Tuesday, September 27

#BarisanSampah Atau #BarisanRakyat


Parti Amanah Negara (PAN) sudah mula menunjukkan belangnya apabila ada pemimpin mereka meminta Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberikan kerjasama ke atas penubuhan gabungan pembangkang dengan menggunakan satu logo sahaja iaitu Barisan Rakyat (BR).

Cadangan mewujudkan BR untuk semua parti pembangkang dengan menggunakan satu nama, bendera dan logo rasmi itu telah diusulkan oleh oleh Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau merasakan ia mustahak untuk pembangkang  ketika berdepan dengan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti bagi mengelakkan undi terpecah.

Gesaan kepada ROS itu dibuat oleh Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Persoalan di sini ialah, PAN sebenarnya bernaung di bawah kerjasama dengan parti mana? Selama ini semua sudah maklum bahawa PAN bersama Pakatan Harapan tetapi kini ia menyokong BR. Adakah PKR dan DAP tahu akan gesaan yang dibuat oleh Salahuddin ini?

"Cuma halangan terbesar dalam idea itu adalah sebagaimana kami lalui sewaktu zaman Pakatan Rakyat dahulu, kita kemukakan permohonan kepada ROS tetapi sampai PRU-13, ROS mendiamkan diri. Itu isunya.

"Kita tak putus asa, sekiranya semua parti (pembangkang) bersetuju, kita boleh mendapat kata sepakat dan akan adakan pertemuan dengan ROS untuk mereka luluskan pendaftaran apa saja nama sama ada Pakatan Harapan atau Harapan Rakyat, untuk berdepan satu lawan satu dengan BN.  

"Saya harap ROS tak guna pelbagai halangan dan apa jua alasan, izinkan kami didaftarkan dan kami boleh guna satu lambang pada PRU akan datang," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Setahun PAN di Muar, Sabtu lepas.

Adakah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bersetuju dengan gesaan yang dibuat Salahuddin itu? Sebelum ini sudah beberapa kali idea seperti ini diketengahkan tetapi pembangkang enggan bersatu di bawah satu nama dan satu lambang rasmi.

Adakah perkembangan ini menunjukkan PAN sudah menghitung kemungkinan untuk bekerjasama erat dengan PPBM memandangkan anggotanya merupakan kumpulan serpihan kepada PAS dan UMNO?

Ia pasti menarik perhatian ramai yang ingin melihat reaksi DAP, yang merupakan parti yang berpengaruh kuat dalam Pakatan Harapan. Adakah DAP akan menerima cadangan tersebut dan bagaimana pula dengan PKR. Adakah mereka mahu bertanding pada PRU ke-14 dengan hanya menggunakan satu nama sahaja?

Apa pun pendirian PAN itu hanya akan menyerlahkan lagi kekeliruan hala tuju parti yang dipimpin oleh Mohamad Sabu itu.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.