanya.

Persoalannya, jika Datin Paduka Chew Mei Fun dicanang sebagai seorang yang hebat pun boleh tewas walaupun berkeyakinan tinggi untuk menang, apakah ada calon lain yang lebih hebat daripada Mei Fun?

Bukan hendak memperkecilkan MCA tetapi apakah hanya kerana 74 peratus pengundi Parlimen itu merupakan kaum Cina sudah boleh meyakinkan kemenangan kepada BN?

Apakah MCA sudah yakin pengundi Cina telah dapat menerima barisan kepimpinan baru sama seperti yang diucapkan pada PRK Kajang?

Cakap salah, tak cakap lagi salah. Sepatutnya, sebagai parti komponen yang telah mengaku melakukan banyak kesilapan pada pilihan raya umum ke-13 lalu, MCA sewajarnya berasa malu untuk meneruskan perjuangan selepas tewas tidak sampai dua bulan di Kajang.

Ada pendapat yang mengatakan, alangkah cantiknya jika MCA membantu kempen BN dan pada masa sama mengukuhkan lagi kedudukan parti daripada terus dimalukan sekali lagi.

Ingatlah, PRK Bukit Gelugor bukan medan untuk menguji kekuatan MCA yang sudah rapuh tetapi adalah ruang untuk rakyat menghadapi masa depan.

Sekarang bukannya masa untuk menguji kekuatan MCA yang membariskan muka baru dalam saf kepimpinan. Sebaliknya ini masanya untuk meraih semula simpati dan keyakinan pengundi Cina terhadap parti itu. Tetapi bukan sebagai calon Parlimen Bukit Gelugor!

Monday, April 21

@PDRMsia TAK BUAT KERJA.... @KBAB51 @Zahid_hamidi @KDNPUTRAJAYA


Kerajaan Pulau Pinang dah PVR yang agak ramai namun tetap menyalahkan Pihak PDRM tidak hadir pada pengebumian Karpal Singh. Adakah dakwaaan ini benar atau hanya menyalahkan pihak berkuasa. Setahu MKP tiada insiden yang tidak diingini berlaku. 

Jalan disekitar perarakan telah ditutup pada hari ahad lalu. berita laluan ditutup telah diberitahu oleh pihak berkuasa PDRM pada orang ramai sebelum hari ahad. Nampak gayanya Ketua Menteri ini mahu mencari jalan mudah menyalahkan orang lain tanpa melihat fakta dan kesahihan terlebih dahulu. 

Walau bagaimana pun kita tunggu penjelasan dari Ketua Polis Pulau Pinang selepas ini.

Thursday, April 17

ANWAR TAKUT KHALID "GAGAP" PECANG LOBANG........


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa bahawa beliau bukan seorang “Pak Turut” dalam politik PKR. Beliau membayangkan perkara ini boleh diperakui oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Lebih unik lagi ialah Khalid juga berhujah bahawa beliau bukan seorang “kaki bangkang” dalam parti. Malah beliau seorang yang paling sabar dan tekun mendengar pandangan pucuk pimpinan parti.

Kebenaran perkara ini boleh diperakui atau disanggah oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Hanya Rafizi yang lebih tahu bagaimana sikap dan cara Khalid berpolitik dengan lebih dekat.

Ini kerana Rafizi ialah bekas Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan beliau bertindak sebagai setiausaha bagi perbincangan mingguan di antara Anwar dan Khalid.

Rafizi tentu tahu dan merekodkan berapa banyak syor dan strategi yang Anwar susun untuk Khalid laksanakan dan berapa pula yang “dibakulsampahkan” oleh Khalid.

Namun bukan Rafizi sahaja yang boleh menilai kebenaran kenyataan Khalid bahawa beliau bukan Pak Turut. Ada pemimpin lain seperti Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib presiden, Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita juga tahu siapa Khalid.

Memang tidak sukar untuk menjejaki rekod kehadiran Khalid dalam mesyuarat PKR. Oleh kerana beliau sudah mempunyai jawatan besar dalam pentadbiran negeri Selangor, Khalid sering “ponteng” mesyuarat Biro Politik.

Umumnya, dalam Biro Politik Khalid sering mengelak berlaku konfrontasi di antara beliau dengan pemimpin lain. Kononnya beliau lebih banyak mendengar perbincangan dalam mesyuarat. Sebab itu, sukar untuk pimpinan PKR  merumuskan betapa Khalid ini seorang “kaki bangkang” atau bukan.

Mungkin Khalid bersikap demikian kerana beliau insaf bahawa dirinya bukanlah seorang pemidato yang fasih. Beliau gagap. Sebab itu, beliau lebih senang untuk mengelak perdebatan terbuka. Namun itu tidak bermakna akalnya tidak panjang.

Khalid mendengar tapi ini tidak bermakna Khalid akan bersetuju dengan apa didengarnya. Pengalaman korporat mengajarnya bila hendak bersuara untuk marah, menentang dan memberi arahan. Itu semua lebih mudah dilakukannya jika beliau mempunyai kuasa.

Selepas Mac 2008, Khalid sudah diberi kuasa mutlak untuk memimpin Selangor. Beliau pun mula menunjukkan kecekapan pengurusannya. Setiap kritikan dan arahan yang ditujukan kepadanya boleh diterima atau ditolaknya kerana beliau berkuasa; tidak kira jika pandangan atau arahan itu datang daripada parti atau Anwar sendiri.

Kini, di ambang pemilihan PKR di mana Khalid menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden PKR, beliau mendakwa bahawa gabungan beliau dengan Anwar dan Wan Azizah Wan Ismail adalah yang terbaik.

Khalid mendakwa dirinya mempunyai pengalaman dan ingin menyumbang ketokohan yang ada untuk mengukuhkan PKR.

“Saya juga nak menyumbang pengalaman saya dan apa yang saya lakukan di Selangor untuk parti. Itu yang saya mahu dan rasa boleh jadi gandingan dengan Anwar dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Siapa saja jadi Presiden PKR (Anwar atau Wan Azizah) saya tiada masalah sebab kami boleh bergandingan," katanya.

Khalid berkata beliau sering mendengar pandangan Anwar namun tidak semuanya diterima bulat-bulat.

"Walaupun saya rapat dengan Anwar tetapi saya tak dengar cakap Anwar 100 peratus walaupun dia nampak seolah-olah saya sedang mendengar. Ada cadangan Anwar yang saya boleh terima dan ada juga cadangan dia yang saya dengar tapi tak terima,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu bukan satu kesalahan atau kebiadapan tetapi menunjukkan sikap seorang pemimpin yang boleh menerima cadangan dan kritikan.

Namun persoalannya ialah, adakah Khalid tahu membezakan di antara syor, pandangan dan arahan parti? Di samping itu, dapatkah Khalid menilai apa ertinya tidak mengendahkan arahan yang dibuat oleh kepimpinan parti?

Tidakkah engkar dan tidak mengendahkan arahan pucuk pimpinan itu satu penderhakaan kepada perjuangan parti?

Khalid beranggapan Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang sangat cekap berpolitik. Jika demikian mengapa Anwar tidak menunjukkan kepada Khalid beza akur perintah dengan engkar arahan? Cuma Anwar yang tahu.
 
“Dalam kepimpinan kita mesti ada orang yang boleh berbincang dan bukan jadi Pak Turut saja. Saya rasa, Anwar perlu ada rakan-rakan seperti itu dan kita mesti ada keseimbangan untuk mentadbir.

“Saya ada pengalaman mentadbir, pengurusan harta dan tenaga manusia manakala Anwar pula cekap dalam politik. Keseimbangan ini boleh membantu kita tawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Demikian cara Khalid “mempromosikan” dirinya sebagai bakal Timbalan Presiden PKR. Sebenarnya, dakwaan-dakwaan Khalid itu boleh disangkal oleh Anwar, Wan Azizah dan juga pimpinan PKR yang lain.

Bukan rahsia lagi betapa remuk redamnya perasaan sebilangan besar pemimpin PKR apabila Khalid “mengingkari dan menderhakai kepentingan parti” hingga mereka berpakat menghantar petisyen terbuka kepada Anwar dan Wan Azizah menuntut supaya Khalid dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun hasrat itu tidak menjadi kenyataan. Tindakan paling hampir untuk memenuhi tuntutan itu ialah apabila Rafizi dan Anwar mencetuskan idea “Langkah Kajang”.

Menurut perancangan itu, Anwar sepatutnya bertanding pilihanraya kecil Kajang kemudian diangkat menjadi Menteri Besar; baru Khalid dapat dicabut daripada kerusi kuasanya.

Namun nasib menyebelahi Khalid kerana Anwar didapati tidak layak bertanding oleh Mahkamah Rayuan.

Pada mulanya Khalid goyah juga dengan “Langkah Kajang” ini tetapi kini tidak lagi. Beliau semakin yakin percaturan politik itu tidak menjadi. Sebab itu, Khalid pula yang mencabar status quo parti dengan mahu menentang Azmin.

Soal siapa Khalid sebenarnya hanya diketahui oleh Anwar dan Wan Azizah. Mereka tahu apakah persepsi sebenar ahli dan pemimpin parti terhadap Khalid. Mereka juga tahu apakah benar Khalid bukan Pak Turut, bukan kaki bangkang atau sebenarnya seorang penderhaka perjuangan parti.

Terpulanglah pada Anwar Ibrahim, terutamanya, untuk mengiakan dakwaan Khalid bahawa kononnya Anwar “faham” siapa Khalid sebenarnya. Terserah juga pada Anwar untuk “memperbetulkan” rekod Khalid itu.

Atau, atas nama demokrasi dan hak kebebasan bersuara Anwar akan berdiam diri dan membiarkan Khalid membuat pelbagai dakwaan bahawa kononnya “beliau lebih setia” kepada Anwar dan PKR dengan tidak sentiasa mengampu Anwar sebagai seorang Pak Turut.

Anwar perlu jujur menghantar mesej kepada ahli PKR bahawa “kebebasan” yang diberikan kepada Khalid itu sebenarnya terjemahan “kejujuran” Khalid menyokongnya atau sebenarnya Anwar sendiri melihatnya satu “penderhakaan” pada perjuangan.

Jika tidak lebih ramai pemimpin PKR akan terkeliru dan menyokong pemimpin yang pandai memutar-belit hubungan istimewanya nya dengan Anwar.

Atau, adakah Anwar membisu terhadap sikap Khalid kerana mungkin Ketua Umum itu sudah terlalu banyak “terhutang budi” padanya.....?

VIDEO: KERETA KARPAL SINGH REMUK TERUK AKIBAT KEMALANGAN........?

Video di lokasi kereta milik Karpal Singh terlibat dengan kemalangan di lebuhraya. Keadaan kereta remuk teruk...Belum dipastikan lagi beliau berada dalam kenderaan ini atau tidak...

Dari maklumat awal yang MKP dapat pembantu peribadi meninggal dan jugak Karpal Singh manakala anaknya bukan ahli Parlimen mengalami kecerderaan yang teruk.

MKP jugak menunggu pengesahan dari pihak berkuasa untuk mengesahkan kejadian ini.


Tuesday, April 15

PEMUDA UMNO GEMPUR TIMUR TENGAH PULAK @khairyKJ @AzwanBro


Menyedari akan peranan dan tanggungjawab yang besar untuk membangunkan negara, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuka satu lebaran baru di peringkat antarabangsa apabila sedang mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah negara di Timur Tengah.

Delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Naib Ketua Pemudanya, Saudara Khairul Azwan Harun @Azwanbro telah disambut oleh sayap Pemuda Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP), Turki.


Satu pertemuan rasmi telah diadakan diantara Delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan Jawatankuasa sayap Pemuda AKP yang diketuai Naib Presiden Pemuda AKP, Mr Osman Timurtas di ibu pejabat AKP, Turki.


Dalam pertemuan ini, kedua-dua sayap Pemuda dari dua negara ini turut mengambil peluang untuk berdialog dan berbincang dengan pemimpin-pemimpin yang hadir dalam mengeratkan hubungan dua hala diantara Malaysia dan Turki dalam menghadapi cabaran dunia.



Antara topik utama yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah mengenai Program Pertukaran Pemimpin Muda diantara Malaysia dan Turki atau Youth Leadership Exchange Program yang diharap dapat membuka minda pemimpin muda kepada pengaruh luar yang baik serta wajar dicontohi dan mengaplikasikan perkara tersebut untuk pembangunan negara kedua-dua negara.

Dalam pertemuan tersebut juga mereka turut membincangkan untuk mengadakan kerjasama bijak diantara kedua-dua negara bagi menerokai bidang-bidang baru yang mempunyai kepentingan bersama. Antaranya ialah bidang-bidang seperti kebudayaan, ekonomi dan sosial yang dapat memacu kedua-dua negara ke arah yang lebih moden dan maju pada masa akan datang.

Selain itu wakil dari AKP memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan lawatan balas ke Malaysia pada bulan Mei bagi membincangkan dengan lebih serius agenda-agenda yang dibawa oleh Pemuda UMNO semasa lawatan mereka ke sana.



Delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga sempat mengadakan kunjungan hormat ke kedutaan Malaysia di Turki. Kehadiran mereka disambut baik oleh Duta Besar Malaysia, En Amran Mohamed Zin.

Empayar Pemuda

#Janji BN #PRU13 Jadikan Alor Setar Sebagai Hab Pendidikan @MukhrizMahathir


Ahli perniagaan dan jutawan terkenal Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary kini berhutang dengan rakyat negara ini khususnya masyarakat akademik apabila mengumumkan mahu menutup Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) yang terletak di Alor Setar, pada Jun depan.

Hutang yang dimaksudkan bukan hutang wang ringgit atau kebendaan tetapi beliau terhutang satu jawapan yang menjadi tanda tanya umum apabila mahu menghentikan operasi universiti yang semakin menempa nama itu, tanpa memberi sebarang sebab musabab.

Sememangnya menjadi hak beliau untuk tidak memberi sebab atas pelbagai faktor tertentu atau mungkin terlalu banyak yang berlegar-legar dalam fikirannya untuk dilakukan demi 'rakyat dan negara'.

Namun untuk menutup universiti yang menjadi kebanggaan masyarakat khususnya di Kedah kerana jasanya membantu pelajar yang kini berjumlah 600 orang dari dalam dan luar negara yang kurang berkemampuan selain mempunyai kakitangan dan lebih 100 kakitangan dan pensyarah, sudah tentu tindakan itu mengundang persoalan umum.

Lebih-lebih lagi, keputusan itu menjadikan nasib dan masa depan para pelajar dan kakitangan AIU dalam keadaan samar-samar.

AIU sebelum ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia.

Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran, penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh Syed Mokhtar pada 1996.

Banyak pihak berpendapat, sekurang-kurangnya apa yang Pengerusi Kumpulan Albukhary itu harus lakukan adalah untuk memberi penjelasan sebenar serta tindakannya yang mewajarkan penutupan AIU.

Universiti itu menawarkan tiga program termasuk Yayasan, diploma dan ijazah sarjana muda di Sekolah Perniagaan dan Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Pelajar AIU tidak dikenakan bayaran yuran pengajian malahan diberi biasiswa penuh oleh universiti yang dibiayai sepenuhnya oleh yayasan itu di bawah konsep wakaf.

Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar dari latar belakang miskin, kurang bernasib baik atau terpinggir dari luar bandar di Malaysia dan negara dunia ketiga dan miskin di luar negara.

Difahamkan, kakitangan dan pensyarah telah diberi taklimat mengenai penutupan itu, dinasihatkan untuk mula mencari pekerjaan baru di tempat lain dan dijangka akan diberi wang pampasan mengikut undang-undang buruh.

Pada masa sama, difahamkan Naib Canselor AIU, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak yang memegang jawatan itu selepas bersara sebagai Naib Canselor di Universiti Sains Malaysia (USM) beberapa tahun lalu telah mengosongkan jawatan di AIU pada pertengahan tahun lepas.

Syed Mokhtar jarang kelihatan dalam liputan media. Penampilan terkini Syed Mokthar ialah ketika muncul pada majlis pelancaran Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay bernilai RM4 bilion di Teluk Burau Langkawi pada 30 Mac lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Menurut Forbes, dianggarkan nilai bersih syarikat korporat yang dimilikinya ialah berjumlah AS $3.1 bilion (RM10 bilion). Itu tidak termasuk kekayaan peribadi anak jati Alor Setar itu yang juga lelaki ketujuh terkaya di Malaysia itu.

Berbalik soal AIU. Tidak dinafikan Syed Mokhtar melabur dana yang banyak kepada universiti yang terletak di Jalan Langgar dan turut menempatkan Masjid Albukhary Alor Malai itu.

Pelaburan tersebut bukan sahaja dari segi pembinaan kemudahan, infra-struktur dan bangunan beraneka bentuk indah serta berciri-ciri keislaman yang terdapat di AIU, tetapi dari segi hasrat murni membina modal insan serta membantu golongan tidak bernasib baik mendapatkan peluang pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Justeru, penutupan AIU menimbulkan misteri sedangkan menjadi hasrat kerajaan negeri Kedah untuk menjadikan Alor Setar sebagai hab pendidikan sebagaimana dinyatakan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tahun lalu.

Justeru, adakah penutupan AIU adalah langkah mengundur ke belakang dari segi pembangunan hab pendidikan Kedah dan jika benar ia berlaku maka manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah yang dicanang pada PRU-13 memperlihatkan kegagalan!

Atau adakah terdapat strategi baharu untuk membuka universiti bertaraf antarabangsa yang lain dengan fokus berbeza di bandar raya itu dalam sedikit masa lagi. Ini perlu ditanya kepada Menteri Besar kerana beliau sebagai Pengerusi BN Kedah bertanggungjawab terhadap janji-janji dalam manifesto tersebut.

Dengan penutupan AIU Jun ini bermakna hanya tinggal satu institut pengajian tinggi (IPT) di Alor Setar iaitu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang turut akan menghilang di Alor Setar kerana bakal berpindah ke Kuala Ketil sedikit masa lagi. Universiti Utara Malaysia (UUM) pula di Sintok yang memberi kesan kepada Jitra manakala Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Merbok.
 
Kedah adalah negeri pertanian yang hasil pendapatannya adalah rendah manakala rata-rata penduduk luar bandar khususnya di daerah Baling, Kuala Ketil, Sik hingga ke Jerlun berada dalam kemiskinan. Apabila pendidikan menjadi salah satu senjata ampuh membasmi kemiskinan, adalah malang jika sebuah universiti hendak ditutup pula.

Adakah Kedah kini lebih mementingkan kepada pelaburan pelancongan berskala besar di Langkawi yang lebih mampu memberi keuntungan dalam tempoh yang singkat berbanding sektor pendidikan untuk melahirkan modal insan sebagai pelaburan masa depan?

Namun sebelum bertanya kepada Mukhriz mengenai manifesto hab pengajian tinggi di Alor Setar, mungkin ramai yang hendak mendengar terlebih dahulu penjelasan daripada Syed Mokhtar tentang penutupan AIU pada Jun ini. Apa sebenarnya Tan Sri?

Sunday, April 13

@MyRapidKL Monorel Akan Beroperasi Seperti Sediakala @NajibRazak @TengkuAdnanReal @gtp_roadmap #RakyatDiDahulukan


Monorel adalah kemudahan awam yang digunakan oleh wargakota setiap hari untuk mengelakkan dari terjerumus didalam kesesakan jalan raya di Ibukota. Jika perkhimatan Monorel tidak berjalan seperti sediakala sudah pasti bakal menyusahkan warga-kota serta menambahkan keksesakan jalan-raya sekitar Kuala Lumpur.

Sejak hari Sabtu perkhimatan monorel tergendala kerana Operasi percubaan sistem isyarat baharu Laluan Monorel KL yang memasuki hari kedua dan terakhirnya hari ini mencatatkan kejayaan besar dengan fasa awal ujiannya selesai lebih awal daripada yang dijadualkan.

Projek Pengembangan Monorel RapidKL (RKLFEP) dan kontraktornya, Thales dari Portugal berusaha ke arah proses lancar yang berterusan sehingga ujian itu selesai.

Syarikat Prasarana Negara Bhd dalam satu kenyataan berkata, semasa perancangan, operasi percubaan itu mengambil kira kemungkinan masalah dalam ujian, dengan memperuntukkan 52 jam ujian percubaan tanpa henti yang berterusan.
"Sebenarnya terdapat sedikit masalah kecil pada permulaan operasi percubaan semalam. Bagaimanapun ia hanya kecil saja dan jurutera kami dapat menanganinya dengan segera.  
"Kami sangat gembira dengan kemajuan ujian ini dan berharap trend ini akan berterusan sehingga operasi selesai," kata Pengurus Projek RKLFEP, Muhammad Isom Azis yang juga Naib Presiden Eksekutif bagi Rolling Stock di Prasarana Integrated Management and Engineering Service Sdn Bhd (PRIME). 

PRIME ialah anak syarikat Prasarana dan pemilik aset perkhidmatan monorel dan bas RapidKL serta perkhidmatan bas Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

Operasi ujian 52 jam itu bermula pada tengah malam semalam. Lebih 9,000 penumpang menggunakan perkhidmatan bas perantara khas semalam dengan Laluan 1 antara KL Sentral dan Titiwangsa mencatatkan penggunaan tertinggi dengan lebih 6,000 penumpang.

Operasi ujian itu dijadualkan selesai pukul 4 pagi esok dengan Laluan Monorel RapidKL meneruskan perkhidmatan seperti biasa dua jam kemudiannya pada jam 6 pagi.

Keputusan daripada ujian itu akan diserahkan dengan segera kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk kelulusan dan persijilan bagi sistem isyarat baharu itu.

MKP diberitahu sebentar tadi Operasi percubaan sistem isyarat baharu Laluan Monorel KL yang dinaik taraf telah berjalan dengan lancar.

Berita gembira ini bakal mengembirakan warga kota yang memulakan tugasan pada hari berkerja esok. Esok perkhimatan monorel akan kembali beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh mengemukan pada tweet handle @MyRapidKL. Pegawai yang bertugas akan menjawab segala persoalan yang dikemukan.

@nweiaik BANGSAT!!!! FITNAH @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA @lette_merican


Pada rakan-rakan jangan terperangkap dengan "Game" yang kurang bijak yang telah dimainkan oleh Ahli Parlimen Tanjong P49 Ng Wei Aik. Ahli Parlimen yang dikenali sebagai " MP Tong Gas" nie memang kurang ajar sejak dulu lagi. Sikap kurang ajarnya memang terserlah sejak azali menjadi ADUN pada PRU-12 lagi.


video diatas dengan jelas membuktikan pembohongan yang telah dilakukan YB Tong Gas ini. Seperti biasa bila dah kantoi macam-macam pulak yang alasan yang diberikannya. Yang MKP pelik dan hairan kenapa orang UMNO sendiri kurang cerdik menilai pembohongan yang telah dilakukan. jangan cepat melatah tanpa disiasat dulu kesahihan dari tuan punya badan. 


Tiada maaf jika lepaskan kerakyatan – Utusan Malaysia

BAGAN DATOH 12 April – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada maaf untuk rakyat negara ini yang telah mendapat taraf Kerakyatan Luar Negara British (BOC) untuk memohon semula kewarganegaraan Malaysia.

Katanya, golongan tersebut tidak akan memperoleh semula kerakyatan secara automatik sebaliknya perlu melakukan permohonan seperti warga asing lain.

“Jika telah melepaskan kerakyatan, tiada maaf bagi mereka, kena ikut Peraturan Imigresen Perkara 16A 1963.

“Peraturan ini harus diikuti oleh semua rakyat Malaysia yang telah melucutkan kewarganegaraan mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Jom Sihat Anak Angkat Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bayan dekat sini hari ini.

Beliau menegaskan perkara itu ketika mengulangi penafian terhadap kenyataan Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik kononnya sebanyak 1,000 pemegang pasport taraf kewarganegaraan luar negara British (BOC) telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat supaya tidak mudah melepaskan kewarganegaraan hanya disebabkan `perasaan bencikan negara’.

Menurutnya, mereka juga tidak seharusnya melepaskan kewarganegaraan kerana hasutan pihak pembangkang dan terjebak dengan syarikat yang menjanjikan urusan mendapatkan kewarganegaraan negara lain.

“Peraturan Imigresen Perkara 16A menyebutkan ‘tidak ada seorang pun warganegara Malaysia yang telah melucutkan kewarganegaraannya, apabila memohon kembali kewarganegaraan akan diberikan secara automatik’.

“Peraturan ini bukan sahaja bagi mereka yang telah melucutkan kewarganegaraan Malaysia di United Kingdom tetapi juga mereka yang tinggal di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat,” katanya.

Menurutnya, sebenarnya hanya tiga orang pemegang pasport BOC yang diterima pulang ke Malaysia tetapi mereka menerima pas residen dan bukannya taraf kewarganegaraan.

“Kerajaan tidak pernah memberikan taraf warganegara kepada 1,000 orang pemegang pasport BOC seperti yang didakwa Ahli Parlimen Tanjong. Itu tidak benar.

“Jadi kepada pengamal media sosial dan penulis blog, jangan terpengaruh dengan tuduhan bahawa saya tidak patriotik.

“Saya bekerja mengikut peraturan. Apa yang kita berikan kepada tiga pemegang pasport BOC adalah pas residen dan bukannya taraf kewarganegaraan,” ujarnya.

Katanya, untuk memohon kewarganegaraan, mereka yang terlibat perlu tunggu selama 17 tahun.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan, bagi warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dan ingin kembali ke negara ini sebagai tenaga profesional, kerajaan akan mempermudahkan kemasukan mereka.

“Mereka adalah golongan yang mempunyai ilmu dan pengalaman dan mahu kembali bagi membantu membangunkan negara,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140413/dn_02/Tiada-maaf-jika-lepaskan-kerakyatan—Zahid-Hamidi#ixzz2yicQTldI

Saturday, April 12

Akademi Pemuda Dan GST....? @khairyKJ @AzwanBro @ahmadmaslan @drnovandri

Sebelum ini mungkin ada sesetengah pihak terlepas pandang pendapat orang muda mengenai GST. Malah kalah dan menang pada pilihanraya yang lepas dipengaruhi oleh anak muda dibawah 40tahun. Terkesan dengan penerangan mengenai GST pihak Pemuda UMNO membuat kajian mengenai GST melalui Akademi Pemuda.

Kajian tersebut telah dibentangkan kepada pihak media oleh Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.


Turut serta di dalam sidang akhbar tersebut ialah Zuhri Aziz, Pengerusi Akademi Pemuda dan Ibdil Ishak, Pengerusi Biro Media Baru PPUM.

Di antara yang menarik ialah :

1. Komunikasi online dan sosial media bila digabungkan membentuk 56% sebagai saluran komunikasi respondan muda dalam memahami GST.

2. Terdapat peningkatan yang tinggi mention yang positif tentang GST (9% pada 16hb Oktober 2013 meningkat 25% pada 10hb April 2014) dan penurunan ketara mention negatif tentang GST iaitu dari 61% pada Nov 2013 turun kepada 33% pada Apr 2014.

3. Namun secara keseluruhan, negatif masih mengatasi positif walaupun perbezaanperatusan turun mendadak iaitu dari 52% pada Nov 2013 (61%- 9%) kepada hanya 8% pada Apr 2014 (33%-25%).

Akademi Pemuda telah mencadangkan beberapa strategi untuk membantu penambahbaikan penyampaian maklumat GST.

Anda baca kajian Akademi Pemuda di bawah :



PEMAHAMAN DAN PENERIMAAN GOLONGAN MUDA BANDAR (URBAN YOUTH) MENGENAI GST
AKADEMI PEMUDA UMNO MALAYSIA 11 APRIL 2014

Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 sudahpun diluluskan di Dewan Rakyat pada hari Isnin, 7hb April 2014 baru-baru ini. Ianya telah diluluskan setelah melalui proses perbahasan dan pengundian yang luar biasa hangat di antara kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang. 

Kepada Pemuda UMNO, kefahaman asas mengenai GST ini sangat penting dan relevan untuk difahami oleh generasi muda. 

Kefahaman kepada GST akan membolehkan generasi muda menilai sendiri mengapa GST diperkenalkan terutama dalam suasana serangan dan hasutan tidak bertanggungjawab sesetengah golongan yang tidak ikhlas membincangkan dan menjelaskan tentang GST. 

Pemuda UMNO telah menjalankan satu tinjauan umum di kalangan pemuda Bandar untuk menilai persepsi, kefahaman dan penerimaan mereka terhadap GST . 

Pemuda UMNO juga telah menjalankan satu gerakkerja yang berasingan iaitu Kajian Sentimen Sosial Media untuk tujuan yang sama.

KAEDAH KAJIAN AKADEMI PEMUDA 

Akademi Pemuda mengambil pendekatan dua kaedah iaitu: 
  1. 1)  Tinjauan Umum (polling) yang melibatkan 300 responden orang muda Bandar menggunakan Likert-type scaleyang dijalankan dari 8hb April 2014 hingga 10hb April 2014. 
  2. 2)  Kajian sentimen sosial media dengan perkataan “GST” yang berasal dari Malaysia dalam jangkamasa 16hb Oktober 2013 hingga 10hb April 2014. 
DAPATAN KAJIAN AKADEMI PEMUDA 

1) Tinjauan Umum

• Tempoh Kajian: 8hb April 2014 - 10hb April 2014 

Gambarajah 1: Taburan responden mengikut pendapatan bulanan 



Gambarajah 2: Skor Purata (mean score) terhadap 3 kenyataan dalam tinjauan [Mean Score >3.50 bermakna responden setuju dengan Kenyataan] 




  • a. Skor Purata (mean score) 3.73 untuk kenyataan “Saya tahu tentang GST” menunjukkan bahawa golongan muda bandar mengakui tahu tentang GST . 
  • b. Skor Purata (mean score) 3.33 untuk kenyataan bahawa GST menguntungkan negara menunjukkan yang lebih ramai golongan muda bandar masih belum sedar yang GST menguntungkan negara secara keseluruhan. 
  • c. Skor Purata (mean score) 3.49 untuk kenyataan bahawa Pendidikan Kerajaan tentang GST akan memberi faedah kepada rakyat ialah satu ‘signal’ bahawa program penerangan dan penjelasan perlu diteruskan. 
. Responden telah diminta memilih Medium Komunikasi yang paling sesuai untuk mereka. Berikut ialah rumusan maklumbalas:- 


Gambarajah 3: Medium Komunikasi paling sesuai pilihan responden



  • Komunikasi bersemuka menerima peratusan paling rendah dari responden, iaitu 18% sahaja. 
  • . Komunikasi online dan sosial media bila digabungkan membentuk 56% daripada pilihan responden. 
  • . Ini menunjukkan yang golongan muda tidak gemarkan ceramah dan persidangan dalam usaha mereka memahami tentang GST. 
Gambarajah 4: Platform komunikasi pilihan responden secara lebih mendalam (5 tertinggi)


  • . Gambarajah menunjukkan Facebook merupakan platform paling berpengaruh yang mendidik responden tentang GST 
  • . Gambarajah juga menunjukkan bahawa televisyen masih memainkan peranan yang penting dalam pendidikan GST di kalangan orang muda bandar.
2) Kajian Sentimen Sosial Media

Tempoh Kajian: 16hb Oktober 2013 hingga 10hb April 2014. 

Gambarajah 5: Sentimen Negatif, Neutral dan Positif tentang GST 



  • . Terdapat peningkatan yang tinggi mention yang positif tentang GST (9% pada 16hb Oktober 2013 meningkat 25% pada 10hb April 2014) dan penurunan ketara mention negatif tentang GST iaitu dari 61% pada Nov 2013 turun kepada 33% pada Apr 2014. 
  • . Namun secara keseluruhan, negatif masih mengatasi positif walaupun perbezaan peratusan turun mendadak iaitu dari 52% pada Nov 2013 (61%- 9%) kepada hanya 8% pada Apr 2014 (33%-25%). 
  • . Jumlah yang paling besar ialah mereka yang membuat komen neutral iaitu setinggi 42% pada April 2014. 
Gambarajah 6: Korelasi pemahaman tentang GST dengan sokongan/tentangan terhadap GST



. Ada“direct correlation” antara pemahaman seseorang tentang GST dan sokongankepada GST. 77% daripada mereka yang menyokong GST memahami GST manakala jumlah pemahaman yang paling rendah ialah di kalangan neutral terhadap GST, iaitu pemahaman pada tahap 25% sahaja.

Di sebalik tinjauan umum yang dilakukan, Akademi Pemuda ingin menyampaikan kepada Kerajaan tentang beberapa kerisauan umum generasi muda mengenai pelaksanaan GST nanti. 

Ianya adalah pandangan umum yang kita peroleh melalui kaedah yang sama. 
  • 1. Menambahbaik program penerangan dengan mengambil kira platform baru media sosial untuk golongan muda Bandar. 

  • 2. Kalangan kumpulan berpendapatan sederhana (middle-income) generasi muda mahukan usaha penurunan cukai individu/insentif cukai diberikan penambahan oleh kerajaan dari masa ke semasa. Sebahagiannya sudah dilaksana oleh kerajaan. 
  • 3. Kerajaan mengambil tindakan yang tegas di dalam menangani isu-isu ketirisan yang sering dibangkitkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara (AG Report). Pendapatan yang bertambah mesti disusuli dengan tadbir kelola kewangan yang lebih berintegriti dan bertanggungjawab. 

  • 4. Memberi perhatian kepada ‘sistem pelaksanaan’ termasuk penyediaan bantuan teknologi maklumat yang holistik kepada pelaksanaan GST. Tidak ada ruang untuk kesilapan di dalam pelaksanaan GST; 

  • 5. Memberikan tumpuan kepada penambahan produk dan perkhidmatan berkadar sifar dari masa ke semasa, bersesuaian dengan keperluan pengguna. Fasal 17, RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 memberikan kuasa kepada Menteri Kewangan untuk melakukan perkara ini. 

  • 6. Menangani kadar inflasi dengan sebaiknya. Hasil kajian membuktikan akan ada respon pasaran di awal pelaksanaan GST – dan ianya perlu ditangani dengan tegas oleh kerajaan.

Thursday, April 10

Penutupan Sistem Monorail 12 & 13 April 2014 #KualaLumpur #1Malaysia @NajibRazak @MyRapidKL

Perkhidmatan monorel dihenti pada 12 & 13 April

Semua perkhidmatan Monorel RapidKL akan dihentikan sementara pada 12 (Sabtu) dan 13 April (Ahad).

Penutupan berjadual ini adalah di bawah program Peningkatan Monorel RapidKL yang meliputi 12 tren empat gerabak baru, penaikan taraf stesen-stesen, pembinaan depoh baru dan pemasangan sistem semboyan baru.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd (RapidKL Monorel Line), Abdul Hadi Imran, pada sidang media, Jumaat, berkata, perkhidmatan monorel akan beroperasi semula seperti biasa pada 14 April.

Katanya, sebagai alternatif untuk pengguna, pihaknya akan menyediakan perkhidmatan bas pengantara dengan kekerapan setiap 15 minit.

Perkhidmatan bas pengantara ini boleh didapati di hentian-hentian bas berhampiran stesen monorel. Antara laluan bas-bas ini ialah KL Sentral - Hang Tuah; Hang Tuah-Titiwangsa dan KL Sentral-Titiwangsa.




Wednesday, April 9

TERKINI : MUNGKIN INI JAWAPAN BAGI KEHILANGAN #MH370


Kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield, telah mengesan dua lagi isyarat di kawasan pencarian untuk pesawat MH370, menjadikan jumlah isyarat yang dikesan kapal itu setakat ini kepada empat.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata dua isyarat terbaru ini dikesan tengah hari semalam dan lewat malam semalam, waktu Perth.

Beliau berkata isyarat pertama yang dikesan bertahan selama lima minit dan 32 saat manakala isyarat kedua bertahan selama tujuh minit.

JACC
Peta menunjukkan empat kawasan denyutan 'ping' yang dikesan oleh kapal tentera Australia Ocean Shield menurut JACC 

"Isyarat yang dikesan semalam akan membantu kami dalam mengkhususkan kawasan carian yang lebih mudah diuruskan di dasar laut.

"Saya percaya kami sedang mencari di kawasan yang betul tetapi kami perlu mengenalpasti bangkai pesawat secara visual sebelum dapat mengesahkan dengan pasti ini adalah tempat dimana pesawat itu berakhir.

"Demi 239 keluarga penumpang, ini adalah benar-benar penting," katanya semasa satu sidang media di Perth hari ini.
MH370
Peta terbaharu dikeluarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menunjukkan kawasan yang diperincikan pencariannya.

Houston menegaskan bahawa pasukan pencarian tidak akan mengarahkan penggunaan sebarang kenderaan atau peralatan dasar laut buat masa ini.

"Lagi jelas Ocean Shield dapat mengkhususkan kawasan pencarian, adalah lebih mudah untuk kenderaan bawah air digunakan untuk mencari sebarang bangkai pesawat.

"Ocean Shield boleh mencari enam kali jumlah kawasan daripada yang boleh dilakukan oleh kenderaan bawah air.

"Lagi banyak kerja-kerja yang boleh kita lakukan di permukaan air, lagi kurang kerja yang kita perlu lakukan di dasar laut.

"Memandangkan bateri kota hitam tamat dalam 30 hari, dan kini sudah 33 hari, ia adalah penting untuk kita mengumpul maklumat sebanyak mungkin untuk menetapkan lokasi pesawat sementara isyarat masih diterima," katanya.

Pada Isnin, Ocean Shield telah mengesan dua isyarat yang dikatakan sangat konsisten dengan isyarat yang dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat.

Houston sebelum ini memaklumkan isyarat ‘ping’ pertama bertahan selama dua jam 20 minit sementara yang kedua hanya bertahan selama 13 minit sahaja.

Beliau turut berkata isyarat yang dikesan juga sangat konsisten dengan transmisi daripada perakam penerbangan dan perakam suara kokpit.

MP SIBU @Oscar_Ling PERTIKAI #MyHome KENAPA.....? @mpkotabelud @GoTeamRD


Ahli Parlimen DAP dari Sarawak mempertikaikan #MyHome yang telah dilancarkan awal bulan ini. Nampak gayanya ahli Parlimen dari SIBU ini tidak faham insentif yang telah diberikan didalam Program #MyHome. Biasalah ahli Parlimen Pembangkang hanya tahu membangkang akan tetapi tidak memeriksa kandungan yang termaktub didalam Program #MyHome.

Maklumbalas kenyataan YB Ahli Parlimen Sibu di Sinar Harian bertajuk “KPKT Didesak Tukar Syarat Program”

1. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta  atau lebih dikenali dengan MyHome diperkenalkan oleh Kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik dan seterusnya meningkatkan penawaran rumah bagi mencapai hasrat Kerajaan ke arah penyediaan 1 juta rumah mampu milik kepada golongan yang memerlukan.

Skim ini menawarkan insentif RM30,000 seunit yang akan memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah yang layak di bawah skim ini. Jenis skim, harga rumah dan pendapatan isi rumah golongan sasaran adalah seperti berikut:

MyHome1 menawarkan harga jualan rumah antara RM80,000 – RM120,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 – RM4,000;

MyHome1 Sabah dan Sarawak menawarkan harga jualan rumah antara RM90,000 – RM120,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan antara RM3,000 – RM4,000;

MyHome2 menawarkan harga jualan rumah antara RM120,001 – RM200,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan antara RM4,001 – RM6,000; dan

MyHome2 Sabah dan Sarawak menawarkan harga jualan rumah antara RM120,001 – RM250,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan antara RM4,001 – RM6,000.

2. Kerajaan telah menyediakan pelbagai program perumahan mengikut keperluan khusus golongan rakyat. Bagi Skim MyHome, ia disasarkan kepada golongan berpendapatan sederhana khusus kepada yang berpendapatan isi rumah antara RM3,000 – RM6,000. Skim MyHome ini merupakan salah satu daripada pilihan kepada golongan berpendapatan sederhana ini selain daripada skim rumah mampu milik yang lain seperti PR1MA dan sebagainya.

3. Bagi golongan berpendapatan rendah yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000, Kerajaan telah menyediakan pelbagai program perumahan khusus untuk golongan tersebut seperti berikut:

Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Terdapat dua kategori PPR iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Bagi golongan yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 yang ingin membeli rumah tersebut, KPKT akan menawarkan rumah PPR Dimiliki dengan harga serendah RM35,000 di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 di Sabah dan Sarawak walaupun kos pembinaan bagi satu unit PPR mencecah sehingga RM120,000 – RM150,000.

Oleh itu, golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 yang membeli rumah PPR ini mendapat subsidi yang lebih besar daripada Kerajaan berbanding insentif RM30,000 di bawah Skim MyHome tersebut. Bagi golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 yang yang tidak mampu mendapatkan pembiayaan untuk membeli rumah, mereka boleh menyewa di rumah PPR Disewa. Kadar sewa yang ditetapkan adalah rendah iaitu hanya RM124 sahaja sebulan.

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) di bawah KPKT disediakan kepada  golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,500 yang mempunyai tanah sendiri dan tidak mampu memperoleh kemudahan pinjaman bank. Mereka boleh memohon pinjaman perumahan di bawah SPP dengan pinjaman yang ditawarkan adalah sebanyak RM45,000 dan tempoh pembayaran balik pinjaman adalah selama 30 tahun.

Program-program perumahan lain di bawah pelbagai agensi yang menyediakan program perumahan khusus kepada golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000. Antaranya ialah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melalui program Rumah Mampu Milik (RMM) dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui Program Bantuan Rumah (PBR).

Tuesday, April 8

PARTY "TOPLESS" DIBATALKAN....... @Azwanbro @razlanrafii


Parti liar bertemakan Topless Friday Beach yang dijangka dibuat pada Jumaat ini di Ampang rupa-rupanya tidak ada permit.

Justeru, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar membatalkan permit penganjuran parti itu yang bakal diadakan di sebuah kelab malam di ibu kota.


Pihak DBKL juga tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen untuk konsert seperti ini.


Sejak beberapa hari lepas, orang ramai terutama di laman sosial marah dengan tindakan penganjur yang mempromosikan satu parti liar yang mensyaratkan sesiap yang hadir dikenakan bayaran RM35 dan perlu mematuhi tema iaitu berpakaian seksi.

Selain orang ramai, beberapa pemimpin UMNO sendiri mendesak DBKL memastikan ia tidak diadakan termasuk Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia khairul Azwan Dato Harun dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii menyeru agar pihak berwajib tidak berkompromi dengan program-program seperti ini yang nyata tidak sensitif dengan budaya dan norma-norma masyarakat Malaysia.

Mereka menyifatkan penganjuran parti sedemikian juga merosakkan akhlak dan budaya dan bertentangan dengan agama Islam.

PARTY DEDAH BUAH DADA LA PULAK.....?


Apa dah jadi dengan depa nie sampai nak anjurkan parti buka baju pelbagai. MKP boleh agak pengunjung ke sana terdiri daripada anak banga kita sendiri. Ini macam propaganda Yahudi menghancurkan anak bangsa kita sendiri. 

Dulu sewaktu 6 remaja mati akibat renjatan dadah sintetik di FMFA di Stadium terkenal di ibu kota Kuala Lumpur. Satu Malaya mengutuk penganjur dan pihak yang memberi kelulusan.

Kini program yang hampir sama akan diadakan di kawasan parlimen Zuraida Kamarudin iaitu di Ampang Selangor.

Berapa ekor yang nak mampus lagi? Bersiaplah ambulance dan keranda untuk melihat impaknya.

Program ini tak perlu dibantah dan dikritik. Masing-masing menuntut hak untuk berhibur. Kerajaan tak perlu halang. Bagi orang melayu dan islam janganlah nak menyibuk, kena ada jati diri dan nilai diri. Jangan lebih sudu dari kuah.

Monday, April 7

@AnwarIbrahim KENAPA NAK MEROYAN DENGAN #MH370 @mpkotabelud @GoTeamRD



#MH370 - PM D.S.Najib Tun Razak dah beri taklimat dan penjelasan cukup baik sama ada melalui sidang media mahupun di dalam Parlimen. Begitu juga dengan pemangku Menteri Pengangkutan D.S.Hishammuddin yang setiap hari beri taklimat berkaitan pesawat MH370. 

Tapi pembangkang masih tak puas, depa masih lagi nak penjelasan dari Najib Razak dan Hishammuddin.

Terbaru pembangkang menghantar satu surat desak Taklimat khas pesawat MH370 dibuat kepada mereka. Dalam tuntutan tersebut Pembangkang mahu Najib Razak dan Hishammuddin beri taklimat tertutup kepada mereka.

Woi!!! ahli Parlimen Pembangkang! Apa hangpa ingat hangpa spesial sangat berbanding kami seluruh rakyat Malaysia? 

Kenapa nak buat taklimat tertutup kepada hangpa semua sedangkan isu pesawat #MH370 adalah kepentingan umum yang mana rakyat juga perlu tahu. 

Apa hangpa ingat hangpa ni spesial sangat nak dibagi taklimat tertutup? Siapa lu orang?

Kita dah bau taik awal awal lagi bila pembangkang mintak taklimat tertutup ni. Mereka akan SPIN dan akan jadikan modal politik. Selama ni pun puak pemimpin pembangkang lag jugak yang perlekeh usaha dan peranan yang dimainkan kerajaan dan pasukan keselamatan dalam isu mencari pesawat MH370.

Ni lah masaalah ahli parlimen pembangkang Malaysia yang kerja depa 24 jam berpolitik tanpa punya perasaan kepada keluarga pesawat MH370.


He did it again. At the time when Malaysia needs understanding and solidarity, Anwar stooped low for some lousy political brownie points. By accusing the government of hiding information on #MH370, Anwar once again showed why he is ingenuously cunning and politically manipulative.


Anwar conveniently chose international media to demonise the nation when he can easily ask probing questions on #MH370 directly to the government. 26 nations, many with much more sophisticated technology than Msia could not detect #MH370. But no, Anwar saw it fit to belittle Malaysia.
#MH370 flew near Thailand, Vietnam and Indonesia airspace. All have primary radar and secondary radar. Why Anwar picked on Malaysia alone?

All of South East Asia is intensely monitored by satellites by certain countries, overtly and covertly. Why Anwar picked on Malaysia's inadequacy alone?

Heavily monitored US eastern seaboard was breached on 911. Can Anwar understand that some things don't just comply to his logic?

So Anwar, you are just simply being a lousy politician when what the nation needs from the opposition at the moment is a statesman.

#PrayForMH370

AIR ASIA NAK "SPA" PULAK KE.....?


Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenuhi hampir kesemua kehendak AirAsia Bhd untuk syarikat itu beroperasi dari terminal penerbangan tambang rendah baharu, KLIA2.

Pengurus Besar Kanan (perkhidmatan operasi) MAHB Datuk Azmi Murad berkata syarikat penerbangan tambang rendah - yang enggan berpindah ke KLIA2 dengan memberi pelbagai alasan, termasuk keselamatan - merupakan antara penerima manfaat terbesar apabila beroperasi di KLIA2.

Antara beberapa perkara yang dikehendaki AirAsia dan tidak dipenuhi MAHB ialah spa dan muzium, katanya.

Berikutan operasi penerbangan di KLIA2 bermula pada 2 Mei dan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) sedia ada ditutup pada 9 Mei, AirAsia tiada pilihan melainkan beroperasi dari lapangan terbang baharu itu.

Azmi berkata pemindahan ke KLIA2 sudah dipersetujui semua pihak, termasuk Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Polis serta pihak berkuasa kesihatan.

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, dijangka menggunakan 80 peratus lapangan tebang baharu di Sepang.

Rabu lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi  mengumumkan LCCT akan ditutup pada 9 Mei, namun AirAsia menyuarakan rasa tidak puas hatinya dan tidak bersetuju berpindah ke lapangan terbang baharu itu kecuali beberapa kehendaknya ditangani.

Ia termasuk fungsinya serta jaminan keselamatan.

Menurut Azmi, MAHB sudah melaksanakan Ketersediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), ujian bagi menguji aspek fungsi dan operasi sejak awal Februari dan "kami sangat berpuas hati".

Berharga RM4 bilion, beliau berkata KLIA2, yang akan mengendalikan kira-kira  45 juta penumpang setahun dan disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), "bukan lapangan tebang kos rendah namun syarikat-syarikat yang menggunakannya membabitkan penerbangan kos rendah."

Mengenai kebimbangan yang dibangkitkann oleh AirAsia dari segi keselamatan di KLIA2, Azmi berkata KLIA2 lebih selamat berbanding LCCT memandangkan ia akan melaksanakan sistem pemprosesan penumpang seragam oleh SITA -- penyedia utama dunia bagi penyelesaian perniagaan IT bersepadu.

Beliau berkata AirAsia tidak mahu menggunakan sistem SITA yang digunakan oleh operator-operator lapangan terbang dan menjadi pilihan semua syarikat penerbangan, sebaliknya mendesak untuk menggunakan sistem pemeriksaan masuk secara manual.

"Kita tidak boleh membandingkan KLIA2 dengan apa yang diguna pakai untuk operasi di LCCT, kerana lapangan terbang itu adalah lapangan terbang manual sepenuhnya, dengan pengurusan lapangan terbang dilakukan secara tradisional.

"Namun berdasarkan kapasiti penumpang yang besar yang dijangka dikendalikan oleh KLIA2, agak mustahil untuk beroperasi secara manual seperti dulu," katanya dan menambah sistem SITA memberikan kemudahan dari segi kesinambungan perniagaan dan fleksibiliti di kaunter-kaunter di KLIA2.

Mengenai jambatan udara yang didakwa AirAsia sebagai membazir, Azmi berkata kemudahan itu penting untuk penumpang -- terutama bagi penumpang yang menghadapi masalah fizikal, warga tua dan ibu yang mempunyai anak kecil serta kanak-kanak.

Ia juga sangat penting ketika cuaca buruk seperti hujan lebat atau ketika panas terik.

Beliau berkata caj semasa ke atas lapangan terbang untuk penggunaan jambatan udara itu hanya RM85.00 sekali guna. Berdasarkan pesawat A320 yang membawa 180 penumpang semasa ketibaan atau berlepas, kos penggunaan kemudahan itu kurang daripada 25 sen bagi seorang penumpang.
Kadar yang dikenakan oleh MAHB untuk jambatan udara itu antara yang terendah di rantau ini.

Beliau berkata MAHB sentiasa menerima maklum balas daripada orang ramai supaya semua syarikat penerbangan menggunakan jambatan udara untuk keselesaan penumpang.

"Servis jambatan udara itu akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna, dan saya difahamkan syarikat penerbangan yang lain mahu menggunakan kemudahan berkenaan.

"Sekiranya ada syarikat penerbangan yang mahu pengguna mereka berjalan kaki, itu terpulang kepada mereka kerana mahu atau tidak, kami tetap sediakan (servis jambatan udara)," katanya sambil menambah, MAHB turut menawarkan perkhidmatan bas.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive