Sunday, December 28

Apa yang kita ketahui setakat ini? @AirAsia @TonyFernandes



Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor penerbangan QZ8501 adalah milik AirAsia Indonesia.

Membawa seramai 155 penumpang, ia sepatutnya berlepas dari Surabaya untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Warganegara penumpang dan anak kapal adalah dari Singapura, Malaysia, Perancis, Korea Selatan dan Indonesia.

Kali akhir ia dikesan dalam saluran komunikasi dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) adalah ketika ia melintasi kawasan antara Tanjung Pandan, Pulau Belitung dan Pontianak di Kalimantan Barat.

KRONOLOGI

Pengarah Perhubungan Udara Djoko Murjatmodjo, Kementerian Perhubungan Indonesia dalam sidang media di Pejabat Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Wilayah II, Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, memberitahu bahawa:

Pada jam 5.36 pagi waktu tempatan, pesawat yang berlepas dari Surabaya menuju Singapura pada ketinggian 32,000 kaki. Pesawat dilaporkan mengikut laluan M635 yang biasa dilalui antara Surabaya dan Singapura.

Komunikasi terakhir dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) di Jakarta adalah pada jam 6.12 pagi. Juruterbang telah meminta untuk beralih ke arah kiri dan meminta izin untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki.

Permintaan yang difahamkan untuk mengelak awan tersebut telah dipersetujui pihak ATC.

Pada jam 6.16 pagi, pesawat masih ada di dalam radar dan seminit kemudian ia hanya tinggal isyarat di dalam radar ATC.

Pada jam 6.18 pagi, pesawat didapati hilang dari radar dan yang tinggal cuma jejak laluan penerbangan. Data realisasi penerbangan juga tidak wujud dalam radar.

Pada jam 7.08 pagi, pesawat diletakkan dalam status fasa tidak pasti iaitu INCERFA berikutan kehilangan perhubungan. Pihak tahap awal hilangnya kontak, badan misi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dihubungi.

Pada jam 7.28 pagi, status pesawat adalah ALERFA iaitu tahap selanjutnya yang menyatakan bahawa pesawat hilang hubungan.

Pada jam 7.55 pagi, pesawat dalam status DETRESFA iaitu sudah disahkan hilang secara rasmi.
Lokasi terputus hubungan terjadi ai antara Tanjung Pandan dan Pontianak. Pasukan SAR kini dalam misi mencari dengan mengharapkan isyarat daripada pemancar lokasi kecemasan (ELT). Setakat ini, isyarat tersebut belum dikesan.

KEADAAN CUACA

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik Wilayah Bangka Belitung, Indonesia menyatakan bahawa cuaca dalam keadaan buruk sewaktu pesawat sedang dalam penerbangan ke Singapura.

Di ruang udara wilayah tersebut, terdapat banyak pembentukan awan kumulus nimbus yang berisiko membahayakan penerbangan. Jenis awan tersebut mampu mencapai ketebalan antara 5 hingga 10 kilometer.

Begitupun, pesawat AirAsia model A320 merupakan pesawat canggih yang sudah dilengkapi radar cuaca yang baik.

REKOD PENERBANGAN

Pihak AirAsia Indonesia telah mengeluarkan maklumat mengenai jam penerbangan bagi juruterbang Airasia QZ8501. Menurut mereka, Kapten Irianto sudah menyempurnakan 20,537 jam penerbangan dengan khidmat bersama AirAsia Indonesia selama 6,053 jam.

Sementara itu, pembantu juruterbang Remi Emmanuel Plesel mempunyai jam penerbangan sebanyak 2,247 jam.

USAHA SAR

Badan SAR Nasional (Basarnas) Wilayah Bangka Belitung bimbang keadaan cuaca buruk dan gelombang tinggi menjadi halangan dalam operasi SAR pesawat AirAsia QZ 8501 yang hilang sewaktu dalam penerbangan ke Singapura.

Ketua Basarnas, Jhoni Supriadi di Pangkalpinang memberitahu, gelombang setinggi lebih dua meter menjejas kelancaran kapal yang menuju ke titik akhir penerbangan pesawat.

Menurutnya, keadaan cuaca normal memerlukan kira-kira empat jam untuk sampai ke lokasi dan cuaca yang buruk dikhuatiri akan menggandakan tempoh masa tersebut.

FAKTA RINGKAS

Nama penerbangan : Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501
Jenis Pesawat : Pesawat Airbus 320-200
Nombor Pendaftaran : PK-AXC
Jadual penerbangan : Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya, Indonesia
Destinasi Penerbangan : Lapangan Terbang Changi, Singapura
Jumlah penumpang : 162 orang (155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin)
Warganegara penumpang : 156 Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura(1), Malaysia (1) dan Perancis (1)
Waktu perlepasan : 5.35 pagi (waktu Indonesia)
Waktu dijadual tiba : 8.30 pagi (waktu Singapura)

Sunday, December 21

MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN @NajibRazak @Azeezputera


Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung masih belum reda dengan lapan jajahan di Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 21,328 pagi Ahad berbanding 19,186 orang malam Sabtu.

Pada pagi ini Biro Kebajikan UMNO Malaysia telah melancarkan misi Bantuan Kemanusian pada Rakyat Malaysia yang ditimpa bencana. Ianya diatas arahan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak serta dilaksanakan oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. 

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bantuan tersebut akan diagihkan kepada mangsa di pusat-pusat pemindahan seperti di Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

"Difahamkan kawasan yang paling teruk terjejas banjir adalah Rantau Panjang dan Tumpat dan tumpuan lebih akan diberikan di kawasan berkenaan," katanya.

Tanpa menyebut jumlah keseluruhan bantuan yang akan diagihkan, beliau berkata, tujuh buah kontena yang berisi barangan keperluan seperti beras, tilam, selipar, selimut dan lain-lain akan disalurkan di pusat-pusat pemindahan yang telah dikenal pasti.

Abdul Azeez berkata, fasa pertama bantuan ini memfokuskan bantuan di pusat-pusat pemindahan terlebih dahulu bagi memberi keselesaan kepada masyarakat.

"Fasa pertama bantuan adalah di kawasan pusat pemindahan, saya akan bincang dengan Badan Perhubungan Umno negeri berhubung bentuk bantuan susulan yang akan kita beri nanti.

"Kita ingin selesaikan di pusat pemindahan untuk beri keselesaan kepada orang ramai terutama kanak-kanak," katanya.


Setiap ibadah yang diperintahkan Allah adalah untuk meningkatkan hubungan vertikal dan horizontal secara seimbang. Hubungan vertikal yaitu hubungan kita kepada Allah ( Hablumminallah), sedangkan hubungan horizontal adalah hubungan kita kepada sesama makhluk Allah (Hablumminannas).

Islam bukanlah agama yang memerintahkan untuk hanya beribadah saja kepada Allah tanpa memikirkan kehidupan dunia, begitu pun sebaliknya tidak juga hanya mengejar kehidupan dunia saja. 

Tetapi setiap ibadah itu harus seimbang antara dunia dan akhirat. solat diawali dengan takbiratul ihrom dan diakhiri dengan salam yang mendo’akan seluruh makhluk yang ada dibumi ini. ertinya dalam bacaan solat pun ada hubungan antara Allah dan sesama manusia. 

Ada satu kisah di zaman Rasulullah iatu ada seorang ketua keluarga yang meninggalkan isteri dan anaknya untuk pergi ke suatu tempat yang jauh dari keramaian agar dapat beribadah dengan khusuk kepada Allah, sedangkan isteri dan anak-anaknya ditinggalkan kepada saudaranya yang kaya raya. semua pembelanjaan kehidupan anak dan isterinya ditanggung oleh saudaranya itu. 

Berita tersebut sampai pada Rasulullah sehingga Rasulullah mendatangi orang tersebut dan menegurnya. Rasul mengatakan bahwa jika seandainya orang tersebut meninggal maka sesungguhnya yang akan masuk ke syurga terlebih dahulu adalah saudaranya tersebut kerana telah menafkahi isteri dan anak orang tersebut yang seharusnya menjadi kewajiban orang tersebut. 

Sudah jelas bahwa dalam kisah tersebut Rasul melarang hanya mengejar kehidupan akhirat atau dunia saja. semuanya harus seimbang antara kehidupan dunia dan akhirat.


Di KOTA BARU, menurut portal banjir kerajaan negeri, kesemua mangsa banjir daripada 6,933 keluarga itu ditempatkan di 84 pusat pemindahan dengan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah terbesar mangsa iaitu 12,008 orang yang ditempatkan di 35 pusat pemindahan berbanding 11,079 orang malam Sabtu.

Di Tumpat, jumlah mangsa juga terus bertambah kepada 5,229 orang yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan berbanding 3,861 orang sebelum ini.




Keadaan cuaca yang mendung disusuli sesekali hujan lebat masih berlaku terutama di kawasan pedalaman negeri ini.

Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai berkurangan kepada 1,928 orang yang ditempatkan di lapan buah pusat berbanding 2,452 orang sebelum ini.

Di Pasir Puteh pula, 619 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan, Tanah Merah (619 orang/14 pusat pemindahan), Kota Baharu (336 orang/empat pusat pemindahan) dan Jeli (216 orang/empat pusat pemindahan), menurut portal itu.


Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan jumlah yang terkorban akibat banjir gelombang kedua di negeri ini sejak 16 Dis lalu masih kekal empat orang.


Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman mengingatkan penduduk agar mematuhi arahan agar berpindah sekiranya kawasan penempatan mereka mengalami banjir.

Beliau juga turut mengingatkan penduduk terutama kanak-kanak agar tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Saturday, December 20

PENYOKONG #HARIMAUMALAYA DISARAN GUNA LRT @MyRapidKL #AFFSuzukiCupFinal2014


Demi memastikan para penyokong Harimau Malaya turun beramai-ramai menyokong pasukan bola sepak nasional, Rapid Rail Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan LRT di Lembah Klang, akan meletakkan tren-tren Rapid KL dalam keadaan bersedia atau ‘stand-by’ untuk memastikan perjalanan selesa untuk para penggunanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Haji Khairani Mohamed, dalam satu kenyataan hari ini,
berkata para penyokong tidak perlu bimbang kerana Rapid KL akan memastikan masa
perkhidmatan LRT yang sesuai.

“Oleh kerana perlawanan dijadualkan bermula pada 8 malam dan dijangka berakhir
sebelum 10 malam, pihak RapidKL tidak perlu melanjutkan waktu perkhidmatan biasa.
Bagaimanpun, pihak operasi RapidKL akan memantau keadaan bagi memastikan
keperluan untuk melanjutkan perkhidmatan.

“Kami juga akan meletakkan kakitangan tambahan di stesen-stesen strategik khususnya di
Stesen Bukit Jalil bagi memastikan perjalanan lancar pada malam itu,” kata Khairani, yang
juga Pengarah Kumpulan Divisyen Rel Prasarana Malaysia Berhad.

Tewas 0-2 pada saingan pusingan pertama di Bangkok malam tadi, peluang masih terbuka
kepada skuad Harimau Malaya untuk memenangi kejuaraan Piala AFF Suzuki 2014
khususnya berdasarkan prestasi hebat memenangi saingan pusingan kedua separuh akhir
ketika menentang Vietnam tempoh hari.

“Dengan sokongan padu daripada rakyat Malaysia, Harimau Malaya mampu mengaum
semula. Apapun, kami memang menjangkakan kedatangan penonton yang ramai pada
hari Sabtu ini,” tambah Khairani.

Menyarankan para penyokong untuk menggunakan pengangkutan awam khususnya
perkhidmatan LRT Laluan Ampang untuk terus ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Khairani
berkata mereka boleh memilih untuk meletakkan kenderaan mereka di Kompleks Parkir
Bertingkat Stesen LRT Ampang, Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Gombak ataupun Parkir Bertingkat DBKL Tasik Selatan dan Sungai Besi bagi meneruskan perjalanan
menggunakan perkhidmatan LRT.

“Untuk memastikan perjalanan lancar dan pantas, kami juga mencadangkan para
pengguna menggunakan Kad MyRapid. Pastikan anda mempunyai nilai yang mencukupi
sebelum memulakan perjalanan ke Bukit Jalil.

“Ataupun, sekiranya anda menggunakan token, anda digalakkan membeli token untuk
pulang di Stesen Bukit Jalil sebelum keluar ke stadium. Token-token akan mula dijual pada 3
petang Sabtu ini,” tambah Khairani.

Monday, December 15

Artis Janda Ditangkap Khalwat'?

Jika di turuti laporan dari pemecah berita pagi ini.MKP agak luluh hati bila mendengar serta membaca apa yang ditulis oleh wartawah hiburan ini.Artis yang dimaksudkan mungkin  bermain difikiran MKP adalah....?


Seorang pelakon berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan filem seram dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium.
Agak menyedihkan perkara seperti ini terjadi lebih-lebih lagi kepada pelakon yang sepatutnya menjadi role model kepada masyarakat di luar sana.

Sebelum anda cakap ini berita yang mengaibkan dan tak wajar disebarkan, sepatutnya mereka yang terlibat berfikir terlebih dahulu sebelum berkhalwat yang sememangnya mengaibkan dan dilarang dalam agama kita.

Bila buat jahat tak ada pulak nak fikir malu atau aib. Dah kantoi nie baru sedar erti kemaluan. Apa kejadahnya?

MKP juga menerima mesej yang dikirim menerusi aplikasi ‘Whatsapp’ dari seorang individu yang telah mengesahkan perkara tersebut.

Menurut individu yang mahu namanya dirahsiakan, Putri Mardiana telah ditangkap bersama pasangannya yang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah kira-kira jam 3.23 pagi Ahad di kediaman aktres tersebut di sebuah kondo di Ukay Perdana.

putri mardiana ditangkap khalwat

Sumber MKP itu berkata kedua-dua pasangan yang ditangkap khalwat tersebut telah dibawa ke Balai Polis Melawati untuk diambil keterangan.

Pasangan tersebut ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram.

Pelakon berusia 33 tahun itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu serta membintangi sebuah filem yang berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta dan menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2011.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada JAIS untuk siasatan lanjut.

Tuesday, December 9

@AzwanBro desak Khazanah ambil anak tempatan terajui @MAS


Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mengkaji semula pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Airline System Bhd. (MAS) Newco.

Naibnya, Khairul Azwan Harun berkata, Khazanah sepatutnya memberi kepercayaan kepada anak watan yang juga rakyat Malaysia untuk menerajui syarikat penerbangan itu bagi melaksanakan langkah pemulihan.

Kata beliau, Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya, percaya ramai dalam kalangan anak watan mempunyai kemampuan dan pengalaman dalam mengurus tadbir pemulihan korporat.

"Kita merasakan aset strategik nasional dan dana berjumlah RM6 bilion yang disuntik oleh Khazanah perlu diurus selia oleh rakyat tempatan, yang mana sebagai rakyat Malaysia, beliau lebih memahami keperluan, budaya, cara kerja dan iklim ekonomi negara kita.

"Pemuda melihat justifikasi pemulihan lebih kepada untuk pengurangan kos operasi dan carian laluan udara yang membawa kepada keuntungan.

"Bagaimanapun, kita tidak nafikan gandingan pakar antarabangsa dengan pakar tempatan mampu menjayakan skim pemulihan MAS," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Minggu lalu, Khazanah mengumumkan CEO Aer Lingus, Christoph R. Mueller sebagai CEO MAS Newco.

Pengumuman itu dibuat di bawah pelan pemulihan, yang mana Mueller juga dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS NewCo.

Pelantikan Mueller berkuatkuasa 1 Januari 2015.

Menurut Khairul Azwan, Pergerakan Pemuda percaya Khazanah mampu mencari calon tempatan yang layak sekiranya mereka mahu dan usaha itu boleh dibantu oleh mana-mana agensi berkaitan.

"Kita khuatir sekiranya pelantikan ini diteruskan, ia bakal mengundang pelbagai persepsi terhadap pengurusan Khazanah yang terpaksa bergantung dengan pakar luar.

"Kita juga khuatir jika pakar luar dijadikan taruhan dengan risiko yang begitu tinggi, Pemuda mencadangkan sekiranya Khazanah memerlukan tenaga luar bolehlah melantik Mueller sebagai perunding atau penasihat dan kembalikan jawatan CEO MAS kepada rakyat Malaysia.

"Ini permintaan yang serius dan kita begitu mengharapkan pihak Khazanah benar-benar ikhlas mencari anak tempatan," katanya.

Beliau berkata, Khazanah sendiri mempunyai ramai pakar dalam bidang kejuruteraan, akauntan dan pelantikan Datuk Seri Idris Jala suatu ketika menerajui MAS memperlihatkan syarikat penerbangan itu ada perubahan.

Monday, December 8

Laman web FAM digodam #ATFSuzukiCup #HarimauMalaya


Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam oleh penggodam yang tidak dapat mendedahkan identitinya.

Bagaimanapun, hanya muka depan laman FAM yang diubah dengan memuatkan ayat dalam bahasa Vietnam.

Godaman berlaku susulan kemenangan Vietnam ke atas Malaysia dalam perlawanan bola sepak peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF malam tadi (Ahad) yang dicemari insiden ganas beberapa penyokong Malaysia yang membelasah penyokong Vietnam.

Penggodam memasukkan ayat dalam bahasa Vietnam yang sebahagiannya bermaksud "mereka bermain sangat teruk ... semua penggodam serentak di laman web Malaysia ... "

Selain, satu ayat dalam bahasa Inggeris 'bad play fans Malaysia'.

Namun, ikon-ikon lain termasuk logo FAM di laman web tersebut tidak disentuh penggodam.

APA KEJADAH MAIN BOLA SAMPAI PECAH KEPALA............. @KhairyKJ #‎AFFSuzukiCup‬ ‪#‎HarimauMalaya‬


Apa yang lebih mengecewakan saya malam tadi bukan kekalahan kita atas padang tetapi tindakan segelintir penyokong Malaysia terhadap penyokong Vietnam.

Walaupun saya masih menunggu laporan rasmi dari pihak polis dan FAM, berdasarkan maklumat yang saya terima dan apa yang saya sendiri nampak, para penyokong Vietnam diserang oleh segelintir fans Malaysia di Stadium Shah Alam semasa perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF.
Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita.

Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia.

Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua. Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong-penyokong Malaysia di Hanoi nanti?

Oleh kerana penyokong-penyokong ganas ini tidak akan mohon maaf dan tiada sebarang respons daripada FAM (mungkin esok ada), saya mohon maaf kepada penyokong-penyokong Vietnam yang diserang di Stadium Shah Alam pada malam tadi.

Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan tersebut. Tindakan ganas segelintir fans Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar. These violent fans do not represent Malaysia. My sincere apologies on behalf of Malaysia for the actions of these small number of irresponsible thugs.



Saturday, December 6

KAIN RENTANG MISTERI MUNCUL DI PULAU PINANG


Pulau Pinang pada Jumaat lalu dikejutkan dengan kemunculan sekurang-kurangnya empat kain rentang dalam bahasa Inggeris yang tertulis Support Chow Kon Yeow For Next Chief Minister (Sokong Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri seterusnya).

Kon Yeow yang merupakan Exco Pulau Pinang telah mengesahkan kemunculan kain rentang itu tetapi menyatakan bahawa bahan tersebut telah diturunkan.


Kon Yeow menyatakan bahawa dirinya tidak mengetahui bagaimana kain-kain rentang tersebut boleh muncul di Pulau Pinang.

Laman Facebook Kon Yeow mendapati banyak orang telah meninggalkan komen mengenai misteri kain-kain rentang tersebut.

Sesetengah orang berpendapat ia merupakan tindakan sabatoj, ada yang mendakwa ia dilakukan oleh parti lawan sementara tidak kurang juga menyatakan sokongan supaya Kon Yeow menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Selain itu, ada pula yang menyatakan tidak kisah sama ada Lim Guan Eng atau Kon Yeow yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kon Yeow merupakan Pengerusi DAP Pulau Pinang dan hubungannya dengan Guan Eng sering menjadi buah mulut penduduk negeri tersebut.

Friday, December 5

KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG KANTOI..............?


Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat laporan polis terhadap fitnah jahat Pemuda UMNO yang menuduh Persiaran Gurney akan ditukar nama kepada Persiaran Chin Peng, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

“Perkara mengenai pertukaran nama langsung tidak pernah wujud. Persiaran Gurney tetap dengan nama Persiaran Gurney.

“Mana dia dapat maklumat seperti ini? Kononnya dari Pejabat Ketua Menteri, sedangkan saya sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh kata ada sumber dari pejabat saya?

“Ini adalah tuduhan jahat dan kerajaan negeri mengutuk penipuan seperti ini.

“Kami juga akan membuat laporan polis terhadap Pemuda Umno khususnya Rafizal (Ketua Pemuda Pulau Pinang) kerana sengaja menimbulkan kebencian kaum,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan..

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim baru-baru ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang bercadang menukar nama Persiaran Gurney kepada Persiaran Chin Peng berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan bahawa Persiaran Gurney di sini akan kekal dengan nama berkenaan dan kerajaan negeri tidak pernah bercadang menukarnya kepada Persiaran Chin Peng.

Lim menyifatkan tuduhan kononnya nama jalan berkenaan akan ditukar kepada Persiaran Chin Peng mulai 1 Jan depan sebagai satu fitnah dan cubaan untuk menimbulkan kebencian kaum.

Tuduhan itu dibuat Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim.

“Kita nak tanya Rafizal mana ada sumber pejabat ketua menteri yang berikan maklumat sedemikian. Saya cabar beliau nyatakan siapa sumber itu. Kalau ketua menteri pun tak tahu (mengenai pertukaran nama) macam mana boleh ada sumber daripada pejabat ketua menteri.

“Perkara ini memang tidak wujud langsung. Persiaran Gurney akan kekal menjadi Persiaran Gurney. Kita rasa ini (dakwaan berkenaan) sudah lebih.

“Nak timbulkan kebencian terhadap kerajaan negeri, mengancam dan mengugut, saya rasa itu sudah lebih,” kata Lim pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan membuat laporan polis terhadap Pemuda Umno Pulau Pinang dan Rafizal esok kerana membuat tuduhan jahat berkenaan.

Semalam, Rafizal mahukan penjelasan kerajaan negeri tentang khabar angin kononnya Persiaran Gurney akan ditukar nama berkuat kuasa 1 Jan sebagai mengenang sumbangan Chin Peng dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Rafizal dalam sidang akhbar berkata pihaknya mendapat maklumat itu menerusi sumber dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan sumber berkenaan.

Lim berkata tindakan itu juga adalah cubaan Umno untuk mengalih perhatian rakyat terhadap ucapan Ketua Umno bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said pada Perhimpunan Agung Umno Jumaat lepas.

Mohd Zaidi mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran adalah ‘sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN)’ di Pulau Pinang dan mahu aktiviti penguatkuasaan diperketatkan.

“Perbuatan jenayah ini saya rasa nak alih perhatian daripada masalah yang dihadapi oleh Umno sekarang,” katanya.

Sementara itu, Lim berharap polis dan Pihak Berkuasa Tempatan akan  menjalankan operasi bersama bagi menangani isu penjaga tempat letak kereta haram yang menggunakan kekerasan terhadap orang awam bagi mengutip wang.

“Pada 1 Dis lepas, seorang lelaki dipukul dengan helmet oleh penjaga tempat letak kereta haram kerana tidak membayar wang parkir. Lelaki itu tak mahu bayar sebab tempat letak kereta itu percuma,” tegasnya.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, Theam Ah Soo, 52, dipukul dengan helmet sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an mengakibatkan mata dan dadanya cedera selepas enggan membayar wang kepadanya.

Kereta itu diparkir di kawasan tempat letak kereta percuma milik Perbadanan Bukit Bendera di Air Itam.

Kehidupan Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat difilem @bombaJBPM @bombaJBPM @mpkotabelud


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan mencadangkan agar kehidupan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat difilem atau dipentaskan.

Katanya menerusi platform tersebut akan menambahkan lagi keyakinan masyarakat terhadap pasukan beruniform itu yang mempunyai rekod baik dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.


Beliau berkata pihaknya sedia memberi kerjasama dari segi bantuan peralatan, nasihat dan penerangan prosedur berkaitan cadangan tersebut.

"Kita mengalu-alukan produser yang berminat menerbitkan jalan cerita tentang kehidupan anggota bomba yang sentiasa berdepan dengan cabaran dalam menjalankan tugas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, di sini Khamis.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata sehingga akhir bulan lepas, JBPM merekodkan sebanyak 85,377 panggilan kecemasan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 53,038 adalah panggilan kebakaran manakala 32,339 panggilan menyelamat.

Selangor mencatat jumlah panggilan kecemasan tertinggi dengan 14,604 kes, diikuti Johor (11,240) dan Perak (9,963).

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Seri Arpah Abdul Razak, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wira Mohd Nor Ibrahim dan Pengarah JBPM Johor, Datuk Ab Ghani Daud.

Wednesday, December 3

Gadis Cantik Yang Ditoreh Mukanya Dan Nyaris Dirogol. @emysamsudin


MKP mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Puteri UMNO Malaysia yang telah turun padang membantu mangsa. Melawat Nur syafiqah mangsa samun yang ditoreh mukanya kelmarin. 



Menyampaikan sumbangan dari Biro Kebajikan UMNO Malaysia.Untuk Makluman Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia adalah Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.Terima kasih Puteri UMNO Kelantan,Puteri Bahagian Pasir Puteh.

Kronologi Kejadian adalah seperti berikut.

Satu kejadian samun dan rompak telah berlaku di Lot 1195, Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelmarin.

Kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 1.40 petang itu disahkan oleh bilik Gerakan IPD Pasir Puteh Kelantan telah menerima panggilan telefon.

Siasatan awal yang dibuat oleh pihak Polis dirumah mangsa didapati pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa Hat Tema Bt Mat Zin, Nur Shafiqa bt Lah, 22 tahun dan Nur Shafatini bt Lah.

Dua lelaki melayu menaiki motosikal dan telah masuk ke dalam rumah tanpa membuka topi keledar yang mempunyai visor manakala seorang lagi suspek telah menendang pintu bilik air di mana mangsa Nur Shafiqa sedang mandi.

Setelah pintu terbuka suspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah dan mangsa  dapati emak Mangsa (Hat Tema) sedang terbaring di ruang dapur rumah.

Kemudian mangsa Nur Shafiqa telah diminta oleh salah seorang saspek untuk mencabut sebentuk cincin yang sedang dipakai oleh mangsa iaitu ibu Nur Shafiqa yang sedang terbaring di atas lantai.

Nur Shafiqa kemudiannya telah dibawa masuk ke dalam salah satu bilik dan  saspek telah mengambil satu telefon bimbit miliknya jenis iPhone 5.

Semasa di dalam bilik itu juga, Shafiqa telah melihat suspek membuka seluar dan pada anggapannya dia akan dirogol oleh penyamun tersebut namun saspek pakai semula seluar apabila suspek yang kedua yang berada di luar bersama dengan ibu mangsa memanggilnya.

Suspek pertama terus keluar dari bilik dan kemudian masuk semula kedalam bilik serta menumbuk muka mangsa dan toreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.

Suspek kemudian keluar dari bilik dan seterusnya Nur Shafiqa terus kunci bilik dari dalam dan kemudian berteriak ikut tingkap untuk minta bantuan. Saspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa berteriak  meminta bantuan.

Pada masa yang sama adik mangsa iaitu Nur Shafatini turut berada didalam rumah. Adik mangsa berada dalam bilik berlainan pada ketika itu  dan  telah bersembunyi di bawah katil ketika suspek menendang pintu bilik.

Walaubagaimana pun  beliau tidak nampak saspek yang masuk ke dalam rumah mereka. Nur Shafatini kemudiannya  telah menghubungi pihak polis dan juga ambulans.

Nur Shafiqa

Setelah Polis dan ambulan tiba serta membawa kedua-dua mangsa Hat Tema dan Nur Shafiq telah dibawa ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut.

Hat Tema mengalami cedera luka pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri kerana telah melawan 2 orang suspek manakala Nur Shafiqa mengalami kecederaan  pada dahi sebelah kanan dan pada bibirnya.

Antara barang yang telah disahkan hilang adalah bsebentuk cincin, seutas gelang tangan, telefon bimbit iPhone 5s warna putih.

Saspek utama 2 orang lelaki yang memakai topi keledar serta mempunyai  bentuk badan kurus dan  kenderaan yang digunakan suspek tidak dilihat.

Semasa kejaidan itu saspek bercakap dalam bahasa melayu dialek Kelantan dan muka saspek tidak dapat dicamkan kerana memakai topi keledar dengan penutup visor gelap.

Tuesday, December 2

UMNO PULAU PINANG LEMAH KERANA KETUA BAHAGIAN YANG KURANG CERDIK @dzainalabidin


Nak londeh boleh tapi janganlah melondehkan diri sendiri serta mengaibkan kemaluan diri sendiri. Pihak PDRM melalui Ketua Polis Negara telah mengeluarkan arahan bahawa Ketua Balai yang terlibat secara langsung atau tidak bakal ditukar didalam masa 24jam jika masih ada mesin judi atau kegiatan perjudian dikawasan mereka.

Kenyataan Flip-Flop yang agak populis oleh Ketua Bahagian Permatang Pauh ini amat dikesali kerana ini tidak menguntungkan semua pihak. Jika bercakap mengenai penguatkuasaan sudah pasti banyak pihak yang terlibat. Ingat Wahai Cikgu Zaidi dengan izin bahawa kita bukannya betul sangat banyak lagi pekara boleh dijadikan isu untuk melobi menjadi Calon Stor kunyit di Permatang Pauh.

Bagi MKP adalah tidak adil mempertikaikan usaha murni pihak Majlis Pembandaran atau pihak berkuasa tempatan yang terlibat. Tiada istilah yang dikuatkuasakan yang termaktub didalam perlembagaan membolehkan pihak berkuasa tempatan menjalankan penguasaan melalui akta Perjudian. Pihak berkuasa tempatan hanya  mempunyai kuasa menyita serta menutup pusat perjudian haram ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) sukar untuk membanteras kegiatan perjudian haram kerana mereka mempunyai bidang kuasa yang terhad termasuk tidak boleh menahan dalang yang mengendalikan premis judi

MPPP misalnya hanya boleh mengeluarkan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber MPPP 2007 terhadap premis berlesen yang melanggar syarat lesen termasuk yang digunakan untuk kegiatan judi.Kuasa mutlak adalah terletak ditangan  Pihak Polis Diraja Malaysia.

MKP bersetuju mengenai cadangan yang telah dikemukakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang mahukan PBT mencontohi ke­tegasan polis dalam membanteras kegiatan mesin judi haram di seluruh negara sehingga ke akar umbi.

Menurut beliau, selain PBT dan polis, pemimpin masyarakat juga perlu memikul tanggungjawab memberi maklumat, pendedahan dan kesedaran tentang kegiatan mesin judi haram terbabit.

Saranan MKP supaya Ketua Bahagian Permatang Pauh berhati-hati menyalahkan pihak PBT jika tiada bukti yang sahih serta kekurangan Fakta atau di sogok dengan Fakta yang tidak betul oleh pembodek yang berada disekelilingnya.


Umno Pulau Pinang meneruskan pembohongan dahsyat apabila mendakwa masyarakat Cina di negeri ini menjana kekayaan dari sumber kegiatan haram, perjudian, pelacuran.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Umno yang sudah tidak lagi berharap untuk medapatkan undi masyarakat Cina kali ini memutuskan untuk menghina mereka dengan fitnah dan pembohongan.

Wakil Umno Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden di perhimpunan agung Umno 2014 hari ini mendakwa, kegiatan seperti perjudian dan pelacuran merupakan ‘sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong BN’ di Pulau Pinang.

Sambil merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya, Zaidi berkata bahawa tindakan Guan Eng yang merujuk kepada akhbar pembangkang adalah amat memalukan.

Zaidi dalam kenyataannya berkata, beliau sebagai Ketua Menteri seharusnya mencari bukti yang lebih kukuh untuk menghukum dirinya kerana apa yang keluar dari mulutnya ketika PAU 2014 itu bukanlah satu tuduhan kepada seluruh kaum Cina, tetapi ialah adalah satu ucapan umum dimana semua ketahui bahawa masalah perjudian dan pusat maksiat haram melibatkan segelintir tauke-tauke dari kaum itu.

"Saya dalam ucapan ketika PAU 2014 yang lalu tidak menyentuh tentang keseluruhan kaum Cina, tetapi dalam ucapan itu saya hanya menyebut kadang-kadang atau dalam maksud yang lain adalah segelintir kaum Cina yang terlibat. Tetapi malangnya kadang-kadang itu tidak ditulis (media pro pembangkang). Ini terbukti satu niat jahat yang tidak baik", ujar Zaidi kepada puluhan media sebentar tadi.

Dalam sidang media itu juga , Zaidi turut memberitahu bahawa beliau akan menyahut cabaran Guan Eng yang mahukan beliau mendedahkan 5 pusat hiburan dan maksiat haram di P.Pinang memandangkan Guan Eng masih bertegas bahawa P.Pinang sifar kegiatan maksiat dan perjudian haram.

"Beliau minta saya buktikan lima tempat, kalau betul Guan Eng kata tiada aktiviti perjudian dan maksiat dia sepatutnya minta satu sahaja memandangkan P.Pinang sifar aktiviti tersebut, tetapi kenapa dia mintak lima? kerana saya tahu Guan Eng juga tahu P.Pinang banyak kegiatan maksiat dan perjudian haram" tambah Zaidi lagi.

Monday, December 1

KEMALANGAN NGERI: MACAM MANA BOLEH JADI GINI......


Jika diperhatikan kedudukan kereta ini sememangnya nampak janggal dan berulang kali kita berfikir bagaimana boleh jadi sebegini. Ini bukan rekaan atau teknik fotoshop tapi ada kejadian yang berlaku ditempat kejadian. 

Anggota Bomba yang telah mengambil gambar ini untuk disebarkan kepada umum supaya menjadi pengajaran pada semua pemandu supaya berhati-hati dijalan raya serta mengelakkan kejadian sebegini berulang.

KERETA TERBABAS DAN MELANGGAR TIANG ELEKTRIK LALU JATUH MENJUNAM KE DALAM PARIT DI SIMPANG 4, SEMANGGOL MENGHALA KE KUALA GULA pada pukul 2.59 petang semalam. Mangsa seorang lelaki berbangsa india tersepit dan disahkan maut ditempat kejadian. Operasi berkenaan dilakukan oleh Balai BOMBA dan Penyelamat Bagan Serai 




Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive