Thursday, September 10
PERSIAPAN @MyRapidKL MENJELANG WUKUF #MakkahMetro @NajibRazak @azmiaziz60 #Proud2BeMalaysian
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mengadakan sekurang-kurangnya 20 ujian kecemasan bagi perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro sebagai persiapan menjelang hari wukuf.
Ketua Bahagian Kesihatan, Keselamatan, Kualiti, Alam Sekitar dan Jaminan Makkah Metro, Shahrul Azhar Shamsuddin berkata, siri latihan khusus yang bermula 12 September itu bagi memastikan kesiapsiagaan para petugas terlibat.
Menurut Shahrul Azhar, ujian yang dirancang itu termasuk satu latihan Pelan Tindakan Kecemasan besar-besaran melibatkan Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi, polis dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
“Pelbagai senario permasalahan diwujudkan dalam program latihan ujian ini di bawah pengawasan rapi perunding, TUV Rheinland Middle East, yang dilantik oleh Suruhanjaya Rel Arab Saudi.
“Para petugas akan dilatih mengendalikan pelbagai jenis kes luar jangka daripada pintu platform yang tidak boleh dibuka, kegagalan sistem semboyan serta kebakaran di stesen,’’ katanya di sini, hari ini.
Katanya, tindakan pantas para petugas amat penting kerana sebarang insiden kecil akan menyebabkan keseluruhan perjalanan tren tergendala di sepanjang rangkaian.
Situasi itu juga kata beliau, boleh mengganggu perjalanan ibadat haji ratusan ribuan jemaah.
Makkah Metro yang beroperasi dengan 17 tren dengan 12 gerabak setiap satu, dijangka mengendalikan kira-kira 370,000 penumpang sehari dan menghubungkan sembilan buah stesen dengan setiap stesen mempunyai 240 pintu platform.
Menurut beliau, para petugas akan dilatih berhadapan pelbagai kemungkinan khususnya insiden-insiden yang pernah berlaku sebelum ini ketika dikendalikan oleh operator yang terdahulu.
Malah, katanya, senario-senario insiden ini sebenarnya diberikan oleh pihak pengendali terdahulu.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.