Tuesday, June 16

Penumpang @MyRapidKL ,Monorail Kini 2 Bilion @azmiaziz60


Prasana Malaysia Berhad (Prasana) hari ini mencatatkan penumpang rel yang kedua bilion sejak ia beroperasi 16 tahun lalu, iaitu pada 1998.

Pengerusi Prasana Malaysia Berhad (Prasana), Tan Sri Ismail Adam, jumlah itu melibatkan pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorail yang kini digunakan oleh 500,000 orang setiap hari.

"Bayangkan kalau tiada LRT dan monorel pada hari? Sudah tentu Kuala Lumpur akan jadi sesak dan padat.

"Justeru keputusan kerajaan untuk membina pengangkutan awam sejak 16 tahun lalu adalah tepat dan wajar.

"Pada masa sama, tindakan sedang melakukan penambahbaikan ke atas LRT ketika ini adalah untuk menampung jumlah penumpang yang dijangka semakin meningkat pada masa akan datang," katanya.


Majlis meraikan penumpang LRT dan KL Monorail yang kedua bilion di Stesen LRT Masjid Jamek hari ini. Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan, Azmi Abdul Aziz Ismail.

Azmi memberitahu, kos pembinaan projek LRT adalah besar disebabkan pengangkutan awam itu berdaya tahan untuk tempoh waktu yang panjang.

Beliau memberi contoh pengangkutan awam tersebut di Jepun dan Eropah kini sudah berusia lebih 100 tahun dan masih digunakan sehingga hari ini.

"Ia satu pelaburan yang berbaloi dan bukan setakat untuk dua hingga tiga tahun sahaja," katanya.

Sementara itu, penumpang kedua billion yang bertuah itu adalah Siti Nuraishah dari Kuala Lumpur.

Dia yang berusia 28 tahun terkejut apabila diraikan secara tiba-tiba selepas melepasi palang mesin di stesen LRT.

"Saya tidak sangka pula merupakan penumpang yang kedua billion.

"Sebenarnya saya dari Stesen LRT Miharja dan turun di sini untuk menemani saudara membeli-belah.

"Apa pun saya memang teruja dan seronok kerana telah menggunakan perkhidmatan LRT sejak zaman sekolah pada tahun 1998," katanya yang seorang pembantu peribadi di firma guaman.

Dengan pemilihan itu, Siti Nuraishah ditawarkan perkhidmatan LRT dan monorel secara percuma sepanjang hayat dan sebuah televisyen.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.