Friday, February 20

KETUA BAHAGIAN PERMATANG PAUH MOHD ZAIDI MOHD SAID MAHU KISAH ANWAR DIBAKUL SAMPAHKAN... @KhairyKJ @AzwanBro @PPUMonline


Terkedu MKP bila melihat kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh mahu kisah Main Pungkoq dibakul sampahkan semasa kempen di PRK Permatang Pauh.

Selaku tuan rumah yang bakal berdepan perbagai rintangan yang mendatang sekarang atau pun selepas PRK Permatang Pauh.Orang luar termasuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia Saudara Khairy Jamaluddin perlu mempunyai rasa hormat pada Tuan Rumah.

Lepas korang tabur apa sahaja di Permatang Pauh korang balik. Nak kena menjawab adalah Ketua Bahagian serta kepimpinannya yang tak boleh lari kemana. Sebagai manusia serta Rakyat Malaysia yang mempunyai adab serta budaya ketimuran yang tinggi patut menghormati tuan rumah bukan main tangkap muat....?

Sebelum ini heboh diperkatakan anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha akan diletakkan sebagai ayam sabung Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Permatang Pauh.

Tiba-tiba, keluar berita daripada Biro Politik PKR yang telah bermesyuarat dan mahukan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih kerusi yang disandang suaminya itu.

Keputusan akhir atau muktamad hanya boleh diputuskan oleh Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh selama lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau bersalah meliwat pembantunya. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Baik Azizah mahupun anaknya Nurul Nuha, pemerhati politik dalam Pakatan Rakyat (PR) yang bukan ahi PKR melihat tindakan meletakkan salah seorang daripada nama tersebut sangat tidak wajar.

Kenapa mesti pilih juga calon daripada ahli keluarga Anwar? Apakah ini menunjukkan seolah-olah Permatang Pauh tidak layak dipimpin oleh orang lain selain anak-beranak Anwar?

Memang kerusi tersebut susah untuk dimenangi pihak yang melawan Anwar sebelum ini kerana auranya yang cukup kental di sana tetapi antara sedar dan tidak, dalam diam, ramai rupanya penyokong PR yang tidak mahu keluarga Anwar terus kekal di Permatang Pauh.

Komen yang kedengaran antara lain berbunyi, PKR bukannya keluarga milik Anwar dan kerusi Permatang Pauh juga bukan mutlak milik Ketua Pembangkang itu.

Jika Nurul Nuha dipilih, bermakna empat orang dalam keluarga Anwar menjadi pemimpin PKR yang pada dasarnya tidak salah tetapi PKR akan dilihat sebagai parti anak beranak.

Tidak keterlaluan jika PKR dinamakan sebagai parti keluarga jika Nurul Nuha pula dijadikan pemimpin Permatang Pauh.

Siapa pun boleh menggantikan Anwar di Permatang Pauh dan dalam PKR sendiri ramai yang layak dan berpengalaman berbanding Nurul Nuha yang tidak ada pendedahan politik kecuali untuk membela bapanya.

Wan Azizah pula telah pun diberi tempat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang pada pilihan raya kecil tahun lalu. Apa lagi yang ahli PKR mahukan untuk menjulang nama Anwar?

Memang ini masalah dalaman PKR dalam menentukan arah tujunya dan orang luar tak sepatutnya masuk campur.

Cuma satu yang harus diingat, sekiranya Nurul Nuha yang dipertandingkan dan kemudian menang, apakah dia berupaya menjalankan tugasnya sebagai pemimpin politik?

Jika Wan Azizah pun terpaksa menerima cemuhan kerana gagal membangunkan Kajang dan menangani masalah penduduk di kawasannya, mampukah Nuru Naha menjadi lebih baik?

5 comments:

  1. Patutlah umno P.Pinang berada dalam keaddan nazak...rupanya Ketua Bahagiannya perlu di overhaul dulu...jenis buta hati, tak timbul pasal skrip lama, kerana kisah Quran itu lagi lama, yg perlu pengajaran dan iktibar yng ada untuk menyedarkan masyarakat, lebih lebih lagi ianya telah disalah tafsirkan sehingga ramai yang tersimpang dari kebenaran lalu terjebak dalam pembohongan, penipuan, kesesatan yang membawa natijah yang burok dan rosak dalam masyarakat !!

    Suruh Ketua Bahagian ini letak jawatan dan pi jual cendol kat cherok tok kun

    ReplyDelete
  2. yg aku nmpk camni..pkr, kalu tak bubuh keluarga anwar nanti...bn akan ambik kesempatan, buat kempen ...konon nye pkr sendirik pun dah buang anwar..so pengundi kt pmtg pauh...harus lah menolak pkr di situ..... ke camna...ini sekadar pendapat peribadi...kah kah kah..

    ReplyDelete
  3. Kalau PR menang dan memerentah, ia akan menjadi parti pemerentah yg pertama di penuhi dg keluarga. Bolelah tengok semua menteri kabinet dari kaum keluarga. Itulah tuhan nak tunjuk" Mengata orang, dia yang lebih"

    ReplyDelete
  4. depa kata KB la nie tak serupa dulu. Dulu masa berkempen lain tapi la nie dah jadi . Depa kata dulu susah tapi la nie senang dah , Alhamdulillah dah kaya raya tapi ckp tu kena hati hati sebab banyak mata yg dok perhati kita. Biar tinggi mana kita berpijaklah dibumi nyata.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.