Saturday, July 16

Jajaran LRT Ampang, Sri Petaling Dihentikan Seketika Pada 16 Julai 2016 @MyRapidKL


Prasarana Malaysia Berhad telah memaklumkan penggantungan sementara Transit Aliran Ringan (LRT) bagi jajaran LRT Ampang dan Sri Petaling pada 16 Julai ini bagi kerja-kerja perpindahan sistem isyarat tren sepenuhnya.

Walau bagaimana pun, syarikat terbabit turut memberitahu, Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas secara percuma untuk kemudahan para penumpang yang terjejas dengan penutupan kedua-dua stesen ini.


“Kami akan menyediakan 70 buah bas di 16 zon bagi laluan dari stesen LRT Bandar Puteri, Kinrara BK5, Sri Petaling, Sungai Besi, Bandar Tun Razak, Cempaka, Pandan Indah, Maluri, Chan Sow Lin, Hang Tuah, Sentul Timur, PWTC, Bandaraya, Puchong Prima dan Putra Heights,” ujar Prasarana.

Kesemua bas terbabit akan menuju ke stesen LRT Masjid Jamek dan berakhir di hab bas Pasar Seni, iaitu di bawah stesen LRT Pasar Seni.

Menurut kenyataan itu juga, dengan perpindahan sepenuhnya sistem isyarat ini, sebanyak enam buah tren baharu akan mula beroperasi di antara Sentul Timur dan Putra Heights, yang bakal dinamakan secara rasmi sebagai LRT Petaling Line pada hari ini.

1 comment:

  1. Dato.. ni tolong bagitau DSN..
    Prasarana.. kat KL ja ka.. negeri2 lain tamau buat ka.. Malaysia ni KL ja ka? Negeri lain tolong up laju sikit.. tak masuk akal bila ada kawasan or daerah2 yg masih tak dpt air bersih dan elektrik tanpa ganggu..
    Sedangkan mesiani kecik je.. sabah srwk lain cerita la..
    By right semenanjung ni.. yg senang access.. semua dah siap ada air dan elektrik.. BN dah 50 tahun lebih kot jaga negara.. apa masalah setengah tempat tak dpt air bersih..
    Asyik dok buat utk org KL ja.. malaysia ni KL ja ka? Tolong la.. ini yg rakyat marah.. benda tak logik masih wujud..setelah sekian lama BN pegang..

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.