exponegaraku

Wednesday, January 14

Malaysia Bakal Menjadi Negara Taliban.......................? @MpKotaBelud


Di Malaysia agama Islam diamalkan oleh majoriti rakyatnya. Islam pula bukan setakat membabitkan amalan ritual seperti perkahwinan dan kematian sahaja. Ia meliputi segala aspek kehidupan. Islam membabitkan apa yang umatnya lakukan setiap hari, daripada makan, minum, cara berpakaian, pergaulan, menghormati orang termasuk menghormati agama lain.

Sebab itu kewujudan Islam sebagai agama persekutuan dalam Perlembagaan tidak pernah mengganggu gugat agama lain dan penganut agama lain. Sebab itu kalau kita lihat , penganut agama lain bebas membina rumah ibadat mereka di mana-mana sahaja tanpa ada tentangan daripada orang Islam. di Kawasan yang jumlah orang Islam 99.9 peratus pun, orang bukan Islam yang sangat minoriti itu masih boleh membina rumah ibadat mereka dan bebas mengamalkan agama, budaya dan adat resam mereka.

Disebabkan Islam diamalkan oleh majoriti rakyat negara ini, maka perlu ada badan seperti Jabatan Kamajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis-majlis agama Islam negeri untuk mengawal selia segala perkara yang membabitkan Islam di negara ini.

Kewujudan badan-badan agama ini hanya semata-mata untuk memastikan umat Islam di Malaysia bergerak di atas landasan yang betul dan memastikan mereka mematuhi syarat dan syariat yang ditetapkan dalam Islam.

Disebabkan Islam merupakan satu cara hidup yang menyeluruh maka pihak seperti Jakim berperanan memastikan umat Islam mendapatkan segala apa yang berkaitan dengan kehidupan seperti sumber makanan yang halal walaupun ia dibekalkan oleh yang bukan Islam. Jakim tidak menghalang orang bukan Islam menjual makanan atau barangan kepada orang Islam, tetapi ia mesti mematuhi syarat halal yang ditetapkan.

Badan-badan agama ini pula tidak pernah mendidik, mengajak atau menghasut umat Islam di negara ini membenci atau memerangi agama lain. Sebaliknya, dalam setiap kutbah Jumaat umat Islam diajak untuk menghormati agama lain dan menghormati amalan mereka. Malah umat Islam itu sendiri digalakkan untuk bersama-sama meraikan perayaan agama lain demi mengeratkan perpaduan asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat.

Tetapi yang menjadi kemusykilan, kenapa ramai sangat rakyat bukan Islam di negara ini suka mengkritik dan dan mempersoalkan tentang Islam? Atas alasan kebebasan bersuara mereka dengan lantang mengatakan Islam mengajar umatnya menjadi ekstrimis, pengganas dan lain-lain. Ada pula yang mengutuk undang-undang Islam sebagai lapuk dan ketinggalan zaman.

Yang terbaru kritikan di twitter mengatakan kerja Jakim setiap hari Jumaat ialah mempromosikan ekstremisme. Orang yang membuat kenyataan itu tidak terfikirkah apa perasaan umat Islam di negara ini. Tidak terfikirikan apa perasaan jirannya yang beragama Islam? Apa perasaan rakan sekerjanya yang beragama Islam?

Ini merupakan satu tuduhan meluau yang menggunakan prinsip kebebasan bersuara untuk melahirkan kebencian terhadap Jakim dan Islam. Orang yang membuat kenyataan ini sudah tentu di dalam hatinya mempunyai kebencian yang sangat tinggi terhadap Islam.

Apa masalah golongan ini yang sewenang-wenangnya mengkritik dan mengutuk Jakim serta Islam? Adakah mereka dihalang daripada mengamalkan apa yang mereka mahukan? Apakah mereka dihalang daripada memakan apa yang mereka mahu? Apakah mereka dihalang daripada pergi ke rumah ibadat agama mereka? Apakah mereka tidak bebas mengamalkan agama, budaya dan cara hidup mereka? Rasanya mereka bebas untuk melakukan semua itu.

Tetapi kenapa masih berdengki dengan Islam? Kenapa terdapat segelintir rakyat bukan Islam di negara ini terutama yang bergelar profesional yang merasakan diri mereka lebih berilmu dari orang lain suka sangat mengkritik, mengulas dan mengutuk apa yang dilakukan oleh orang Islam dan badan-badan yang berkaitan dengan Islam?

Sedangkan badan seperti Jakim tidak pernah mencampuri urusan agama lain. Jakim hanya memastikan umat Islam hidup di atas landasan Islam.

Lebih pelik, golongan ini pula mengharap apabila mereka mengutuk Islam, penganut Islam hanya perlu berdiam diri. Orang Islam kena terima kritikan dan kutukan mereka tanpa perlu berbuat apa-apa. Apabila ada orang Islam atau badan yang berkaitan Islam bertindak maka akan dianggap tidak menghormati kebebasan bersuara. Bagi golongan seperti ini kebebasan bersuara itu bermakna mereka sahaja boleh bersuara.

Sudah tentu apabila Jakim dan Islam diserang sedemikian rupa akan ada tindak balas daripada orang Islam. Akan ada respon dan reaksi daripada orang Islam. Sudah tentu akan ada rasa marah dan tidak puas hati yang boleh mencetuskan pelbagai tindak balas lain yang kemungkinan boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.

Cuma Malaysia bernasib baik kerana walaupun Jakim dikatakan mempromosikan ekstremisme pada setiap Jumaat, tetapi umat Islam di negara ini tidak ekstrem. Walaupun marah dengan kenyataan yang dibuat, tetapi umat Islam di Malaysia tidak pernah membelakangkan undang-undang. Walaupun Islam dikutuk, dihina dan dikritik oleh bukan Islam negara ini,. tetapi umat Islam di Malaysia tetap bersabar dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Oleh itu, bagi bukan Islam yang suka sangat mengkritik dan mengutuk kerana membenci Islam, mereka kena bersedia dengan akibat hasil daripada keceluparan mulut mereka itu. Ibarat kata pepatah Melayu, kerana mulut badan binasa. Maka, mereka yang suka sangat mengutuk Islam ini juga kena bersedia menanggung akibat kesan daripada kenyataan yang dilakukan.

Begitu juga jika ada orang Islam yang mengutuk dan mengkritik agama lain yang diamalkan di Malaysia. Mereka juga tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang. Golongan yang cuba melahirkan kebencian antara agama perlu dikenakan tindakan kerana jika dibiar akan mencetuskan pelbagai konflik yang boleh menjejaskan keamanan negara.

Yang penting kita kena hidup dengan harmoni. Terimalah kelebihan dan kekurangan kaum dan agama lain. Setiap agama itu ada amalan dan cara hidup yang tersendiri. Itu semua perlu dihormati. Tindakan mengutuk dan mengkritik hanya akan mengundang tindak balas yang sukar untuk diduga.

Jika ada pihak yang benci dan dan meluat sangat dengan kewujudan Islam di negara ini elok simpan sahaja dalam hati atau luahkan ketika mereka berada sesama rakan seagama. Bukannya meluahkan secara terbuka yang sudah tentu akan mengundang tindak balas daripada pihak yang kena kritik.

Jika benci sangat pun dengan Islam, janganlah gunakan prinsip kebebasan bersuara untuk mengutuk amalan-amalan umat Islam dan badan-badan yang berkaitan dengan Islam di negara ini. Sebelum membuat sesuatu kenyataan fikirkanlah apa kesannya. -

Tuesday, January 13

Bila YB tong Gas @nweiaik MP Tanjong Mabuk buruk perangai @dapMalaysia


Inilah kebongkaran yang pasti GEMPAK pada tahun 2015. Melihat pada perangai buruk ahli Parlimen Tanjong yang menjadi Ahli Parlimen pada MKP amat memalukan. Hanya kerana enggan membayar parking di mesin pembayaran outomatik sebanyak RM10 sahaja.

Jika nak diikutkan kadar bayaran parking kenderaan telah ditetapkan oleh syarikat yang menguruskan kawasan perking berkenaan.  


Kejadian mungkin berlaku di Gurney Plaza. Setelah beliau berhibur serta didalam keaadan mabuk. Kena faham bila dah mabuk mulah perangai buruknya keluar, Rupanya hodoh serta RASIS Cina Tongkang DAP ini. 

Elaun diterima agak banyak dari Kerajaan Negeri yang dikuasai DAP namun hanya kerana Rm10 pun nak berkira. Bagaimana keaadan rakyat marhean yang membayar setiap kali membeli belah di Gurney Plaza adakah Kerajaan DAP mahu setiap Rakyat Pulau Pnang jugak membantah seperti yang ditunjukkan oleh Wakil Rakyat DAP ini. Mahu huru-hari keaadan dibuatnya.

Pengajaran melalui tauladan kalau dah buruk seseorang pemimpin maka buruklah cara kepimpinannya. Kesian pekerja Melayu wanita kena maki hamun serta bertengkar denganya. MKP bukan nak bersikap RASIS akan tetapi kesian wanita adalah golongan yang lemah perlu pembelaan. MKP adalah pencinta wanita... heeeee.

Monday, January 12

TIADA RUANG BUAT FAHAMAN EKSTREMISME @razlanrafii



Tindakan Pengarah Eksekutif Lawyers of Liberty, Eric Paulsen yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremisme pada setiap hari Jumaat merupakan satu perbuatan provokasi terancang.


Apa agenda peguam NGO pro pembangkang Lawyer for Liberty Eric Paulsen yang membuat dakwaan JAKIM menaman semangat ekstremis?

Soalan tersebut ditanya oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Beliau merujuk kenyataan biadap Eric Paulsen yang mendakwa JAKIM cuba menanam semangat ekstremis setiap minggu yang merujuk kepada khutbah Jumaat.

Kenyataan itu berbunyi: “Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu membanteras ekstremisme di Malaysia.”

Menurut Razlan sikap penentangan terhadap Islam secara terbuka saban hari semakin mendapat perhatian daripada sesetengah pihak di negara ini yang cuba memupuk kebencian terhadap Islam.

"Apakah agenda tersembunyi beliau sebenarnya? Atau adakah beliau sengaja mahu melaga-lagakan orang bukan Islam dengan orang Islam?" soal Razlan.

Jelasnya, Eric Paulsen atau mana-mana pihak jangan cuba menduga kesabaran orang-orang Islam di Malaysia.

"Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, baru kita sedar betapa pentingnya hubungan toleransi beragama di Malaysia. Kami menggesa Eric Paulsen supaya berani tampil ke hadapan dan berikan penjelasan terhadap ayat provokasi terhadap Islam yang cuba disampaikan.

"Jangan hanya sekadar berani berhujah di dalam laman media sosial dan menjadi bacul bila berhadapan," ujar Razlan.



Friday, January 9

@GoTeamRD Tak kenal penat lelah, berkhidmat untuk mu Malaysia #MisiBanjirRD @SHEBMALAYSIA


Mangsa banjir di Kelantan akan ditawarkan beberapa pilihan penempatan sementara termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), kabin yang diubah suai, kuarters kerajaan dan kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, penempatan itu bagi membolehkan mangsa tinggal buat sementara sambil menunggu rumah mereka siap dibaiki atau dibina semula.

“Dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 rumah musnah akibat banjir kali ini, untuk membina rumah kekal ia akan mengambil masa lama, jadi kita perlu penempatan sementara terlebih dahulu dan kita ada beberapa pilihan yang boleh ditawarkan kepada mangsa.

“Kita berbincang panjang lebar dalam mesyuarat kabinet tadi (semalam), lebih dua jam dan beberapa pilihan dikemukakan, kalau menggunakan kabin ia cepat dan boleh diduduki dalam tempoh sebulan, malah kosnya lebih murah tetapi saiznya kecil.


“Kita juga turut menawarkan aset kerajaan seperti PPR di Gua Musang kerana kita mempunyai 1,000 unit yang dah siap sepenuhnya tetapi belum didiami, selain itu kem PLKN dan kuarters yang tidak berpenghuni,”katanya pada sidang media pada majlis pelepasan sukarelawan Misi Bantuan Pantai Timur 2015 anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dan Pasukan RD.


Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian Datuk Arpah Abd Razak serta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim.


Misi bermula semalam hingga Sabtu ini membabitkan 270 sukarelawan bertanggungjawab membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yahya Petra 1 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pehi di Kuala Krai, Kelantan.


Semua agensi berkaitan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan digerakkan untuk membantu proses pembersihan pasca banjir. Ia bagi mengelak penularan penyakit berjangkit terutama yang disebabkan oleh bangkai haiwan.

Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam dan syarikat konsesinya, Alam Flora telah diminta menguruskan sisa pepejal dengan cara terbaik. Katanya, kerja pembersihan membabitkan perbelanjaan besar. Kelantan yang paling teruk terjejas memerlukan sekitar RM78 juta bagi kerja pembersihan serta memperbaiki infrastruktur.

Jumlah bagi kos pembersihan sisa-sisa banjir di Pahang dan Terengganu masih dalam perkiraan. Anggaran itu mengambil contoh peruntukan RM90 juta untuk membersihkan kawasan di Johor serta Melaka.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive