Tuesday, November 3
Prasarana selaras struktur tambang LRT, Monorel @MyRapidKL @NajibRazak @azmiaziz60
Demi membetulkan struktur tambang berbeza untuk perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang dan Monorel KL selama hampir dua dekad, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan struktur tambang baru untuk ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan.
Serentak dengan pengumuman berkenaan, Prasarana turut memperkenalkan mod pembayaran berbeza untuk tunai dan bukan tunai bagi menggalakkan penjimatan di kalangan penumpang di bawah skruktur baru itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, struktur tambang yang digunakan sekarang adalah berbeza untuk ketiga-tiga perkhidmatan itu.
"LRT Laluan Kelana Jaya menggunakan kadar tambang yang berbeza antara stesen di Kawasan Pusat Perniagaan (CBD) dan yang bukan di Kawasan Pusat Perniagaan (non-CBD), LRT Laluan Ampang pula menggunakan perkiraan berdasarkan kepada jumlah stesen yang dilalui, manakala Laluan Monorel KL pula menggunakan formula perkiraan berdasarkan kepada jarak perjalanan.
"Untuk struktur tambang yang lebih adil dan konsisten, struktur tambang sekarang akan diselaraskan kepada perkiraan berdasarkan kepada jarak perjalanan, sama seperti amalan yang digunakan oleh operator-operator rel lain di seluruh dunia.
"Di bawah struktur tambang baru, para penumpang akan dikenakan bayaran masuk atau 'flag fall' ditambah dengan jarak perjalanan sebenar, yang kemudiannya didarab dengan kadar yang berpadanan. Kadar yang digunakan akan berkurangan semakin jauh jarak perjalanan," kata Azmi.
Jelasnya, para penumpang bakal menikmati penjimatan daripada penyelarasan struktur tambang LRT dan monorel dengan memperkenalkan mekanisma perbezaan tambang di mana penumpang yang menggunakan mod pembayaran bukan tunai atau 'cashless' akan menikmati diskaun untuk jarak perjalanan berbanding dengan mereka yang membeli token untuk pembayaran tunai pada setiap perjalanan.
"Sebagai insentif tambahan, penumpang yang memilih menggunakan 'MyRapid Smart 7 Mingguan' atau 'MyRapid Smart 30 Bulanan', masing-masing akan menikmati diskaun antara 18 dan 26 peratus, dan antara 20 sehingga 35 peratus untuk kadar jarak perjalanan berbanding dengan yang menggunakan wang tunai," katanya.
Dengan pengenalan struktur tambang baru ini, para penumpang untuk sektor-sektor tertentu akan sebenarnya membayar tambang yang lebih rendah atau sama berbanding dengan tambang yang mereka dikenakan sekarang.
"Kami amat menggalakkan para penumpang khususnya yang menggunakan perkhidmatan kami setiap hari untuk menggunakan sama ada kad 'MyRapid Smart 7 Mingguan' atau 'MyRapid Smart 30 Bulanan' bergantung kepada corak perjalanan masing-masing untuk menikmati penjimatan sebanyak mungkin.
"Kadar tambang baru ini adalah lebih realistik untuk menyeragam dan menyelaraskan struktur tambang untuk perkhidmatan LRT dan monorel, yang tidak pernah mengalami sebarang semakan kenaikan untuk lebih 13 tahun walaupun trend kenaikan sara hidup yang berterusan sepanjang tempoh berkenaan," jelasnya.
Tambah Azmi, struktur baru tambang itu akan berkuatkuasa pada 2 Disember 2015 dan para penumpang boleh mula membeli kad 'MyRapid Smart 7 Mingguan' dan 'MyRapid Smart 30 Bulanan' dengan premium nominal RM2.50 dan RM10.00 untuk kedua-dua produk tersebut.
Kad-kad ini boleh dibeli di Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL di stesenstesen LRT dan Monorel KL mulai 15 November ini atau apabila kad-kad perjalanan Rapid KL yang mereka gunakan sekarang tamat tempoh.
"Satu daripada kelebihan utama kad baru 'MyRapid Smart 7 Mingguan' dan 'MyRapid Smart 30 Bulanan' adalah para penumpang boleh membawa ke hadapan baki daripada nilai simpanan kad ke bulan berikutnya.
"Ini berbeza dengan kad-kad bulanan yang digunakan sekarang di mana perjalanan-perjalanan yang tidak digunakan akan lupus bersama-sama dengan kad berkenaan," kata Azmi.
Tambah Azmi, warga emas, golongan kelainan upaya, dan para pelajar akan terus menikmati diskaun 50 peratus daripada kadar tunai dalam struktur baru yang akan digunakan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.