Friday, November 13
PULAU PINANG KETANDUSAN PEMIMPIN BERKALIBER........
Apa dah jadi dengan Pulau Pinang yang kini ketandusan pemimpin yang berkualiti, banyak pemimpin diambil dari luar. Adakah anak negeri ini tidak layak menjadi pemimpin. Atau tidak mempunyai aura memimpin.
Lidah tidak mempunyai tulang hebat berkata-kata tak semestinya betul apa yang diucapkan , Penasihat DAP, Lim Kit Siang diakui memang cukup handal. Daripada zaman awal penglibatannya dalam politik iaitu sekitar tahun 60an, Kit Siang memang juara cakap dan juara membangkang.
Namun, setiap apa yang keluar dari mulutnya tidak pernah ada yang kena. Pada Kit Siang, apa yang berlaku dalam Malaysia sejak merdeka hingga hari ini semua tidak kena.
Pada Kit Siang, dari dahulu hingga sekarang, proses pemerintahan negara ini tidak demokratik, pilihan raya pula tidak dilaksanakan secara bebas, banyak berlaku manipulasi dan penyelewengan.
Di sebalik segala tuduhan itu, pada tahun 1969 DAP menang besar juga. Kini dalam keadaan negara yang tidak demokratik dan pilihan raya yang tidak telus, anaknya Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kini telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama dua penggal, namun sistem pilihan raya di Malaysia tetap tidak demokratik, tidak telus dan penuh dengan unsur penipuan.
Peliknya dalam keadaan tidak demokratik, tidak telus dan penuh dengan penipuan itu, anaknya sendiri boleh jadi ketua menteri, malah DAP bersama dengan PKR boleh pula membentuk kerajaan di Selangor.
Kit Siang juga suka mengapi-apikan rakyat pelbagai kaum di negara ini demi mencapai cita-cita politiknya.
Baru-baru ini ketika berucap di Keningau Sabah, Kit Siang membuat provokasi bahawa kemungkinan sudah tiba masanya untuk pemimpin dari Sabah dan Sarawak menjadi Perdana Menteri.
Daripada cara beliau bercakap adakah bermaksud jika rakyat di Sabah dan Sarawak memilih DAP dan sekutunya sebagai parti pemerintah maka salah seorang pemimpin dari kedua-dua negeri itu akan dilantik sebagai Perdana Menteri?
Atau itu hanya sekadar gula-gula daripada DAP untuk meraih sokongan?
Realitinya ada di depan mata. Sudah dua penggal DAP menang di Pulau Pinang dan membentuk kerajaan. Tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang bukan orang tempatan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, anak kepada Lim Kit Siang diimport dari Melaka.
Ini memberi gambaran seolah-olah tidak ada pemimpin di Pulau Pinang yang layak untuk menjadi pemimpin negeri mereka.
Atau sebenarnya, DAP dan Kit Siang hanya memillih kroni, anak-beranak dan saudara mara mereka sebagai pemimpin jika parti itu menang tidak kiralah di mana atau negeri mana.
Malah jika dilihat dikebanyakan kawasan di mana DAP bertanding, calon yang diletakkan bukan anak tempatan. Kit Siang sendiri pernah bertanding di Melaka, Pulau Pinang, Ipoh dan kini di Johor.
Apakah DAP tidak yakin dengan kebolehan anak tempatan?
Bayangkan jika DAP dan sekutu menang pilihan raya, apa jaminan pemimpin dari Sabah dan Sarawak akan diberikan tempat istimewa dalam barisan kepimpinan. Contoh sudah ada di Pulau Pinang. DAP menang, tetapi anak tempatan dipinggirkan.
Jadi, apa yang disuarakan oleh Kit Siang itu hanya sekadar cakap-cakap kosong untuk meraihkan sokongan kerana realitinya, DAP jarang mengutamakan anak tempatan sama ada sebagai calon pilihan raya mahupun sebagai pemimpin negeri.
Ibarat cakap tidak serupa bikin, apa yang keluar dari mulut Kit Siang tidak sama dengan apa yang dilakukannya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.