Rapid KL menyediakan sebanyak 70 buah bas pengantara percuma berikut penutupan sementara semua stesen LRT di Laluan Ampang dan Sri Petaling pada 7, 8 dan 16 Julai 2016 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penghijrahan sistem isyarat LRT.
Prasanara Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan di sini berkata, laluan bas pengantara terbahagi kepada 16 zon untuk melancarkan sistem pengangkutan awam itu.
Katanya, kesemua 16 laluan itu akan bemula dari stesen LRT Bandar Puteri, Kinrara BK5, Sri Petaling, Sungai Besi, Bandar Tun Razak, Cempaka, Pandan Indah, Maluri, Chan Sow Lin, Pudu, Hang Tuah, Sentul Timur, PWTC, Bandaraya, Puchong Prima dan Putra Heights menuju ke Masjid Jamek dan berakhir di hab Bas Pasar Seni. Tambang bagi perkhidmatan tiga hari ini adalah percuma.
"Mulai 6 pagi tadi pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan bas ini dengan kekerapan frekuensi antara 15 – 30 minit. Pengguna yang ingin meneruskan perjalanan ke pusat bandar boleh transit di hentian Masjid Jamek atau Hab Pasar Seni dan seterusnya menyambung perjalanan dengan LRT Laluan Kelana Jaya," kata Ketua Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Prasarana Malaysia Berhad, Lim Jin Aun.
"Penutupan sementara LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja penghijrahan sistem isyarat LRT yang baru.
"Penutupan ini bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah malam pada 7, 8 dan 16 Julai 2016.
"Bermula 17 Julai kelak, pengguna akan menikmati pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan mudah dengan tren baharu AMY serta tidak perlu lagi menukar tren di stesen Sri Petaling bagi pengguna dari stesen Putra Heights ke Sentul Timur," ujarnya.
Perjalanan dari hujung ke hujung bermula di Stesen LRT Putra Heights ke Sentul Timur akan mengambil masa selama 65 minit dengan jarak perjalanan sejauh 37km dengan kadar tambang RM3.50 sehala bagi pengguna kad MyRapid SMART 30.
"Kami menggalakan pengguna melayari laman sesawang myrapid.com.my atau ikuti kami di media sosial untuk mendapatkan informasi terkini mengenai penutupan sementara ini,” jelasnya lagi.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.