RAPID

Wednesday, November 25

BANGUN AWAL ELAK TOL, MALAYSIAKINI BAKAL DISAMAN RAHMAN DAHLAN


Pening dgn netizen sekarang yg suka sangat spin berita. Inilah pengakhiran dunia bila fitnah berleluasa. Etika kewartawanan tidak lagi diambil kira asal sahaja berita menjadi cerita. Bila dah tak suka bercakap apa pun tidak diterima biarlah berperang dan telanjang di medan cyber.

Headlines, tajuk berita, by line , trending keutamaan utama, kesahihan berita dan sumber bukan perkara pertama.

Apa yang dikata hanyalah nasihat semata-mata "alternatif dan invest masa - Nak sensasi cerita Bangun Awal berita dijaja'

Berikut adalah kata-kata dari YB Menteri kepada pemberita -

"Ada jalan alternatif dari point A kepada point B. Di mana kita letakkan tol kita mempunyai jalan alternatif.di lembah kelang tanpa melalui tol.

Cumanya bila kita .tidak melalui tol, ianya akan memakan masa dan mungkin terlampau bnyk traffic jem dan traffic light. Jadi dari segi itu kita kena "invest" masa kalau.tak nak bayar tol kita kena invest masa untuk sampai ke destinasi kita.

Mungkin 15 minit lebih awal atau 20minit lebih awal kita kena bangun masuk dlm kereta dan memulakan perjalanan. So its about "trade off" Tol ini adalah sebahagian dari cara kita untuk memendekan perjalanan kita"

1. Dewasa ini, telah timbul fenomena di kalangan segelintir media online yang lebih cenderung meletak tajuk berita sensasi dan laporan yang diambil luar daripada konteks sebenar.

2. Fenomena ini menyebabkan banyak pihak terpaksa meluangkan masa yang banyak untuk menjawab dan memperbetulkan laporan portal media online yang mengelirukan pembaca.

3. Saya sedia maklum dalam era yang dipacu kepantasan internet, masyarakat menuntut agar berita disiarkan dengan kadar segera. Situasi ini telah mendorong sesetengah (bukan semua) portal media online menjadi lebih tergesa-gesa dalam menyiarkan laporan mereka.

4. Sebagai contoh, semasa sidang media saya di Hari Perancang Bandar Sedunia di JW Marriot, 3 November lepas, saya telah menyentuh tentang bagaimana untuk menjadikan sesebuah bandar itu agar lebih bingkas (resilient) dalam menghadapi tekanan sosial dan ekonomi termasuk bencana yang mungkin menimpa bandar tersebut.

5. Saya juga bercakap tentang tekanan yang dihadapi oleh bandar-bandar seluruh dunia alaf ini, seperti pencemaran alam, pengangkutan awam, kos sara hidup, perumahan mampu milik dan tahap keselamatan makanan (food security) semasa bencana.

6. Berdasarkan huraian saya diatas, saya ditanya oleh wartawan-wartawan yang hadir tentang dua perkara, yang pertama tentang kenaikkan kadar tol lebuhraya dan yang keduanya tentang migrasi penduduk dari kawasan bandar ke kampung akibat kos sara hidup yang tinggi di bandar.

7. Sebagai penjelasan, lazimnya saya tidak menjawab soalan-soalan yang tiada kena-mengena dengan kementerian saya, tetapi memandangkan isu kenaikkan tol dan isu migrasi penduduk dari kawasan bandar ke kampung akibat kos sara hidup yang tinggi di bandar adalah isu nasional maka saya mengambil pendekatan untuk menjawab isu tersebut.

8. Dalam jawapan saya bagi isu kenaikkan tol, saya telah menekankan bahawa di mana ada jalan bertol sudah pastilah ada jalan alternatif tanpa tol. Sekiranya kita mengambil jalan alternatif, kita mungkin akan berhadapan dengan kelewatan berpunca daripada kesesakan lalu lintas dan lampu isyarat. Oleh yang sedemikian, kita terpaksa melaburkan lebih banyak masa untuk sampai ke destinasi pilihan.

9. Dalam jawapan yang sama, saya juga menegaskan bahawa ini adalah satu bentuk “trade off” atau timbal balas kerana lebuhraya dan jalan bertol adalah sebahagian daripada cara kita untuk memendekkan perjalanan.

10. Tetapi malangnya, jawapan saya semasa sidang media tersebut telah disalah erti menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa saya menggesa mereka yang enggan membayar tol supaya bangun awal.

11. Ekoran daripada itu, saya telah terdedah kepada kemarahan dan caci maki orang ramai, terutamanya warga netizen.

12. Dalam jawapan saya, saya tidak pernah mencadangkan apatah lagi menggesa orang ramai supaya bangun awal untuk mengelak dari membayar tol. Saya hanya memanjangkan pendapat bahawa di mana ada laluan bertol pastilah ada jalan alternatif tanpa tol.

13. Selanjutnya saya menggambarkan sekiranya sesiapa memilih laluan tanpa tol, mungkin mereka akan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan lampu isyarat. Oleh yang sedemikian, sekiranya kita memilih jalan alternatif tersebut kita mungkin perlu melaburkan lebih banyak masa, termasuk kemungkinan perlu bangun awal atau bangun pada masa biasa tetapi memulakan perjalanan lebih awal.

14. Manakala dalam isu kenyataan “balik kampung” yang timbul dalam sidang media yang sama, saya telah ditanya tentang soal kenaikkan kos sara hidup yang akan mendorong penduduk kota untuk pulang ke kampung.

15. Terhadap soalan tersebut, saya telah menjawab bahawa saya percaya bahawa konsep “reverse migration”dari bandar ke luar bandar boleh mengurangkan tekanan kepada sistem perbandaran. Saya telah melontarkan komentar bahawa proses migrasi dari luar bandar ke bandar yang terlampau cepat di negara kita telah menekan sistem perbandaran seperti perumahan, pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dalam sebuah bandar tersebut. Perkara-perkara ini sebenarnya adalah asas perbicangan persidangan Hari Perancang Bandar yang diraikan pada hari itu.

16. Seantero dunia, rata-rata kerajaan menyokong konsep reverse migration atau sekurang-kurangnya berusaha untuk melambatkan proses migrasi bandar untuk mengurangkan tekananseperti pencemaran alam, kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam, kos sara hidup dan pengganguran dalam bandar.

17. Saya juga menegaskan bahawa kehidupan di kampung bukan lagi seperti dulu, hampir semua kampung-kampung di negara ini sudah lama menikmati kemudahan asas yang lengkap.

18. Malangnya, Malaysiakini memilih untuk memuatnaik sebuah video Voxpop yang menanyakan pendapat orang ramai berhubung kenyataan saya yang telah diedit tentang “reverse migration” tanpa memberi konteks sebenar jawapan saya.Kenya tahan tidak lengkap ini memberi gambaran seolah-olah saya tidak sensitif dan memperlekehkan warga kota sehinggakan ianya menjadi satu bahan jenaka dalam media sosial untuk menghina saya.

19. Hakikatnya, dalam sidang media itu, bukan sahaja saya menyeru agar mereka yang ingin berhijrah kembali ke kampung untuk bercucuk tanam, saya juga telah menyeru penduduk yang tinggal di bandar untuk mengamalkan konsep kebun komuniti (community gardening). Idea community gardening bukan baru malahan sudah dipelopori di seluruh dunia. Ia juga adalah salah satu teras utama yang akan menaikkan daya tahan (sustainability) kehidupan di kota.

20. Malaysiakini juga dengan sengaja tidak melaporkan gesaan saya agar pemaju perumahan di bandar dapat menyediakan satu kawasan di beranda dalam unit-unit pangsapuri supaya warga kota dapat mengamalkan konsep menanam sayur-sayuran seperti cili.

21. Ekoran dari video Voxpop itu, saya sekali lagi telah menjadi mangsa tohmahan orang ramai yang tidak mendapat maklumat lengkap dari Malaysiakini.

22. Walaupun media online sangat dekat di hati saya, tapi apa yang dilakukan oleh Malaysiakini sudah melampaui batas kewarasan etika kewartawanan dan merosakkan reputasi saya.

23. Saya bersetuju bahawa,media, termasuk portal berita online, adalah satu institusi check and balance. Mereka bertanggungjawab untuk melaporkan berita secara telus. Mereka boleh mengkritik, namun kritikan mereka haruslah bersifat konstruktif demi kebaikan bersama.

24. Sidang media hari ini bertujuan untuk memperbetulkan sebarang salah faham berkenaan dengan kenyataan media saya dan membersih nama baik saya.

25. Maka dengan itu, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini. Biarlah tindakan saya ini menjadi satu peringatan bahawa media online perlu bersifat lebih profesional, tidak mengkompromi fakta dan tidak bertujuan menghina. Sesungguhnya saya percaya media online mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai salah satu daripada ejen pemangkin yang penting dalam mendokong evolusi negara bangsa.

26. Akhir sekali, walaupun tindakan undang-undang ini adalah terhadap Malaysiakini, saya juga mengekalkan hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal-portal berita online lain yang telah mencemarkan reputasi saya.

Dato' Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan
November 25, 2015

Thursday, November 19

@CmLimGuanEng Menipu Isu Pemecatan Ahli PAS?


Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang menipu orang ramai apabila mendakwa seramai 300 ahli PAS yang memegang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri itu telah dipecat sepanjang bulan lalu.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang (BPPPP), Mohd. Yusni Mat Piah sebaliknya berkata, ahli PAS terbabit tidak dipecat tetapi mereka yang meletakkan jawatan masing-masing.

Menurutnya, peletakan jawatan itu kerana PAS tidak lagi bekerjasama dengan parti DAP yang kini membentuk Pakatan Harapan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Justeru, beliau menggesa Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dikuasai DAP tidak berbohong kepada rakyat kononnya 300 JKKK dalam kalangan ahli dan pemimpin PAS telah dipecat sepanjang Oktober lalu.

“Jika tidak diserahkan surat pemecatan, kenapa sanggup berbohong bahawa semua 300 JKKK itu telah dipecat? Malah, pihak kerajaan negeri ‘segan silu’ menafikan tindakan meletak jawatan oleh JKKK daripada kalangan ahli dan pemimpin PAS.

“Kenapa hanya 300 JKKK sahaja dimaklumkan sebagai dipecat, sedangkan rekod sebenar menunjukkan 1,083 ahli PAS Negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK. Kenapa 783 orang lagi dibiarkan?? Adakah disembunyikan kuota PKR dan DAP?”

Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini memaklumkan ahli PAS terbabit tidak boleh mendakwa mereka yang meletakkan jawatan daripada kerajaan negeri kerana mereka telah pun dipecat sebelum ini.

Kenyataan Guan Eng itu dipercayai bagi menjaga reputasi pimpinan kerajaan DAP dalam kalangan masyarakat terutama kaum Melayu di negeri itu.

Mohd. Yusni menjelaskan, BPPPP telah mengambil keputusan lebih awal untuk tidak lagi bersama-sama di dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di semua peringkat selepas Pulau Pinang kini dikuasai Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat.

Justeru, tegasnya, kenyataan kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa 300 JKKK PAS dipecat dan digantikan dengan pemimpin PAN langsung tidak memberi kesan dan tida relevan kepada PAS Pulau Pinang.

Beliau turut memberi peringatan kepada Pakatan Harapan bahawa PAS Pulau Pinang tidak akan lumpuh walaupun kerajaan negeri itu melakukan kezaliman ke atas ahli-ahli PAS di Pulau Pinang.

Monday, November 16

RAKYAT SUSAH KERANA GST!!! GAJI ADUN NAIK DI PULAU PINANG...?



Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dijangka meluluskan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) Pulau Pinang, 1980, yang akan menyaksikan kenaikan gaji exco kerajaan dan wakil rakyatnya.

Kenaikan gaji akan membabitkan semua kategori, termasuk speaker DUN Pulau Pinang dan juga ketua pembangkang DUN.

Pindaan itu dijangka diluluskan pada hari terakhir sidang DUN pada Jumaat ini.

Ia akan menyaksikan kenaikan gaji berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun depan.

Kali terakhir semakan gaji wakil rakyat di negeri itu adalah pada tahun 2013, selepas Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) mengekalkan negeri untuk penggal kedua.

Elaun ketua pembangkang DUN, Datuk Jahara Hamid akan menyaksikan kenaikan sebanyak 50 peratus, iaitu daripada RM2,000 kepada RM3,000.

Manakala gaji pokok speaker Law Choo Kiang akan dikaji semula dari RM6,109.29 kepada RM12,109.29.

Gaji anggota exco kerajaan negeri pula akan meningkat daripada RM6,109.29 kepada RM12,109.29.
Semua gaji 40 ADUN akan hampir berganda daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Friday, November 13

PULAU PINANG KETANDUSAN PEMIMPIN BERKALIBER........


Apa dah jadi dengan Pulau Pinang yang kini ketandusan pemimpin yang berkualiti, banyak pemimpin diambil dari luar. Adakah anak negeri ini tidak layak menjadi pemimpin. Atau tidak mempunyai aura memimpin.

Lidah tidak mempunyai tulang hebat berkata-kata tak semestinya betul apa yang diucapkan , Penasihat DAP, Lim Kit Siang diakui memang cukup handal. Daripada zaman awal penglibatannya dalam politik iaitu sekitar tahun 60an, Kit Siang memang juara cakap dan juara membangkang.

Namun, setiap apa yang keluar dari mulutnya tidak pernah ada yang kena. Pada Kit Siang, apa yang berlaku dalam Malaysia sejak merdeka hingga hari ini semua tidak kena.

Pada Kit Siang, dari dahulu hingga sekarang, proses pemerintahan negara ini tidak demokratik, pilihan raya pula tidak dilaksanakan secara bebas, banyak berlaku manipulasi dan penyelewengan.

Di sebalik segala tuduhan itu, pada tahun 1969 DAP menang besar juga. Kini dalam keadaan negara yang tidak demokratik dan pilihan raya yang tidak telus, anaknya Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kini telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama dua penggal, namun sistem pilihan raya di Malaysia tetap tidak demokratik, tidak telus dan penuh dengan unsur penipuan.

Peliknya dalam keadaan tidak demokratik, tidak telus dan penuh dengan penipuan itu, anaknya sendiri boleh jadi ketua menteri, malah DAP bersama dengan PKR boleh pula membentuk kerajaan di Selangor.

Kit Siang juga suka mengapi-apikan rakyat pelbagai kaum di negara ini demi mencapai cita-cita politiknya.

Baru-baru ini ketika berucap di Keningau Sabah, Kit Siang membuat provokasi bahawa kemungkinan sudah tiba masanya untuk pemimpin dari Sabah dan Sarawak menjadi Perdana Menteri.

Daripada cara beliau bercakap adakah bermaksud jika rakyat di Sabah dan Sarawak memilih DAP dan sekutunya sebagai parti pemerintah maka salah seorang pemimpin dari kedua-dua negeri itu akan dilantik sebagai Perdana Menteri?

Atau itu hanya sekadar gula-gula daripada DAP untuk meraih sokongan?

Realitinya ada di depan mata. Sudah dua penggal DAP menang di Pulau Pinang dan membentuk kerajaan. Tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang bukan orang tempatan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, anak kepada Lim Kit Siang diimport dari Melaka.

Ini memberi gambaran seolah-olah tidak ada pemimpin di Pulau Pinang yang layak untuk menjadi pemimpin negeri mereka.

Atau sebenarnya, DAP dan Kit Siang hanya memillih kroni, anak-beranak dan saudara mara mereka sebagai pemimpin jika parti itu menang tidak kiralah di mana atau negeri mana.

Malah jika dilihat dikebanyakan kawasan di mana DAP bertanding, calon yang diletakkan bukan anak tempatan. Kit Siang sendiri pernah bertanding di Melaka, Pulau Pinang, Ipoh dan kini di Johor.

Apakah DAP tidak yakin dengan kebolehan anak tempatan?

Bayangkan jika DAP dan sekutu menang pilihan raya, apa jaminan pemimpin dari Sabah dan Sarawak akan diberikan tempat istimewa dalam barisan kepimpinan. Contoh sudah ada di Pulau Pinang. DAP menang, tetapi anak tempatan dipinggirkan.

Jadi, apa yang disuarakan oleh Kit Siang itu hanya sekadar cakap-cakap kosong untuk meraihkan sokongan kerana realitinya, DAP jarang mengutamakan anak tempatan sama ada sebagai calon pilihan raya mahupun sebagai pemimpin negeri.

Ibarat cakap tidak serupa bikin, apa yang keluar dari mulut Kit Siang tidak sama dengan apa yang dilakukannya.

Saturday, November 7

APAHAL POLIS BANTUAN #Prasarana DIDEPAN RUMAH @PDRMsia @KBAB51 @MyRapidKL


Inisiatif polis bantuan kembalikan kanak-kanak ke pangkuan keluarga. Stesen LRT Kinrara BK5
pada 6 November 2015

Kisah kemasyarakatan ini membuktikan nilai kemanusiaan tidak mengenal sesiapa , tanpa mengira warna kulit atau agama.

Pelbagai kisah berlaku dapat kita jadikan tauladan dan panduan terutama kes-kes yang berlaku membabitkan pengangkutan awam.


Kisah ini bermula kira-kira jam 11 pagi tadi apabila anggota Polis Bantuan Prasarana , PB Zakaria, menemui seorang kanak-kanak lelaki merayau-rayau di platform LRT Kinrara BK5.

Tanpa ditemani sesiapa dan berjalan berseorangan tanpa arah tujuan, kanak-kanak berusia kira-kira 5 tahun ini kemudian dibawa menemui Pengurus Stesen, Zaimi Mahasan.

Usaha mengesan ibu bapa atau penjaga segera dilakukan dengan membawa kanak-kanak ini ke pejabat tiket.

Beberapa pertanyaan kepada kanak-kanak ini seperti dimanakah ibunya dan rumahnya, tidak mendapat respon.

Hebahan di stesen juga gagal menemui ibubapanya. Hebahan melalui media sosial Facebook juga dilakukan.


Sementara itu, penyelia Polis Bantuan hari ini, Kopral Nuri yang tiba setelah dimaklumkan, mengecam kanak-kanak ini kerana pernah ternampak merayau-rayau di Stesen Muhibbah.

Kesimpulan awal, kanak-kanak ini dipercayai adalah dari Kg Muhibbah. Atas inisiatif anggota Polis Bantuan tersebut, (Kopral Nuri, PB Zakaria dan PB Syed Hauruddin) kanak-kanak ini kemudian di bawa ke Kg Muhibbah menemui Komuniti Muhibbah di pejabat kecil Kg Muhibbah.

Akhirnya, pegawai bertugas di Komuniti Muhibbah mengesahkan bahawa kanak-kanak ini adalah anak kepada penghuni di tingkat 5, Blok 5.

Akhirnya, kanak-kanak ini ditemukan semula dan diserahkan kepada ibunya. Syabas Polis Bantuan Prasarana kerana inisiatif dan komitmen anda dalam menjalankan tugas.

Kepada ibu bapa, sentiasalah awasi anak-anak anda. Dalam kes sebegini, jika tindakan lambat diambil atau disedari, kanak-kanak dalam keadaan ini, mungkin menjadi sasaran mereka tidak bertanggungjawab.

Ketika itu, airmata darah sekalipun, tidak akan bermakna lagi...

Tuesday, November 3

Prasarana selaras struktur tambang LRT, Monorel @MyRapidKL @NajibRazak @azmiaziz60


Demi membetulkan struktur tambang berbeza untuk perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang dan Monorel KL selama hampir dua dekad, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan struktur tambang baru untuk ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan.

Serentak dengan pengumuman berkenaan, Prasarana  turut memperkenalkan mod pembayaran berbeza untuk tunai dan bukan tunai bagi menggalakkan penjimatan di kalangan penumpang di bawah skruktur baru itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, struktur tambang yang digunakan sekarang adalah berbeza untuk ketiga-tiga perkhidmatan itu.

"LRT Laluan Kelana Jaya menggunakan kadar tambang yang berbeza antara stesen di Kawasan Pusat Perniagaan (CBD) dan yang bukan di Kawasan Pusat Perniagaan (non-CBD), LRT Laluan Ampang pula menggunakan perkiraan berdasarkan kepada jumlah stesen yang dilalui, manakala Laluan Monorel KL pula menggunakan formula perkiraan berdasarkan kepada jarak perjalanan.

"Untuk struktur tambang yang lebih adil dan konsisten, struktur tambang sekarang akan diselaraskan kepada perkiraan berdasarkan kepada jarak perjalanan, sama seperti amalan yang digunakan oleh operator-operator rel lain di seluruh dunia.

"Di bawah struktur tambang baru, para penumpang akan dikenakan bayaran masuk atau 'flag fall' ditambah dengan jarak perjalanan sebenar, yang kemudiannya didarab dengan kadar yang berpadanan. Kadar yang digunakan akan berkurangan semakin jauh jarak perjalanan," kata Azmi.

Jelasnya, para penumpang bakal menikmati penjimatan daripada penyelarasan struktur tambang LRT dan monorel dengan memperkenalkan mekanisma perbezaan tambang di mana penumpang yang menggunakan mod pembayaran bukan tunai atau 'cashless' akan menikmati diskaun untuk jarak perjalanan berbanding dengan mereka yang membeli token untuk pembayaran tunai pada setiap perjalanan.

"Sebagai insentif tambahan, penumpang yang memilih menggunakan 'MyRapid Smart 7 Mingguan' atau 'MyRapid Smart 30 Bulanan', masing-masing akan menikmati diskaun antara 18 dan 26 peratus, dan antara 20 sehingga 35 peratus untuk kadar jarak perjalanan berbanding dengan yang menggunakan wang tunai," katanya.

Dengan pengenalan struktur tambang baru ini, para penumpang untuk sektor-sektor tertentu akan sebenarnya membayar tambang yang lebih rendah atau sama berbanding dengan tambang yang mereka dikenakan sekarang.

"Kami amat menggalakkan para penumpang khususnya yang menggunakan perkhidmatan kami setiap hari untuk menggunakan sama ada kad 'MyRapid Smart 7 Mingguan' atau 'MyRapid Smart 30 Bulanan' bergantung kepada corak perjalanan masing-masing untuk menikmati penjimatan sebanyak mungkin.

"Kadar tambang baru ini adalah lebih realistik untuk menyeragam dan menyelaraskan struktur tambang untuk perkhidmatan LRT dan monorel, yang tidak pernah mengalami sebarang semakan kenaikan untuk lebih 13 tahun walaupun trend kenaikan sara hidup yang berterusan sepanjang tempoh berkenaan," jelasnya.

Tambah Azmi, struktur baru tambang itu akan berkuatkuasa pada 2 Disember 2015 dan para penumpang boleh mula membeli kad 'MyRapid Smart 7 Mingguan' dan 'MyRapid Smart 30 Bulanan' dengan premium nominal RM2.50 dan RM10.00 untuk kedua-dua produk tersebut.

Kad-kad ini boleh dibeli di Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL di stesenstesen LRT dan Monorel KL mulai 15 November ini atau apabila kad-kad perjalanan Rapid KL yang mereka gunakan sekarang tamat tempoh.

"Satu daripada kelebihan utama kad baru 'MyRapid Smart 7 Mingguan' dan 'MyRapid Smart 30 Bulanan' adalah para penumpang boleh membawa ke hadapan baki daripada nilai simpanan kad ke bulan berikutnya.

"Ini berbeza dengan kad-kad bulanan yang digunakan sekarang di mana perjalanan-perjalanan yang tidak digunakan akan lupus bersama-sama dengan kad berkenaan," kata Azmi.

Tambah Azmi, warga emas, golongan kelainan upaya, dan para pelajar akan terus menikmati diskaun 50 peratus daripada kadar tunai dalam struktur baru yang akan digunakan.

Sunday, November 1

Kembara bersama AMY secara PERCUMA @MyRapidKL @NajibRazak @azmiaziz60


'Hi! Saya AMY. Kembara dengan saya dan membantu menjadikan Kuala Lumpur bandar raya yang lebih baik, "itulah mesej dari AMY1 Tren baharu Ampang line berkapasiti enam gerabak memperkenalkan dirinya kepada pelanggan setia Rapid KL ianya bertujuan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Klang Valley.

Majlis menandatangani perjanjian diantara RapidKL dan CSR Zhuzhou pada tahun 2014.

Dilahirkan di China bandar kereta api, Zhuhou dan dihantar ke Ampang pada Disember tahun lepas, AMY1 - adalah Tren yang pertama selain daripada 50 tren yang bakal beroperasi di Ampang Line- operasi secara rasmi sabtu selepas berpuluh-puluh ribu kilometer dari ujian, untuk menyediakan kemudahan pengangkutan awam untuk kira-kira 400,000 penduduk dalam persekitaran empat stesen baru Ampang Line - Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.


AMY1 disertai oleh dua adik-adiknya yang lain dan mereka akan menyediakan kekerapan tren tidak lebih daripada 12 minit untuk perjalanan di antara empat stesen baru dan Sri Petaling, yang sebelum ini stesen terakhir untuk Ampang Line yang berjalan dari Sentul Timur.


Pembukaan untuk empat stesen baru pada sabtu dirasmikan oleh Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Tan Sri Ismail Adam, yang disertai oleh ahli-ahli Pasukan Kepimpinan Kanan Kumpulan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Haji Ahmad Nizam Mohd Amin, Rapid Bas Ketua Pegawai Eksekutif Encik Zulkifli Mohd Yusoff dan Dato 'Ir. Zohari Sulaiman, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Rail & Projek Infrastruktur (PUJIAN).


Semua stesen baru dilengkapi dengan kemudahan moden seperti tandas, kedai, surau, eskalator dan lif serta kemudahan khas bagi orang kurang upaya seperti kaunter tiket rendah, tanjakan kerusi roda dan jubin sentuhan untuk mereka yang cacat penglihatan. Satu kemudahan park-and-ride juga disediakan, yang terletak berhampiran Kinrara BK5 dan Awan Besar stesen.


Menandakan acara yang gemilang ini, Tan Sri Ismail mengumumkan jajaran stesen ', menandakan pembukaan stesen, dan menyampaikan beg cenderahati kepada penumpang kereta api. Penumpang di stesen Kinrara BK5 turut dihiburkan untuk hidup persembahan oleh pemuzik jalanan dan badut.

Untuk satu bulan depan perkhidmatan di antara empat stesen baru dan Sri Petaling adalah percuma - ihsan Prasarana - pemilik aset dan pengendali perkhidmatan LRT Ampang dan LRT Kelana Jaya, KL Monorail dan bas Rapid KL, yang menguruskan penumpang gabungan hampir satu juta penumpang setiap hari.

Mereka berulang-alik antara Sri Petaling dan empat stesen baru boleh meminta secara percuma token perjalanan sehala dari Pegawai Khidmat Pelanggan dan menikmati perjalanan di kereta api AMY baru. Kepada mereka yang melancong di luar Sri Petaling, mereka boleh membeli token mereka dari Mesin Layan Tiket (TVM) dan pilih destinasi mereka keluar. Perjalanan ke Sri Petaling akan menjadi percuma.

Kepada mereka yang melancong ke stesen-stesen baru menggunakan token perjalanan sehala, mereka perlu membeli tiket mereka daripada TVM dan memilih destinasi terakhir mereka termasuk mana-mana empat stesen baru. The perjalanan di luar Sri Petaling dengan mana-mana stesen baru akan menjadi percuma.

"Oleh itu, kami amat menggalakkan penumpang untuk menggunakan Kad MyRapid kami. Anda akan mempunyai perjalanan yang lancar. Anda bukan sahaja akan mengelakkan barisan; tetapi juga perjalanan lancar pada bas pengantara yang juga bermula hari ini untuk kemudahan para pengguna. Perjalanan di bas feeder, bagaimanapun, adalah boleh dikenakan cukai, "kata Tan Sri Ismail.

Untuk perkhidmatan baru berjalan antara Sri Petaling dan empat stesen, dua kereta api AMY lain akan diletakkan dalam keadaan berjaga-dalam memastikan kemudahan tanpa gangguan bagi pengguna.

Menawarkan ciri-ciri baru yang menarik seperti skrin paparan LCD infotainment, Dynamic Route Map, Side Destinasi Paparan, LRVs enam gerabak baru juga meningkatkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik seperti tingkap kaca berlapis, corong tingkap dan televisyen litar tertutup dan juga keselesaan yang lebih baik seperti ruang kerusi roda untuk orang kurang upaya. Kereta api AMY baru juga mempunyai kapasiti penumpang yang lebih besar dan boleh membawa sehingga 1,250 penumpang pada satu-satu masa.

Dalam usaha berterusan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam, Prasarana telah memesan 50 Amy baru, akan dihantar secara berperingkat-peringkat oleh pengeluar CSR Zhuzhou Electric Locomotive Corporation bermula akhir tahun lepas.

Dua puluh Amy dibeli di bawah LRT Projek Lanjutan Laluan Ampang (LEP) manakala satu lagi armada 30 Amys akan diperolehi untuk menggantikan armada semasa Ampang tren enam gerabak, yang telah berkhidmat sejak tahun 1996 dari zaman LRT STAR.

Selain itu Amy baru, pelaburan di bawah LEP juga merangkumi pemasangan sistem isyarat yang baru dan 'rumah' baru bagi kereta api AMY di Kuala Sungai Baru dekat Putra Heights dan 24 stesen baru termasuk 11 untuk Ampang Line.

LRT Ampang Line akan mempunyai sebanyak 11 stesen baru. Selebihnya barisan dijangka akan dibuka pada bulan Mac tahun depan, dan akan berakhir di stesen Putra Heights, di mana pengguna akan dapat untuk menukar kepada kereta api di Aliran Kelana Jaya.

Aliran Kelana Jaya, yang dijadualkan untuk dibuka pada Jun tahun depan, akan mempunyai 12 stesen; menghubungkan Stesen Kelana Jaya semasa ke Putra Heights Stesen bersepadu.

Di bawah LEP Kelana Jaya, Prasarana telah diperoleh 14 set baru tren empat gerabak dari Bombardier Kanada. Set pertama sedang dihantar dan dijangka tiba di Pelabuhan Klang pada bulan Disember.

Seperti AMY, Prasarana juga sedang memberi nama khas bagi kumpulan baru untuk dipadankan sepupu manis mereka.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive