Prasarana Malaysia Berhad, yang akan mengendalikan perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro untuk operasi haji di Tanah Suci Mekah tahun ini, akan mengadakan latihan simulasi operasi 24 jam bermula Ahad (30 Ogos) ini.
Latihan simulasi 24 jam itu akan diadakan berterusan selama 15 hari sehingga 17 September kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu, yang mana akan digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan tren dan trek sepanjang 18.1km itu.
Katanya, demi kepentingan para jemaah, perkhidmatan yang dikendalikan perlu di tahap yang terbaik kerana masa adalah sesuatu yang amat penting dalam urusan haji. “Segalanya perlu dilakukan pada waktu tertentu yang telah ditetapkan dalam rukun dan wajib Haji.
Kerana itu, pihak kami perlu memastikan setiap butiran diberi perhatian bagi memastikan perkhidmatan yang licin dan sempurna. Insya Allah,” kata Haji Burhanordin dalam satu kenyataan hari ini. Para petugas yang akan terlibat dalam latihan simulasi berkenaan termasuk pengurus dan staf stesen, pemandu dan atendan tren serta para petugas mengawal pergerakan penumpang atau ‘crowd control’.
Kerana itu, pihak kami perlu memastikan setiap butiran diberi perhatian bagi memastikan perkhidmatan yang licin dan sempurna. Insya Allah,” kata Haji Burhanordin dalam satu kenyataan hari ini. Para petugas yang akan terlibat dalam latihan simulasi berkenaan termasuk pengurus dan staf stesen, pemandu dan atendan tren serta para petugas mengawal pergerakan penumpang atau ‘crowd control’.
Operasi Al Mashaeer Al Mugaddassah ini diterajui oleh staf Prasarana dengan disokong oleh kakitangan Express Rail Link (ERL) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). “Kami sebenarnya telah mula menjalankan kerja-kerja menguji tren sejak 13 Jun lepas.
Walaupun menghadapi beberapa cabaran, segala kerja-kerja ujian dan penyelenggaraan telah berjalan dengan baik. “Bermula 17 Ogos lepas pula, kami menjalankan pula ‘operasi ujian’ atau ‘trial ops’ mengikut jadual-jadual dan situasi-situasi tertentu. Dan, sekarang, pada 30 Ogos ini, kita mulakan latihan simulasi 24 jam sebagai satu lagi fasa persiapan kami,” tambah Haji Burhanordin. Katanya, operasi sebenar, yang akan melibatkan ratusan ribu penumpang sehari, akan bermula pada 7 Zulhijjah ini dan berakhir pada 13 Zulhijjah.
Beroperasi hanya tujuh hari setahun, perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah adalah unik kerana perkhidmatannya adalah berdasarkan kepada pergerakan jemaah Haji, yang perlu berhimpun di kawasan Arafah pada tanggal 9 Zulhijjah.
Daripada Arafah, para jemaah akan ke Mudzalifah pada keesokan dari untuk bermalam di sana sambil mengutip batu bagi melaksanakan ibadat melontar, yang dilaksanakan di Jamarat pada 10 Zulhijjah dan pada tiga hari berikutnya.
Dengan jarak keseluruhan 18.1km dengan sembilan stesen, laluan Al Mashaaer Al Mugadassah menghubungkan kita kawasan penting untuk urusan haji – Arafah, Muzdalifah dan Mina.
Stesen-stesennya adalah Arafah 1, Arafah 2, Arafah 3, Mudzalifah 1, Mudzalifah 2, Mudzalifah 3, Mina 1, Mina 2 dan Jamarat. Pergerakan tren dikawal selia oleh para petugas di Bilik Kawalan Operasi, yang terletak di kawasan fasiliti Depoh di Arafah.
Ia dilengkapi dengan bengkel penyelenggaraan, bengkel penyelenggaraan kerja-kerja berat, gudang penyimpanan barangan dan alat ganti, stesen janakuasa elektrik dan bangunan pentadbiran.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.