Friday, May 22

@MyRapidKL Sarankan Penyokong #TheRedWarriors & #LionsXII gunakan LRT pada Final Piala FA


Demam bola sepak kembali lagi dengan perlawanan akhir Piala FA 2015. Pengalaman berpusu-pusu untuk sampai pada tepat waktunya menjadi keutamaan semua penyokong kedua-dua pasukan. 

Bagi MKP perancangan awal perlu dilakukan. Bertindak bijak dengan menaiki pengangkutan awam yang telah disediakan oleh pihak RapidKL. Kemudahan sebegini jika tak digunakan memang merugikan masa dan terperangkap didalam kesesakan lalu lintas kelak. 

Para peminat bola sepak yang berhasrat untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2015 antara pasukan Kelantan dan Lions XII pada hari Sabtu ini disarankan untuk menggunakan perkhidmatan LRT Rapid KL untuk perjalanan selesa ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Berdasarkan pengalaman lepas, apa-apa jua perlawanan akhir bola sepak di Bukit Jalil akan melihat banjiran para penyokong, yang sekali gus bermakna keadaan trafik yang sesak di sekitar kawasan stadium. Kami menjangkakan keadaan yang sama Sabtu ini khususnya para penyokong ‘The Red Warriors’.

“Justeru itu, kami menyarankan para peminat untuk menggunakan perkhidmatan LRT, yang akan membawa para penyokong terus ke Kompleks Sukan Bukit Jalil. Pihak Rapid KL akan memantau keadaan di Stesen Bukit Jalil pada hari Sabtu nanti dan akan menyambung perkhidmatan LRT sekiranya perlu,” kata jurucakap Rapid KL, Encik Mohd Rahimi Ahmad.

Beliau mencadangkan mereka yang memandu untuk memakir kenderaan mereka di kawasan-kawasan ‘parkir dan gerak’ di stesen-stesen LRT seperti di Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Gombak dan Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Ampang dan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan LRT.

“Mereka juga boleh memakir kenderaan di kompleks parkir dan gerak DBKL di Bandar Tasek Selatan dan Sungai Besi, yang terletak berdekatan dengan stesen-stesen LRT Rapid KL,’ kata Rahimi, yang juga Ketua Operasi LRT Laluan Ampang.

Bagi yang menggunakan perkhidmatan keretapi, beliau menyarankan mereka menggunakan perkhidmatan KTM Komuter ke Bandar Tasek Selatan dan meneruskan perjalanan dengan perkhidmatan LRT Rapid KL ke Bukit Jalil.

"Saya juga menyarankan para pengguna untuk menggunakan Kad MyRapid, yang akan memberikan perjalanan mudah dan cepat untuk keluar masuk stesen,” tambah beliau.

Lebih 80,000 penonton dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA ini.

1 comment:

  1. Harap jangan benarkan penyokong Kelantan naik LRT. Kalau kalah Kelantan habis LRT dibakarnya. Bukan bertamaddun penyokong Red Warrior ni, lebih2 pulak lepas mabuk budu.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.