RAPID

Wednesday, September 30

SIAPA NAK KAUT UNTUNG NI? @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi @KP_JIM


Entah berapa kali nak buat pemutihan untuk pendatang asing nie, Ibarat anak kera dihutan disusukan anak sendiri dirumah dibiarkan mati kelaparan. Ketika ini rakyat malaysia mengeluh dengan kos kehidupan yang agak tinggi sehingga Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk memastikan semuanya didalam keadaan yang baik.

Namun ada jugak pihak yang mengaut keuntungan dari Program yang dilaksanakan kerajaan. Setahu MKP program pemutihan ini bukan sekali tapi ini dah masuk kali kedua rasanya.....? 

Wow! Hebaat kan ni? Sebelum ni 4P, 5P dan memersembahkan sekarang 6P dan yang paling best sekali tengok iklan ni, rumah urut, pub dan karaoke semua boleh apply benda ni. Ini bermakna semua pekerja haram tanpa permit dari negar-negara yang disebut diatas boleh mendapat permit halal dengan menyertai program 6P ni.

Itu hari aku ada tulis pasal pendatang haram yang mahu diputihkan, KLIK SINI

Apa yang sedang terjadi dengan negara kita ni? Kita dok sibuk pertikai hak melayu la, hak cina la, hak India la dan hak peribumi semua tapi kita terlepas pandang perkara paling besar iaitu isu kebanjiran PENDATANG HARAM TANPA IZIN. Ini adalah masalah paling besar.

Tuesday, September 29

PRASARANA KAJI SEMULA OPERASI MAKKAH METRO UNTUK MANTAPKAN PERKHIDMATAN @NajibRazak @azmiaziz60

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), yang menerajui operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) buat julung kali tahun ini, akan mengkaji semula formula pergerakan tren yang digunakan tahun ini bagi memantapkan operasi Haji musim depan.

Walaupun mendapat pujian daripada pihak berkuasa Arab Saudi untuk operasi sulungnya tahun ini, Prasarana, yang dianugerahkan kontrak tiga tahun sehingga musim haji 2017, mahu mutu perkhidmatan diperbaiki lagi untuk meningkatkan keselesaan dan melicinkan lagi perjalanan haji para jemaah yang menggunakan MMMSL.

Pengarah Projek MMMSL, Hj Khairani Mohamed melakukan flag off tren terakhir yang berkhidmat untuk Jemaah Haji musim 1436H ini pada jam 6 petang (11 malam waktu Malaysia) di Stesen Mina 3, kelmarin.Maka dengan itu, khidmat lebih 400 orang rakyat Malaysia & kakitangan #RapidKL beransur-ansur tamat.

Sehubungan dengan itu, satu worksyop khas akan diadakan di Mekah pada 1 November ini bersama-sama dengan pakar-pakar runding antarabangsa dan para pegawai tinggi Kementerian Pihak Berkuasa Perbandaran dan Luar Bandar (MOMRA/Ministry of Municipality and Rural Authorities), yang bertanggungjawab untuk keseluruhan operasi haji Arab Saudi.

“Beberapa jam sebelum berakhirnya operasi keseluruhan tahun ini pada Ahad lepas (13 Zulhijjah/27 September), kami telah mengadakan pertemuan dengan MOMRA di Pusat Kawalan Operasi dan mereka telah menyatakan rasa puas hati terhadap perkhidmatan tahun ini.

“MOMRA juga menyatakan bahawa mereka berbangga kerana keupayaan Prasarana menyediakan perkhidmatan yang komprehensif walaupun mempunyai masa yang singkat untuk membuat persediaan,” kata Pengarah Operasi MMMSL, Haji Muhammad Burhanordin Ismail.

Perjanjian antara Prasarana dan Kerajaan Arab Saudi telah dimeterai pada 3 Mei lepas. Bagaimanapun, urusan penyerahan fasiliti dengan kontraktor terdahulu, China Railway Construction Consortium (CRCC) hanya disempurnakan pada bulan Jun sekali gus hanya memberikan Prasarana kira-kira tiga bulan untuk membuat segala persiapan.

“Itu adalah antara cabaran besar yang kami hadapi tahun ini. Masa yang ada di tangan kami cukup singkat. Untuk musim depan, kita mempunyai masa yang lebih banyak untuk membuat persediaan. Worksyop ini nanti adalah permulaan persiapan musim depan,” kata Borhanuddin.

Menurut beliau, worksyop yang akan diadakan itu akan melihat semula seluruh operasi tahun secara terperinci dan mengkaji semula keberkesanan program-program yang dilaksanakan tahun ini khususnya formula pergerakan, yang digunakan sejak perkhidmatan ini diperkenalkan pada 2010.

“Kita akan tengok balik kesemua lima pergerakan khususnya Pergerakan B dan C pada Hari Wukuf 9 Zulhijjah, yang sememangnya hari yang kritikal dengan pergerakan yang komprehensif dan dalam tempoh yang sihat.

“Seluruh jemaah sama ada mereka menggunakan tren, kenderaan lain atau berjalan kaki akan berkumpul di Arafah menjelang Zohor pada Hari Wukuf dan meninggalkan Arafah serentak selepas Maghrib untuk ke Muzdalifah dan Mina pada hari yang sama. Itu sememangnya cabaran terbesar dalam mengendalikan operasi ini,” kata Burhanordin.

Dengan laluan sepanjang 18.1km, laluan MMMSL menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina, yang merupakan tiga tempat rukun dan wajib dalam ibadah Haji selain daripada Masjidil Haram di mana para jemaah melakukan ibadat tawaf mengelilingi Kaabah dan saei antara Bukit Safar dan Bukit Marwah.  

Selesai urusan di Jamarat, yang menjadi lokasi stesen Mina 3, para jemaah akan berjalan kaki ke Masjidil Haram untuk meneruskan ibadat mereka atau kembali ke stesen Mina 3 untuk pulang ke khemah sementara masing-masing di Mina dan Muzdalifah.

Menggunakan 15 set tren 12 gerabak, MMMSL mempunyai kapasiti untuk menggerakkan sehingga 3,500 penumpang pada satu masa. Jumlah bilangan dan kekerapan tren bergantung kepada format pergerakan pada sesuatu masa.

Bermula dengan Pergerakan A pada 7 Zuilhijjah, enam tren digunakan untuk format operasi metro, yang menyaksikan tren berhenti di semua stesen dan sehinggalah pukul 8 malam (waktu Arab Saudi) pada tanggal 8 Zulhijjah.

Ketika itu, bermulalah pula Pergerakan B, yang berlanjutkan sehingga 10 pagi (waktu Arab Saudi) tanggal 9 Zulhijjah di mana tren-tren berhenti untuk mengambil penumpang di Mina 1, Mina 2 dan Muzdalifah 3 dan menurunkan mereka di stesen-stesen Arafah 1, Arafah 2 dan Arafah 3.

Tepat jam 6.18 petang (waktu Arab Saudi) ketika masuknya waktu Maghrib, Pergerakan C dijalankan dengan pergerakan pengantara antara stesen-stesen Arafat dan Muzdalifah sehingga 11 malam, yang berhenti selama 30 minit sebelum memulakan Pergerakan D pada 11.30 malam.

Pergerakan D, yang akan berlanjutan sehingga 8.30 pagi (waktu Arab Saudi) akan menyaksikan perkhidmatan pengantara antara stesen-stesen Muzdalifah dan Mina. Manakala, untuk empat hari terakhir, operasi MMMSL menggunakan format Pergerakan E, yang mana tren-tren dalam perkhidmatan akan hanya berhenti di stesen-stesen Mina 1, Mina 2, Muzdalifah 3, Arafat 3 dan Mina 3 di Jamarat.

Kata Burhanordin: “Kita akan berbincang tentang pergerakan-pergerakan ini dan lihat kesesuaiannya dan jumlah tren yang paling ideal. Terdapat beberapa saranan telah dibuat semasa operasi tahun ini khususnya untuk Pergerakan B dan C. Kita akan menilai semula segala saranan-saranan ini dan juga menimbang cadangan-cadangan baru pada worksyop nanti.

“Apa yang pasti, kami akan usahakan sesuatu yang lebih baik untuk keselesaan dan kemudahan jemaah pada musim depan,” tambah Burhanordin, yang terlibat dalam operasi MMMSL sejak 2010 dengan kontraktor yang terdahulu sebelum berkhidmat dengan Prasarana tahun ini.

Monday, September 28

MMMSL Berakhir, Prasarana Puas Hati @NajibRazak @azmiaziz60 @AKaprawi @myrapidkl


Perkhidmatan 12 tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) yang dikendalikan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) untuk musim Haji 1436H di tanah suci, berakhir pada Ahad.

Pengarah Projek MMMSL, Haji Khairani Mohamed turun padang membantu.

Timbalan Pengarah Operasi MMMSL (Tenaga Kerja dan Pentadbiran), Zaki Mohamad berkata, pada hari terakhir operasi itu, perkhidmatan MMMSL yang bermula pada 4 pagi menyediakan perkhidmatan di stesen-stesen Arafat 3, Muzdalifah 3, Mina 1, Mina 2 dan Mina 3 semasa ibadat haji berakhir dengan jemaah melakukan lontaran di Jamarat.

Hamdan Isa Ketua Pemandu 

Beliau berkata Prasarana juga amat berpuas hati dengan prestasi setiap kakitangannya yang menjalankan tugas mereka bagi melancarkan MMMSL.

"Saya amat berbangga dengan pasukan kami dan apa yang telah mereka capai.

Ini bukan tugasan kecil. Ini adalah tugasan antarabangsa pertama bagi Prasarana Malaysia Berhad dan pada keseluruhannya, Prasarana sangat gembira," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Namun, katanya Prasarana akan menambah baik perkhidmatan itu, yang beroperasi hanya untuk tempoh tujuh hari mulai 7 Zulhijjah.

Prasarana ditawarkan kontrak untuk mengendali dan menyelenggara MMMSL pada Mei tahun ini selepas mengambilalihnya daripada China Railway Construction Consortium (CRCC) yang mengendali perkhidmatan itu sejak ia beroperasi pada 2010.


Perkhidmatan sepanjang 18.1 kilometer itu menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Kira-kira 370,000 jemaah menggunakan perkhidmatan itu pada musim haji ini.

Tuesday, September 22

CABARAN MENANTI PETUGAS #MakkahMetro @NajibRazak @azmiaziz60 #ProudtoBeMalaysian


Memasuki operasi hari kedua pada 8 Zulhijjah hari ini, cabaran yang menanti para petugas Al Mashaaer Al Muggaddasah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) di Tanah Suci Makkah dijangka jauh lebih mencabar daripada semalam.

Biarpun bermula dengan pergerakan normal untuk berhenti di semua stesen sehingga 7 malam (waktu Arab Saudi), ada di kalangan para jemaah yang dijangka bergerak ke stesen Arafah 1, 2 dan 3 untuk sampai awal bagi ibadat Wukuf di Padang Arafah.


“Berdasarkan pengalaman lepas, peningkatan jumlah jemaah ke Arafah akan berlaku secara berperingkat. Jumlah besar jemaah akan datang ke Arafah selepas kami memulakan Pergerakan B,” kata Pengarah Operasi MMMSL, Muhammad Burhanordin Ismail.

Sementara Pergerakan A melihat tren berhenti di semua stesen, Pergerakan B, yang bermula 8 malam ini (waktu Arab Saudi) sehingga 10 pagi keesokan hari (9 Zulhijjah), akan menyaksikan tren berhenti untuk mengambil penumpang di Mina 1, Mina 2 dan Muzdalifah 3 dan menurunkan mereka di stesen-stesen Arafah 1, Arafah 2 dan Arafah 3.

“Kita akan melihat sesuatu yang jauh berbeza dengan pergerakan penumpang pada hari pertama semalam. Hari pertama lebih merupakan perkhidmatan pengenalan dan lebih digunakan untuk mobilisasi para petugas di stesen-stesen.

“Apapun, semua para petugas sudah bersedia untuk melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin. Mereka sudah diberikan latihan secukupnya untuk tugasan masing-masing,” tambah Burhanordin.

Secara keseluruhan, perkhidmatan MMMSL menggunakan lebih 7,000 petugas dalam pelbagai kategori untuk melaksanakan operasi rel yang dianggap paling mencabar dalam industri ini kerana pergerakan yang padat dalam tempoh yang singkat.

Menghubungkan tiga lokasi wajib Haji – Arafah, Muzdalifah dan Mina, perkhidmatan rel MMMSL beroperasi hanya tujuh hari dalam setahun khusus untuk urusan pengangkutan awam di musim haji.

Umat Islam di seluruh bandar suci Makkah akan berhimpun di Padang Arafah esok (9 Zulhijjah) bagi menyempurnakan salah satu daripada rukun haji sebelum bergerak ke Muzdalifah pada hari yang sama.

Ketua Stesen Arafat 1, Muhammad Fauzi Abdul Manap berkata para jemaah dijangka mula masuk ke Arafah selepas solat Asar hari ini (kira-kira pukul 4 petang waktu Arab Saudi)

Sementara menunggu banjiran jemaah itu, Fauzi berkata, para petugas menggunakan peluang untuk membuat persiapan terakhir termasuk memberikan taklimat kepada para petugas tentang tugas-tugas mereka dan cara-cara menangani para jemaah.

Sunday, September 20

@MYRapidKL Persiapan Terakhir Sebelum Rel Mekah Metro Beroperasi @NajibRazak @AzmiAziz60


Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melaksanakan persiapan terakhir sebelum rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Mekah Metro memulakan operasinya esok (Isnin).

Ketika ini, Prasarana sedang menjalankan kerja penyelenggaraan fasiliti stesen dan infrastruktur luaran termasuk kerja pembersihan serta penggantian bahagian yang rosak.


"Skop kerja Prasarana bukan sekadar menyelia operasi dan penyelenggaraan tren semata-mata, malah fasiliti stesen seperti lif, tandas, platform dan lampu limpah adalah tanggungjawab kami.

"Keselesaan dan keselamatan jemaah haji adalah keutamaan kami," kata Ketua Jabatan Penyelenggaraan Fasiliti dan Pentadbiran Prasarana, Ishak Jahari dalam satu kenyataan hari ini.


Prasarana menempatkan 82 kakitangan di semua sembilan stesen bagi memastikan kerja penyelenggaraan fasiliti siap mengikut jadual.

Ia bagi memastikan kelancaran dan keselesaan 350,000 jemaah haji dari Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan yang bakal menggunakan perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah selama tujuh hari.


Antara cabaran yang dihadapi adalah petugas adalah tempoh bekerja yang lebih panjang pasca insiden ribut yang melanda Mekah baru-baru ini.

Pada 11 September lepas, ribut yang melanda tersebut telah menyebabkan pokok tumbang yang mengakibatkan beberapa kemudahan lain rosak seperti lampu dan longkang.

Saturday, September 19

BERKAT DOA RAKYAT MALAYSIA KUOTA HAJI DITAMBAH 2100


Kerajaan berjaya mendapat kuota tambahan sebanyak 2,100 jemaah haji muassasah dengan ihsan kerajaan Arab Saudi dan telah melakukan beberapa penerbangan sejak Rabu lepas.

Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, TH dengan kerjasama Malaysia Airlines Berhad berjaya mengusahakan penerbangan kapal terbang jenis Airbus A380 dengan muatan 489 penumpang untuk sebuah pesawat.


"Ini adalah kali pertama penerbangan jenis A380 digunakan oleh TH untuk operasi haji.

"Penerbangan tambahan itu KT 66, 67 dan 68 serta beberapa penerbangan komersil telah selamat terbang sehingga 17 September dengan jumlah 1,612 orang (kuota tambahan)," katanya pada sidang media di Kompleks TH Kelana Jaya, di sini Sabtu.

Beliau berkata, penerbangan terakhir jemaah tambahan iaitu KT69 dijadual berlepas pada pukul 12 tengah hari Ahad dengan 489 jemaah.

Selain itu katanya, kuota asal jemaah haji Muassasah seramai 22,320 orang telah berjaya dihantar ke tanah suci Rabu lepas dan kesemua jemaah berada dalam keadaan sihat di maktab-maktab di Makkah.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, TH tidak akan menghentikan usaha mencari dua jemaah haji Malaysia yang dilaporkan hilang dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 September lepas.

"Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi proses pengecaman jenazah dijangka diperoleh selewat-lewatnya tiga minggu lagi dan dalam tempoh itu kita tidak akan berhenti mencari sehingga mendapat keputusan DNA yang muktamad," katanya.

Sampel DNA waris dua jemaah haji Malaysia yang masih hilang, telah diserahkan kepada pihak berkuasa Arab Saudi untuk proses pengecaman jenazah di rumah mayat Muaissem di Mina.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, waris Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah dan Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah, tiba di Jeddah pada 6.15 petang Jumaat dan mereka terus dibawa ke rumah mayat itu untuk proses pengambilan spesimen masing-masing.

Abdul Azeez turut memaklumkan setiap waris mangsa yang diterbangkan ke tanah suci akan diberi peluang mengerjakan haji memandangkan hari wukuf tidak lama lagi dan perbelanjaan mereka ditanggung tabung kebajikan TH.

"Mengenai jemaah yang cedera, kita akan membawa mereka ke Arafah dengan ambulans bagi membolehkan mereka menyempurnakan ibadah haji mereka," katanya.

Friday, September 18

BAJU MERAH Sedia Bayar RM50,000 @mariachin @tonypua @dyanasmd


Awal bulan ini, DBKL menghantar bil kos pembersihan kepada penganjur perhimpunan Bersih 4 sebanyak RM65,000 namun mendapat pelbagai alasan kerana pihak penganjur tidak mahu membayar. Namun ianya berbeza sama sekali dengan penganjur Baju Merah.

Pihak penganjur ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ sedia membayar kos pembersihan berjumlah RM50,000 bagi perhimpunan itu, yang diadakan di ibu negara, Rabu lalu.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menanggung kos pembersihan itu.

“Sebelum penganjuran kami memang sedia maklum tentang perkara ini dan saya rasakan jumlah ini adalah munasabah,” katanya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Abd Aziz berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjumlahkan bil kos pembersihan sebanyak RM50,000 kepada penganjur Himpunan Rakyat Bersatu.

“Jumlah ini termasuk kos pembersihan daripada Alam Flora sebanyak RM38,000 dan pembersihan oleh DBKL pula RM12,000,” katanya.

Mhd Amin berkata tiada kos kerosakan yang dikenakan dan bil ini dijangka akan diserahkan kepada penganjur dalam masa seminggu.

Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Datuk Jamal Md Yunos juga menyatakan hasratnya untuk turut sama memikul tanggungjawab bagi membayar kos pembersihan tersebut.

“Kami bersikap profesional dan tidak akan lari daripada tanggungjawab dan kami tidak mempunyai masalah dan isu untuk membayarnya,” katanya.

Berlangsung di Padang Merbok, di sini, himpunan yang diterajui Pesaka itu dianjurkan sebagai tindak balas membantah perhimpunan Bersih 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lepas.

Thursday, September 17

‘Baju Merah’ Sah Tiada Bau Busuk Air Kencing......


Amat berbeza sikap serta tingkah laku peserta Merah daripada perhimpunan haram Bersih 4.0, sebaliknya “Himpunan Rakyat Bersatu” mendapat pujian daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menerusi komen terbaharu dalam akaun Twitter miliknya, beliau mengesahkan tiada “bau busuk air kencing” dikesan dalam timbunan sampah-sarap selepas berakhir perhimpunan yang dikenali ‘Baju Merah’ pada Rabu itu.


“Ya, memang ada juga sampah. Tetapi tidak seperti demonstrasi haram Bersih 4.0, kali ini bau busuk air kencing langsung tidak dikesan,” kicau beliau secara ringkas menerusi laman mikro sosial itu pada pagi tadi.

Namun Abdul Rahman berkata, bil pembersihan seperti biasa akan dihantar kepada pihak penganjur mana-mana perhimpunan awam termasuk “Himpunan Rakyat Bersatu” anjuran Pertubuhan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka).

“Saya baharu sahaja bercakap dengan pihak Alam Flora untuk memberikan saya berapakah kos pembersihan. Mereka sedang memuktamadkan jumlahnya.


Sebentar tadi beliau jugak telah memaklumkan bahawa kos yang perlu dibayar oleh pihak penganjur Merah adalah sebanyak RM38 ribu. Bil itu akan dihantar kepada penganjur ‘Baju Merah’,” katanya.

Sunday, September 13

AL-FATIHAH JENAZAH JEMAAH INSIDEN KREN TUMBANG DITEMUI


Alhamdulillah hari ini lima (5) lagi jemaah haji yang dirawat di Pusat Rawatan TH telah dibenarkan pulang ke penginapan masing-masing. Manakala lima (5) lagi jemaah Haji – tiga di hospital Arab Saudi dan dua di Pusat Rawatan TH dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan masing-masing.

InsyaAllah kesemua sepuluh jemaah haji ini akan dapat menjalani ibadah haji mereka dan berwuquf di Arafah pada 22 September 2015 dibawah pemantauan pasukan perubatan.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari pertama Lembaga Tabung Haji (TH) dibenarkan untuk membuat proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar yang dipaparkan.


Pasukan Perubatan TH telah dibenarkan masuk ke bilik jenazah untuk proses pengecaman pada jam 10.30 pagi  (waktu Saudi) atau 3.30 petang waktu Malaysia. Proses pengecaman dilakukan melalui pengecaman diri, buku rekod  kesihatan, pas dan gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA, sekiranya perlu.

Hari ini satu jenazah Jemaah Haji Malaysia telah dikenalpasti iaitu  Allahyarhamah Rusiah Suar, 56 tahun dari Sungkai, Perak.

Saya bagi pihak YAB Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia dan TH ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarhamah. Kami semua amat berdukacita dan bersimpati dengan ahli keluarga waris, serta menasihati mereka untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Pada masa yang sama kami berharap waris-waris yang lain akan terus bersabar dan berdoa kerana TH akan terus berusaha sedaya upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa di hospital-hospital berdekatan serta memastikan segala proses-proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin. TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

TH ingin menasihati kepada semua jemaah haji Malaysia di Tanah Suci untuk turut bertenang dan bersabar. Terus menumpukan perhatian kepada ibadah bagi menghadapi hari wuquf serta menjaga kesihatan dan keselamatan.

TH juga ingin mengingatkan para Jemaah untuk memakai segala pengenalan diri yang diberi sepanjang masa. Ini adalah bagi memastikan keselamatan para Jemaah.

Saya dan YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez akan berangkat ke Tanah Suci esok bagi melihat sendiri keadaan di sana serta membantu memastikan usaha-usaha mencari para jemaah yang hilang selesai secepat mungkin.

LEMBAGA TABUNG HAJI

ALKISAH "MIKE TYSON' MALAYSIA YANG SADIS


Kalau dulu zaman budak-budak MKP nama "Mike Tyson" cukup digeruni. Itu pun diceritakan oleh orang tua. MKP memang tak minat dengan sukan Tinju ataupun serumpun dengannya. Itu cerita Mike Tyson diluar negara memang gah akan tetapi kat Malaysia pun ada Mike Tyson tapi tak lah gah yang ori, hanya tumpang nama aje.

Mike Tyson Malaysia atau lebih dikenali Tan Sri Muhammad Muhd Taib atau Mat Taib.Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila bekas Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib atau Mat Taib keluar dari parti Pas untuk masuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah keluarnya bekas suami Tengku Puteri Zahariah Sultan Salahuddin ini daripada Pas pun pada hakikatnya tidak sedikitpun akan menjejaskan kedudukan parti yang dipimpin oleh Datuk Seri Hadi Awang ini.

Pendek kata, Mat Taib bukanlah sesiapa yang boleh mempengaruhi orang ramai kecuali ketika dia menjadi MB dulu yang berpayungkan parti UMNO.

Waktu itu, pengikutnya memang ramai malah namanya turut dijulang sebagai pejuang Melayu tulen dalam UMNO pada satu majlis besar yang diadakan di Hulu Langat satu ketika dulu.

Bersama-sama ribuan rakyat dan ahli UMNO yang datang, Mat Taib melaungkan ayat keramat UMNO iaitu dulu, kini dan selamanya dalam suasana penuh semangat!

Ke mana sudahnya semua penyokong-penyokong Mat Taib yang memujanya bagai nak rak itu?

Tidak menolak kemungkinan Mat Taib sudah tidak boleh memberi apa-apa projek atau sumbangan menyebabkan semua penyokong setianya lari, kini dia sebatang kara untuk menggerakkan karier politiknya yang sekarang sudah semakin hampir sampai ke garisan penamat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali ini yang menjadi MB Selangor dari tahun 1886 hingga 1997 terpaksa meletak jawatan MBnya setelah Mahkamah Majistret Brisbane, Australia memutuskan dia bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia.

Dia ditahan di Lapangan Terbang Brisbane pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang yang kononnya milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland.

Wang tunai tersebut dibawa dalam bentuk ringgit Malaysia, dolar Singapura dan New Zealand.

Bersama Pas.Sejak itulah karier politik Mat Taib mula pudar dan ketulenannya sebagai pejuang Melayu dalam UMNO mula terhakis.

Bila tidak ada ahli yang memerlukannya, maka berpaling tadahlah Mat Taib pada April 2013 engan menyertai Pas dan dia ketika itu cukup bangga membuat pengumuman keluar UMNO sebab yakin Pas adalah parti yang boleh membawa perubahan berlandaskan kepada roh Islam.

Sempatlah Mat Taib membantu kempen Pas dalam beberapa siri pilihan raya kecil sambil memberitahu rakyat dia masuk Pas bukan kerana mengejar jawatan tetapi kerana hatinya berkata hanya Pas sahaja yang benar-benar memperjuangkan Islam.

Selama lebih dua tahun ‘membersihkan’ roh Islamnya, hari ini Mat Taib memilih untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan tersendiri.

Sebelum itu, Mat Taib sibuk bersama mantan Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu di atas pentas Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang akan melancarkan parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah) pada 16 September ini.

Apa sebab PKR menjadi pilihan Mat Taib, itu tidak penting untuk dipersoalkan.

Itu hak dia yang kini telah disucikan selepas masuk Pas.

Cuma yang jelas, hala tuju politik lelaki yang pernah mendapat gelaran Mike Tyson ini sudah tidak menentu.

Entah apa yang dikejar pada usianya yang sudahpun melebihi 70 tahun, sebaiknya Mat Taib tidak perlu bersusah payah menyokong mana-mana parti kalau dah tak minat dengan UMNO.

Seharusnya Mat Taib menerima hakikat bahawa perjuangannya dalam politik sudah tidak boleh dipakai sebaik sahaja menyertai Pas.

Saturday, September 12

RAKYAT MALAYSIA CUMA CEDERA #PrayForMakkah


DS Jamil Khir juga menasihati rakyat Malaysia supaya bertenang dan tidak memburukkan lagi keadaan dengan menyebarkan berita yang tidak sahih.Dapatkan berita dari sumbaer yang sahih dan sah.

Insiden Kren tumbang di Masjidil Haram berlaku pada hari Jumaat, jam 5.00 petang waktu Saudi, 11 September 2015.


Bermula dengan ribut pasir dan hujan lebat. Kren yang tumbang berhampiran pintu As Salam bersebelahan bangunan Sa’ie. Kren yang tumbang telah menimpa Bangunan Sa’ie tersebut dan sebahagian daripada rangkanya telah jatuh di bangunan Sa’ei  berdekatan  dengan mataf.


Pasukan mencari dan menyelamat TH seramai 30 orang yang terdiri daripada Pasukan Perubatan, Kebajikan dan Peronda dikerahkan ke tempat kejadian sebaik sahaja berita diterima daripada pasukan peronda bertugas di dalam Masjidil Haram.

Hasil operasi tersebut telah mengenal pasti seramai 10 Jemaah haji Malaysia terlibat dalam kemalangan.

Pasukan mencari dan menyelamat TH telah memberi bantuan kepada para Jemaah Haji dan juga memberi rawatan di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Pasukan ini masih memantau situasi dan mengenal pasti jumlah sebenar Jemaah Haji Malaysia yang terlibat.

Pasukan Perubatan TH juga telah pergi kesemua Hospital Arab Saudi bagi mengenal pasti sekiranya terdapat Jemaah Haji Malaysia yang terlibat dihantar ke Hospital Arab Saudi untuk rawatan.

Operasi mencari dan menyelamat ini selesai pada jam 11.45 malam apabila semua kawasan di dalam dan sekitar masjid diperiksa dengan rapi.

Seramai 3 Jemaah Haji Malaysia kini di rawat Hospital Arab Saudi; 6 di Pusat Rawatan TH dan 1 telah dibenarkan pulang ke bilik penginapan.

Kesemua Jemaah Haji yang terlibat dengan kemalangan ini dilaporkan stabil.

Pada masa yang sama Pengurusan Maktab telah membuat semakan dari bilik ke bilik pada jam 10.00 malam bagi memastikan semua jemaah haji Malaysia selamat.

Pada jam 4.00 pagi waktu Saudi 12 September 2015 didapati 6 orang jemaah haji masih belum dapat di kesan iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan.

TH sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia Tenggara bagi mencari jemaah haji tersebut.  Operasi ini diteruskan sehingga Jemaah tersebut ditemui/dikenal pasti.

Pada masa kini mengikut laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi, seramai 107 kematian dan 238 kecederaan.

Marilah kita bersama-sama berdoa dan mohon ke hadrat Illahi akan keselamatan semua Jemaah, khususnya Jemaah Malaysia di Tanah Suci.

Friday, September 11

HANYA MINTA MAAF SETELAH PIJAK MUKA PM..... @zahid_Hamidi


Hanya minta maaf dan selesai semua masalah. cukupkah hanya dengan minta maaf!!!! Kalau pekara sebegini berlaku pada Bangsa lain sudah pasti disumbat didalam lokap selama 3 hari. 

Ini terjadi apabila PAPAGomo, Syed Hussein Ketua Bahagian Bagan telah dilokapkan selama 3hari. 

Tarikh yang dilokapkan ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Adakah adil pada mereka yang dilokapkan. 

Amat malang tindakan yang telah diambil oleh pihak PDRM umpama memilih bulu semasa melaksanakan undang-undang. Tindakan yang tegas perlu dilakukan pada remaja ini supaya menjadi pengajaran pada yang lain.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pengamal media bahawa pihaknya tidak akan berkompromi berhubung tindakan memutarbelitkan fakta dan menabur fitnah terutamanya di media sosial. 

Beliau juga sudah mengarahkan polis menyiasat kononnya beliau mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Pada DS Zahid Hamidi tak guna beri amaran tapi tindakan yang agak bersifat memilih bulu sebegini. Dah banyak BOM ASAP dilemparkan namun tindakan yang kurang efektif.

Ayah kepada remaja perempuan yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meminta maaf atas perbuatan anaknya.

Ayah kepada remaja itu berkata, dia dan isteri tidak tahu anaknya yang berumur 14 tahun telah menyertai perhimpunan Bersih 4.0.

Katanya, anaknya menyertai perhimpunan tersebut bersama kawan yang lain dan tidak bermalam di tempat perhimpunan.

"Hanya selepas melihat gambar dia tersebar, barulah saya sedar bahawa dia melakukan kesilapan besar," katanya

Ayah itu telah menemani anaknya untuk menyerah diri di Bukit Aman. Remaja itu dan seorang kawan lelakinya kemudian dibawa untuk direkod keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ayah tersebut yang bekerja dalam bidang mengubah suai rumah turut meminta jasa baik orang ramai supaya tidak lagi menyebarkan gambar anaknya.

Ibu kepada remaja tersebut pula kecewa dengan penganjur perhimpunan Bersih 4.0 kerana tidak menghalang anaknya dan orang ramai memijak gambar pemimpin.

Dua individu yang memijak gambar pemimpin dilaporkan telah serah diri dengan seorang merupakan pelajar perempuan berusia 14 tahun dan seorang lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai penyelia di tapak pembinaan.

Thursday, September 10

PERSIAPAN @MyRapidKL MENJELANG WUKUF #MakkahMetro @NajibRazak @azmiaziz60 #Proud2BeMalaysian


Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mengadakan sekurang-kurangnya 20 ujian kecemasan bagi perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro sebagai persiapan menjelang hari wukuf.

Ketua Bahagian Kesihatan, Keselamatan, Kualiti, Alam Sekitar dan Jaminan Makkah Metro, Shahrul Azhar Shamsuddin berkata, siri latihan khusus yang bermula 12 September itu bagi memastikan kesiapsiagaan para petugas terlibat.

Menurut Shahrul Azhar, ujian yang dirancang itu termasuk satu latihan Pelan Tindakan Kecemasan besar-besaran melibatkan Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi, polis dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

“Pelbagai senario permasalahan diwujudkan dalam program latihan ujian ini di bawah pengawasan rapi perunding, TUV Rheinland Middle East, yang dilantik oleh Suruhanjaya Rel Arab Saudi.

“Para petugas akan dilatih mengendalikan pelbagai jenis kes luar jangka daripada pintu platform yang tidak boleh dibuka, kegagalan sistem semboyan serta kebakaran di stesen,’’ katanya di sini, hari ini.

Katanya, tindakan pantas para petugas amat penting kerana sebarang insiden kecil akan menyebabkan keseluruhan perjalanan tren tergendala di sepanjang rangkaian.

Situasi itu juga kata beliau, boleh mengganggu perjalanan ibadat haji ratusan ribuan jemaah.
Makkah Metro yang beroperasi dengan 17 tren dengan 12 gerabak setiap satu, dijangka mengendalikan kira-kira 370,000 penumpang sehari dan menghubungkan sembilan buah stesen dengan setiap stesen mempunyai 240 pintu platform.

Menurut beliau, para petugas akan dilatih berhadapan pelbagai kemungkinan khususnya insiden-insiden yang pernah berlaku sebelum ini ketika dikendalikan oleh operator yang terdahulu.

Malah, katanya, senario-senario insiden ini sebenarnya diberikan oleh pihak pengendali terdahulu.

Wednesday, September 9

BATU RONSON & SIKAP BURUNG UNTA AHLI UMNO.......



"Saya ahli UMNO  totok (sejati). Itu ucapan Tan Sri Muhyiddin selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi petang tadi. Lepas nie ada pulak yang meroyan kerana tak jadi pulak Timbalan Presiden dipecat.

Yang nak melagakan pemimpin nie adalah mereka yang mempunyai kepentingan supaya UMNO hancur. Tapi ini semua menyerlahkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Umpama menari rambut didalam tepung, Tepung tak berselerak rambut tak putus......

Ahli MT, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ada dua tema dalam mesyuarat petang ini iaitu perpaduan dan bergerak ke hadapan.Katanya, Muhyiddin memberi ucapan selama 20 minit dalam mesyuarat itu.

"Dia beri ucapan dan Alhamdulillah ucapannya diterima. Akhirnya UMMO kembali dalam semangat jiwa yang besar. Kita selesaikan dalam keluarga yang besar," katanya.


Spekulasi kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bakal dipecat daripada parti dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kali ini ternyata tidak benar sama sekali.

Walaupun di perkarangan Menara Dato' Onn terdapat sekumpulan penyokong Muhyiddin berkumpul dan melaungkan Kekal Muhyiddin tetapi suasana dalam mesyuarat berjalan penuh semangat setiakawan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir sidang media bersama Muhyiddin mengalu-alukan penyertaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam mesyuarat parti kali ini.

"Mesyuarat MT berlangsung dalam suasana sangat baik menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi.

"Kita bincang banyak perkara dan saya mengalu-alukan penglibatan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan presiden UMNO," kata Najib.

Ia merupakan mesyuarat MT UMNO yang pertama selepas Najib mengugurkan Muhyiddin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Mohd. Shafie yang sebelum itu menyandang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Selain itu, ada juga ura-ura Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat sebelum itu.

Najib juga mengumumkan pengakuan Muhyiddin dan Mohd. Shafie untuk terus berjuang dalam parti termasuk memastikan parti kekal memenangi pilihan raya umum akan datang dan tidak ada sebarang agenda untuk memecatnya.

Dalam mesyuarat lebih empat jam itu, Najib memberitahu mereka membincangkan banyak perkara termasuk perlunya solidariti dalam pimpinan MT UMNO untuk menyelesaikan banyak perkara.

Beliau juga memperjelaskan tempoh edah enam bulan yang diperlukan 1MDB serta proses rasionalisasi.

MT juga mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan sumber dana politik kerana tidak ada peruntukan undang-undang berkaitan.

"Kita ambil maklum semua parti politik amal sumbangan dana termasuk pembangkang. BERSIH 4.0 kutip duit dan bila dipohon dari sumber mana mereka enggan mendedahkan sumber mana tapi bila kepada mereka tidak tuntut tetapi kepada UMNO dan BN macam-macam dibangkitkan," ujarnya dan mengulangi keenganan pembangkang mendedahkan sumber dana politik apabila beliau mencadangkannya kira-kira empat tahun lepas.

Bagaimanapun, Najib membayangkan perlu satu kaedah termasuk peruntukan undang-undang supaya supaya sumber dana politik akan dapat dikawal pada masa depan.

Mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menuduhnya memberi rasuah, Najib menyerahkannya kepada polis kerana laporan polis mengenai sudah dibuat

Ditanya mengenai keresahan ahli-ahli parti yang lega kerana tidak ada pemecatan dibuat hari ini tetapi bagaimana usaha mengekalkan suasana itu, Najib berkata, ia memerlukan masa dan ahli-ahli parti kena membantu mengekalkannya.

"Untuk mengekalkannya perlu bagi masa dan masing-masing ada peranan termasuk ketika berceramah dan perlu menekankan pentingnya solidariti dalam parti,"

Monday, September 7

@MariaChin Bersikap Kebudak-Budakkan @DAPMalaysia @tonyphua


Kebudak-budakan. Inilah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan sikap Bersih yang enggan membayar bil tuntutan DBKL dan juga tindakan mereka mempersendakan pegawai-pegawai yang telah tersilap menghantar surat tuntutan tersebut.

Bersih telah berjanji untuk membersihkan kekotoran yang mereka tinggalkan sebelum meninggalkan lokasi perhimpunan. Ini adalah satu pembohongan. Saya ada gambar-gambar yang menunjukkan segala timbunan sampah dan juga kerja-kerja pembersihan yang telah dilakukan oleh kakitangan Alam Flora.

Bukan sahaja Bersih telah gagal untuk membersihkan kekotoran yang mereka tinggalkan, mereka juga gagal untuk menghalang penyokong-penyokong mereka dari membuang air kecil di merata tempat, jelas menunjukkan sikap mereka yang melanggar adab kesopanan dan juga mengabaikan kebersihan awam. Saya telah mengarahkan Alam Flora untuk menggandakan usaha mereka dalam membersihkan bau kencing demi menjaga keselesaan rakyat Malaysia yang pergi ke perarakan Hari Kebangsaan keesokan harinya.

Untuk menambahkan lagi sikap kebudak-budakan mereka, Bersih kini mempersendakan insiden salah alamat apabila pegawai saya cuba menghantar bil kerja-kerja pembersihan tersebut.

Alamat Bersih seperti yang tertera dalam halaman Facebook mereka adalah 13, Lorong 4/48e, Petaling Jaya.

Pegawai-pegawai saya telah ke lokasi yang betul namun malangnya Bersih 2.0 tidak memaparkan sebarang papan tanda untuk menunjukkan bahawa itu adalah pejabat mereka. Pegawai-pegawai saya telah tersilap rumah, iaitu rumah yang betul-betul di sebelah pejabat Bersih 2.0 (lihat gambar yang dilampirkan).

Kesilapan ini boleh terjadi kepada sesiapa pun. Ia adalah satu kesilapan kecil dan pegawai saya telah pun menjelaskan kekhilafan beliau dalam akaun Twitter beliau pada hari kejadian tersebut. Rumah yang salah itu bukannya berada di jalan yang lain atau pun dalam tempat lain di Petaling Jaya. Rumah tersebut hanya terletak di sebelah kanan pejabat Bersih.

Setelah menyedari kesilapan tersebut, pegawai-pegawai saya telah sekali lagi pergi ke lokasi tersebut dan kali ini mereka pergi ke alamat yang betul. Alamat yang betul itu juga nampaknya seolah-olah kosong, dan tiada siapa berada di sana untuk menerima bil tersebut.

Saya tidak akan ditakut-takutkan oleh sikap dan jenaka Bersih 2.0. Bil kerja-kerja pembersihan tersebut harus dan akan diserahkan kepada mereka. Dan mereka perlu membayar tuntutan tersebut memandangkan Maria Chin pernah berkata mereka berjaya mengutip RM2.4 juta daripada awam untuk membantu mereka  menganjur dan mengurus perhimpunan haram tersebut. Saya cukup pasti yang bil berjumlah RM65,000 itu tidak sedikit pun akan menjejaskan dana mereka yang berjumlah jutaan ringgit itu. Sikap mereka yang enggan membayar juga jelas menunjukkan mereka sengaja mempermain-mainkan penderma-penderma.

Apa pula lagi selepas ini?

Jika Bersih terus berkeras untuk tidak membayar bil tuntutan tersebut, pada perhimpunan haram seterusnya yang mereka anjurkan, mungkin saya patut menghantar segala sampah sarap yang mereka tinggalkan itu di depan pejabat mereka. Jika ini berlaku, saya jamin kali ini saya akan hantar sampah sarap tersebut ke alamat yang betul.

Dato' Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan
via FaceBook.

ORANG MELAYU & SIFAT (PHD)


Sejak dari kecil kita dimomokan dengan cerita sifat serta hasrat dengki orang melayu, Ini bukanlah cerita yang direka oleh MKP akan tetapi ramai yang telah merasai sendiri. Jika berniaga sudah pasti benda sebegini diperhebahkan "amalan dukun serta bomoh".

Sejarah memperlihatkan empayar dan tamadun Islam jatuh disebabkan berlakunya khianat, hasrat dengki dan benci-membenci malah ada yang sanggup berkompromi dengan musuh.

Khianat, hasrat dengki dan benci-membenci ini akan kurangkan juga akan mengikis kekuatan, agama dan perpaduan dalam kalangan orang Melayu terutama kita ahli UMNO. Ini yang berlaku sekarang.

Ketentuan untuk meletakkan kedudukan seseorang itu adalah urusan Allah dan hambaNya tidak sepatutnya mempersoal ketentuan itu dengan mempunyai sifat hasad dengki.

Kedudukan seseorang itu sangat jelas, kita boleh berusaha dan tawakal kepada Allah sebab qada dan qadar itu boleh ditukar dengan doa.

Tetapi hakikatnya apabila seseorang diletakkan di tempatnya, sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri atau pusat, maka sokongan dan dokongan perlu diberi secara padu.


Perpecahan di kalangan anggota UMNO kerana menyokong pemimpin tertentu perlu ditamatkan serta-merta dan anggota Umno di setiap peringkat perlu bersatu di bawah satu sokongan dengan menyokong satu kepimpinan.

Sifat itu perlu dihapuskan segera kerana anggota UMNO sudah tidak mempunyai masa lagi untuk berbalah sesama sendiri memandangkan pilihan raya umum ke-14 sudah semakin dekat bagi memastikan UMNO kekal memerintah bagi membela nasib rakyat.

UMNO pada masa ini menghadapi 'peperangan' persepsi dan dihukum melalui 'mahkamah' pendapat umum, justeru anggota parti perlu menggunakan minda mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.Perpecahan di kalangan anggota UMNO boleh menimbulkan persepsi yang negatif terhadap parti keramat orang Melayu.

Dahulu kekuatan politik di zaman penjajah berdasarkan kekuatan senjata, kini politik dipengaruhi kekuatan minda, apabila persepsi negatif diwujudkan akan jadi negatif, bila positif akan jadi positif, seseorang itu telah dihukum terlebih dahulu melalui persepsi.

Anggota Umno perlu lebih kuat terutamanya dalam menguasai media sosial bagi menangkis segala serangan musuh politik parti. Jangan kita gagal dalam peperangan minda melalui media sosial, jangan sesekali ada anggota UMNO yang 'menembak' sesama sendiri dalam media sosial, hentikan segera.


Saturday, September 5

JAHAT SUNGGUH Wartawan The Malaysian Insider. @MpKotaBelud

Berikut adalah video yang telah buat dimana etika kewartawanan itu tidak dipatuhi oleh seseorang wartawan dan boleh menjatuhkan reputasi seseorang. Video ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak dan ini hanya lakonan semata-mata.

Pagi tadi, seorang wartawan The Malaysian Insider (TMI) bertanyakan soalan berhubung respon saya terhadap kebimbangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa penyiasatan ke arah YAB Perdana Menteri tidak akan dapat dilaksanakan secara telus memandangkan mereka bertanggungjawab kepada Perdana Menteri. 
Saya menjawab bahawa jika pihak penyiasat bertanggungjawab kepada sesiapa pun, orang ramai tetap akan menuduh pihak penyiasat sebagai tidak telus.  
Sebagai contoh, sekiranya mereka bertanggungjawab kepada Parlimen, orang ramai akan berkata bahawa mereka tidak telus memandangkan ada lebih ramai ahli parlimen BN di Parlimen berbanding pembangkang. 
Walau pihak penyiasat bertanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong sekalipun, orang ramai akan tetap menuduh Yang di-Pertuan Agong sebagai menyebelahi sebelah pihak sahaja. 
Dengan kata lain, saya hanya menjelaskan bahawa sekiranya pihak penyiasat bertanggungjawab kepada sesiapa pun, orang ramai akan tetap menuduh mereka sebagai tidak telus. 
Saya turut menambah bahawa pengundi-pengundi sahaja yang boleh menentukan keputusan pilihanraya umum yang akan datang. Mereka boleh terus mengundi kami, dan mereka jugalah yang boleh menghukum kami. 
Malangnya, kenyataan saya ini telah diputarbelit oleh The Malaysian Insider. Tajuk utamanya dengan gah mendakwa, “Tiada siasatan terhadap Najib akan telus, kata menteri.” Tajuk berita ini ternyata sungguh tidak bertanggungjawab. 
Saya tidak pernah berkata sedemikian. Apa yang saya katakan adalah bahawa sekiranya pihak penyiasat bertanggungjawab kepada sesiapa pun, orang ramai akan tetap meragui ketelusan mereka. 
Saya harap TMI akan lebih bertanggungjawab dan telus dalam laporan mereka dan berhenti dari memutarbelitkan kenyataan-kenyataan saya. Saya telah meminta mereka membetulkan laporan mereka dengan segera.
Dato' Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
FACEBOOK LINK  

 
 

Friday, September 4

7 PEMIMPIN UMNO BAKAL DIPECAT.......


Mutakhir ini pergolakan dalaman UMNO menjadi buah mulut dikalangan Rakyat. MKP pun ditanya mengenai pergolakan ini. Jawapan MKP amat mudah "saya hanya ahli biasa bukan boleh masuk mesyuarat Majlis Tertinggi pun". Yang pastinya setiap keputusan perlulah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi. 

Tapi MKP agak terkilan jugak kerana sampai sekarang isu besar sebegini masih lagi belum selesai dimeja perundingan. Jika berlarutan kelak yang hancur adalah UMNO itu sendiri. 

Pemimpin datang dan pergi akan tetapi UMNO kekal dengan reputasi yang kurang meyakinkan rakyat. Siapa yang rugi...? Pihak pembangkang mengambil kesempatan hanya mengapikan sedikit melalui media yang dikuasai mereka. Ayat menyedapkan hati adalah mungkin ada kebaikan disebalik kemelut yang berlaku sekarang ini. 

Pada zaman ini dimana ramai asyik bergayut pada handphone dan melayari internet sekelip mata saja siapa saja boleh cetuskan khabar angin yang merebak luas.

'Tembak' satu cerita,lempar masuk mana-mana whatsapp group maka akan menjalar dengan pantas hingga kerap kali ada kisah orang yang segar bernafas terkejut dia dikhabarkan sudah dikuburkan.

Terbaru paling hangat ialah penyebaran di media sosial senarai tujuh orang pemimpin UMNO konon akan dipecat pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan pada Rabu,9 September ini.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya diadakan pada 31 Julai lalu.Namun ia dibatalkan  kerana dikatakan untuk sejukan keadaan selepas rombakan kabinet dibuat.

Rombakan itu agak panas bila melibatkan penguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Macam mana senarai yang disebar tak jadi panas.Ia membariskan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO,Shafie Naib Presiden dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru,Datuk Aziz Sheikh Fadzir,Ketua UMNO Bahagian Kemaman,Datuk Ahmad Said,bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO,Datuk Hamidah Osman dan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar,Sabah,Datuk Jumat Idris.

Jika betul bagai disebar UMNO/BN akan kehilangan empat kerusi Parlimen yakni Muhyiddin di Pagoh,Johor ,Shafie di Semporna,Sabah,Aziz di Kulim Bandar Bharu,Kedah dan Jumaat di Sepanggar,Sabah.

Dua kawasan Dewan Undangan Negeri pula Ahmad Said di Kemaman,Terengganu dan Mukhriz di Air Hitam,Kedah.

Sekalipun tidak diketahui siapa yang 'tembak' tetapi penyebaran senarai itu telah mencetuskan tandatanya.Betulkah?

Ada yang berkata mana lojiknya cerita yang disebar berasaskan situasai politik semasa.

Dalam pada itu ada juga yang merasa cerita itu sengaja 'ditembak' oleh pihak tertentu untuk menghangat suasana dalam UMNO menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Apapun ia telah mendorong Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia,Tan Sri Mohamad Aziz yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor adakan sidang akhbar Khamis mengenai hal berkenaan.

Beliau antara lain kata jika benar Majlis Tertinggi 9 September ini hendak ambil tindakan memecat atau gantung keahlian Muhyiddin dan Shafie ia keputusan tidak bijak dan tentu akanm mencetuskan kemarahan ahli parti.

Mukhriz pula yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Alor Star Khamis enggan mengulas mengenai kisah kononnya beliau akan dipecat dari parti itu.

Katanya setakat ini beliau sendiri belum dapat apa-apa makluman dari UMNO Pusat mengenai hal berkenaan.

"List ni macam-macam, ...tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tak boleh la nak bagi respon.

"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan UMNO Pusat,"katanya.

Sementara itu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga ditanya wartawan semasa satu majlis di Batu Pahat Khamis.

Baginya senarai yang disebar itu konon Muhyiddin dan Shafie hendak dipecat atau digantung keahlian UMNO adalah khabar angin yang tidka berasas.

"Jika ada pihak tertentu yang mahu terus percaya khabar angin berkenaan, terpulanglah tapi saya sendiri pun masih tidak tahu apa agenda mesyuarat ( Majkis Tertinggi UNNO )  itu nanti.

"Malah mesyuarat Majlis Tertinggi juga sebenarnya adalah tertutup dan apa saja agenda yang dibincangkan juga tidak perlu dibincangkan umum, jadi saya nasihatkan tidak perlulah sebar khabar angin yang bukan-bukan seperti ini," katanya.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil pula ingatkan ahli UMNO tidak terpengaruh dengan penyebaran senarai seumpama itu.

Ketika ditanya mengenainya dalam sidang akhbar selepas Ketua-ketua Wanita UMNO Bahagian adakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC Khamis,beliau berkata," kalau lihat trend sekarang setiap hari ada senarai baru."

Agenda Daily 

Thursday, September 3

MANA DAPAT DANA RM2.4Juta


Hebat jugak DAP nie. Anjur perhimpunan haram dapat sumbangan dana RM2.4juta. Kalau macam nie MKP pun nak anjur perhimpunan haram jugaklah. Bukan apa kalau dah dapat 2.4juta tak payah susah hati lagi, Almaklum dah kaya-raya. Bukan senang nak dapat duit sebanyak itu. Tapi hakikatnya adalah indah khabar dari rupa. 

Kalaulah pihak kerajaan Barisan Nasional yang dapat dana sebanyak itu sudah tentu riuh satu Malaysia umpama malaysia nak kiamat atau dilanda Tsunami. 

Penganjur Bersih 4 enggan mendedahkan kepada polis sumber dana RM2.4 juta untuk menganjurkan protes anti-kerajaan itu hujung minggu lalu.

Pengerusi Bersih Maria Kencing Abdullah dan enam rakannya disoal mengenai butiran rancangan dan pelaksanaan himpunan dua hari itu termasuk dana RM2.4 juta yang dikatakan hasil sumbangan awam serta penjualan baju T kuning sempena demonstrasi itu.

Yang kurang enaknya pulak,Penganjur Bersih terus tunjuk keras kepala.Mereka tidak mahu bayar bil kerja-kerja pembersihan ekoran perhimpunan haram itu pada hujung minggu lalu sebanyak RM65,000.

Ini ekoran kenyataan Menteri Kesejahteraan,Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai bayaran berkenaan yang perlu dibuat oleh penganjur kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Menurut menteri itu selain kerja pembersihan ada peserta yang buang air kecil merata-rata di kawasan perhimpunan.Pengerusi penganjur,Maria Kencing Abdullah kata mereka akan dapatkan nasihat perundangan jika terima bil berkenaan.

Dia minta bukti mengenai keperluan membayar bil itu dan dakwa kerja pembersihan adalah tanggungjawab DBKL.Dia mendakwa kerja-kerja pembersihan banyak diuruskan oleh petugas sukarelawan mereka sepanjang perhimpunan selama 34 jam itu.

Senang aje jawapan yang diberikan oleh Maria Kencing nie. Yang buat kotor itu adalah peserta bersih namun bila bab sampah orang lain pulak kena tanggung. Bersih menuntut keadilan namun bila kena batang hidung pandai pulak bermain wayang. 

Ditanya mengenai siasatan polis,Maria kata mereka ambil langkah diam diri pada sebahagian soal termasuk mengenai penganjuran himpunan itu.

Katanya setakat hari ini mereka boleh dikenakan sebarang dakwaan.Dia kata kemungkinan pendakwaan akan dibuat kemudian.

Wednesday, September 2

Tun M DISIASAT POLIS #Bersih4


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 yang diadakan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis juga akan menyiasat kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Dr. Mahathir semasa perhimpunan jalanan itu, selain kerana menghadiri perhimpunan tersebut.

“Kita akan panggil beliau… beliau telah membuat ucapan dan pelbagai tuduhan tertentu, kita pun hendak tahu dengan lebih lanjut apakah maksud beliau itu, serta dari mana maklumat itu diperoleh.

“Contohnya kenyataan Tun kata bahawa Ketua-ketua Bahagian UMNO telah dirasuah, jadi kita hendak tahu secara lebih lanjut… harap beliau pun boleh memberi kerjasama pada polis,” kata Khalid lagi.

Selain itu, pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan enam ‘orang kuat’ pertubuhan tidak berdaftar tersebut turut dipanggil pihak polis untuk diambil keterangan mereka di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Rabu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Majlis Sambutan Peringatan Hari Pasukan Polis Marin ke-68 di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1, di Pelabuhan Klang di sini pada Rabu.

Negarawan tersebut memeranjatkan pelbagai pihak apabila muncul secara tiba-tiba dalam perhimpunan tanpa permit itu dekat Dataran Merdeka pada lewat Sabtu dan kemudian di Pasar Seni pada petang Ahad.

Dr. Mahathir bagaimanapun mendakwa kehadiran beliau secara mengejut itu bukan menyokong pembangkang tetapi mahu bersama-sama rakyat Malaysia membantah kerajaan Barisan Nasional konon tidak demokratik.

Namun, pelbagai pihak mengutuk keras tindakan beliau itu kerana sepanjang 22 tahun memerintah negara, Dr. Mahathir paling lantang mengawal kebebasan rakyat termasuk demonstrasi haram.

Tuesday, September 1

#Bersih4 GAGAL!!!! TERNYATA CINA DAP........?


Tujuan bersih diadakan kali ini mirip kepada menjatuhkan Perdana Menteri namun sejak berakhirnya Rally Bersih ternyata DS Najib Razak masih lagi kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ramai peserta bersih kali ini kecewa, Mereka mengharapkan terjadinya rusuhan serta kekangan dari pihak berkuasa namun apa yang terjadi sebaliknya. Aman damai.

Anggaran ratus ribu penyertaan yang diwar-warkan oleh pembangkang sebelum ini ternyata tak tercapai apabila ianya lebih kurang 35 ribu peserta yang hadir di mana 90 peratus daripadanya merupakan kaum Cina sekaligus membuktikan penduduk Malaysia terutamanya bangsa Melayu menolak apa sahaja jenis ‘kekacauan’ yang cuba dicetuskan oleh pihak pembangkang terutamanya dari parti DAP.

Kekurangan penglibatan peserta Melayu dalam himpunan kuning itu disebabkan keengganan PAS untuk turut serta dalam penganjuran kali ini kerana hubungan mereka dengan DAP yang diibaratkan seperti ‘berpatah arang, berkerat rotan’.

Jumlah kehadiran kaum Melayu yang dilihat semakin terjejas pada penganjuran kali ini jika dibandingkan dengan edisi terdahulu, Sebelum ini memang kita tengok jelas bahawa PAS adalah antara mereka yang berada di barisan hadapan, dengan kewujudan unit amal mereka dan sebagainya.

Kalau dulu, mereka selalu juga hantar wakil macam Dr Idris Ahmad, jadi bila PAS tak ada, ahli PAS juga tak ada yang turut serta, maka bukan Melayu yang ramai hadir.

PAS walaupun telah ada yang berpecah dan GHB (Gerakan Harapan Baru) ada datang tapi tak ramai Melayu yang hadir. Jadi, Melayu dilihat berbelah bagi untuk sokong Bersih.

Selain itu, perbuatan biadap sesetengah peserta demo turut mencerminkan tahap pemikiran mereka yang sesuka hati mengutuk dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pelbagai poster dan banner yang keterlaluan.

Malah, ada yang berani memijak poster yang tertera wajah Najib. Tingkah laku seperti ini ke kita hendak sajikan kepada masyarakat seluruh dunia, memandangkan himpunan ini turut mendapat liputan daripada pihak media antarabangsa.

Tepuk dada, tanya diri anda sendiri..

Yang paling kelakar dakwaan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengisytiharkan sambutan kemerdekaan tahun ini merupakan hari terakhir pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di Malaysia.

Anwar yang sedang merengkok dalam penjara kerana kesalahan meliwat melalui satu ‘perutusan’ turut mendakwa hari tersebut adalah pengakhiran ke atas kezaliman serta penindasan yang dilakukan kerajaan terhadap rakyat.

Malangnya hingga ke hari ini, tiada apa-apa perubahan berlaku!

Memang angan-angan Mat Jenin itu terlalu tinggi, susah hendak dicapai oleh mereka-mereka yang bercita-cita mahu menakluk negara dengan menggunakan pendekatan ‘memperkudakan’ rakyat untuk kepentingan politik masing-masing.

Jadi, dengan berakhirnya himpunan 34 jam itu, buat peserta pastinya ‘pengalaman’ yang diperolehi hanya penat dan lelah selain ‘mengotorkan’ pemandangan di sekitar Dataran Merdeka yang selama ini menjadi mercu tanda kebebasan tanah air.

Mungkin selepas ini cukup-cukuplah diadakan demonstarsi jalanan haram yang bukan sahaja menimbulkan huru-hara sebaliknya turut mencacatkan nama baik negara di mata dunia.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive