Sunday, August 23
WARKAH IKHLAS BUAT RAKYAT SELANGOR.......
Dalam kalangan rakan-rakan MKP ada penyokong daripada banyak parti politik baik UMNO, PKR, PAS, DAP dan lain-lain. Satu-satunya titik persamaan antara kesemua penyokong-penyokong pelbagai parti ini adalah bagaimana kita semua mahukan yang terbaik buat Malaysia, negara yang kita cintai. Walaupun caranya berbeza, matlamatnya tetap sama.
Sebagai negara berdemokrasi, parti-parti tersebut akan bersaing sesama sendiri dengan mempersembahkan ideologi dan dasar yang mereka fikirkan dapat memberikan manfaat kepada rakyat. Rakyat pula akan memberi undi kepada parti yang paling serasi dengan mereka. Parti yang memiliki majoriti akan seterusnya membentuk kerajaan.
Walaupun begitu tidak semua negeri yang ada di Malaysia dapat dikuasai oleh Barisan Nasional. Selangor contohnya dikuasai oleh DAP dan PAS secara majoriti, PKR hanya menang beberapa kerusi , Akan tetapi bagi melantik seorang Menteri Besar sudah pasti terpaksa mengikut Akta Tubuh Kerajaan Negeri. Jika mengikut Undang-Undang tubuh Negeri seseorang yang dilantik mestilah beragama Islam. Jika tidak sudah pasti DAP tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi Menteri Besar.
Maka dilantiklah Khalid Gagap sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat menang di Selangor pada PRU-13 yang lalu. Akan tetapi jangan disangka panas hingga ke petang, Hujan turun ditengahari. Khalid Gagap dapat menghidu serta menyelongkar tindak tanduk Anwar dan sekutunya DAP mahu merompak Rakyat Selangor. Maka timbulah syakwasangka terhadap Khalid Gagap.
Sejak beliau tidak mendengar kata atau pun dalam bahasa yang diguna pakai oleh Anwar " Pembelot". Langkah Kajang dimulakan. setelah terlaksana langkah kajang Azmin Ali pulak dilantik menjadi Menteri Besar yang baru. Namun setelah perlantikan beliau timbul pulak isu DEIG.
Saban hari sejak tercetusnya skandal DEIG, kita lihat Azmin Ali diam membisu seribu bahasa serta masih kekal memegang tampuk kuasa walaupun persoalan demi persoalan timbul berkaitan penglibatan beliau dalam skandal tersebut. Bagi yang belum sedar, walaupun dalam teorinya kita boleh ganti seorang Menteri Besar jika beliau disyaki terlibat dalam penyelewengan, dari segi realitinya amatlah sukar untuk membawa beliau ke muka pengadilan.
Ternyata rakyat Selangor sedang dilanda barah yang padah.Isu air menjadi buah mulut sehingga kini masih lagi terkial-kial mencari jalan penyelesaian.Betapa mudahnya menjadi Pembangkang di Malaysia apa saja yang tidak kena serta melibatkan kesusahan rakyat dengan mudah menuduh Kerajaan Pusat.
Apakah fungsi dan kelebihan DEIG sehingga syarikat itu diberikan kuasa untuk menguruskan urusan niaga aset-aset MBI? DEIG sepatutnya hanya menjadi sebuah syarikat konsultan yang memberikan khidmat nasihat kepada MBI, dan bukannya sebuah syarikat yang menguasai aset-aset MBI. Sehingga kini Gerombolan DAP banyak yang membisu. Apa dah jadi? Tony Puah jugak membisu seribu bahasa?
DAP dan PKR hanya tahu menuding jari menuduh kononnya kerajaan Persekutuan tidak telus dan cuba menyembunyikan perkara sebenar terutama berhubung isu 1MDB sebaliknya mereka yang melakukan tindakan sedemikian.
1 comment:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
Negeri2 yg diperintah oleh PR ni wakil rakyatnya ramai yg x diwakili oleh anak tempatan tetapi diwakili oleh orang luar. Sebab itu ia jadi caca marba kerana tiada sense of belonging to the state agaknyalah.
ReplyDelete