Sunday, June 5
#MH01 Penumpang, Anak Kapal Cedera, Pesawat MH01 Alami Gegaran Udara
Dua penumpang pesawat penerbangan MH01 tiba di bahagian Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya sebentar tadi.
Dua wanita berkenaan dibawa menaiki ambulans Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB). Pesawat berkenaan dalam penerbangan dari London menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami gangguan akibat gegaran udara.
Bagaimanapun, pesawat MH01 selamat mendarat di KLIA jam 6 petang tadi.
Beberapa gegaran udara atau 'turbulence' semasa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dalam perjalanan dari London menuju ke Kuala Lumpur menyebabkan kira-kira 34 penumpang dan anak kapalnya mengalami kecederaan ringan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan MAS, pesawat MH01 mengalami gegaran udara ketika berada di ruang udara Teluk Bengal selepas berlepas dari Heathrow.
"Semasa penerbangan itu, isyarat pasang tali pinggang keledar dinyalakan berikutan gegaran udara," kata MAS.
Menurut MAS, pasukan perubatan dan pengurusan kanan MAS bergegas untuk memberi bantuan dan rawatan kepada penumpang dan anak kapal yang cedera sebaik sahaja pesawat itu mendarat kira-kira pukul 6.10 petang.
"Sebilangan kecil penumpang dan anak kapal terjejas telah menerima rawatan daripada pegawai perubatan.
"MAS membantu 378 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MH01 dan memohon maaf diatas segala kesulitan yang disebabkan keadaan cuaca buruk itu," katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.