Wednesday, August 19

KESOMBONGAN @CmLimGuanEng DITUNDUKKAN OLEH IR DR SHEIK HUSSEN


Kali Pertama Ketua Menteri paling Angkuh serta sombong di Pulau Pinang meminta maaf, Sebelum ini tidak pernah terjadi. Ketua Menteri ini amat susah ditundukkan namun ianya berjaya dilemahkan oleh Mantan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang yang MKP paling hormati.

MKP hormati pendirian Mantan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini kerana mudah didekati serta mahu berbincang apa jua masalah yang pernah ditimbulkan oleh Pengiat Media Sosial.Tidak seperti yang ada sekarang........ Faham-faham sudahlah...

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menarik balik kes saman terhadap bekas Timbalan Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin tanpa sebarang syarat yang dibuat pada 5 Oktober 2012 lalu.

Persetujuan itu dibuat dengan penuh kerelaan hati di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Nordin Hassan terhadap kes melibatkan isu Taman Manggis.

Mengikut jadual, kes ini sepatutnya menjalani perbicaraan namun Guan Eng bertindak menarik balik tuntutan beliau di mana kedua-dua pihak tidak akan membuat sebarang tuntutan atau memulakan sebaranf tindakan baru antara satu sama lain berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan kes ini.

Penarikkan itu melibatkan dua penyataan tuntutan terpinda  yang dibuat defendan yang mengeluarkan kenyataan 'dan saya berasakan dan saya tidak menuduh, saya tidak menuduh, saya berasakan bahawa dia telah mengambil rasuah daripada Dental, Kuala Lumpur International Dental Hospital'.

Sementara itu, defendan juga menarik balik penyataan tuntutan kedua iaitu 'to Chief Minister of Penang, please don't waste our time. We are busy untuk menepati janji. Dia busy untuk menipu. Dia memang tipu'.

Guan Eng diwakili peguam, Simon Murali manakala Dr Shaik Hussein diwakili Simon Tan Hong Jin.

Sebelum ini, Guan Eng  memfailkan saman ke atas Dr Shaik di Mahkamah Tinggi kerana mendakwa memfitnahnya melalui satu artikel yang disiarkan sebuah portal berita Malaysiakini pada 5 Oktober 2012.

Guan Eng mendakwa Shaik Hussein secara tidak bertanggungjawab dan berniat jahat  mengatakan beliau menerima rasuah daripada Pusat Pergigian Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIDC).

4 comments:

  1. Bila salah , minta maaf tu baguih. Apa nak buat, 2.6, 1mbd, putar belit habeh. Jawapan tak sama, memang susahlah nak ingat kalau dah bohong. Sampai nilai ringgit turun pun ada menteri bersyukur kata baik. Susah nak pikiaq dah.

    ReplyDelete
  2. Dengki ke tak dapat RM 2.6B salah seorang dari rakyat Malaysia yg ada PHD tanpa masuk universiti

    ReplyDelete
  3. Bg la dia jd PM. PM je dpt RM2.6b...org lain tak dpt. Amacam blh suh najib letak jawatan jap?

    ReplyDelete
  4. tak payah nak menjatuhkan bangsa melayu sendiri, bila berlaku sesuatu menangis air mata darah sekali pun sedah terlambat, jadilah bangsa yang melukut ditepi gantang ditanah air sendiri, sekarang anda ketawa dan menghina bangsa sendiri, satu hari anda pula akan ditertawakan

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.