Wednesday, March 23
GUAN ENG TELAH DITANGKAP...........?
Nampaknya tindakan pantas Lim Guan Eng memberi respon terhadap isu pembelian banglo di bawah harga pasaran telah 'makan diri'.
Sebaik sahaja didedahkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahya di Parlimen, cepat-cepat Ketua Menteri Pulau Pinang itu buat penjelasan.
Namun penjelasan demi penjelasan dilihat tidak dapat 'membersihkan' namanya malah menimbulkan persoalan demi persoalan.
Malah sidang media yang dibuat tanpa membenarkan wakil media menanya soalan dilihat orang seolah-olah ada perasaan bimbang dalam hati pemimpin kanan DAP itu.
Pelawaan Guan Eng yang mahu Shahbudin minum kopi bersama kerana mahu melihat bukti yang pemimpin UMNO itu ada juga jelas menunjukkan hatinya gusar dengan apa yang berlaku.
Isu itu kemudiannya dibandingkan dengan kes bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah dan kini menjalani hukuman di penjara.
Apabila Guan Eng menyatakan ia melibatkan willing buyer and willing seller basis - sama seperti kenyataan Mohamad Khir dalam isu pembelian banglo di Shah Alam satu masa dahulu.
Orang ramai sebenarnya tidak mempertikaikan proses pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown itu. Apa yang mereka bimbang kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa seperti dibuktikan mahkamah dalam kes Mohamad Khir kerana pembelian dibuat di bawah harga pasaran.
Guan Eng membeli banglo itu pada harga RM2.8 juta sedangkan harga pasaran sepatutnya mencecah RM6 juta. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pun menilainya pada harga RM4.270 juta.
LHDN dipercayai merujuk kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta bagi tujuan itu.
Jadi, ramai pihak mendesak jika Mohamad Khir didakwa kenapa tidak Guan Eng?
Masih ingat lagi ketika isu Mohamad Khir, berapa ramai pemimpin DAP berarak menjadikannya isu politik memburuk-burukkan UMNO.
Walaupun ketika itu Mohamad Khir bukan siapa-siapa dalam UMNO.
Kali ini bila kena kepada Guan Eng janganlah marah bila parti lawan pula ambil kesempatan.
Memang mereka tidak boleh lagi menyelamatkan Mohamad Khir tetapi dalam masa yang sama mereka tidak mahu pihak berkuasa buat-buat tidak nampak kes Guan Eng.
Kenyataan Guan Eng yang mendakwa dirinya tidak tahu harga banglo di bawah harga pasaran dilihat kelakar memandangkan beliau juga exco kerajaan negeri dalam soal tanah di Pulau Pinang.
Malah tindakan Ahli Parlimen Bagan itu mencabar Shahbudin membuat kenyataan yang sama di luar Parlimen supaya membolehkannya menyaman juga pelik.
Ini kerana selepas di Parlimen, Shahbudin bersama beberapa Ahli Parlimen BN membuat sidang akhbar mengenai perkara yang sama di luar Parlimen.
Maknanya, Shahbudin bersedia menghadapi sebarang kemungkinan perundangan.
Satu lagi, Guan Eng juga kena bersedia terhadap dakwaan isu projek perumahan di Taman Manggis yang ada kaitan dengan pemilik asal banglo yang dijual kepada Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan.
Ketika ini kita dapat lihat warna sebenar pemimpin pembangkang lain apabila Guan Eng didesak bercuti sementara kesnya disiasat dibantah keras oleh rakan-rakannya.
Namun, jika kes yang sama berlaku kepada pemimpin BN, mereka orang awal yang mahu pemimpin itu 'berehat' atau meletakkan jawatan.
Apa pun, pemimpin pembangkang mesti bersigat terbuka memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara telus.
Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pun mungkin buka kertas siasatan dan elak daripada terus mempolitikkannya kerana ia melibatkan batang tubuh Guan Eng.
4 comments:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
Keturunan penyangak....korang terkejut ke?
ReplyDeletesepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua
ReplyDeletewoi pecacai umno bangang dan bodoh,kalau hampa nak kata kes sama mcm Khir Toyo,,memang hampa buta perut tak dak akai laa...memang semua umno dan pengikutnya manusia bodo bodo dan semua mudah di tipuu,,
ReplyDeleteConfirm..
ReplyDeleteKe dalam ler