Tuesday, March 24

SIAPA BOSS SIAPA KULI......? #HUDUD


SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng terang-terangan mendesak agar PAS disingkirkan daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana menyifatkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang yang tidak bermaruah.

Dalam kenyataanya, pelbagai penghinaan dilemparkan Guan Eng terhadap Hadi yang turut dituduh bekerjasama dengan UMNO.

“Pengkhianatan Hadi terhadap keputusan bersama yang dibuat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat atas pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor, sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

“Kegagalan Hadi untuk menepati kata-kata sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari 2015 bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 akan dibincangkan pada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan;

“Pembentangan Rang Undang-undang Persendirian oleh Hadi pada 18 Mac 2015 tanpa terlebih dahulu membentangkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.

“DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau,” kata Guan Eng yang diketahui umum, berkawan baik dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Kemelut dalam kepimpinan PR semakin memuncak apabila DAP dengan angkuh mengkritik PAS kerana tetap mahu meneruskan pelaksanaan Hudud di Kelantan walaupun tidak dipersetujui rakan komponen DAP dan PKR.

3 comments:

  1. Kalau hj hadi ada maruah sebagai presiden pas, sebagai seorang islam, sebagai seorang melayu..dia patut sedar apa yg kapit laknatullah guan eng cakap tu. Tapi tak tahu pula kalau dia betul betul tak bermaruah..

    ReplyDelete
  2. Bukan saja Presiden PAS tak ada maruah malah keseluruhan pimpinan dan ahli PAS tak de maruah. Nak laksana hudud pun kena minta kebenaran kapir laknat.Setakat ini tidak ada seekor pun pimpinan PAS menempelak si kapir laknat ni. Sebab semua dah terima habuan fulus sebelum ni ke?

    ReplyDelete
  3. pemimpin pas dan pengikut mereka bukan tak tahu orang kafir tak akan senang selagi tak ikut telunjuk mereka....tapi nak berkawan dan berpelukan juga....dengan umno rata2 org islam pas dan pengikut jadikan musuh sehingga buat sembahyang hajat hancurkan umno...entah2 ni lakonan pas dan dap...umno kena hati2 tau....jangan seronok...

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.