Tuesday, March 8

UNTUNG ANAK MUDA YANG MENJADI MAHASISWA @UniKLOfficialTw @IsmailSabri60 @azmiaziz60


Bagi memastikan tenaga kerja mahir tidak berkurangan  pihak Prasarana telah melangkah setapak lagi kehadapan melalui perjanjian (MOU) dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) melalui Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Majlis Amanah Rakyat (Mara) melalui Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan kerjasama Prasarana Malaysia Berhad bakal membangunkan Akademi Rel yang bakal menghasilkan tenaga pakar dalam industri teknologi rel negara selepas menandatangani memorandum persefahaman antara dua agensi berkenaan.

Program berkenaan akan menawarkan silibus-silibus akademik berkaitan industri rel selain menyediakan kepakaran teknikal tentang sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Mass Rapid Transit (MRT) dan monorel.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya menjangkakan seramai 500 pelajar setahun untuk menyertai program tersebut.

“Pelajar yang menyertai kursus berkenaan akan menghadiri sesi teori selama enam bulan sebelum dihantar menjalani latihan industri selama enam bulan di Depoh Rapid Rail yang terletak di Subang.

“Pembangunan projek ini adalah pada waktu yang bersesuaian memandangkan kerangka industri ‘Malaysia Rail Supporting Industry Roadmap’ (MRSIR) telah menyasarkan kekosongan yang tinggi dalam bidang penyelenggaraan dan pemulihan sehingga tahun 2030,” jelasnya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara UniKL dan Rapid Rail Sdn. Bhd. di Menara UOA.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Azmi Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd., Ahmad Nizam Mohd. Amin dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.