Friday, May 30

#DyanaSofya KENA Critt 5 Kali Dengan @AhmadMaslan.....?



Semalam semasa ceramah Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan baguih punya sedap membalun Dyana Sofya. Bukan sikit punya balun tapi kalau dah sampai 5 round apa cite toqqq. Hebat jugak Tok Mat nie sampai lima kali.

MKP yang masih muda remaja nie belum tentu boleh buat apa yang Tok Mat nie buat.

Kalau orang muda pun belum tentu ada stamina sampai lima kali nak membalun anak muda kesayangan DAP nie sampai lima kali. Memang hebat orang kecil tapi barangnya umpama cili padi....huhuhuhu 

Korang jangan pulak nak fikir yang kurang elok. Jangan pulak berfikiran kuning kat sini. Ini pentas politik toqqqq. 


Pengalaman yang luas dalam bidang politik dan akademik menjadikan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong mempunyai lima kelebihan berbanding calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, kata Ahmad Maslan.

Ketua penerangan Umno itu berkata, lima kelebihan Mah itu sudah cukup menjadi garis panduan penduduk Teluk Intan berbanding Dyana yang merupakan calon muda dan mentah dalam bidang politik.

“Pendidikan, mari kita banding, Mah ada empat ijazah dari tiga universiti. Dyana ada ijazah dari UiTM. Mah lebih baik daripada segi pendidikan. Kita beri Mah 1, 0 Dyana.

“Kedua, Mah pernah menjadi Adun Pasir Bedamar, ahli Parlimen Teluk Intan dua penggal. Dyana pernah jadi apa? Ada jawatan itu? Tidak ada. 2-0.

“Ketiga, Mah pernah menjadi ketua Gerakan Teluk Intan, pimpinan gerakan Perak, setiausaha agung parti, ketua pemuda dan sekarang presiden parti. Dyana ahli biasa DAP. 3-0,”.

Ahmad berkata, kelebihan Mah yang keempat adalah di belakangnya berdiri teguh jentera kerajaan seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Di belakang Mah ada menteri besar, perdana menteri, menteri, agensi kerajaan pusat dan negeri tetapi di belakang Dyana hanya ada Lim Kit Siang. Siapa lagi kuat? Mah. 4-0.

“Kalau kita hantar surat sokongan dengan kepala surat DAP dan tandatangan Dyana untuk anak belajar di universiti, mohon pinjaman Tekun, rumah SPNB, minta AIM. Tuan-tuan fikir laku ke surat itu? Payah tuan-tuan, payah.

“Tetapi Mah mohon peruntukan daripada perdana menteri, insya-Allah, hampir pasti lulus peruntukan yang dipohon Mah,” katanya.

"Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet," kata Najib.

Ahmad berkata, fakta terakhir yang sememangnya diketahui oleh orang Teluk Intan adalah Mah anak jati di kawasan itu berbanding Dyana yang berasal dari Ipoh.

“Terakhir, Mah lahir, dibesarkan, bersekolah, ada harta dan perniagaan di sini. Ada sahabat dan kerabat yang membantunya kerana Mah anak jati Teluk Intan. Betul? Dyana tak payah cerita. Orang luar.

“Dia tak tahu mana Sungai Samak, Kampung Bahagia, Sungai Kerawai, Kampung Banjar dan Kampung Selabak. Mah sudah masuk semua tempat itu. Berapa kosong? 5-0," katanya menggulung kelebihan terakhir Mah berbanding Dyana.

#PRKTelukIntan : Mah Siew Keong Bakal Menteri @NajibRazak


Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen itu di sini.


“Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, pada Khamis.

Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan menganggotai Kabinet.

Ditanya kementerian mana yang akan ditawarkan kepada Mah, Najib berkata adalah terlalu awal untuk memutuskan perkara itu.

“Belum lagi… perkara itu akan diputuskan kemudian,” katanya.

Mah, 53, anak watan Teluk Intan, pada mulanya bertanding kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau menewaskan calon DAP N.Rajendran dengan majoriti 2,783 undi.

Bekas Ketua Pemuda Gerakan dan Pengerusi Gerakan Teluk Intan itu mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2004 namun tewas dalam tsunami politik pada 2008.

Dalam pilihan raya umum 2013, Mah gagal merampas kembali kerusi itu dan kali ini, beliau berdepan dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Kali terakhir Gerakan memegang jawatan dalam Kabinet ialah menerusi bekas Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Wednesday, May 28

MKP Stand-Down : Al-Fatihah Buat KDYMM Sultan Perak.


Apabila seorang Raja Pemerintah mangkat maka adalah menjadi tanggungjawab dan kerja Setiausaha Dewan Negara Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri mengumumkan perkara yang menyedihkan itu kepada semua Raja-Raja, Orang Besar-Besar dan rakyat jelata.

Setiausaha Dewan Negara Perak juga akan memanggil suatu mesyuarat khas bagi semua ahli-ahli Dewan Negara untuk bersidang mengenai istiadat-istiadat kemangkatan, pemakaman dan berkabung selepas berdatang menghadap Duli Tuanku Raja Perempuan.

Semboyan akan dipasangkan dengan bilangan tembakan das mengikut usia Almarhum, iaitu satu das bagi setahun. Biasanya semboyan kemangkatan dipasang di sebelah malam selepas pukul sepuluh, dan apabila kedengaran bunyi meriam, maka alamat tanda mengkatnya Raja Pemerintah.

Lazimnya, Raja Muda atau Raja Di Hilir dan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja akan mengetuai segala pekerjaan terhadap Istiadat Kemangkatan dan Istiadat Pemakaman. Pekerjaan membuat usungan atau pedati yang dinamakan 'Seraja Diraja' atau 'Raja Diraja' akan dimulakan secepat mungkin.Jenazah Almarhum itu dimandi dan dikafankan oleh para alim ulama dan diletakkan Seri Balai, Istana Iskandariah untuk Istiadat Pemasyhuran Raja Pemerintah Baru.

Pemilihan Raja Pemerintah baru dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak yang dihadiri oleh anggota-anggotanya. Lazimnya, istiadat pemasyhuran dilangsungkan di sebelah pagi dan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja akan mengumum nama Raja Pemerintah baru dan membaca perisytiharan pemasyhuran itu.

Majlis kemudian diikuti laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali daripada semua hadirin yang berada dalam Seri Balai. Tembakan meriam 21 das akan dilepaskan. Istiadat pemasyhuran Raja Pemerintah baru hendaklah diadakan sebelum Istiadat Memberi Penghormatan Terakhir dan Istiadat Pemakaman.

Setelah selesai Istiadat Pemasyhuran Raja Pemerintah baru, jenazah Almarhum dibawa dan diletakkan di atas persada khas empat segi tujuh tingkat bersalut kain kuning dengan pegawai tentera darat, udara dan laut serta polis berkawal di keempat-emapat penjurunya.

Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Kehormatan Almarhum disusun di sekliling aras lima persada yang dibina di pertengahan Balairong Seri atau Dewan Santapan di istana Iskandariah. Bacaan ayat suci al-Quaran berkumandang di ruang itu ketika kerabat diraja, Orang Besar-Besar, orang kenamaan dari dalam dan luar negara serta orang kebanyakan memberikan penghormatan terakhir mereka kepada Almarhum.

Istiadat Memberi Penghormatan Terakhir kepada jenazah Almarhum lazimnya berlangsung selama beberapa jam sahaja dan tempoh ini ditetapkan oleh Dewan Negara Perak dengan kerjasama pihak Kerajaan Negeri. Cara berpakaian untuk istiadat ini ialah baju Melayu hitam bersamping hitam dan bersongkok yang berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah songkok.

Kerabat diraja, Orang Besar-Besar Negeri dan bentara-bentara akan bertengkolok putih. Orang kebanyakan berpakaian lounge suit hitam dan bersongkok dengan kain putih yang telah disebutkan di atas. Kaum wanita berpakaian baju kurung hitam dan berselendang putih (untuk Melayu) atau hitam (untuk lain-lain bangsa). Ketika memberi penghormatan terakhir, mereka yang beragama Islam turut mengambil peluang berdoa supaya Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Selepas istiadat memberi penghormatan terakhir maka persiapan akan dijalankan untuk mengusungkan jenazah ke luar dari istana dengan pedati khas ke Masjid Ubudiah untuk disembahyangkan. Orang ramai boleh datang untuk menziarahi mahupun menyaksikan Istiadat Pengiringan Jenazah Almarhum dari Istana Iskandariah ke Masjid Ubudiah.

Ada pula yang datang mengiringi jenazah Almarhum diarak di atas pedati dalam perjalanan ke masjid.Selepas jenazah disembahyangkan, biasanya oleh Mufti Kerajaan Negeri, maka jenazah akan dibawa untuk disemadikan dengan penuh adat istiadat yang dikenali sebagai Istiadat Pemakaman.

Pada kelazimannya, istiadat ini dihadiri oleh kerabat diraja, Orang Besar-Besar dan orang kenamaan, dan mereka akan menyaksikan jenazah Almarhum diturunkan ke dalam liang lahad yang telah disediakan sebaik sahaja tersiarnya berita mengenai kemangkatan Almarhum.

Bacaan talkin dan doa akan diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri, dan sebaik sahaja talkin dan bacaan doa selesai, tembakan meriam dengan bilangan das berdasarkan usia Almarhum dilepaskan.

Istiadat kemudian disusuli dengan menabur bunga rampai dan menyiram air mawar ke atas makam Almarhum dengan didahului oleh Raja Pemerintah baru, isteri gahara Almarhum, dan lain-lain kerabat diraja mengikut protokol yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Pada zaman dahulu, Istiadat Berkabung dilaksanakan dengan setiap orang lelaki dalam istana bercukur dan wanita berkerat rambut. Kini, istiadat berkabung cuma ada berkaitan dengan peraturan pakaian dan pembatalan acara rasmi sahaja.

Tempoh perkabungan akan ditetap dan disiarkan oleh pihak Kerajaan Negeri, dan dalam tempoh ini bendera Negeri Perak hendaklah dinaikkan setengah tiang, acara-acara rasmi yang dikelolakan oleh pihak Kerajaan Negeri dikehendaki dibatal atau ditunda kepada suatu tarikh yang lain selepas tempoh perkabungan itu.

Majlis-majlis bercorak hiburan, nyanyian dan tarian juga wajib dibatalkan. Dua buah gendang nobat dan dua buah gendang nengkara akan dibalut dengan kain putih sebagai tanda penghormatan kemangkatan Almarhum.

Segala pawai kerajaan Negeri seperti lembing kerajaan, paying kerajaan, keris dan pedang kerajaan juga dikehendaki diikat dengan lapisan kain putih. Dalam tempoh berkabung, kerabat diraja lelaki berpakaian baju Melayu hitam dan bertengolok putih ikat solek.

Kaum lelaki Melayu daripada orang kebanyakan memakai baju Melayu dengan bersongkok hitam yang berbelit kain putih selebar 2.5 cm. Lelaki daripada bangsa lain boleh berpakaian lounge suit atau baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher hitam atau warna gelap tanpa bercorak serta memakai toha hitam selebar 8 cm di lengan kanan.

Kaum wanita Melayu berbaju dan berkain hitam atau warna lain yang gelap dan berselendang mahupun bertudung putih. Wanita berbangsa lain juga berpakaian hitam atau gelap dan berselendang hitam.Untuk Paduka Seri Sultan, tempoh perkabungan ialah 100 hari, manakala untuk Raja Muda 40 hari, Raja Di Hilir 7 hari dan Raja-Raja Bergelar 5 hari.

Untuk Raja Perempuan mahupun Raja Permaisuri hendaklah berkabung selama 40 hari, dan Raja Puan Besar 14 hari, Raja Puan Muda 7 hari serta isteri-isteri lain Paduka Seri Sultan tidak melebihi 7 hari dan ditetapkan oleh Tuanku Paduka Seri Sultan.Selepas seratus hari daripada hari pemakaman berlangsunglah Istiadat Menurunkan Batu Nisan.

Istiadat ini cuma disaksikan oleh kerabat-kerabat yang terdekat sahaja. Batu nisan itu akan dililiti dengan kain kuning mahupun kain putih, kuning dan hitam yang merupakan warna-warna kebesaran kerajaan Negeri Perak.

SUMBER : MEJAR HARDI

SKANDAL IBU DYANA SOFYA DENGAN PUTERI UMNO TERSEBAR


Ibu Calon PRK Teluk Intan yang penuh kontroversi dengan NGO Melayu paling digeruni oleh DAP (PERKASA) telah menunjukkan belangnya. Hari ini beliau siap cium pipi dengan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia lagi Zahida Zarik Khan.

Semalam heboh nak keluar NGO PERKASA. Kononnya atas arahan Lim Kit Siang. Tapi disebalik tabir macam nie pulak jadinya. Apa punya manusia!!! Bersikap munafik lain dihati lain pulak perbuatannya.


Ini adalah Screen Shoot dari WhattAps yang dibincangkan oleh Dyana Sofya. Korang buatlah penilaian sendiri. Adakah Dyana Sofya ini berpolitik ibarat Lalang. 


Tuesday, May 27

TERKINI : ADUN #CELAKADAP RSN RAYER DITAHAN POLIS.........?


MKP kini berada di perkarangan IPD Timur Laut setelah mendapat maklumat ADUN CELAKA DAP sebentar tadi telah ditahan oleh POLIS berikutan laporan Polis yang telah dibuat oleh PEMUDA UMNO seluruh Negara kerana kelancangan mulutnya menggelar Ahli UMNO CELAKA.

Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pemuda UMNO di Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam beberapa ceramah kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, baru-baru ini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

Antara yang membuat laporan polis itu ialah Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Pemuda UMNO Balik Pulau, Gabungan NGO Islam Pulau Pinang, Gerakan Belia 4B Balik Pulau dan Nibong Tebal, Majlis Belia Barat Daya, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Barat Daya dan Pekida Barat Daya.

Ketua Pemuda Nibong Tebal Norheisham Ismail berkata pihaknya mahu polis mengggunakan Akta Hasutan 1948 bagi menyiasat Rayer yang dalam ceramahnya semasa berkempen untuk calon DAP Ramkarpal Singh Deo berulang kali menghasut rakyat dengan menyebut ‘UMNO Celaka’.

“Ungkapan biadab dan kurang ajar Rayer itu menyebabkan 3 juta anggota UMNO di seluruh negara marah,” katanya selepas membuat laporan
polis itu.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau Hisham Abdul Hamid berkata pihaknya  mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Adun berkenaan kerana kenyataannya itu boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara serta dengan sengaja membuat provokasi.

“Kami desak Rayer menarik balik kenyataannya dan memohon maaf…jika beliau gagal berbuat demikian, Pemuda UMNO sedia menghadapi apa sahaja untuk parti keramat milik orang Melayu ini,” katanya.

#PRKTelukIntan RUSUHAN KAUM BAKAL TERCETUS.........?


Rusuhan Kaum bakal tercetus pada PRK kali ini. Ini firasat dari lubuk hati MKP. Api perkauman telah dinyalakan oleh Pemimpin DAP. Tapi MKP boleh bagi kredit pada pemimpin DAP bijak menyalahkan seteru politiknya sedangkan punca tercetusnya api kemarahan dari mereka sendiri.

Pemimpin Barisan Nasional masih lagi bermain taktik kurang bijak bukan semua MKP maksudkan yang menonjol menyerang DAP adalah DS Zahid Hamidi serta Datuk Rahman Dahlan.


MKP agak terkilan dengan pemimpin lain yang hanya berselindung tanpa menyerang pemimpin DAP. Nak jaga hati apa lagi bila mereka terang-terang menghina UMNO. Takkan tak nak bersuara. Nak duduk diam baik tak payah masuk arena politik.

Poster Calon diconteng serta dilebel bodoh tapi masih lagi bermain taktik lemah lembut. Makin lama makin terkulailah jawabnya Parti Komponen BN nie. Nanti anak cucu kencing atas kubur korang baru ada akai. 

Tukarkah cara kempen seperti tahun 70an tue. Rakyat semakin cerdik menilai. tapi sepandai pandai depa pun kena gak tipu ngan Anwar nak tawan Putrajaya.  

Monday, May 26

@PDRM @KBAB51 JANGAN KEJAM TERHADAP PEMIMPIN UMNO..... @Zahid_Hamidi @AzwanBro @razlanrafii


Pihak PDRM telah menahan Ketua Pemuda Wilayah Saudara Razlan Rafii tengahari tadi. Sejak berita penangkapan beliau kecoh dilaman media sosial serta medium lain mengatakan ini tindakan tidak adil oleh Pihak PDRM. 

Kenapa Saudara Razlan harus ditangkap sedangkan PENCETUS kemarahan Ahli UMNO masih bebas dan masih mencaci UMNO CELAKA. Adakah tindakan yang diambil ini perlu dibuat oleh PDRM. Nampak sangat tindakan oleh pihak PDRM berat sebelah.



MKP menyokong penuh apa yang diutarakan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Saudara AzwanBro dilaman mikro twitter. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Tangkap dan ambil tindakan yang serupa kepada RSN Rayer yang biadap terhadap cacian beliau terhadap UMNO.

Polis menahan enam Pemuda UMNO termasuk Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii petang Isnin. 
Difahamkan, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. 
Turut ditahan Ketua UMNO Bandar Tun Razak datuk Rizalman Mokhtar.
Penahanan Razlan dipercayai ada kaitan dengan demonstrasi di depan Ibu Pejabat DAP Jalan Pudu pada Khamis. 
Dalam demonstrasi itu, Razlan bersama-sama lebih 200 Pemuda UMNO telah menghantar memorendum bantahan terhadap ADUN DAP Pulau Pinang RNS Rayer yang menghina UMNO. 
DAP pada Jumaat membuat laporan polis terhadap demontsrasi tersebut. 
Laporan polis tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming. AgendaDaily
Pemimpin DAP makin lama makin kurang ajar. Berikut adalah ucapan Harami DAP mengatakan ahli UMNO Lembu.... Kalau Ahli UMNO marah dan terjadi kejadian tidak diingini takkan nak salahkan UMNO lagi. KLIK

Pada Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Zahid Hamidi tegaslah sikit pada Pemimpin DAP nie. Janganlah suka bermain api kelak membakar diri. Politik "Kebencian" oleh DAP harus dibendung. Kalaulah terjadi kembali Tragedi 13 May. Ramai rakyat bakal menderita. MKP meminta Menteri Dalam Negeri mengambil pendekatan  "CEGAH SEBELUM PARAH".....


VIDEO : AHLI UMNO DIGELAR "LEMBU" PULAK...... #PRKTelukIntan


Ceramah MP pakatan Di Teluk Intan. Apa Punya haram jadah depa nie nak berkempen bukan dengan cara sihat tapi asyik dok mengutuk UMNO. Selepas RSN Rayer kata UMNO Celaka dan menimbulkan ketegangan nampaknya Puak Haram jadah nie masih tak serik. Nampaknya makin menggila dan berani membuat kenyataan yang boleh menimbulkan api kemarahan Ahli UMNO. 


Ahli UMNO seluruh negara seramai 3 juta, Takkan tak boleh nak ajar minah keling nie kot. Pada puteri atau wanita UMNO tolong pi cari dan maki balik lah minah keling nie. Takkan dah gelar ahli UMNO Lembu korang nak duduk diam saja. Jangan pulak dok terpekik melolong Hidup UMNO tapi UMNO dihina dan dikeji korang diam menikus........

Thursday, May 22

VIDEO GADUH LAGI.... PEMUDA WILAYAH PULAK MENGAMUK @razlanrafii


Kekecohan berlaku apabila sekumpulan lebih 100 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan daripada 13 cawangan dengan ahli-ahli dan penyokong  DAP di Ibu Pejabat DAP di sini hari ini.

Ia bermula selepas demonstrasi membantah kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Delima, RSN Rayer di Pulau Pinang yang melabelkan Melayu sebagai celaka.


Semasa ketua pergerakan itu, Mohd. Razlan Muhammad Rafii menyerahkan memorandum kepada wakil DAP yang juga Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Pada pertemuan penuh emosi itu, Mohd. Razlan bertekak dengan ahli-ahli DAP dan tindakan sesetengah ahli pergerakan yang cuba merobohkan papan tanda DAP menimbulkan kekecohan.

Kehadiran anggota polis dan FRU bagaimanapun dapat mengawal suasana selepas itu.


Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas sikap Rayer sambil menyifatkan wakil rakyat itu biadap dan mahu ahli-ahli UMNO di Pulau Pinang terus memberi tekanan bagi memastikan Rayer menarik balik kenyataannya itu/

"Jika Rayer bukan seorang wakil rakyat DAP yang bacul, kami cabardia supaya mengulangi kata-kata kesat itu terhadap para pemimpin UMNO secara terbuka di luar dewan di hadapan kami," katanya sambil menasihati ahli-ahli Pemuda UMNO yang membantah supaya melakukan bantahan mengikut lunas undang-undang.

TERKINI SIDANG DUN PULAU PINANG GEMPAR LAGI....


Hari ini bermula kembali sidang Dewan Undangan Negeri setelah kekecohan rempuhan Pemuda Umno yang bersejarah semalam.

MKP agak terkejut dengan usul yang dikemukakan pada awal sidang DUN. Usul yang dikemukakan adalah meminta Ketua Pembangkang Adun Air Tawar serta ADUN UMNO  yang bersidang meminta maaf diatas tindakan Pemuda UMNO menceroboh Dewan Undangan Negeri. 

Usul ini telah disokong oleh semua ADUN Pakatan Harami yang bersidang. Sehingga kini perbahasan usul sedang berlangsung.

MKP agak terkejut dengan tindakan usul yang dibuat oleh Ketua Menteri Paling Celaka didalam sejarah Pulau Pinang. Sepatutnya Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri mendesak Adun Seri Delima meminta maaf diatas tindakan biadap mengelar pemimpin UMNO celaka. Kalau Ketua Menteri kurang ajar tidak mustahil Adun dibawahnya bersikap cauvanis dan melampau.MKP imbas kembali kronologi kejadian yang berlaku.

Rayer menggunakan perkataan itu apabila mengutuk MP Kepala Batas, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan dua lagi pemimpin Umno yang menyertai protes itu Januari lalu di Sunway Carnival Mall , Seberang Jaya sebagai membantah flashmob  Lee 'I Love Kangkung' yang mereka dianggap satu penghinaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

RSN Rayer Musibat yang mencetus ketegangan ini. Sepatutnya beliau meminta maaf dan isu ini boleh meredakan keadaan. Tetapi tindakan kurang ajar ini disokong oleh Ketua Menteri Paling Celaka sebaliknya menyalahkan Adun UMNO. Apa punya perangai cauvanis rasis celaka ambil pendekatan baling batu sembunyi tangan.

Penjelasan @KhairyKJ :Pemuda Rempuh Sidang DUN Pulau Pinang


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata tindakan kumpulan - yang membantah kenyataan ADUN Seri Delima mengenai  Umno - menceroboh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini adalah "salah".

Bagaimanapun, katanya, protes terhadap kenyataan ADUN DAP itu yang mengatakan "Umno celaka" adalah wajar.

Katanya, mereka jelas marah dengan kenyataan tersebut dan oleh itu, sebab mereka mengadakan demonstrasi itu adalah wajar.

Beliau menyokong mereka mengadakan protes di luar bangunan, tetapi menegaskan bahawa tindakan menceroboh Dewan Undangan Negeri memang salah.

Beliau mengulas tindakan 10 orang peserta protes itu, termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Nordin, yang  menceroboh ke dalam Dewan tersebut petang tadi.

Wednesday, May 21

SEJARAH TERCIPTA :DEWAN UNDANGAN NEGERI DIPECAHKAN......?


Sebentar tadi telah berlaku satu kekecohan di Sidang DUN P.Pinang susulan tindakan kurang ajar Adun Seri Delima YB RSN Rayer yang menggelar UMNO celaka dan dilihat seolah-olah ditujukan maksudnya kepada kaum Melayu secara khususnya.

Beberapa pemimpin NGO pro-Melayu dilihat telah berkumpul di luar dewan untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan YB tersebut. Sedikit kekecohan tercetus apabila beberapa pemimpin NGO berjaya melepasi kawalan keselamatan untuk memasuki perkarangan dewan bersidang.


Sementara itu, suasana di luar perkarangan dewan sedikit tegang dengan beberapa pemimpin NGO dilihat tetap berkeras untuk bertemu dengan YB tersebut. Bagaimanapun keadaan dilihat masih terkawal dengan bantuan pihak berkuasa.

Tuesday, May 20

VIDEO : CELAKA-CELAKA UMNO INI BIADAP......


Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mengecam tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer daripada DAP yang mengeluarkan perkataan kesat dengan menggelar pemimpin UMNO sebagai ‘celaka’.

Rayer ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, mendakwa beberapa pemimpin UMNO di negeri ini cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969.


“Celaka-celaka UMNO ini kurang ajar, biadab dan selalu mengapi-apikan dengan membawa sepanduk memainkan isu rasis peristiwa 13 Mei. Celaka mereka,” katanya.

Kenyataan Adun DAP itu telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati wakil rakyat BN dan menuntut beliau menarik balik perkataan ‘celaka’ itu yang dilihat mencemar dewan.

Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) berkata kenyataan Rayer itu adalah keterlaluan dan telah melanggar peraturan dewan.

“Jika Yang Berhormat Seri Delima mahu menzahir rasa marah ia bukan dalam dewan yang mulia ini. Sebagai ahli dewan, Yang Berhormat perlu mematuhi peraturan dewan iatu Perkara 46 yang menyebut setiap ahli dewan dilarang menggunakan perkataan yang menyakitkan hati dan sentuh peribadi pihak tertentu.

“Sepatutnya Seri Delima tidak perlu gunakan perkataan kesat seperti celaka. Justeru, saya mohon pertimbangan Speaker menangani perkara ini kerana jika ia dibenarkan, perkataan seumpama ini akan mula digunakan dalam dewan,” katanya.

Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN-Teluk Bahang) kemudiannya bangun mencelah dan meminta Adun DAP itu menarik balik perkataan ‘celaka’.

Speaker Datuk Law Choo Kiang kemudiannya menegur Rayer dan memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulangi perkataan kesat itu.

Sementara itu, dalam sidang akhbar, Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid mahu Law bertegas dalam mengendalikan sidang DUN supaya anggota dewan tidak mudah mengguna dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika persidangan berlangsung.

Beliau berkata selain sebagai menghormati kemuliaan dewan, ketegasan itu juga penting memandangkan penggunaan kata-kata kesat ketika persidangan berlangsung adalah melanggar peraturan DUN.

“Sememangnya apa yang diperkatakan oleh Adun Seri Delima (R.S.N Rayer) menyalahi peraturan, menggunakan kata-kata kesat kepada orang yang tidak ada di dalam dewan, memang menyakitkan hati,” katanya.

Adun Penaga Mohd Zain Ahmad yang turut hadir dalam sidang akhbar itu menyifatkan tindakan Adun DAP itu adalah provokasi supaya Adun BN melatah.

“Apa yang diperkatakan oleh Rayer tidak relevan langsung dengan persidangan DUN, oleh itu kami mahu Speaker dapat pastikan Rayer tidak buat lagi perkara seperti itu,” katanya.

VIDEO : GUAN ENG LANGGAR CALON BEBAS #PRK #BukitGelugor

Berikut adalah kisah yang sebenar terjadi tadi. Abu Backer sebenarnya mahu berjumpa dengan Lim Guan Eng bagi menyampaikan satu surat jemputan tetapi dihalang masuk sedangkan calon DAP iaitu Ramkarpal dibiarkan masuk sewenang-wenangnya.

Tindakan Abu Backer yang melawan ketika dihalang masuk ke dewan DUN tersebut mengundang kekecohan apabila pihak keselamatan DUN bertindak menarik dan menghalang Abu Backer sehingga beliau terjatuh.

Abu Backer juga bertindak menghampiri kenderaan rasmi rasmi Lim Guan Eng dan terjatuh ke jalanraya apabila dihalang oleh pihak pengawal KM seterusnya beliau mendakwa mengalami kecederaan.

Pada jam 2.30, Abu Backer telah di bawa ke hospital Pulau Pinang menggunakan ambulan hospital tersebut dan keadaan dihadapan bangunan DUN telah kembali tenang.

GEMPAR GUAN ENG LANGGAR CALON #PRK #BUKITGELUGOR


Gempar dan gamat setelah habis sidang DUN Pulau Pinang untuk berhenti rehat tengahari. Calon PRK bukit gelugor dilanggar oleh kereta PG 1 yang dinaiki oleh ketua menteri paling malang didalam sejarah Pulau Pinang. 



kini calon berkenaan telah dibawa oleh ambulan ke hospital pulau pinang.Apalah nasib calon nie. semalam menangis hari nie dilanggar pulak....

Monday, May 19

DAP #BattleOfTelukIntan Berpecah #Bergaduh.


Bekas Calon DAP, Hew Kuan Yau,Buat U-Turn Dan Sokong Calon BEBAS Percakaran dalam kem DAP untuk PRK Parlimen Teluk Intan, sudah mula dikesan.

Pencalonan cewek Ipoh mali di Teluk Intan, ternyata tidak menyenangkan Hew Kuan Yau yang sebelum ini diuar-uarkan sebagai calon paling sesuai untuk Teluk Intan.

Dilaporkan Hew Kuan Yau telah menggunakan nama penduduk setempat untuk memberikan sokongan kepada balu SEAH LEONG PENG yangakan bertanding sebagai CALON BEBAS.

Hew Kuan Yau yang terkenal dengan nama
gelaran Superman dilaporkan tidak berpuas hati dan berang dengan keputusan kepimpinan DAP memberikan kelebihan kepada Dyana Sofya bertanding di kerusi selamat DAP itu kerana Hew Kuan Yau dari awal lagi telah berkempen di Teluk Intan.

Lebih membuatkannya berang ialah apabila kepimpinan DAP Pusat memberikan alasan, Hew Kuan Yau tidak sesuai diletakkan di Teluk Intan kerana kebiadapannya selain kata-kata kasar yang sering dituturkannya dalam setiap ceramah tanpa isi-isi yang menunjukkan dia seorang profesional dan intelektual.

Hakikatnya, Hew Kuan Yau tidak dicalonkankerana tentangan dan ancaman daripada kemNga Kor Ming yang bermusuh secara peribadidengan Hew Kuan Yau. Hew Kuan Yau turut tidak disenangi oleh kem Kulasegeran, satu lagi fraksi dalam DAP Perak memandangkan Hew Kuan Yau adalah penyokong kuat Lim Guan Eng.

Balu SEAH LEONG PENG dilaporkan berhasratuntuk bertanding atas tiket BEBAS walaupun mendiang suaminya adalah Ahli Parlimen Teluk Intan dari DAP.

Kekecewaannya terhadap Nga Kor
Ming yang didakwa sebagai penyebab kematian suaminya, membuatkan wanita itu berpaling kesetiaan daripada DAP.

Sunday, May 18

Dyana Sofia DAH JADI SELEBRITI POLITIK..........? #BattleOfTelukIntan @mpkotabelud


Tidak salah jika jika mana-mana Parti mahu membuat perubahan untuk Parti mereka. Tapi MKP agak pelik dengan daya tarikan serta perhatian yang diberikan oleh seteru didalam pertanding kali ini. Umpama menepuk air didalam talam. Akhirnya terpercik pada muka sendiri. 

Isu perkauman pulak menjadi perdebatan dilaman mikro twitter. Jika ini diperbesarkan tidak mustahil akan berlaku benda yang kurang menyenangkan kelak. Bagi MKP, Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). 

Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas"


MKP tinggalkan persoalan yang dikemukakan oleh Dato' Abdul Rahman Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud buat semua pembaca menilai. Terserah pada semua meluahkan pendapat di ruang komen.

Nama Dyana Sofya Mohd Daud tiba-tiba menjadi sebutan ramai terutama di kalangan peminat-peminat politik tanah air.  Dia kini bagai selebriti terkenal.

Kalau tidak dinamakan sebagai calon Parlimen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, tidak ada siapa pun akan peduli tentang gadis Melayu yang merupakan ahli DAP sejak tahun 2008.

Namun sebaik sahaja namanya disebut sebagai calon di Teluk Intan, pelbagai berita tentang dirinya ikut tersebar di media siber. Tiada yang baik tentang gadis berusia 27 tahun ini disiarkan oleh blog anti pembangkang termasuklah memaparkan dirinya memakai pakaian mandi.

Tidak cukup lagi, Dyana Sofya turut dikaitkan dengan aurat yang tidak memakai tudung sedangkan dia adalah gadis Islam yang akan dibantu kempennya wanita muslimah Pas selaku komponen pakatan pembangkang. Malah dia turut dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Terbaharu, Dyana Sofya didakwa tinggal serumah dengan teman lelakinya atau dalam bahasa mudah bersekedudukan dengan lelaki bernama Fairuz Azhan Amiruddin di Taman Malawati. Menariknya, turut tinggal di rumah tersebut ialah abang kandung Dyana Sofya, Dyrul Sharytz yang bertanggungjawab membayar sewa bulanan.

MKP Ayat Sempoi : Gambar diatas tue ketika di Pulau Pangkor..... Pada Dyana " I Know what u did Last Holiday at Pangkor".

Friday, May 16

VIDEO: AHLI PKR MAKI KHALID DEPAN ANWAR


Anwar selalu mengutuk UMNO itu dan ini. Hari nie terbukti bahawa Anwar tidak pandai menjaga Parti Sendiri. Memang dasar manusia hanya pandai bercakap tapi hakikatnya macam haram jadah.

Sampai bila PKR nak huru-hara macam nie. Tapi yang bodoh tue ahli PKR jugak dah tahu depa nie semua penipu yang bangang sampai kena tipu hidup-hidup pasal apa.

Kalau macam nie pun depa tak faham nak tukar lepas nie apa pulak nak kena tipu. Kat Selangor nie semua dah busuk masam pasal ayaq tak ada. Macam mana nak mandi kalau buka paip ayaq yang keluar cuma angin.....

Seorang lelaki yang tidak berpuas hati menimbulkan kekecohan di hadapan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dengan menjerit berlakunya amalan rasuah semasa pemilihan parti di cabang Kuala Selangor.




PAS DAH JADI BANGSAT/MEREMPAT PRK #BukitGelugor


DAP memegang kuasa di Pulau Pinang akan tetap Jentera PAS tetap menjadi Bangsat apabila merempat di Dewan Orang Ramai Sungai Gelugor. Takkan DAP tak boleh bagi tempat nak buat kerja demi Pakatan Rakyat. Mana Mat Sabu.......? 

Kalau dah sampai tahap merempat macam nie baik keluar aje dari pakatan rakyat. DAP takkan tak mampu nak sewa rumah bagi jentera  yang tolong berkempen. DAP dah anggap Jentera PAS macam anjing kurap itu pun masih nak sondol Guan Eng lagi....

Dewan orang ramai yang sepatutnya dijadikan tempat untuk komuniti bermasyarakat disalah guna oleh penyokong pakatan rakyat ketika menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Perlimen Bukit Gelugor.

Dewan JKKK yang terletak di Persiaran Sungai Gelugor 2 disini bukan sahaja dijadikan markas untuk mereka berkempen malah ia dijadikan bilik gerakan operasi parti Pas bagi membantu rakan sekutu mereka DAP yang bertanding dalam PRK disini.

Tindakan parti itu menjadikan dewan orang ramai sebagai tempat untuk berpolitik ditentang penduduk tempatan kawasan itu.

Bukan sahaja beranggapan tindakan itu tidak wajar malah beberapa penduduk yang ditemui berkata tindakan itu adalah penyalahgunaan kuasa.

Seorang penduduk,Ismail Ibrahim, 61 berkata, dia kesal dengan tindakan parti berkenaan yang menggunakan kemudahan penduduk untuk kepentingan parti.

Menurutnya,Pas tidak sepatutnya menggunakan dewan itu sebagai markas mereka dan ia telah menyinggung perasaan penduduk di kawasan kampung berkenaan.

"Dewan itu sepatutnya dijadikan tempat penduduk melakukan aktiviti,kenduri kendara dan sebagainya bukan untuk satu-satu puak berpolitik.

"Apabila perkara ini berlaku ia akan menyebabkan masyarakat berpecah belah kerana bukan semua penduduk disini yang bersetuju dengan tindakan mereka dan bukan semua penduduk disini menyokong parti Pas mahupun DAP,"katanya.

Turut berkongsi pendapat yang sama Ahmad Salleh,62 yang menentang keras penyalahgunaan dewan berkenaan untuk tujuan politik.

Katanya, tindakan Pas menaikkan bendera parti itu juga adalah satu kesalahan dibawah Akta Pilihanraya.

"Penggunaan bendera parti lain selain bendera parti yang bertanding adalah salah dan mereka perlu menurunkan semua bendera Pas dikawasan itu.

"Pas boleh membuka markas mahupun bilik operasi mereka,mereka nak berkempen untuk membantu DAP pun terserah kepada mereka tetapi jangan salah gunakan hak dan kemudahan rakyat.Banyak tempat lain yang boleh mereka jadikan bilik gerakan tetapi bukan di dewan JKKK,"katanya.

Mohd Razak Ibrahim,66 pula berharap agar Pas lebih bertanggungjawab dan menjaga perasaan masyarakat kampung di kawasan berkenaan dengan tidak memandai-mandai membuka bilik gerakan di dalam kawasan berkenaan.

Beliau turut berharap penduduk kampung dapat berpolitik secara sihat dan tidak menjadikan perbezaan pandangan politik sebagai penghalang untuk mereka bersatu.

Wednesday, May 14

BAS HIJAU PERCUMA BAKAL MENGHIASI BANDAR PETALING JAYA... @ShahrilMohktar @MyRapidKL


Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan perkhidmatan bas percuma dengan kerjasama Rapid Bas Sdn. Bhd. serta disubsidi oleh Syarikat Prasarana kepada penduduk di bandar raya Petaling Jaya dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Laluan bas percuma ini akan bermula di hab Jalan PJS 3/2 menuju ke hab di Jalan Othman dan melalui Pusat Bandar Seksyen 52 melalui stesen LRT Asia Jaya, Jalan Semangat, Jalan Universiti, stesen LRT Taman Jaya.

“Sebanyak 6 buah bas diperuntukkan dengan kekerapan 10 hingga 15 minit bagi setiap perjalanan yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna terutama pekerja dan pelajar kawasan tersebut.

“Waktu perkhidmatannya akan bermula pada pukul 6 pagi sehingga 9 malam setiap hari dan setiap bas akan dilengkapi dengan jaringan WiFi percuma serta paparan LED.

Perkhidmatan tersebut merupakan salah satu inisiatif ke arah Petaling Jaya Bandaraya Hijau Berkarbon Rendah dan dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

ANWAR MERANA KERANA MULUT ASSMIN ALI @Huan2U @pcm4you


Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi. MKP terfikir jugak macam mana boleh kena pada tangan. Anwar naik motor ke...? Atau ini hanya sandiwara mencari simpati..

DS Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. DS Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor.


Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Azmin Ali yang merujuk penyertaan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor sebagai "Parti Cari Makan".

Dalam kenyataan beliau, Timbalan Presiden PKR itu turut mendakwa BN tidak mampu meletakkan seorang calon sebaliknnya melantik PCM untuk bertanding.


"Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya memandang serius kenyataan Azmin PKR yang melabelkan PCM sebagai 'Parti Cari Makan'.

"Saya rasa perkara ini akan kita bincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (MJP) parti akan datang. Selepas PRK nanti kita akan tengok apa tindakan yang boleh diambil.

"Kalau saya panggil PKR sebagai Parti Kelentong Rakyat atau Parti Samseng/ Gangster Rakyat dia mesti marah juga," katanya.

Cheng Guan juga mencabar Azmin membuktikan tuduhan bahawa beliau adalah proksi BN. 

"Kalau dia kata PCM proksi BN sila tunjukkan bukti, itulah yang bijak dan terbaik untuknya. Kalau nak cakap. semua boleh cakap apa jua sesuka hati. Dalam musim pertandingan PKR semua calon PKR ambil kesempatan untuk mempopularkan diri menerusi kenyataan-kenyataan berikut.

"Saya rasa pihak PKR lebih baik selesaikan masalah dalaman mereka, jangan sibuk mencampuri hal kami dengan melemparkan pelabgai tuduhan tidak berasas. Kalau berani tunjuk bukti," katanya lagi.

"Dia tidak akan terlepas, tetap akan berdepan tindakan. Semasa proses penamaan calon semalam. Saya melihat gelagat banyak ahli DAP melaung nama PCM sebagai cari makan.

"Namun, kami tidak gentar,, mungkin mereka takut kami akan menang. Mereka perlu belajar menghormati calon lain dengan menunjukkan sikap profesional," tegasnya.

Pada PRK kali ini, Selain Cheng Guan, tiga lagi calon bertanding iaitu Ramkarpal Singh (DAP), Mohamed Nabi Bux (bebas) dan Abu Backer Sidek Mohmad Zan (bebas).

Tuesday, May 13

TUN GHAFAR BABA....VS POK iD


TUN Abdul Ghafar Baba yang meninggal dunia pada 23 April 2006 adalah pemimpin negara yang perlu dikenang. Sudah lapan tahun beliau meninggalkan kita bersama jasa-jasanya.

Ghafar meninggal dunia pada usia 81 tahun. Allahyarham menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri selama tujuh tahun, lebih lama daripada yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Musa Hitam.

Peranan dan kepimpinan Ghafar dalam politik perlu dikenang secara serius, terutama perjuangan beliau yang besar membangunkan UMNO yang menjadi benteng umat Melayu dan Islam.

Ghafar merupakan pemimpin politik dan negarawan yang luar biasa malah berbeza berbanding dengan pemimpin yang lain sehingga mencapai status sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Terkenang dan merindui Allahyarham Tun Ghaffar Baba, bekas Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia di era Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu...

Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Tebat Kering, Bukit Tembun, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dan meninggal dunia pada 23 April 2006 di mana jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

KENALILAH DIA WAHAI RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN... INILAH CONTOH INDIVIDU YANG BERJUANG UNTUK RAKYAT !!!!!

Beliau sanggup meletakkan kedua-dua jawatan yang tertinggi didudukinya apabila tahu ANWAR IBRAHIM mendapat restu Presiden UMNO untuk menentangnya.

Beliau meninggalkan pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan membawa keluar sehelai beg plastik sahaja...

Kita bandingkan dengan perwatakan pemimpin UMNO yang ada sekarang. Kononnya BERPENDIDIKAN TINGGI & KAYA RAYA tetapi bila kalah bertanding, diarah letak jawatan dan setelah bersara dari politik mereka menjadi MUSUH kepada UMNO.

Kita lihat apa terjadi kepada Ahmad Said (Terengganu), Anwar Ibrahim (Pulau Pinang), Kadir Sheikh Fadzir (Kedah), Tengku Razaleigh (Kelantan), Musa Hitam (Johor) dan ramai lagi.... semuanya menikam UMNO setelah tiada jawatan.

Ingatlah PERPINDIDIKAN TINGGI itu mungkin pandai TETAPI tidak semestinya BIJAK !!!!

Monday, May 12

Bukti : MAT SABU KANTOI #PRKBKTGELUGOR


Selalunya PaS nie kalau nak menfitnah memang boleh serah kat depa. Fitnah pulak kali nie mengatakan UMNO bersubahat menaja calon bebas.

Calon Bebas di PRK Parlimen Bukit Gelugor Mohammad Nabi Bux menyatakan PAS dan DAP akan bekerjasama melaksanakan hudud, harap dapat restu daripada LGE.

Beliau juga menunjukkan bukti bukan ahli umno dan tak pernah memegang jawatan tinggi di dalam UMNO seperti mana kenyataan Mat sabu, Mah Fuz Omar.

Gambar kereta crv mat sabu, menunjukkan bukti dia ahli pas bukan ahli umno. Sijil keahlian PAS isteri dan dia, juga menunjukkan Mat sabu telah menuduh dia orang umno.

Semasa jadi ahli pas, bila nak beliau hendak bertanding, mat sabu tidak benarkan beliau bertanding dan menuduh org umno tidak bagi beliau bertanding.

Mengharap rakyat dapat membuka mata melihat penipuan mat sabu kali ini terutamanya pengundi di Bukit Gelugor.

Saturday, May 10

MANA PUNYA MAMAK DOK MASUK DAUN PULAK......


Jika ditanya MKP, Riak muka memang dah ada gaya untuk bertanding..... Muka dah memang mamak. Almaklum kat Penang kebanyakkan dari yang dok ada memang muka macam nie. Siapakah gerangan depa nie....?

Ahli Pas Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar, 63, menawarkan diri untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Mohamed Nabi Bux yang juga bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Batu Caves berkata, beliau akan meminta kebenaran pemimpin Pas Pusat untuk bertanding atas tiket parti itu.

Walau bagaimanapun menurutnya, beliau akan tetap akan bertanding dalam PRK berkenaan atas tiket Bebas sekiranya tidak dibenarkan pemimpin Pas Pusat.

MKP sangkakan asal dari Penang tapi tidak....Nampak gayanya memang cari nahas.....

Dalam demokrasi setiap undi ada nilainya. Ia adalah suara yang mencerminkan hasrat sekecil-kecil manusia untuk menerima, menyokong atau menolak akan sesuatu sistem, kepimpinan dan cara hidup dalam masyarakatnya. 

Justeru itu walaupun 15.16 peratus atau 12,416 pemilih Melayu-Islam di Parlimen Bukit Gelugor mungkin tidak mampu menyekat kemenangan calon DAP dalam Pilihanraya Kecil 25 Mei ini, mereka tetap mampu menghantar mesej demokrasi yang jelas. 

Tindakan “bo-sokong” ini akan merentap jumlah majoriti calon DAP. Namun ini perlu dilakukan oleh setiap pengundi kecil Melayu-Islam dan diatur oleh pimpinan PAS.

PAS harus “mengurangkan” rekod mendiang Karpal Singh yang memungut majoriti 41,778 undi dalam pilihanraya umum tahun lalu demi  menghantar mesej bahawa ia tidak akan sokong pihak yang meremehkan perintah Allah. 

Soal calon DAP akan kalah tidak timbul. Ini kerana 60,809 (74.25%) daripada 81,897 pengundi parlimen Bukit Gelugor berketurunan Cina. Sementara 8,312 lagi berketurunan India. Kehilangan 15.16 peratus undi Melayu tidak akan menewaskan DAP. 

Ini bukan khianat atau mahu meruntuhkan gabungan Pakatan Rakyat. Ini ialah untuk membela maruah Islam dan menpertahankan kemuliaannya. Suara 12,416 pengundi Melayu harus mengisyaratkan DAP berhenti mempertikaikan hukum Allah.

Yang PAS mahu lakukan ialah, memenuhi tanggungjawabnya yang telah 24 tahun diberi kepercayaan oleh rakyat Kelantan memerintah negeri itu termasuk tugas melaksanakan hudud. 

Malangnya DAP enggan memahami hakikat ini. Sebaliknya ia menyanggahnya boleh menjadi unsur perpecahan bangsa Malaysia. PAS perlu berusaha menambah nilai suara bagi setiap undi pengundi Islam di kawasan parlimen itu. 

Maka sudah tentu tidak wajar pemimpin PAS menggesa ahli dan penyokongnya supaya terus mengundi calon DAP walaupun dalam gelanggang politik Bukit Gelugor DAP meletakkan hudud dalam kandang orang salah!

Hudud dibicarakan di atas tuduhan ia adalah perosak keamanan dan ketenteraman awam sedangkan Allah menetapkan hudud dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan hidup umat yang harmoni.

Yang menggerunkan ialah, sikap sekutu PAS dan DAP, iaitu PKR yang jelas keberatan mempertahankan keluhuran dan kebijaksanaan perintah Allah ini. Sekaligus ia merangsang komponen bukan Islam dalam BN turut bersorak mengatakan bahawa hukum Allah itu perosak masyarakat. 

Yang terdakwa dan tersudut ialah hudud dan akhirnya kehormatan Islam. Jika PAS masih mahu bersahabat dengan DAP yang makin galak meremehkan hukum Islam, setiap muslim wajib bermufarakah darinya. 

Dalam PRK ini PAS seharusnya menganjurkan setiap ahli dan penyokongnya membuat satu penegasan politik – DAP dan bukan Muslim harus berhenti meremehkan perintah Allah.

Setiap undi untuk calon DAP bererti membesar dan melebarkan lagi permusuhan terhadap hukum Allah. Suatu penegasan politik perlu. Membantu Pakatan Rakyat menang besar dalam PRK ini hanya akan membesarkan lagi ego pembenci hudud.

PAS ada pilihan. Umno nampaknya rasional dalam isu ini. Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan bahawa Umno tidak pernah menentang hukum hudud. 

Sehubungan itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil langkah cermat supaya impian murni PAS dan setiap muslim agar hukum Allah ini diterapkan dalam kehidupan moden dengan hikmah dan bijaksana. 

Beliau mencadangkan panel teknikal terdiri pakar perundangan Islam dan ulama dibentuk untuk memperhalusi pemahaman, kefahaman dan juga pelaksanaan hudud.  

Pandangan ini disambut baik Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ini menghantar isyarat bahawa demi kebenaran setiap muslim tanpa mengira fahaman parti politik harus bekerjasama mendaulatkan hukum Allah.

PRK Bukit Gelugor bukan sekadar mencari ganti mendiang Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Ia adalah peluang untuk PAS dan pengundi muslim membezakan apa itu isu politik dan apa pula pendirian agama. 
  
PAS boleh memilih menjadikan hudud isu politik atau menjadikan hudud isu iman. Apapun PAS perlu membuat satu pernyataan politik bahawa DAP, PKR dan parti bukan Islam dalam BN harus menerima pendirian politik Islamnya.

Jangan kalut. Jangan mudah terikut-ikut. Pendirian mesti tegas dan jelas. Hudud adalah soal agama. Ia adalah soal keimanan. Iman adalah penentu bagaimana menghadapi kehidupan dan kematian.

Thursday, May 8

MELAYU BUKAN SEKADAR NAMA ATAU KAUM......... @NajibRazak


Lima justifikasi kukuh sejarah dan moral berkenaan ‘hak istimewa orang bumiputera khasnya Melayu’.

"Pertama, peranan orang Melayu adalah memberi identiti kepada kawasan ini –“the role of identity giving’. Sebab orang Melayulah maka tempat ini dipanggil ‘Kepulauan Melayu’, ‘Tanah Melayu’ atau kemudiannya ‘Malaysia’. Tanpa peranan ini kita tidak ada identiti. A nation without an identity, is not a nation. A person without a nation is lost. Sebab itu kita ada passport, surat beranak dan kad pengenalan.

Kedua, orang Melayu yang beragama Islamlah, bukan sahaja telah memberi identiti tetapi membawa tamadun antarabangsa ke rantau ini. Orang asli yang asal, walaupun mereka mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri, namun 'they did not create a civilization of international nature', sebuah tamadun yang bertaraf antarabangsa yang menyatukan antara orang Minang, Jawa, Banjar, Bugis, Kelantan, Johor dan sebagainya dengan satu bahasa (Melayu) dengan satu agama (Islam). Di peringkat antarabangsa, tamadun ini menghubung kepulauan ini dengan India, Turki, China dan Afrika melalui Islam dan sebagainya.

Ketiganya, setiap darah yang tumpah; di laut, disungai, di pasir dan di bukit, demi mempertahankan rantau ini daripada orang Siam, orang Portugis, komunis, British dan Jepun, kebanyakannya adalah darah orang Melayu dan Islam – 'to protect and preserve factor'. Bukan orang lain."

Keempat, seterusnya bila British membawa orang India dan Cina datang ke sini, para nasionalis Melayu hanya menentang British, mereka tidak mengganggu gugat orang Cina dan India. Malah mereka menjadi tuan rumah (host) yang mesra. Mereka menjadi pelanggan (customer) kepada penjual-penjual Cina dan India dan menjadi jiran-tetangga yang baik. Kalau orang Melayu Muslim tidak memerintah yang baik, dan tidak menjadi pelanggan yang baik maka orang-orang Cina dan India tidak boleh menjadi peniaga yang berjaya sebab majoriti pelanggan adalah orang Melayu.

Ini adalah dari sudut moral, kalau orang Melayu tidak bermoral sebagai pentadbir-pelanggan dan jiran-tetangga, orang Cina dan India tidak boleh berjaya kerana orang Melayu akan memeras, mengganggu, merompak dan sebagainya.

Kelima, nasionalis Melayu tidak mengikis hak hak tabi'i bangsa lain seperi agama, bahasa dan kebudayaan mereka. Jarang jarang sekali kita dengar atau kita baca berita tentang sekolah, rumah, kuil atau perniagaan orang orang Cina atau India diceroboh semata mata kerana perbezaan bangsa dan agama mereka. Jarang jarang sekali kita terdengar orang orang Cina atau India baik lelaki mahupun perempuan dibelasah atau perkosa semata mata kerana perbezaan kaum atau agama. Jika berlakunya jenayah, perlakuan tersebut bukan didorong sikap yang membencikan sesuatu kaum atau agama tetapi sifat jahat yang asli.

(Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud (CASIS) dlm membahaskan 'Hak Bumiputera' Rujukan m/s 12-13, Monograf Siri 6 Wacana Ilmiah 'Pembangunan di Malaysia Kearah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna', terbitan INMIND (2002).)

Tuesday, May 6

AKADEMI REL LAKAR SEJARAH BARU UNTUK INDUSTRI REL NEGARA @NajibRazak @ShahrilMokhtar @MYRapidKL


Melakar sejarah, Akademi Rel – institusi yang bermula sebagai sebuah jabatan latihan 17 tahun lepas sebelum berkembang pesat sebagai akademi yang diiktiraf kerajaan, hari ini mengurniakan tauliah kepada kumpulan graduan pertama, dan sekali gus membuka lembaran baru dalam industri rel tanahair.


Seramai 469 wargakerja Rapid Rail – sebuah anak syarikat Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan diperakui di bawah Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Ditubuhkan pada 1997 sebagai sebuah jabatan latihan dalaman yang terus dipermantapkan sebagai strategi pembangunan insan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), Akademi Rel  telah diiktiraf JKM sebagai Pusat Latihan Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) pada bulan Jun 2011.

Diadakan dengan penuh istiadat dan gemilang di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, majlis konvokesyen Rapid Rail 2014 itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Dato’ Sri Shahril Mokhtar dan dihadiri oleh Ketua Pengarah JKM, Datuk Dr Pang Chau Leong dan Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Haji Khairani Mohamed.

“Bagi pihak Kumpulan Prasarana, saya ingin melahirkan rasa bangga saya atas kejayaan yang ditempa oleh Akademi Rel atau Rail Academy dalam melatih dan membimbing warga kerja Rapid Rail dan membangunkan institusi ini ke tahap sekarang.

“Pembangunan Rail Academy untuk menjadi institusi pengajaran yang diiktiraf daripada hanya sebuah jabatan latihan pada 1997 sememangnya adalah satu kejayaan besar; bukan saja kepada Kumpulan Prasarana, tetapi juga industri rel negara kita secara keseluruhan.

“Ini adalah kerana Kumpulan Prasarana, khususnya Rapid Rail, adalah penggerak utama kepada kemajuan industri ini selari dengan operasi harian kita sekarang untuk mengendalikan dua laluan LRT dan rangkaian monorel di Lembah Klang.

“Dengan rangkaian LRT yang bakal diperkembangkan lagi dan MRT bakal beroperasi pada akhir 2017, penggantungan rakyat kepada rel sebagai sistem pengangkutan harian akan semakin tinggi,” kata Shahril dalam ucaptama dan pengisytiharan pembukaan berkenaan.

Dengan perkembangan ini, katanya, rel akan menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan pengangkutan awam dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti bas dan teksi menjadi perkhidmatan sokongan.

“Sekali gus, ini bermakna negara akan terus memerlukan lebih ramai lagi jurutera, eksekutif dan pekerja-pekerja mahir dalam bidang rel ini. Dan, ini akan hanya dapat dilaksanakan dengan memantapkan lagi institusi-institusi pengajaran di bidang ini dan Rail Academy mengorak langkah lebiih agresif dalam usahanya memperbanyakkan kuantiti dan meningkatkan kualiti di bidang ini,” tambah beliau.

Kata Shahril lagi, di pihak pengurusan Kumpulan Prasarana, ia akan terus meletakkan Rail Academy sebagai agenda yang penting dalam perancangan masa depan Prasarana.

“Rail Academy akan dipupuk untuk menjadi ikon kejayaan dan sumbangan Prasarana kepada negara,” tambah beliau.

Menghamburkan pujian kepada Akademi Rel atas kejayaannya, Pang, dalam ucapannya, berkata pengajian di akademi berkenaan memberi peluang kepada wargakerja Rapid Rail untuk memantapkan skil dan mempertingkatkan karier mereka di bidang rel.

“Dalam masa yang amat singkat, Rail Academy telah mengeluarkan hasil yang tinggi dalam usaha memperkasakan tenaga mahir di bidang rel,” kata Pang, yang turut menyarankan akademi berkenaan untuk terus mengembangkan sayap dan berkembang menjadi akademi di peringkat antarabangsa.

“Kita perlu sentiasa melihat pada masa akan datang,” kata Pang, yang turut menyarankan supaya kerjasama antara pihak swasta dan kerajaan dipertingkatkan lagi.

Dalam ucapannya, Khairani berkata Sijil Kemahiran Malaysia di Rapid Rail dilaksanakan melalui dua program iaitu Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), yang ditawarkan kepada tenaga pengajar, jurulatih dan ketua jabatan dan SLDN, yang dijalankan di Rail Academy.

Untuk SLDN, pendekatan yang digunakan adalah membangunkan kompetensi tenaga kerja berkemahiran berorientasikan industry di mana 30 peratus berdasarkan teori dan 70 peratus berdasarkan praktikal di tempat kerja.

Lapan bidang pengajaran dilaksanakan di Rapid Rail iaitu Laluan Tetap (Permanent Way), Pengawal Operasi Rel (RAIL OPERATION CONTROLLER), Penyelenggaraan EMU (ELECTRICAL MULTIPLE UNIT MAINTENANCE), Pemandu EMU (EMU DRIVER), Isyarat dan Komunikasi (SIGNALING & COMMUNICATION), Operasi Stesen, Sistem Perelektrikan Rel dan ‘ROLLING STOCK QUALITY ASSURANCE CONTROL’.

Menyarankan agar Akademi Rel terus  meningkatkan usaha menambah ilmu dengan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini dalam bidang rel, Kharani berharap kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi diperhebatkan lagi.

Di kalangan 469 graduan, dua daripada mereka adalah pasangan suami isteri – Encik Mohd Taufik Abdullah dan Puan Jamaliah Ibrahim, yang masing-masing lulus di bidang Pengawal Operasi Rel (Tahap 3) dan Operasi Stesen (Tahap 3).

Walaupun sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, kedua-dua mereka berazam untuk terus meningkatkan skil dan kemahiran mereka ke bidang diploma (Tahap 4) dan Diploma Lanjutan (Tahap 5) bagi meningkatkan kerjaya masing-masing.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Rail Academy kerana memberi peluang kepada kami mempertingkatkan diri kami dan memberikan platform untuk terus maju dalam bidang ini,” kata Taufek.

Friday, May 2

VIDEO #BantahGST UNTUK TONTONAN MENTERI UMNO YANG #SYOKSENDIRI


Ini adalah realiti yang berlaku semalam semasa perhimpunan #BantahGST. Rakyat tak faham apa itu GST dan penjelasan perlu dilakukan secara bersekala pada semua rakyat malaysia sehingga mereka faham apa itu GST. Jangan pulak menteri yang bertanggungjawab hanya pandai bercakap tapi hakikatnya rakyat tak faham. 

Pendapat MKP senang saja, Kalau rakyat faham mereka tidak akan termakan tipu daya pembangkang. Ini bagi penjelasan seperti melepas batuk ditangga. Korang nak faham fahamlah tak nak pergi mampus padahal perbelanjaan untuk memberikan penerangan pada rakyat melebihi 17juta. Ini yang membuatkan rakyat lagi marah. Pada penasihat menteri tue sesudahlah buat keja membodek boss korang yang memang tak boleh terima pendapat orang lain.


4,967 program penerangan GST sejak 2010

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive