Saturday, July 23

Rapid KL nafi pemandu LRT tidur


Rapid KL menafikan tuduhan kapten tren LRT yang dikatakan tertidur di atas panel pemandu tren berkenaan.

Sebaliknya jurucakap Rapid KL, Lim Jin Aun dalam satu kenyataan hari ini menyatakan kapten itu hanya meletakkan kepala untuk seketika di atas panel pemandu tren.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada satu artikel yang tersebar di media sosial pada 3 Julai lalu menunjukkan seorang Kapten tren LRT Laluan Sri Petaling – Ampang yang meletakkan kepala di atas panel pemandu tren.

“Bagaimanapun ia tetap merupakan satu kesalahan.

“Tindakan disiplin telah diambil terhadap kakitangan berkenaan. Surat amaran sudah dikeluarkan dan beliau telah digantung kerja untuk seminggu sejak semalam di samping diarahkan untuk mendapatkan kaunseling dan mengikuti kursus bimbingan teknikal serta mengikuti pembangunan diri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan semua tren LRT Laluan Sri Petaling – Ampang beroperasi dalam mod Separuh Automatik atau Semi Auto dengan kawalan rapi daripada Pusat Kawalan Operasi (OCC) di stesen Ampang.

Tugas pemandu hanya bertumpu pada pengurusan membuka dan menutup pintu sambil menunggu arahan daripada OCC.

Menurutnya lagi, pemandu itu difahamkan berehat seketika semasa menunggu tren sampai ke stesen.

“Apapun, ia tetap menjadi satu kesalahan kerana semua Kapten Tren dikehendaki berada dalam siap sedia sepenuh masa dalam perjalanan,” tambah Lim, yang juga turut mengetuai Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Prasarana adalah pemilik aset dan syarikat induk untuk Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd, yang masing-masing mengendalikan bisnes rel dan bas Rapid KL untuk Kumpulan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.