Sunday, August 16
PATUTNYA DAH LAMA SKMM BERTINDAK.....
Jika sebelum ini sebuah portal berita propembangkang terkenal menyebarkan artikel kononnya Majlis Raja-raja Melayu menolak hukum hudud yang terbukti palsu, kali ini senario sama masih lagi berterusan.
Barang kali sudah cukup berlembut, kali ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lagi membenarkan kandungan palsu disiarkan portal berita tempatan serta dibiarkan bebas tersebar begitu sahaja.
Sebaliknya menggunakan peruntukan undang-undang, SKMM pantas mengeluarkan notis kepada portal berita propembangkang, Malaysiakini agar menarik balik laporan palsu yang disiarkan menerusi laman web tersebut.
SKMM, dalam kenyataan rasmi pada Jumaat berkata, artikel berkenaan adalah bertajuk ‘Report filed against Chief Sec, PSD Head‘ dan ‘Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA‘ yang diterbitkan Malaysiakini pada Khamis.
“SKMM mendapati berita dalam dua artikel itu adalah tidak benar berdasarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah nafi wujudnya pegawai SPRM membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peruntukan Seksyen 48 Akta SPRM 2009,” kata kenyataan itu.
Justeru, SKMM bertegas mengingatkan kesemua pentadbir portal berita tempatan untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan terlebih dahulu status kesahihan sesuatu berita yang diragui sebelum ia disiarkan.
Suruhanjaya itu turut menegaskan sebarang perbuatan menghantar kandungan palsu melalui aplikasi laman sesawang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Di bawah undang-undang tersebut, ia memperuntukan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.