Rafizi Ramli nie sembang aje kencang akan tetapi dah block MKP dilaman twitternya. Nak bercakap kebebasan bersuara namun beliau sendiri tidak tahan dengan serangan dari Blogger PRO BN.
Saya nafikan dakwaan yg dibuat @mpkotabelud & konco2 yg cuba memfitnah demi menyelamatkan 1MDB, saya akan saman http://t.co/hYjAyMkNnP
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) July 16, 2015
Pandai pulak nak menafikan pertanyaan yang dibuat oleh DARD. Bila fitnah pemimpin BN kenapa tak berfikiran sebaliknya.
Bagaimanapun DARD menganggap serangan ke atas diri beliau sebagai sesuatu yang sangat aneh kerana beliau hanya meminta Polis menyiasat laporan terbabit bukannya individu yang membuat tuduhan mahu pun membuat laporan Polis.
“jawapan Rafizi sangat lemah dan bertentangan dengan saranan beliau sendiri sebelum ini bahawa jangan menyerang atau menembak penyampai mesej,” tweet DARD mengulas jawapan Rafizi.
DARD juga terkejut dengan tuduhan Rafizi bahawa beliau pernah bertanding Ketua UMNO Bahagian Kota Belud dan kalah.
Untuk rekod Rahman tidak pernah bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang kini disandang oleh Tan Sri Salleh Tun Said Keruak.
Ini sudah pasti merupakan tambahan kepada dimensi baru dalam skandal Justogate. Pasukan Petugas Khas tidak akan dapat meneruskan tugas mereka sehinggalah atau melainkan mereka diberi kebenaran untuk menyoalsiasat Justo bagi memastikan bahawa bukti-bukti yang digunakan sebagai asas penyiasatan tersebut adalah sah disegi undang-undang.
Mereka yang berkhidmat dalam pasukan Polis atau perkhidmatan perisikan tahu bahawa pihak berkuasa di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina bekerjasama secara rapat (termasuk Brunei sehingga ke tahap tertentu). Mereka berkongsi maklumat dan membantu menangkap orang yang berada di negara-negara jiran. Mereka tidak perlu memohon ekstradisi atau pergi ke mahkamah untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menangkap orang-orang yang dikehendaki di negara-negara jiran.
Dalam erti kata lain, Malaysia tidak memerlukan pihak berkuasa Thailand, Singapura, Indonesia atau Filipina untuk melaksanakan proses undang-undang. Malaysia akan menangkap orang-orang yang dikehendaki di Singapura, Thailand, Indonesia atau Filipina bagi pihak mereka untuk diserahkan kepada mereka.
Ini terpakai di kesemua lima negara.
Ianya terbukti semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Beliau telah mengarahkan pihak polis Diraja Malaysia (PRDM) untuk mengepung semua pihak pemisah Thai Islam yang tinggal dalam buangan seluruh Malaysia untuk diserahkan kembali ke Thailand.
Akhbar di Malaysia melaporkan bahawa puak pemisah ini telah ditahan semasa mereka cuba untuk memasuki Malaysia secara haram dan telah dihantar balik ke Thailand. Akhbar Thai pula melaporkan bahawa mereka telah ditahan di Malaysia dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa Thailand di sempadan Malaysia-Thailand.
Sebagai balasan, Thailand mengaturkan pertemuan untuk rundingan damai dan perjanjian keamanan yang telah ditandatangani di Hat Yai pada Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). Jika PKM tidak bekerjasama maka mereka akan dikeluarkan dari Thailand. Sekiranya mereka bekerjasama maka mereka boleh terus tinggal di Thailand.
Satu lagi kes iaitu Tan Koon Swan. Beliau merupakan pemimpin MCA pada masa itu dan dikehendaki di Singapura berkaitan dengan kejatuhan Pan-El. Malaysia telah menangkap dan menghantar beliau ke Singapura di mana beliau telah didakwa bersubahat dalam jenayah pecah amanah berkaitan dengan kejatuhan Pan-El pada tahun 1986 .
Selepas menjalani hukuman penjara di Singapura, Koon Swan telah dihantar balik ke Malaysia di mana beliau telah didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara pula di Malaysia.
Kes Mas Selamat Kastari juga adalah satu lagi contoh kerjasama merentas sempadan. Beliau merupakan Ketua penjara Singapura Jemaah Islamiah yang disyaki merancang plot untuk merampas kapal terbang dan menghempaskannya ke Lapangan Terbang Singapura.
Indonesia telah menangkap beliau pada tahun 2006 kemudian menyerahkan beliau kepada Singapura. Setelah itu beliau melarikan diri dari penjara pada tahun 2008 dan bersembunyi pula di Malaysia. Pihak Malaysia kemudian menangkap dan menahan beliau tanpa bicara bagi pihak Singapura.
Hakikat bahawa jenayah beliau dalam perancangan (tetapi belum lagi dilaksanakan) di Indonesia dan sepatutnya melakukan jenayah tersebut di Singapura tidak lagi penting. Malaysia masih memenjarakan beliau bagi pihak Singapura.
Demikian bentuk kerjasama kuasa-kuasa polis di kelima-lima negara ini beroperasi. Mereka bukan sahaja berkongsi maklumat. Mereka juga boleh mengambil tindakan bagi pihak satu sama lain dan menangkap orang-orang yang dikehendaki di negara-negara jiran dan menahan mereka tanpa bicara bagi pihak satu sama lain.
Dan itu membawa kita kepada skandal Justogate.
Jenayah konspirasi telah dilakukan di tiga buah negara: Malaysia, Thailand dan Singapura. Polis Thailand menahan dan menyoalsiasat Xavier Andre Justo dan berkongsi semua maklumat yang mereka perolehi dengan Malaysia dan Singapura.
Menurut polis Thailand, setakat ini sepuluh orang terbabit dalam konspirasi jenayah tersebut — antaranya orang-orang Umno, pemimpin-pemimpin pembangkang, wartawan atau ketua media Malaysia dan Rakyat British
Polis Thailand mempunyai rekod dan bukti, yang mereka akan kongsikan dengan Malaysia dan Singapura dalam keadaan di mana kedua-dua negara juga mahu mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan konspirasi tersebut.
Ada pihak yang mengatakan jika jenayah tersebut telah dilakukan di negara lain, seperti Thailand, maka Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa berkenaan hal tersebut. Itu tidak benar sama sekali kerana sejarah telah membuktikan sebaliknya sejak 40 tahun yang lampau.
Pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan-tuduhan yang berkaitan 1MDB kini terpaksa menggantung siasatan berikutan perkembangan terbaru ini. Pasukan Petugas Khas menjalankan siasatan berdasarkan bukti terdahulu. Walau bagaimanapun, memandangkan bukti-bukti terkini maka suspek siasatan tidak boleh lagi diteruskan.
Pasukan Petugas Khas kini terpaksa memohon, melalui polis Malaysia, untuk mendapat kebenaran bagi menyoalsiasat Justo bagi mengetahui sama ada bukti-bukti tersebut direka atau diubah. Hanya apabila bukti tersebut disahkan benar-benar wujud baru Pasukan Petugas Khas boleh meneruskan siasatan.
Ini sudah pasti merupakan tambahan kepada dimensi baru dalam skandal Justogate. Pasukan Petugas Khas tidak akan dapat meneruskan tugas mereka sehinggalah atau melainkan mereka diberi kebenaran untuk menyoalsiasat Justo bagi memastikan bahawa bukti-bukti yang digunakan sebagai asas penyiasatan tersebut adalah sah disegi undang-undang.
http://www.pru14.tv
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.