Thursday, July 28

KENAPA LIM GONE END TAK SERAH JAWATAN KM....?


Ramai orang tanya kenapa Lim Guan Eng tak serah jawatan kepada Rashid Hasnon TKM1 atau Dramasamy TKM2 selepas Lim Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah kerana pertuduhan rasuah.
Ini antara sebabnya;

1. Jawatan Timbalan Ketua Menteri samada 1, 2 atau 3 sekalipun tiada dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Oleh itu dalam keadaan tiada Ketua Menteri, samada Ketua Menteri bercuti atau padam sekalipun tidak semestinya TKM akan mengambil alih jawatan atau memangku jawatan Ketua Menteri.

2. Rashid Hasnon adalah wakil rakyat PKR. Kerusi PKR di DUN Pulau Pinang hanya 10 sahaja berbanding DAP yang ada 19 kerusi. Ini bermakna PKR bukan parti dominan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Rashid Hasnon dari PKR dilantik sebagai TKM mewakili kaum Melayu, sebagaimana ianya mula dipraktikkan oleh BN pada 90an.

3. Dramasamy pula adalah wakil rakyat DAP dan dilantik sebagai TKM2 mewakili kaum India. Kedudukan Ramasamy dalam DAP Pulau Pinang tidak setanding Chow Kon Yeow iaitu Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang. Oleh itu Dramasamy tidak layak untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang menggantikan Lim Guan Eng.

4. Individu yang paling layak menggantikan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Chow Kon Yeow, Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang. Beliau adalah orang yang sepatutnya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DAP menang PRU-12 di Pulau Pinang pada 2008. Nasib beliau kurang baik kerana jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dirampas oleh Lim Guan Eng yang diimpot dari DAP Melaka untuk bertanding di Penang.

Lim Guan Eng tidak melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ataupun mengambil cuti walaupun sudah didakwa di Mahkamah atas dua pertuduhan melakukan perbuatan rasuah.

Ramai pemerhati politik merumuskan ini adalah kerana Lim Guan Eng tidak mahu menyerahkan tampuk pemerintahan Pulau Pinang kepada Chow Kon Yeow atas sebab yang hanya Lim Guan Eng dan Chow Kon Yeow tahu.

Sebab itulah Lim Guan Eng bertegas untuk mengadakan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang lebih awal pada tahun 2016 ini juga bagi tujuan memastikan KY Chow tetap tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. PRN ini juga akan digunakan oleh Lim Guan Eng untuk menyingkirkan mereka yang menjadi penyokong KY Chow.

Sebaliknya, seorang individu lain yang menjadi pilihan keluarga Lim akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya Lim Guan Eng masuk dalam kerana disabitkan dengan kesalahan melakukan rasuah. Individu berkenaan akan diletakkan bertanding samada dalam Pilihanraya Negeri yang mungkin berlaku atau pada Pilihanraya Kecil setelah Lim Guan Eng masuk dalam nanti.

AZIZI SAFAR

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.