Monday, May 30

BIAR KURANG CERDIK , JANGAN PULAK KURANG AJAR.......


Memang tak siapa pun boleh menghalang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar melalui pelbagai media sosial tetapi janganlah sampai menggunakan perkataan kesat baik untuk mana-mana parti yang bertanding.

Siapa pun yang disokong, berkempenlah dengan cara berhemah daripada terus mencaci dan menghina secara terbuka di laman-laman seperti facebook, Instagram dan sebagainya.

Sebagai rakyat, kita diberi peluang untuk menzahirkan ketidakpuasan hati melalui sistem demokrasi yang akan berlaku pada hari pengundian pada 18 Jun ini.

Tidak ada pemimpin yang sempurna dan tidak ada pemimpin yang mampu memuaskan hati rakyat sepenuhnya.

Ingatlah bahawa mencaci atau mengeji calon tidak akan membawa sebarang faedah kepada sesiapa sebaliknya boleh mencetuskan suasana tidak harmoni sepanjang kempen berjalan.

Suka atau tidak, biarlah calon berkempen melalui media multimedia online dari rumah serta mewakilkan anaknya bertemu dengan rakyat secara langsung seperti kebiasaannya.

Jika benar ada niat untuk membantu calon yang disukai melalui media sosial, janganlah berkempen dengan mengeluarkan kata-kata kesat sebaliknya berkempenlah dengan cara berhemah.

Pencalonan isteri kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Kahir-il Anuar Wan Ahmad iaitu Datin Mastura Mohd Yazid tidak menyalahi melanggar batas agama dan adat orang Melayu Islam hanya kerana beliau dicalonkan atas cadangan daripada pihak lain.

Bagaimanapun Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata beliau tidak dibenarkan untuk keluar berkempen termasuk keluar ke masjid untuk berkempen sehingga tempoh edahnya berakhir.

“Tiada masalah untuk Mastura dicalonkan sebagai calon PRK di Kuala Kangsar. Beliau cuma tidak boleh keluar berkempen. Masa penamaan calon atau pengumuman keputusan PRK pun dia tak boleh keluar.

"Bagaimanapun beliau masih boleh keluar kalau dia nak mencari makanan, pergi ke hospital mendapatkan rawatan dan meluaskan perniagaannya,” kata Harussani

Mengulas lanjut mengenai pencalonan itu Harussani berkata sebelum kerajaan memutuskan untuk mencalonkan Mastura hal tersebut telah dirujuk kepada beliau terlebih dahulu.

“Memang Perdana Menteri merujuk kepada saya dahulu, dia tanya bolehkah Mastura dicalonkan sebagai calon PRK Kuala Kangsar. Saya kata boleh. Menteri Besar Perak pun ada tanya saya dan saya kata boleh,” katanya.

1 comment:

  1. Assalam Bro,Mastura memang boleh jadi calon TETAPI tiadakah calon yang layak untuk diketengahkan selain Mastura.Di sini seolah-olah kedudukan Wakil Rakyat ni seperti warisan keluarga.Takkanlah UMNO Bahagian KK tiada calon yang layak ? Bapak mati ganti anak ( Najib ) Suami mati ganti bini ( Mastura ).Apa nak jadi dengan UMNO ni ? Ini yang akan menjadikan UMNO semakin dijauhi oleh generasi muda.......

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.