Tuesday, July 7

KISAH PEMANDU BAS @MyRapidKL YANG DICERITAKAN OLEH GADIS


Malam tadi di takdirkan tuhan.. Aku naik bas rapid ke Puncak Alam.. aku duduk depan sekali. Sebab seat kat belakang semua dah penuh. Bas terakhir. Pukul 11 malam.

Sampai atas dari giant setia alam.. Dia tanya aku, aircond kuat sangat tak? Dia prihatin… Takut penumpang sejuk. Lepas tu dia mula bercerita dengan aku.. Pasal bas, pasal penumpang, pasal waktu bekerja, dan waktu tu aku jatuh kesian. Ya aku kesiankan dia aku kesiankan semua pemandu bas.

Kesusahan mereka tu. Yang tak mungkin ramai yang sedar dan tahu. Disebalik mulut ramah tu tersembunyi seribu kepenatan mengerah kudrat.

Bas lambat, salahkan pemandu bas itu ini…Marah pemandu bas itu ini. Pegawai datang buat random check tiket takde??? Salahkan pemandu bas tak bagi tiket. Apa dia dapat? Kena potong gaji kena gantung keja. Gaji tak seberapa tolak epf tolak socso yang tinggal berapa ratus je? Anak bini kat rumah nak belanja. Sewa rumah bil api air kena bayar. Anak nak sekolah merengek nak itu ini. Yang bujang pun ikat perut inikan pula yang dah berkeluarga.

Dia tak bagi tiket atau kau yang lari masuk buat muka tak malu ikut pintu belakang tak bayar tiket? Bas lambat kau pergi hantar email aduan kat pegawai depoh tapi kau tak tahu yang sebenarnya bas rosak tengah jalan atau macam2 masalah lagi yang mungkin kau tak tahu. Kau takde duit kecik untuk bayar 1.90 tambang! Driver keluarkan duit dia untuk tolong kau tukar duit tapi si bangsat pergi tangkap gambar hantar email ke pegawai depoh? What the heck?!!! Apa masalah kau? Pasal kau diorang kena cas melanggar etika bekerja, kena potong gaji.

Bas terakhir pukul 11, kena hantar bas balik depoh apa semua sampai rumah dalam pukul 12 lebih. Esok pagi kalau memang jadual pagi kau agak pukul berapa diorang kena bersiap pergi kerja?? Pengakuan jujur dari driver bas ialah pukul 3.30 pagi dah bersiap ke depoh untuk ambil bas dah bergerak ke kawasan masing-masing. Kau boleh bayang tak? Sempat ke driver bas ni nak rasa tidur nyenyak?? Dengan usia diorang yang majoritinya bukan lagi muda…Kau mampu rasa tak kepenatan yang diorang rasa tu?

Aku harap lepas ni sebelum kau bertindak nak buat aduan.. Kau fikir dulu…Ya betul kau, aku pelanggan…Kita ada hak. Tapi kita kena ingat mereka ialah manusia bukan robot. Tunjukkan timbang rasa pada sesama saudara kita.

Ditulis Oleh Ladyy Zee Via Facebook

5 comments:

  1. Tak ade kerja yg senang kat dunia nie dik oi.. ada yg keja kerah tenaga, otak dll.. sentiasa bersyukur sebagai hamba Allah semoga kita lebih beriman.

    ReplyDelete
  2. Ada ..kerja goyang kaki..jahit songkok

    ReplyDelete
  3. Ada kerja susah, tapi dpt habuan bilion2. Ada kerja susah dapat duit tak cukup. Pengajarannya cari rezeki yg halal wlwpun dpt sikit tp Allah redho dan tempatnya di syurga kekal abadi. Belum tentu yg kerja susah dpt RM bilion2, glamour dan famous akan bahagia di alam kekal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contohnya kroni2 guan eng dan nuar..berpolitik kosong, cakap x serupa bikin pun.masuk juta2 ...

      Delete
  4. pengajaranya sama2 kena bertolak ansur n jngan ikut kepala sendiri.. pikir org lain jgak.. klau saper2 uat salah jgn main terjah.. amik tindakan rasional.. mmg xde kerja snang.. tapi klau masing2 bertolak ansur n sume kerja ikhlas in shaa Allah dipermudahkan.. semoga kite semua dapat berkat dalm pekerjaan.. amiinn..

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.