Monday, September 7

@MariaChin Bersikap Kebudak-Budakkan @DAPMalaysia @tonyphua


Kebudak-budakan. Inilah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan sikap Bersih yang enggan membayar bil tuntutan DBKL dan juga tindakan mereka mempersendakan pegawai-pegawai yang telah tersilap menghantar surat tuntutan tersebut.

Bersih telah berjanji untuk membersihkan kekotoran yang mereka tinggalkan sebelum meninggalkan lokasi perhimpunan. Ini adalah satu pembohongan. Saya ada gambar-gambar yang menunjukkan segala timbunan sampah dan juga kerja-kerja pembersihan yang telah dilakukan oleh kakitangan Alam Flora.

Bukan sahaja Bersih telah gagal untuk membersihkan kekotoran yang mereka tinggalkan, mereka juga gagal untuk menghalang penyokong-penyokong mereka dari membuang air kecil di merata tempat, jelas menunjukkan sikap mereka yang melanggar adab kesopanan dan juga mengabaikan kebersihan awam. Saya telah mengarahkan Alam Flora untuk menggandakan usaha mereka dalam membersihkan bau kencing demi menjaga keselesaan rakyat Malaysia yang pergi ke perarakan Hari Kebangsaan keesokan harinya.

Untuk menambahkan lagi sikap kebudak-budakan mereka, Bersih kini mempersendakan insiden salah alamat apabila pegawai saya cuba menghantar bil kerja-kerja pembersihan tersebut.

Alamat Bersih seperti yang tertera dalam halaman Facebook mereka adalah 13, Lorong 4/48e, Petaling Jaya.

Pegawai-pegawai saya telah ke lokasi yang betul namun malangnya Bersih 2.0 tidak memaparkan sebarang papan tanda untuk menunjukkan bahawa itu adalah pejabat mereka. Pegawai-pegawai saya telah tersilap rumah, iaitu rumah yang betul-betul di sebelah pejabat Bersih 2.0 (lihat gambar yang dilampirkan).

Kesilapan ini boleh terjadi kepada sesiapa pun. Ia adalah satu kesilapan kecil dan pegawai saya telah pun menjelaskan kekhilafan beliau dalam akaun Twitter beliau pada hari kejadian tersebut. Rumah yang salah itu bukannya berada di jalan yang lain atau pun dalam tempat lain di Petaling Jaya. Rumah tersebut hanya terletak di sebelah kanan pejabat Bersih.

Setelah menyedari kesilapan tersebut, pegawai-pegawai saya telah sekali lagi pergi ke lokasi tersebut dan kali ini mereka pergi ke alamat yang betul. Alamat yang betul itu juga nampaknya seolah-olah kosong, dan tiada siapa berada di sana untuk menerima bil tersebut.

Saya tidak akan ditakut-takutkan oleh sikap dan jenaka Bersih 2.0. Bil kerja-kerja pembersihan tersebut harus dan akan diserahkan kepada mereka. Dan mereka perlu membayar tuntutan tersebut memandangkan Maria Chin pernah berkata mereka berjaya mengutip RM2.4 juta daripada awam untuk membantu mereka  menganjur dan mengurus perhimpunan haram tersebut. Saya cukup pasti yang bil berjumlah RM65,000 itu tidak sedikit pun akan menjejaskan dana mereka yang berjumlah jutaan ringgit itu. Sikap mereka yang enggan membayar juga jelas menunjukkan mereka sengaja mempermain-mainkan penderma-penderma.

Apa pula lagi selepas ini?

Jika Bersih terus berkeras untuk tidak membayar bil tuntutan tersebut, pada perhimpunan haram seterusnya yang mereka anjurkan, mungkin saya patut menghantar segala sampah sarap yang mereka tinggalkan itu di depan pejabat mereka. Jika ini berlaku, saya jamin kali ini saya akan hantar sampah sarap tersebut ke alamat yang betul.

Dato' Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan
via FaceBook.

1 comment:

  1. 'Bersih' x mahu bayar bil sampah? DBKL bawa kes ke mahkamah.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.