RAPID

Saturday, June 20

PARTI MELAYU CARCA MARBA, PARTI CINA AMAN DAMAI...


DAP sudah pun keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekali gus meranapkan impian gabungan ini untuk menawan Putrajaya dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU14) tiga tahun lagi.

Hubungan yang tidak pernah elok dalam PR terutama di antara DAP dan Pas sejak mula digabungkan akhirnya pecah juga dan ramai yang menyifatkan perpecahan itu lebih baik berlaku sekarang sebelum PR menang PRU14 seperti yang diramalkan banyak pihak.

Memang BN sendiri agak bimbang dengan sokongan rakyat terhadap PR lebih-lebih lagi dengan krisis dalaman yang melanda UMNO hari ini melibatkan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Hampir semua pekung Najib dan UMNO didedahkan Mahathir satu demi satu sehinggakan rakyat menjadi semakin meluat melihatkan ‘peperangan’ dua pemimpin parti Melayu ini.

Tidak ada yang baik tentang Najib yang lahir daripada mulut Mahathir malah semua yang dilakukan oleh suami Datin Seri Rosmah Mansor ini hanyalah buruk belaka di mata Mahathir.

“Peperangan’ ini sempat dijadikan modal PR untuk menang dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh sebagai bukti UMNO parti kerajaan yang sedang bergolak.

Rakyat Permatang Pauh tidak mahu memilih BN dan terus memenangkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun bunga-bunga keretakan hubungan Pas dan DAP dalam PR telahpun tersemai.

Jelas sekali, rakyat masih yakin dengan PR untuk terus maju dan memastikan hasrat ‘menguburkan’ BN menjadi kenyataan pada PRU14 nanti.

Namun hari ini, rakyat dah bercelaru dan semakin bercelaru memikirkan kedudukan PR yang mereka sokong hingga berjaya mendapatkan Selangor dan Pulau Pinang daripada kerajaan BN.

Dan perpisahahan DAP dan Pas adalah sesuatu yang sudah pasti melegakan BN kerana PR sudah tidak lagi bersatu untuk bertanding satu lawan satu dengan BN.

Selepas ini, DAP akan bertanding sendiri pada PRU14 nanti tanpa bergabung lagi dengan PR. DAP akan berkempen dan cari pengundi sendiri untuk menang kawasan yang dipertandingkan.

Khabarnya memang menjadi perancangan DAP untuk keluar daripada PR dan bergerak sendirian selepas yakin pengundi Cina yang menolak BN akan menyokong DAP pada PRU akan datang.

Itulah startegi politik DAP! Malah kini DAP berjaya menyelinap masuk dalam satu kumpulan Pas untuk sama-sama menjatuhkan Datuk Seri Hadi Awang selaku Presiden Pas Malaysia.

Peliknya, kumpulan yang hendak menjatuhkan Hadi ini sanggup bekerjasama dengan DAP untuk menghancurkan Pas dalam diam.

Pada masa sama, Mahathir terus menggasak agar Najib akhirnya mengundur diri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden UMNO.

Ketika pemimpin parti Melayu bertelagah ke arah kemusnahan, belum lagi terdengar pemimpin parti yang majoriti ahlinya kaum Cina seperti dari MCA, Gerakan dan DAP bergaduh sesama mereka.

Mereka hidup aman damai , berkongsi cerita Melayu gaduh sesama sendiri tetapi pada masa sama, mereka terus menguasai sektor ekonomi.

Sebaliknya, tiga parti politik Melayu yang ada, UMNO, PKR dan Pas tidak pernah aman dari dulu hinggalah sekarang malah semakin bercelaru.

Paling menyedihkan, ketika kerajaan UMNO semakin tenat dengan pelbagai propaganda, parti pimpinan kaum Melayu terus tak sebulu kononnya demi maruah tetapi DAP terus mendabik dada kerana berjaya mendapatkan sokongan kaum Cina dan Melayu!

Wednesday, June 17

Bung Mokhtar Mengamuk ‘Kamu Diam, Anak Haram’ @MyKinabatangan


Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin di dalam sidang Dewan Rakyat sebentar tadi mengamuk dengan tindakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang di dakwa telah menghantar sekumpulan wanita untuk berhimpun di hadapan rumahnya.

Bung ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015.membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (12), meminta agar Ketua Wanita PKR itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan untuk tindakan disiplin.

“Saya ingin maklumkan sekumpulan wanita Ampang telah dihantar oleh Ahli Parlimen Ampang untuk menceroboh rumah saya, membawa sepanduk dengan pelbagai tohmahan, jeritan reformasi dan sebagainya.


“Laporan polis telah dibuat, tapi (sebarang isu yang dibangkitkan di dalam dewan) diselesaikan di dalam dewan ini, jangan biadap. Nasib baik saya tidak ada (dirumah pada ketika itu) kalau tidak, mungkin ada yang akan mati di situ” katanya.

Beberapa ahli parlimen pakatan pembangkang kemudianya dilihat membantah dan mengejek kenyataan yang dikeluarkan itu.

Marah dengan tindakan itu, Bung kemudinnya mencabar agar ahli-ahli parlimen pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu untuk berjumpa dan meneyelesaikan perkara itu di luar dewan sekiranya mereka benar-benar anak jantan.

” Jangan cabar saya, cuba kalau mahu (gaduh) dengan saya, tiga orang (sekali) pun tak ada masalah… masalahnya menceroboh.

“You shut up bastard (kamu diam, anak haram)… kalau kau lelaki (dan) anak jantan, keluar kau

” Ini melibat maruah dan nyawa keluarga saya, ancaman ini tidak baik ini perbuatan biadap yang dilakukan oleh ahli parlimen Ampang” jeritnya sambil cuba ditenangkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang cuba mencelah dengan mendakwa tindakan itu hanya merupakan peribahasa turut ditemplak oleh Bung.

“Menceroboh pun nak pakai peribahasa, bodoh. Terus-terang saya katakan, saya marah kerana rumah tangga saya telah dikacau (kalau) berlaku satu kali lagi, kita boleh tengok siapa yang hidup (masih bernyawa).

” Jangan kacau saya, kamu diam, kalau orang macam kau ni (ada) di Kinabatangan, siaplah kau ” ujar beliau sambil duduk setelah diarahkan oleh Pandikar.

wanita ampangTerdahulu sekumpulan pemimpin dan ahli daripada kalangan pembangkang hari ini membuat satu protes terhadap Bung bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan yang didakwa berbau seksis.

Mereka turut menekan Dewan Rakyat supaya menggantung beliau daripada menghadiri parlimen kerana atas kesalahan menghina kaum wanita.

Seorang, wakil wanita PKR menyatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Bung merupakan satu penghinaan bukan sahaja kepada ahli parlimen wanita di Parlimen tetapi merupakan satu penghinaan kepada semua wanita.

“Selagi dia tidak dikenakan tindakan ia akan terus keluar kenyataan menghina wanita,” katanya kepada wartawan di sini di hadapan perkarangan parlimen.

“Saya nak cabar dia, kalau berani mari sini.Dia perlu memohon maaf secara terbuka. Kalau betul anak jantan datang sini jumpa wanita”, katanya sambil disambut oleh peserta lain.

“Kebiadaban terhadap MP Ampang, wanita PKR mohon supaya Bung menarik balik kenyataannya kerana sejarah membuktikan bahawa peradaban wanita lebih tinggi daripada lelaki.

Lebih kurang 80 orang hadir ke demontrasi ini untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Bung.

Bung pada 9 Jun di Persidangan Dewan Rakyat sewaktu berbahas telah mengeluarkan kenyataan: “Saya bimbang, saya tengok laki dia(suami Zuraida) di rumah takut macam ini keadaan”.

Kisah 9 Jun lalu tidak lagi berkesudahan apabila Zuraida membangkitkan isu tersebut di Parlimen dan Bung sekali lagi mempertahankan tindakannya, bahkan menyatakan bahawa ia merupakan suatu bentuk teguran kerana ucapan Zuraida terlalu ganas baginya.

“Saya ikhlas menegur, kerana lelaki dia menderita perangai dia macam tu,” ujar Bung lagi.

Mengulas lanjut, Bung turut memberikan contoh bahawa kritikannya terhadap Zuraida adalah biasa dan menyatakan terdapat sesetengah pihak di laman sosial yang menuduh Zuraida memiliki wajah menyerupai hantu.

Manakala Zuraidah menjelaskan bahawa wanita merupakan aset negara. Jadi kerana ini, Bung Mokhtar tidak patut memperlekeh wanita di dalam dan luar parlimen.

“Hari ini kita ingin menegaskan bahawa ini bukanlah kesalahan kali pertama Bung menghina wanita, tetapi sudah kali ke lima melakukan perkara yang sama.

Tegasnya lagi, beliau kecewa dengan speaker dewan rakyat kerana tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Ini seolah-olah Bung ada kabel dan lesen besar di Parlimen dan bukti bahawa reformasi parlimen sebenarnya tidak wujud. – SuaraTV

CINA BUTA & PASMA BERSAMAAN BUTA PERUT

Demi kasih sayang dan cinta pada PAS, nampaknya hanya Datuk Phahrolrazi Zawawi dan rakan-rakan seperjuangannya dalam Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) sahaja dilihat calon terbaik menjadi ‘Cina Buta’ menjodohkan kembali PAS dengan DAP.

Ini kerana PasMa sejak mula penubuhannya tahun lalu melaungkan matlamat utamanya ialah untuk merapatkan lagi hubungan politik ketiga-tiga parti kerabat Pakatan Rakyat.

Kerja ini serius kerana dalam perbalahannya dengan PAS, parti dominasi Cina itu nampaknya sudah banyak belajar memahami pemikiran PAS dan selok-belok agama Islam.

Misalnya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang apabila melihat jalan buntu dalam memulihkan hubungan partinya dengan PAS, menyimpulkan bahawa pilihan yang tinggal ialah untuk “mentalkin dan mentahlil” Pakatan Rakyat.

Sementara ahli exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim pula menrumuskan bahawa kini PAS dan DAP sudahpun bercerai talak tiga. DAP tahu bahawa untuk membatalkan hukum cerai itu DAP berkahwin dengan calon lain terlebih dulu. Ini namanya Cina buta.

Rumusan sinis Kit Siang itu tidak mendapat reaksi PAS yang memutuskan dalam muktamarnya lalu bahawa ia tetap bersama dalam Pakatan Rakyat. Lantas tidak timbul soal perlu talkin atau tahlil untuk pakatan politik berusia enam tahun itu.

Kini terpulang pada kebijaksanaan PasMa mengotakan katanya mempererat hubungan politik di kalangan PKR, PAS dan DAP. Ia harus sedar pendiriannya bukan satu retorik, jika tidak, ia akan bermula dengan langkah yang salah.

PasMa harus menjadi ‘rumah penyejuk politik’ bagi Pakatan Rakyat. Pemimpin kumpulan profesional yang tewas dalam pemilihan muktamar PAS lalu boleh tumpang berteduh seraya merawat amarah dan kekecewaan mereka.

Justeru bila bertenang dan insaf betapa 52 peratus pengundi Malaysia mahu pakatan itu memimpin Malaysia dalam pilihanraya umum lalu, mereka harus kembali ke pangkuan PAS dan turut menunaikan amanah yang diberikan.

Hakikatnya ialah, PAS dan DAP sudah bercerai talak tiga. Dalam proses perceraian itu DAP sudah banyak mengungkit mbangkit status quo betapa ia (DAP) adalah parti paling banyak kerusi parlimen dalam pakatan itu.

PAS, bak kata PKR, haruslah jangan mudah tersinggung dengan kenyataan DAP itu kerana maklumlah bila ada sengketa dalam rumah tangga pelbagai ungkitan dan tuduhan akan dibuat.

PasMa perlu mansuhkan perceraian PAS-DAP dengan segera menikahi DAP yang menjadikan golongan profesional PAS yang tewas dalam pemilihan 4 Jun lalu sebagai anak-anak tiri Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Tentu PasMa faham peranan Cina Buta.

Bagaimanapun PasMa tidak boleh lupa diri bila sudah tidur sebantal dengan DAP bahawa peranannya sebagai ‘Cina Buta’ itu tidak harus berkekalan. Matlamatnya ialah untuk menjodohkan kembali DAP dengan PAS.

Namun dalam perkahwinan lazimnya tidak semua perancangan menjadi. Mungkin PasMa leka, alpha dan lupa jalan pulang. Ini kerana khabarnya, PasMa pun ada merancang menghuni rumah baru bersama DAP sebelum ini.

Sosek politik berkata bahawa parti KITA yang didaftarkan di bawah nama bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim akan menjadi teratak mastautin tetap PasMa dan anak-anak tiri DAP. Harap-harap PasMa tidak lupa diri.

Phahrolrazi harus insaf jika PasMa tidak bertindak segera, perkahwinan politik PAS-DAP mungkin tidak dapat diselamatkan. Ini kerana anak-anak buah Kit Siang sudah ramai bertanya bila PAS mahu meninggalkan Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sudah pun diberi kata-dua – kekalkan DAP dalam kerajaannya atau bentuk perikatan bersama PAS -- oleh Ketua DAP Selangor Tony Pua.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu bersetuju dengan penegasan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, bahawa Azmin mesti menentukan pendirian PKR berikutan perhubungan PAS-DAP sudah terputus secara sah.

“Saya setuju. PAS mahu Azmin memutuskan di mana pendiriannya. DAP berpendapat sama juga. Maka Azmin mesti membuat keputusan,” kata Pua di luar Dewan Rakyat.

Namun PAS bersedia melawan api dengan api. Dewan Ulama PAS Selangor mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk memecat kesemua ahli PAS dalam jawatan lantikan kerajaan di negeri pimpinannya.

Setiausahanya, Muhammad Najhan Halim berkata, ia susulan tindakan pemimpin DAP yang gopoh menggesa kepimpinan baru PAS mengarahkan wakil partinya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang melepaskan jawatan.

"Sekiranya DAP benar-benar ingin melihat PAS tiada dalam kerajaan Pulau Pinang, lebih senang, cepat dan lebih profesional Lim Guan Eng sendiri sebagai Ketua Menteri memecat semua Ahli PAS dalam jawatan lantikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Najhan berkata, ahli atau wakil PAS dalam pentadbiran di Pulau Pinang tidak perlu panik dengan kenyataan Guan Eng itu.

Ini kerana, katanya, isu berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sebelum keputusan muktamad dibuat.
 
Sehingga itu, katanya, PAS tetap bersama Pakatan Rakyat dalam meneruskan tahaluf siyasi dan kerajaan PKR di Selangor tidak terjejas dengan usul tersebut.

"Segala urusan kerajaan di Selangor hendaklah diteruskan seperti biasa demi kepentingan dan kepercayaan rakyat yang memberi mandat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor," katanya.

Namun DAP tetap menyeringaikan taring politiknya. Ahli parlimennya, Lim Lip Eng dengan nakal bertanya Naib Presiden baru PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad bila beliau dan rakan-rakannya akan meletakkan jawatan di Selangor.


Katanya, meletakkan jawatan adalah tindakan beretika bagi Iskandar dan lain-lain Exco dari PAS memandangkan jawatan mereka adalah hasil kerjasama dengan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Sebenarnya, adakah Iskandar sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor bersetuju dengan usul memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan tanpa debat di muktamar PAS minggu lalu?

“Jika tidak, teruskan duduk di pejabat Exco. Atau mungkin Iskandar tidak kisah dengan usul itu dan hanya mahu mengekalkan jawatannya?” Lim bertanya.

Namun yang membingungkan ialah apabila bekas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Hanipa Maidin, melontarkan pandangan bahawa PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) agar tidak dituduh hipokrit.

"Kalau mereka tidak berani bertegas dengan pendirian keras mereka seperti yang dijelmakan di pra muktamar dan masih mahu terus ingin bersama Pakatan (tanpa DAP) mereka pasti akan ditertawakan.

"Mereka juga mungkin sukar melarikan diri dari tuduhan bahawa segala apa yang dicakap dan dibuat sebelun muktamar hanya semata-mata untuk menang dalam muktamar," katanya.

Keadaan semakin haru dalam PAS. Jika benar PasMa sayangkan PAS, eloklah ia menawarkan menjadi ‘Cina Buta’ bagi mengizinkan PAS dan DAP bergabung kembali. Namun persoalannya, mahukah ulama?

Tuesday, June 16

Penumpang @MyRapidKL ,Monorail Kini 2 Bilion @azmiaziz60


Prasana Malaysia Berhad (Prasana) hari ini mencatatkan penumpang rel yang kedua bilion sejak ia beroperasi 16 tahun lalu, iaitu pada 1998.

Pengerusi Prasana Malaysia Berhad (Prasana), Tan Sri Ismail Adam, jumlah itu melibatkan pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorail yang kini digunakan oleh 500,000 orang setiap hari.

"Bayangkan kalau tiada LRT dan monorel pada hari? Sudah tentu Kuala Lumpur akan jadi sesak dan padat.

"Justeru keputusan kerajaan untuk membina pengangkutan awam sejak 16 tahun lalu adalah tepat dan wajar.

"Pada masa sama, tindakan sedang melakukan penambahbaikan ke atas LRT ketika ini adalah untuk menampung jumlah penumpang yang dijangka semakin meningkat pada masa akan datang," katanya.


Majlis meraikan penumpang LRT dan KL Monorail yang kedua bilion di Stesen LRT Masjid Jamek hari ini. Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan, Azmi Abdul Aziz Ismail.

Azmi memberitahu, kos pembinaan projek LRT adalah besar disebabkan pengangkutan awam itu berdaya tahan untuk tempoh waktu yang panjang.

Beliau memberi contoh pengangkutan awam tersebut di Jepun dan Eropah kini sudah berusia lebih 100 tahun dan masih digunakan sehingga hari ini.

"Ia satu pelaburan yang berbaloi dan bukan setakat untuk dua hingga tiga tahun sahaja," katanya.

Sementara itu, penumpang kedua billion yang bertuah itu adalah Siti Nuraishah dari Kuala Lumpur.

Dia yang berusia 28 tahun terkejut apabila diraikan secara tiba-tiba selepas melepasi palang mesin di stesen LRT.

"Saya tidak sangka pula merupakan penumpang yang kedua billion.

"Sebenarnya saya dari Stesen LRT Miharja dan turun di sini untuk menemani saudara membeli-belah.

"Apa pun saya memang teruja dan seronok kerana telah menggunakan perkhidmatan LRT sejak zaman sekolah pada tahun 1998," katanya yang seorang pembantu peribadi di firma guaman.

Dengan pemilihan itu, Siti Nuraishah ditawarkan perkhidmatan LRT dan monorel secara percuma sepanjang hayat dan sebuah televisyen.

Monday, June 15

Nazri Aziz Kena Akta Hasutan 1948

Tak berapa kebal kuasa Menteri sekarang kerana akta Hasutan memang telus dan sesiapa sahaja boleh didakwa sekiranya melanggar akta ini. Bagi MKP ini adalah demi kebaikan pada semua rakyat Malaysia. 

Rukun Negara telah jelas mengatakan setiap Rakyat Malaysia patuh pada rukun tersebut, Kesetian pada Raja dan Negara. MKP juga tertarik dengan MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA dari DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar? 
Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang. 
Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah. 
Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi. 
Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.
Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda. 
Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri. 
Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.
Polis akan menyiasat Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan susulan kenyataan yang dibuatnya terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Nazri dan mengesahkan pihaknya akan merekod kenyataan daripada menteri itu tidak lama lagi.

"Bukan Akta Hasutan, tetapi di bawah Seksyen 505b Penal Code," kata Khalid

Friday, June 12

BERCERAI TAPI MASIH TIDO SEBANTAI...........


Akhirnya Ketua lahanat DAP Lim Kit Siang membuka mulut nerakanya mengenai hubungan sumbang makhram antara DAP dan PAS.

DAP ternyata mempergunakan PAS demi menawan hati orang PAS yang sememangnya senang diperdayakan dengan tomahan serta tipu daya demi meraih undi.Lama jugak masa yang diperlukan oleh PAS untuk sedar bahawasanya mereka diperkudakan.

Petang tadi, Ahli Parlimen Gelang Patah ini menyatakan bahawa DAP sudah tidak punyai apa-apa hubungan dengan PAS dan secara langsung tiada lagi Pakatan Rakyat bersama PAS samada di peringkat pusat mahupun negeri. Baguslah macam tue jika tidak PAS di Pulau Pinang masih lagi bermimpi diulit bantai dakap hasil lendir DAP.

Ini berikutan usul yang dipersetujui tanpa bahas oleh Dewan Ulama' semasa Muktamar Tahunan PAS ke 61 Sabtu lalu di Kuala Selangor.

Kit Siang juga agak kecewa dengan kepimpinan PAS baru yang dipilih oleh perwakilan dengan mengenepikan AJK PAS yang mesra DAP dengan menggantikan mereka dengan 90% adalah dari Dewan Ulama' dan golongan UG yang menolak penghinaan DAP ke atas Hadi Awang.

Namun dalam kenyataan sebelum itu, Kit Siang menegaskan bahawa DAP hanya memutuskan hubungan mereka dengan Hadi Awang kerana dilihat lebih cenderung kepada UMNO berbanding mempertahankan DAP, PKR ketika mereka diserang.

Muktamadnya, tiada lagi Pakatan Rakyat di Malaysia dengan pengisytiharan Kit Siang petang tadi.
Maka, dengan ini PAS kembali bersendirian....

Kita tunggu PAS buat U-Turn....

Thursday, June 11

DAP Kini Mengamalkan Sikap 'lepas jambatan tongkat dibuang'


Setiap hari Anwar Ibrahim yang dipasung jeriji penjara Sungai Buloh semakin larut pengaruhnya dalam politik Malaysia; khususnya dalam Pakatan Rakyat di mana parti pimpinannya, PKR, semakin tidak dihiraukan, terutama oleh DAP.

Secara formaliti sahaja, apabila Anwar gugur kelayakannya sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh, DAP cuba mempamerkan setiakawannya dengan menyokong isterinya untuk menggantikan tempat beliau di kerusi berkenaan.

Kemudian bagi memenuhi pengertian ‘adab politik’, DAP sendiri yang mencalonkan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang.

Bagaimanapun sebaik sahaja sandiwara ‘adat menghormati rakan politik’ itu selesai, DAP mula menunjukkan belang sebenarnya. Presiden PKR itu diletakkan di Dewan Rakyat dengan gelaran Ketua Pembangkang.

Di luar Dewan, Wan Azizah hanya simbol hirarki politik dalam PKR dan juga Pakatan Rakyat.

Inisiatif pertama Wan azizah sebagai peneraju Pakatan Rakyat ialah untuk mewujudkan strategi kabinet bayangan yang terdiri wakil PKR, DAP dan PAS demi mamantau gerak  setiap kementerian dalam kabinet Malaysia.

Idea ini pernah digerakkannya ketika menjawat kedudukan yang sama selepas Pilihanraya Umum 1999. Hasilnya, strategi berkenaan langsung tiada bayangnya.

Usaha Azizah rapatkan PR gagal DAP tidak teruja pada idea kitar semula Wan Azizah. Dua hari kemudian DAP pula mengumumkan pembentukan kabinet bayangannya sendiri tanpa penyertaan PKR dan PAS.

Alasan DAP, adalah rumit untuk mengajak PAS berbincang dan melaksanakan strategi berkenaan setelah ia ‘melukai’ hati PKR dan DAP dalam isu mungkir janji isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

PKR bungkam. Wan Azizah pun muram. Usaha pertama untuk merapatkan saf kepimpinan Pakatan Rakyat gagal. Ideanya ditolak ketepi begitu sahaja oleh DAP. Terkedu pimpinan PKR kerana tidak dirundingi oleh DAP.

DAP nampaknya mula menunjukkan kudrat dan iltizam untuk memeta halatuju politiknya sendiri. Kebijaksanaan dan hemah politik PKR tidak diperlukan. Ini kerana Wan Azizah bukan Anwar Ibrahim.

Kemudian tanpa mesyuarat dengan PKR lagi, DAP bertindak 'mengajar' PAS, terutama presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, dengan pelbagai ungkapan seperti beliau (Hadi) ‘berjasad Pakatan Rakyat tetapi berhati Umno’.

Sekali lagi terkedu PKR. Luluh deria politik mereka melihat gelagat DAP. Apa pun PKR masih sebuah parti politik Melayu, walaupun mendakwa ia sebuah parti pelbagai kaum. Sensitiviti adabnya dengan 'kesombongan' DAP  terpaksa disorokkan.

Cercaan yang dilafazkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikukuhkan pula dengan 'ramalan' bapanya, Lim Kit Siang, bahawa Pakatan Rakyat akan berkubur dua minggu lagi.
Adalah jelas pada umum bahawa Kit siang merujuk pada Muktamar PAS ke-61 yang dijadual bersidang pada 4 hingga 6 Jun lalu. Kit Siang seolah-olah memberi isyarat bahawa DAP tahu dan mampu membaca politik dalaman PAS.

Ia juga boleh ditafsir sebagai peringatan kepada pencinta Pakatan Rakyat dalam PAS supaya 'melakukan sesuatu' dalam muktamar itu demi menghindar pembubaran Pakatan Rakyat yang diramalkannya berlaku.

PAS dilanda tsunami ulama

Seperti dijangka tsunami ulama melanda PAS. Hampir semua calon dari golongan profesional yang amat 'serasi' dengan pemikiran politik DAP kecundang dalam pemilihan itu.

Malah, Dewan Ulama PAS mencadangkan kepada muktamar supaya PAS memutuskan sahaja hubungan politiknya dengan DAP. Muktamar menerima tanpa bahas usul berkenaan. Ini menaikkan amarah DAP.

Lim Guan Eng,  yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sekonyong itu mencabar wakil-wakil PAS di semua peringkat dalam pentadbiran kerajaan pimpinan DAP supaya meletak jawatan.

“Saya minta kepimpinan baharu Pas supaya mengarahkan wakil Pas dalam kerajaan negeri meletak jawatan. Saya rasa hanya dengan tindakan sedemikian sahaja menunjukkan mereka masih ada maruah.

"Sekiranya mereka berpegang kepada prinsip dan tidak pada jawatan, maka mereka harus mengambil tindakan susulan dengan berani mengarahkan yang memegang jawatan di Pulau Pinang meletak jawatan," katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa jawatan yang dipegang wakil PAS di Pulau Pinang adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri.



"Jangan gunakan alasan sebagai wakil PAS dalam PR dalam Kerajaan Negeri. Sangat tidak masuk akal untuk mereka bekerjasama sedangkan PAS telah memutuskan hubungan.

"Saya harap mereka faham, macam mana boleh bekerjasama dengan kerajaan Pulau Pinang sedangkan mereka telah putuskan hubungan dengan saya selaku Ketua Menteri. Kalau putuskan hubungan DAP, saya setiausahanya, jadi harap mereka (PAS) faham," katanya.

PKR tawar hasrat mahu jadi orang tengah

PKR cuba bersikap responsif dan terjun dalam kancah perbalahan DAP-PAS ini. Ia mengumumkan akan menjadi orang tengah bagi membawa kedua-duanya ke meja rundingan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan untuk bertemu pimpinan PAS-DAP dalam masa terdekat.

“Menyedari bahawa 52 peratus pengundi di Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah menaruh harapan kepada sistem dwi-parti untuk membawa perubahan kepada persada politik Malaysia, maka PKR bertekad dan istiqamah untuk terus perjuangkan harapan rakyat berlandaskan kerangka PR.

“PKR akan menerajui usaha untuk menjadi penghubung demi mempertahankan aspirasi rakyat yang mahu melihat PR kekal,” katanya melalui satu kenyataan.

Bagaimanapun reaksi DAP benar-benar menonjolkan sikap 'mendabik dada' dan bermaksud mempamerkan taring politiknya.

"Kami mampu menyelesaikan  sendiri masalah dengan PAS. DAP wujud sejak tahun 1996 dan mempunyai majoriti wakil rakyat yang paling ramai dalam PR.

"Segala masalah boleh dibincangkan secara terus tanpa campur tangan orang lain," katanya.

Sekali lagi dengan tegas dan terang DAP menyatakan bahawa ia tidak perlu nasihat, hemah dan kebijaksanaan PKR untuk menentukan halatuju politiknya sendiri.


Bagi menutup rasa tersinggung dan aib DAP menolak tawaran dan 'kepimpinan' PKR, Naib Presiden parti itu, Tian Chua hanya mampu berkata:

"Bagus. Kalau mereka tak perlukan orang tengah...Saya yakin DAP ada caranya sendiri.

"Apa yang boleh kita katakan sekarang adalah, setiap pihak cuba melakukan yang terbaik”.

Anwar luahkan kebimbangan masa depan PR

Sementara itu di sebalik tirai besi penjara Sungai Buloh, Anwar Ibrahim cuma boleh berkirim pesan melalui peguamnya: 

“Saya amat risau dengan perkembangan terkini berkenaan Pakatan Rakyat”

Anwar hanya mampu menyaksikan betapa pengaruh PKR semakin merosot dan DAP bersikap semakin angkuh sementara PAS pula kini kembali berlindung di belakang ulama dan kawan-kawannya dari golongan profesional dalam PAS mula disihkan.

Di luar jendela Sungai Buloh juga Anwar mendengar penegasan DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim:

"Sudah cerai talak tiga, takkan boleh tidur sebantal lagi. Dulu rakan sama taraf, sekarang kedudukan seperti rakan kongsi majoriti dan minoriti."

Menteri Besar Selangor, yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pula terpaksa memujuk bagi menyelamatkan kerajaan campurannya dengan DAP dan PAS.

"Usah kerana kepentingan peribadi, kita merosakkan PR dan ini akan menghancurkan aspirasi rakyat. Ia satu pengkhianatan sekiranya amanah rakyat ini dikhianati," katanya.

Benarkah tingkah Azmin bahawa baik PAS mahupun DAP berbalah kerana masing-masing dilanda ego dan kepentingan diri?

Atau, DAP kini mengamalkan sikap 'lepas jambatan tongkat dibuang'.

PAS hanya tongkat untuk membantunya memperkukuh kedudukan dalam dua pilihanraya lalu dan ia menghormati PKR sebelum ini kerana ia ada Anwar Ibrahim?

Tuesday, June 9

RUMAH ANGGOTA POLIS RETAK, TIDUR DIDALAM KHEMAH


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat anggota keluarga polis yang terpaksa tidur di dalam khemah selepas berlaku retakan kuarters yang mereka huni di Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau akibat gempa bumi Jumaat lepas.

Beliau kemudian berjumpa dengan beberapa anggota keluarga polis yang tinggal di dalam khemah sebelum meneruskan lawatan beliau ke Taman Kinabalu di Kundasang bagi mendengar taklimat bencana dan penyerahan bantuan kepada mangsa dan waris gempa bumi.

Terdapat enam kuarters anggota polis di sini dan tiga daripadanya mengalami kesan retakan teruk akibat gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter pada Jumaat lepas yang melanda Ranau dan beberapa daerah lain.

video


Berikutan itu ada antara keluarga polis itu tidak yakin keselamatan mereka untuk tidur di rumah pada waktu malam.

Terdapat 30 keluarga mengambil keputusan untuk tidur di dalam khemah yang didirikan di kawasan lapang berhampiran kuarters tersebut.

Theresa Anak Edward Radin berkata mereka menghargai kehadiran Perdana Menteri untuk melihat sendiri kesan gempa bumi dan bertanyakan khabar mereka.

Beliau berkata dia bersama suami dan tiga anak, mengambil keputusan untuk tidur di dalam khemah disebabkan masih bimbang dengan keselamatan mereka jika tidur di rumah mereka yang terletak di tingkat tiga satu daripada kuarters anggota polis itu.

"Saya masih trauma dengan kesan gempa bumi sehingga hari ini dan belum yakin untuk tidur di rumah," katanya

Isteri kepada anggota polis bertugas di Bahagian Narkotik itu berkata ini adalah kali kedua dia merasai gegaran gempa bumi sejak tinggal di kuarters itu sejak lapan tahun lepas.

Menurutnya kali pertama pada tahun lepas tetapi tidak melibatkan sebarang kerosakan dan kesan yang teruk.

Theresa berkata dalam kejadian gempa bumi pada Jumaat lepas, dia bersama suami, tiga anak mereka berusia 12, 11 tahun dan 10 bulan berada di rumah.

Katanya sebaik gegaran tidak berlaku, mereka bergegas turun ke bawah kerana risaukan keselamatan mereka jika terus berada di dalam rumah.

Monday, June 8

@NajibRazak BERBANGGA DENGAN @MyRapidKL MELEBARKAN SAYAP DI BUMI AMBIA... @azmiaziz60


Datuk Seri Najib Razak bergambar di hadapan Makkah Metro yang bakal digunakan jemaah haji dari Arafah ke Mina.


Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan mengendalikan operasi perkhidmatan kereta api Metro Line menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina mulai musim haji 2015, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, syarikat Malaysia itu menggunakan tenaga kerja lebih 7,000 pekerja dengan 300 daripadanya adalah rakyat Malaysia.

Katanya, beliau berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas penganugerahan kontrak mengendalikan perkhidmatan pengangkutan itu kepada Prasarana.


Najib menyatakan penghargaan itu dalam pertemuannya dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud selama 30 minit di Istana As-Salam.

Semasa sidang media  Najib berkata Prasarana dilantik sebagai pengendali untuk Jeddah-Metro Jeddah dan berharap dapat mengendalikan perkhidmatan Monorel pada masa akan datang.

Katanya, Prasarana juga sedang meneliti peluang dalam penyediaan infrastruktur di Qatar sebagai persediaan negara itu mengendalikan pertandingan bola sepak Piala Dunia pada 2018


Aksi bersahaja Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.ketika menaiki Metro Mekah.

Pada pertemuan itu, Najib diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib berkata, beliau juga menyuarakan hasrat Tabung Haji kepada Putera Mahkota, Mohammed Naif al-Saud berhubung usaha membangunkan pusatnya di Makkah dan Madinah.


Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata sebagai pengendali bayangan, Prasarana akan menyediakan perkhidmatan rundingan dalam bidang pengendalian dan penyelenggaraan kepada Syarikat Transit Rel Massa Makkah semasa pembinaan Fasa Pertama Makkah Metro.

Pembinaan itu meliputi dua jajaran dengan 22 stesen di sepanjang 45.1 kilometer (km), termasuk 24.9 km rangkaian rel bawah tanah.

Sunday, June 7

DAP JANGAN CABAR ORANG MELAYU................?


Ini bakal menambah garam pada luka dihati Ketua Menteri Paling malang Di Pulau Pinang. Setelah gagal memperdayakan jemaah PAS. Hadi Awang hari ini bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Sabah.

Kini DAP sudah tidak ada banyak pilihan. Iktiraf kepimpinan ulama PAS dan belajar menghormati adab politik parti itu atau secara terbuka menghasung PKR supaya menyebelahinya dalam perimbangan pengaruh dalam Pakatan Rakyat.

Jika DAP masih percaya formula Pakatan Rakyat adalah strategi politik terbaik untuk menjadikan impiannya menubuhkan kerajaan Malaysia ke 14, ia perlu menghakis rasa kurang selesa dan melembutkan pandangan serongnya terhadap PAS.

DAP harus insaf walaupun pelbagai strategi digunakan untuk mempengaruhi PAS, khususnya pemimpin muda dan profesionalnya, supaya memahami pemikiran politik pragmatiknya, namun PAS tetap PAS.

Jemaah PAS memang amat cemburu dan sensitif apabila ada pihak lain cuba mengambil tempatnya sebagai autoriti mentafsir pemikiran agama Islam di negara ini. Saingan paling dekatnya ialah Umno.

Bagi ahli dan penyokong tegar PAS, wibawa menafsir dan menterjemah maksud gerakan Islam di Malaysia ialah hakmiliknya sahaja. Sebab itu, sebarang percubaan, walau dari kalangan ahli, yang cuba mengubah status quo ini, akan ditentang.

Mohamad Sabu walaupun menjadi ayam tambatan PAS untuk berhujah dan berceramah yang boleh merobek maruah dan pengaruh lawan pun tidak boleh mengubah wala’ penyokong PAS kepada ulama.

Hatta Ustaz Haji Ahmad Awang walaupun pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia dan memikul tanggungjawab sebagai Naib Presiden PAS pun tergamak disisihkan dari saf kepimpinan, kerana dilihat “mengancam” kedudukan ulama.

Begitu juga Salahuddin Ayub yang sudah agak sinonim dengan kepimpinan pemuda serta dua penggal menjadi Naib Presiden. Bila ada riak bahawa beliau juga mungkin terpalit dengan usaha mencabar kedudukan ulama, beliaupun diketepikan.

Persepsi yang sama diserkup ke atas peranan “panglima-panglima” PAS seperti Hanipah Maidin, Abdul Khalid Samad dan juga Husam Musa. Kesemuanya ditolak penyokong PAS keluar dari saf kepimpinan parti itu.

Sehubungan itu, walaupun ahli-ahli PAS amat memahami dan kenal pendirian pemimpin seperti Dr Hatta Ramli yang sudah sekian lama diterima baik untuk menjadi ahli parlimen di Kelantan tanpa banyak soal, beliau tetap “dihukum” kerana bersubahat dengan puak yang mahu menjatuhkan ulama.

DAP harus menerima hakikat bahawa ideologi perjuangan PAS disandarkan pada keyakinan pada isi kandungan al Quran dan Sunnah yang memberi “lesen” dan “kuasa” untuk memimpin pemikiran politik muslim di Malaysia.

“Kedaulatan” dan tempat istimewa ulama inilah sumber kekuatan dan kewujudan PAS. Kepercayaan sepenuhnya diberikan kepada ulama untuk menafsir dan menghuraikan apakah sebenarnya ajaran Islam.

Tuduhlah itu sikap taksub kepada ulama, tetapi dalam kitab politik PAS itulah jalan pemikiran dan pengurusan politik yang betul. Sebab itu, mereka menerima tanpa banyak soal dan ragu menu atau syor mengundi mengikut blok.

Kini PAS sudah mengisytiharkan bahawa ia tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini adalah cabaran langsung kepada DAP bahawa kali ini PAS bersungguh untuk “memimpin” pemikiran dan halatuju politik pakatan itu pula.


Besar padahnya jika DAP masih bertegas mahu mencabar budaya dan carahidup politik PAS ini. DAP harus insaf yang mengizinkan dan membuka ruang banyak kemenangan bagi DAP dan PKR ialah sumbangan penyokong PAS tegar ini.

Mereka taat pada pemimpin walaupun mereka terpaksa memangkah calon DAP dan PKR yang bukan sahaja tidak menyokong matlamat perjuangan mereka seperti hudud, malah ada kala mempersendakannya.

Jika pemimpin-pemimpin DAP sangat alergik atau ada alahan terhadap jatidiri PAS ini, ia harus mempertimbangkan menjauhkan diri dari PAS dan mungkin juga Pakatan Rakyat sendiri tetapi bukan sebaliknya.

Jika tidak pilihan yang ada ialah berkomplot dengan PKR untuk membuat PAS rasa tidak selesa dalam Pakatan Rakyat dan ini mungkin “menggalak dan merangsang” PAS melangkah keluar pakatan itu.

Bagaimanapun jika DAP cuba membunuh “karakter atau perwatakan” politik PAS sama ada secara bersendirian ataupun bergabung dengan PKR, ia akan menjadi pemicu kepada banyak masalah politik di negara ini.

Oleh kerana terlalu menatang sokongan masyarakat bukan Islam, khususnya kaum Cina, bagai minyak yang penuh, DAP akan meruncingkan imbangan hubungan kaum Melayu dan umat Islam dengan bukan Islam.

Semangat muktamar yang berakhir Sabtu mempamerkan keyakinan PAS bahawa label pejuang Islam adalah miliknya. Mungkin yang boleh menyainginya ialah Umno. Tetapi banyak kalanya, Umno kurang bermaya menghadapi hujah agama yang digunakan PAS.

Umno terlalu kerap terperangkap dalam kesibukan “memerintah dan mentadbir” negara sehingga kurang memberi tumpuan kepada isu dan sensitiviti agama.

Mungkin ini kerana ia harus berhadapan bukan sahaja dengan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat, malah semakin kerap terpaksa menyemak strategi menguruskan harapan dan kecenderungan bukan Islam dalam Barisan Nasional sendiri.

Muktamar ke-61 PAS bukan sahaja mengukuhkan kedudukan ulama dalam politik PAS tetapi ia semakin memarakkan pengaruh ulama dalam politik Malaysia.

Malangnya di peringkat ini DAP, terutama Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, langsung tidak mahu mengambil iktibar bagaimana pemimpin profesional PAS yang akrab dengannya “dihukum” oleh akar umbi PAS.

Sebaliknya Guan Eng bertindak penuh emosi. Beliau mahu wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang supaya berundur.

"Wakil PAS tidak mempunyai pilihan lain kecuali meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan agensinya serta ahli majlis perbandaran dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK).

"Walaupun saya menikmati hubungan kerja yang mesra dan baik dengan kebanyakan wakil PAS, saya faham mereka perlu meletakkan jawatan atas sebab etika dan moral.

"Adalah suatu yang tidak dapat dipertahankan daripada segi politik bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh saya dalam kapasiti saya sebagai Setiausaha Agung parti, apabila Muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP," kata Lim dalam satu kenyataan.

Ini menyinggung perasaan mantan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mengumumkan akan meletakkan semua jawatan yang dipegangnya dengan mandat kerajaan negeri Pulau Pinang susulan usul Dewan Ulama itu.


“Oleh itu (untuk) memenuhi hasrat usul itu, saya memulakan terhadap diri saya. Minggu ini saya akan letak jawatan di Pulau Pinang sebagai ahli Lembaga Pengarah Air dan Lembaga Halal Hub  Pulau Pinang,” kata beliau dalam ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke 61.

“…sebab saya patuh resolusi ulama, kalau tak patuh kata saya lawan ulama. Maka saya mulakan dalam diri saya, diikuti rakan-rakan lain di Pulau Pinang dan Selangor. Jangan bimbang kita akan kuat bila berseorangan,” kata beliau seolah menyindir.

Namun hakikatnya ialah, walaupun usul Dewan Ulama PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima oleh muktamar tanpa bahas tetapi ia belum muktamad kerana perlu dibahas Dewan Syura Ulama terlebih dahulu.

Nampaknya rumusan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ada asasnya. Bahawasanya hayat Pakatan Rakyat sudah sampai ke penghujungnya dan apa yang tinggal adalah membaca talkin untuk pakatan pembangkang itu.

Namun sandaran analisisnya amat menarik.

“Apa yang berlaku pastinya adalah kemenangan untuk ahli strategi dan perencana Umno dalam konspirasi mereka memecah dan menghancurkan PR dengan umpan kerajaan perpaduan di antara Umno serta PAS  dan pelaksanaan hudud di Kelantan.”

Thursday, June 4

TAHNIAH PAS BIJAK DIDALAM MENGATUR LANGKAH DIDALAM POLITIK MALAYSIA.....


Bak kata orang bijaksana, usah dikejutkan raksasa yang sedang lena; buruk padahnya. Begitu juga dalam konteks politik PAS, usaha dicabar ulama yang sedang munajat; goncang iman dibuatnya.

Bagi ulama, berpolitik untuk membolot kuasa bukanlah segala-galanya dalam usaha memupuk dan membentuk saf jemaah yang tersusun ‘bagai sebuah bangunan yang kukuh’.

Berpolitik ialah untuk menginsafi diri sebagai hamba Allah yang memikul tugas untuk menguruskan keperluan duniawi ummah agar lebih selesa dan tekun menyembah Allah.

Semangat politik Islam juga bersandarkan semangat naziran dan basyiran – membawa khabar gembira dan mengingatkan di mana sempadan maksiat dan dosa –tanpa perlu berdiang pada kuasa memerintah sahaja.

Nyata ulama PAS tidak gopoh menyalur dan menyebarkan kefahaman ini pada semua peringkat ahli dan penyokongnya dan bahawa keutamaan mesti diberikan pada soal memelihara wala’ atau kesetiaan pada pemimpin.

Profesional sangka PAS boleh diubah-ubah

Inilah yang sedang berlaku dalam PAS. Ada profesional yang berasa bahawa apabila pintu keahlian dibuka seluas-luasnya kepada mereka, ia dianggap sebagai lesen untuk berbuat apa sahaja untuk mencorakkan jemaah; termasuk menentukan ruang kebebasan dengan pihak luar yang tidak Islami.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menghuraikan gejala kurang sihat ini apabila berkata, ketika rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP giat menyerang Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ada pemimpin PAS bersikap sambil lewa dan tidak bersungguh mempertahankan presiden.

"Apa yang berlaku hari ini kerana tiada kesetiaan. Kita setia kepada orang lain. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Datuk Dr Mahfodz dan Datuk Dr Haron, kita mesti setia kepada parti dan ketua parti. Dalam syarat tahaluf siyasi juga sebut untuk setia.

"Hari ini apabila DAP serang Presiden, ada yang pandang remeh dan cuba beri alasan mengapa DAP serang Presiden. Mereka tak pertahankan Presiden. Ini salah, bercanggah dengan konsep organisasi dan ia mesti diperbetulkan," katanya.

Sejajar dengan pendirian ini, pemimpin-pemimpin Dewan Ulama menunjukkan contoh betapa semua pimpinan dewan itu menang tanpa bertanding.

Bersandarkan perpaduan utuh ini Dewan Ulama dengan tegas seperti pernyataan Allah tanpa kalimah bismillah dalam pembukaan surah At Taubah, meluluskan usul memutuskan hubungan langsung dengan DAP.

Susuk tubuh Hadi diserang, kiri dan kanan

Haji Hadi diserang hebat DAP sejak beliau menyatakan pendirian tegasnya bersabit isu Langkah Kajang, tahun lalu. Serangan dan kritikan terhadap Ahli Parlimen Marang itu digandakan apabila beliau memimpin inisiatif melaksanakan hudud di Kelantan.

Hadi juga dituduh bersekongkol dengan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam usaha mewujudkan kerajaan perpaduan demi merealisasikan hukum hudud di Kelantan.

Situasi berkenaan mewujudkan perselisihan pendapat yang begitu 'meruncing' apatah lagi ia terzahir menerusi kenyataan pemimpin tertentu sehingga memberi gambaran ada dua puak dalam PAS –pro-ulama dan pro-Pakatan.

"Dalam Islam, malah PAS ada ketuanya, maka automatik kena wala'. Apabila menjadi ahli PAS dan mengisi borang PAS ada (konsep) baiah, wala' kepada presiden. Hal itu amat penting," tokokPemangku Ketua Dewan Ulama,  Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

"Ia bukan perkara baru dan sudah ada dalam perlembagaan PAS. Usul kepimpinan ulama bukan kita yang minta sebaliknya dibawa oleh Dewan Pemuda pada tahun 1982.

“Sekarang ini timbul isu kepimpinan ulama secara khususnya Majlis Syura Ulama. Apa yang kita lakukan sekarang untuk mengekalkan kepimpinan ulama," ujar bekas Pesuruhjaya PAS Johor itu.  

PAS letakkan harapan perpecahan dalam parti tamat selepas muktamar selesai

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama, Nasruddin Hassan menyifatkan perpecahan itu hanya 'sementara' dan hangat apabila menjelang pemilihan.

"Mungkin nampak perbezaan antara dua kumpulan itu menjelang musim pemilihan. Itu normal. Saya yakin selepas daripada perwakilan memberi mandat kepada kepimpinan baru, saf akan kembali bersatu dan fokus kepada agenda perjuangan seperti sedia kala.

"Dan inilah yang kita alami sebelum ini. Ia bukan perkara baru. Dalam muktamar lalu pun, menjelang pemilihan keadaan akan panas, selepas pemilihan akan ada agenda yang kena fokus dan boleh bertolak-ansur," ujarnya.

Dalam pemilihan kepimpinan Dewan Pemuda, calon-calon yang cenderung pada pendirian dan pemikiran politik ulama menang besar semalam. Seperti dijangka, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berjaya merampas kerusi Ketua Dewan daripada Suhaizan Kaiat.

Nik Abduh mendapat 429 undi sementara Suhaizan hanya mendapat 262 undi.
 
Penyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berjaya mempertahankan kerusi itu daripada cabaran Raja Ahmad Iskandar Raya Yaacob.

Khalil mendapat 435 undi sementara Raja Iskandar berjaya mengutip 257 undi.

Dominasi ulama ini dijangka akan berterusan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti hari ini, Khamis, 4 Jun 2015.

Persoalannya sekarang, adakah golongan yang agak “mabuk kuasa memerintah” dan sekaligus mahu menyisihkan pengaruh ulama dalam tahaluf dengan parti luar mengikut selera politik mereka mahu mengambil iktibar daripada selera dan pendirian akar umbi PAS sekarang?

Atau, mereka akan bertindak dengan rasukan ego dan meneruskan usaha  mencerna idea “politik Islam” mereka yang setara dengan selera PKR dan DAP dengan membangun wadah baru atau meresap dalam sistem politik bukan Islam?

Wednesday, June 3

GEMPAR :JEMUAN DAN POLONG MELOLONG DI KLIA NAMUN..........


MKP agak kesian melihat Jemuan atau polong yang menganjurkan sambutan kepulangan Tan Sri Muhyiddin Yassin di KLIA malam tadi. Perancangan mengadu-domba atau cuba memecah belahkan pemimpin UMNO nampaknya gagal sama sekali.


MKP bukan kasihan apa, cuma kasihan sebab mereka ini sejak dua ke tiga hari lepas berkempen bagai nak gila hasut ramai ramai turun sambut TSMY di KLIA.Gambar diatas menunjukan salah seorang dari JEMUAN dengan muka yang amat kecewa.

Penat mereka kerja mengadu domba hasut yang lain turun.Tambah MKP kasihan, TSMY melalui pegawainya kata tak mahu layan mereka yang cuba menempel semalam sebaliknya mahu fokus bantu Presiden Parti.

MKP kasihan, kasihan yang amat sangat. Harap mereka ini dapat menebalkan muka seminggu ni dan pekakkan telinga tutup mata.MKP harap mereka ini sedar, pengadu domba sememangnya layak menerima akibat atas perbuatan mereka. Kesian......

MKP Kesian pulak pada rakan-rakan wartawan yang membuat liputan kerana adu domba puak JEMUAN ini.Sebelum ini hebahan dimedia sosial kononya akan ada satu himpunan besar sambut kepulangannya ekoran situasi politik semasa.

Ini lebih-lebih berikutan laporan media mengenai mesyuarat kabinet Jumaat lalu dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan beri pilihan kepada mana-mana menteri yang tidak puashati hati dan tidak setuju soal pengendalian isu 1MDB letak jawatan.

Gambaran yang diberi menerusi oleh posting pelbagai pihak di media sosial seolah Timbalan Perdana Menteri akan buat 'pengumuman besar' sejurus pulang.

Sekitar hampir 100 orang berada di KLIA untuk sambut kepulangan Timbalan Perdana Menteri.Ada yang masuk ke bilik VIP untuk sambut beliau dan ada yang tunggu di luar.

Para wartawan dan jurugambar yang menunggu lama untuk kemungkinan ada sesuatu berita besar seperti yang digembar gembur pulang tangan kosong.

Muhyiddin keluar menerusi bilik VIP jam 9.30 malam.Beliau kelihatan relaks dan melambai tangan kepada mereka di situ.

Timbalan Perdana Menteri tidak bercakap dengan para wartawan.Beliau terus berjalan ke keretanya untuk pulang sambil terus diikuti oleh para wartawan.

Sementara itu seorang pegawai Timbalan Perdana Menteri yang ditemui di situ menjelaskan apa yang didakwa satu himpunan untuk sambut beliau seperti yang tersebar di media sosial bukanlah anjuran pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Tuesday, June 2

MENTERI MANA TAK SUKA BOLEH BERAMBUS.....................?



Pedas sindiran yang telah diucapkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan kepada Menteri Kabinet yang engkar pada BOSS, Memang tidak diucapkan dari mulutnya bahawa siapa ayat ini ditujukan namun pada yang terlibat kena faham sendiri kerana dah besar panjang takkan MKP nak bagitau. Rasanya pembaca dapat meneka siapa diantara menteri yang dilantik mempertikaikan kredibiliti Perdana Menteri mengenai 1MDB.

Mungkin ada sinar perpaduan diantara kedua pemimpin yang bertelagah sekarang. Bagi MKP dalam masa dua minggu ini akan ada perubahan drastik yang bakal mengejutkan rakyat Malaysia. MKP pecaya setiap kemelut yang berlaku pasti ada akhirnya. Biarlah berakhir dengan "Happy Ending" bak kata pepetah didalam drama di Thailand. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika beliau berada di tempat Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau tidak teragak-agak untuk memecat mereka yang tidak sehaluan dengannya.

Malah menurut Dr Mahathir, ketika era pemerintahannya dahulu, beliau pernah melakukan perkara sama sambil memberi gambaran, Perdana Menteri juga akan berbuat demikian.

“Kalau saya Najib, saya buang sajalah orang tak suka dengan saya... saya buang. Dulu pun saya buang banyak orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal beberapa menteri Kabinet yang dilihat mengkritik cara Najib menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menggesa agar ahli lembaga pengarah syarikat itu dipecat segera.

Beberapa kenyataan dan gesaan itu datang daripada Timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Laporan akhbar tempatan hari ini melaporkan Najib juga telah memberi kata dua kepada barisan Kabinetnya supaya letak jawatan jika tidak mahu bersama-samanya dalam pemulihan 1MDB pada Jumaat.

Setakat ini, hanya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memberi persetujuan bersyarat dalam perkara itu.

Monday, June 1

@NajibRazak Lancar Bas Elektrik Pertama Negara @MyRapidKL @azmiaziz60 @liowtionglai @NancyShukri @IdrisJala #BRTSunway


Pengangkutan awam menggunakan teknologi mesra alam pertama negara, sistem Bas Rapid Transit Laluan Sunway (BRT-Laluan Sunway) membuka lembaran baharu dalam perkhidmatan pengangkutan awam negara.
   
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sistem pengangkutan BRT-Laluan Sunway yang dibangunkan Kumpulan Prasarana dan Kumpulan Sunway itu merupakan projek pengangkutan awam yang mencapai piawaian antarabangsa dan amat membanggakan negara.
   


"Projek ini memenuhi hasrat kerajaan untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang efisien, boleh diharap dan selesa," katanya semasa merasmikan sistem BRT-Laluan Sunway di Kompleks BRT Sunway dekat sini, hari ini.

video

Najib turut melancarkan bas elektrik pertama pada majlis itu yang dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai bas elektrik pertama negara yang digunakan untuk sistem pengangkutan awam.
   
Beliau berkata, apa yang dicapai hari ini merupakan teknologi pintar dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya dan pengurangan pelepasan gas karbon.
   

Katanya bagi meningkatkan minat masyarakat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu, tiada bayaran dikenakan mulai esok untuk tempoh dua bulan.

Perdana menteri berkata, sistem BRT-Laluan Sunway ini juga selaras dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan lagi penggunaan teknologi hijau dan gaya kehidupan baharu yang mesra alam dalam perkhidmatan pengangkutan awam.
   
Najib turut memuji kaedah pelaksanaan projek BRT yang merupakan kerjasama awam-swasta (PPP) antara Kumpulan Prasarana dengan Kumpulan Sunway, dan berharap lebih banyak kerjasama dapat dilakukan dalam memajukan pengangkutan awam negara.

video

Beliau berkata, pelaksanaan sistem pengangkutan itu merupakan capaian penting negara ke arah mengajak masyarakat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan lebih kerap dan mengurangkan penggunaan kereta persendirian seperti dilakukan di negara maju.
   
"Ada sesetengah negara maju yang penduduknya menyimpan kenderaan di 'country side' dan menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana. Kita juga boleh melakukannya jika mempunyai sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan masalah ini telah dikenal pasti kerajaan, " katanya.

Beliau berkata, untuk itu sistem pengangkutan awam, khasnya di Lembah Klang, perlu diselaraskan, dan BRT perlu diperluaskan di projek pengangkutan awam yang lain.

Najib berkata, kerajaan tanpa ragu telah meletakkan pembangunan sistem pengangkutan awam sebagai satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kerana sedar dan peka bahawa ia merupakan cabaran penting dalam Pelan Transformasi negara.
   
"Kita letakkan pengangkutan awam dalam NKRA sebab selama ini kita gagal wujudkan pengangkutan awam yang bersepadu. Oleh kerana itu, kita wujudkan Kumpulan Prasarana dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk melaraskan pengangkutan awam negara," katanya.


Najib berkata, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM23 bilion untuk pembinaan jajaran transit aliran massa (MRT) yang baharu bakal menghubungkan Sungai Buloh ke Putrajaya.
   
Pada masa sama, kerajaan juga telah mengumumkan pembinaan jajaran sistem transit aliran ringan (LRT) ketiga bernilai RM9 bilion bagi menghubungkan Bandar Utama, Shah Alam dan Klang, katanya.
   
Najib kemudian menaiki bas elektrik mengelilingi kawasan sekitar selama 30 minit.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah.
   
Sistem BRT-Laluan Sunway menjadi perkhidmatan bas pertama menggunakan 'elevated track' atau laluan bertingkat sekali gus memastikan perjalanan dapat dirancang hingga waktu terakhir.
   
Ia juga merupakan perkhidmatan bas awam henti-henti pertama yang menggunakan bas elektrik sepenuhnya di negara ini. Kos pembinaan infrastruktur dan sistem pengangkutan awam itu sebanyak RM634 juta.
   

Sistem BRT-Laluan Sunway yang meliputi laluan bertingkat sejauh 5.4 kilometer itu menempatkan tujuh buah stesen dari Sunway-Setia Jaya sehingga USJ7, Subang Jaya, dan akan dihubungkan ke stesen Komuter Keretapi Tanah Melayu Setia Jaya dan sistem LRT yang sedang dibina di USJ 7 yang akan dibuka tahun depan.
   
Sementara itu Ismail dalam ucapan alu-aluannya berkata BRT-Sunway Line akan beroperasi mulai esok di tujuh stesen iaitu Sunway-Setia Jaya, Mentari, Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash, South Quay dengan USJ7 sebagai stesen terakhir dengan kemudahan 'park and ride' turut disediakan.
   
Katanya 15 bas mesra alam akan digunakan dengan setiap bas boleh memuatkan 67 orang, termasuk penumpang berdiri, pada satu-satu masa.
   
Beliau berkata, BRT-Sunway Line akan memberi perkhidmatan kepada 500,000 penduduk di Bandar Sunway dan Subang Jaya.
   
Ismail berkata, dijangkakan 2,400 penumpang setiap jam akan menggunakan perkhidmatan itu tahun ini dan jumlah itu diramalkan meningkatkan kepada 5,200 orang pada tahun 2035.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive