Thursday, April 7
LIM GONE END TERDESAK TERIMA DEBAT DARD.
Lim Gone End akhirnya terdesak mahu memulihkan imejnya yang tercalar akibat skandal bunglow serta Taman Manggis. Lepas satu dedahan muncul pulak satu lagi dedahan yang mempunyai dokumen yang berfakta.
Isu ini sudah pasti akan berlingkar sehingga PRU-14. Jika tidak ditangani sekarang sudah pasti kekalahan DAP diatas salah guna pemimpin tidak dapat dibendung lagi...
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyahut cabaran Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk berdebat mengenai isu pembelian tanah di Taman Manggis.
Guan Eng memaklumkan walaupun pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung isu tersebut, namun beliau sanggup untuk berdebat dengan Abdul Rahman menggunakan fakta yang ada secara terbuka.
"Tapi kalau dia cabar saya untuk perbahasan, saya tentu menerimanya berbahas berhubung isu Taman Manggis kerana itu adalah satu isu penting walaupun saya tidak dapat sebarang maklumat mengenainya," katanya
Guan Eng berkata demikian bagi mengulas cabaran debat yang diajukan oleh Abdul Rahman sebelum ini terhadapnya mengenai isu tanah Taman Manggis yang didakwanya sudah ditukar milik dan bukan lagi milik syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) kerana dijual kepada pihak ketiga.
"Saya hanya tunggu masa dan tempat yang beliau (Abdul Rahman) cadangkan. Saya minta Anthony Loke aturkan semua aturcara perbahasan," tambahnya.
Guan Eng juga berkata, pihaknya turut mempersoalkan tindakan Abdul Rahman yang didakwa memadamkan beberapa maklumat dalam pendedahan yang dibuatnya itu.
"Dia ada maklumat yang kerajaan negeri tidak ada, tetapi kenapa padamkan nama? Kenapa tidak berani untuk tunjukkan nama pembeli?," soalnya.
Tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang mulanya telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi pembinaan rumah mampu milik tetapi rancangan untuk PPRT digantikan dengan cadangan untuk projek pembangunan bercampur pada 2005.
Ia setelah kerajaan negeri mendapati keluasan tanah di Taman Manggis (lebih satu ekar tanah) tidak sesuai untuk perumahan kos rendah, dan telah memindahkan projek perumahan mampu milik ke tanah yang lebih 10 kali lebih besar di Jalan S. P. Chellilah.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.