Friday, September 9

JERAT MENANTI ANAK MUDA YANG INGIN MEMBELI RUMAH @nohomar


Membaca kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar, mengenai pemaju perumahan akan diberi lesen menyediakan pinjaman kepada pembeli untuk menampung margin pinjaman yang diluluskan bank, terasa macam tak masuk akal betul idea ini!

Tan Sri! Mustahil idea ini jalan terbaik. Pembeli akan terikat dengan bayaran bulanan jangka panjang kepada bank melalui 70 peratus pinjaman. Pada masa sama untuk jangka lima ke 10 tahun, pembeli akan membayar pula ansuran pinjaman bagi margin 20 peratus kepada Syarikat Perumahan?

Ini beban Tan Sri. Ini bukan jalan keluar bertaraf cadangan kerajaan. Kalau kaedahnya nanti akan menjerat pembeli.

Tan Sri! Kita bercakap mengenai pembeli berpendapatan sederhana dalam kes ini. Apakah mereka mampu melayani dua pinjaman bagi memiliki rumah?

Bagi rumah RM200 ribu katakan, sekiranya bank hanya meluluskan pinjaman 70 peratus dan pembeli menyediakan sepuluh peratus bayaran muka, ertinya pembeli akan meminjam RM40 ribu dari pemaju. Dua akaun pinjaman berjumlah RM140 ribu dengan bank dan RM40 ribu dengan pemaju akan menjadikan bakal pemilik rumah terseret dengan budaya sarat hutang.

Tahukah Tan Sri, kadar faedah 12 peratus hingga 18 peratus bagi pinjaman RM40 ribu bagi jangka tempoh pinjaman 60 ke 120 bulan akan mendedahkan pembeli kepada kerugian kadar faedah yang teruk?

Kalau jangka pinjaman lebih pendek, bayaran bulanan akan lebih tinggi.

Tan Sri dengar nasihat siapa? Ini pakej menjadikan budaya rumah mampu milik yang disediakan kerajaan bakal mencipta budaya baharu: Budaya melarat kerana hutang berlipat kali ganda kerana kadar faedah yang tinggi kepada pembeli.

Tan Sri jangan buat dulu! Saya merayu. Tan Sri dengar dahulu pandangan semua pihak terutama persatuan pengguna. Tan Sri kena maklum sekiranya kerajaan melaksanakan pendekatan ini, banyak implikasi lain akan berlaku.

Apa jaminan keadilan pada pembeli sekiranya hutang pada pemaju gagal dilunas? Siapa akan menguasai hak ke atas rumah yang dibeli sekiranya berlaku ketidaklancaran bayaran? Bank komersil dengan 70 peratus pinjaman atau pemaju yang memiliki 20 peratus pinjaman?

Tan Sri! Jangan sewenang-wenangnya memberi lesen pinjaman kepada pemaju perumahan. Cukuplah kita alami manipulasi operasi syarikat pinjaman berlesen sedia ada.

Tidakkah Tan Sri tahu, bukan satu rahsia akan wujudnya konspirasi antara ceti haram dan peminjam wang berlesen? Tanya persatuan pengguna Tan Sri. Tanyalah polis. Ini rahsia terbuka yang semua orang tahu: Bahawa banyak syarikat peminjam wang berlesen sebenarnya menjalankan modul pinjaman Ah Long.

Ceti haram dan syarikat peminjam wang berlesen adalah dua wajah dalam satu rupa.

Tan Sri jangan buka lagi pintu jenayah dan masalah kepada pembeli rumah. Saya yakin ini model tidak matang dalam menangani isu pinjaman perumahan. Anak muda akan mengamuk pada kerajaan sekiranya tahu, cara Tan Sri menyelesaikan masalah mereka dengan menyeret masuk satu lagi mekanisme pinjaman bagi mengatasi isu margin 20 peratus yang tidak disediakan pihak bank.

Jangan cari pasal Tan Sri. PRU 14 sudah dekat. Jangan tuang garam pada luka anak muda yang sudah sedia berdarah kerana isu perumahan.

Kalau inilah sahaja idea yang Tan Sri ada. Maka ia bukan idea. Ini bencana!

Memberikan lesen pinjaman wang kepada pemaju akan membuka lagi manipulasi. Rekod pemaju perumahan di negara ini bukan baik sangat!

Malah, sekarang kita nak bagi pula lesen peminjam wang? Bolehkah Tan Sri bagi jaminan: Pembeli tidak terdedah pada manipulasi lintah darat?

12 hingga 18 peratus kadar pinjaman rumah akan menjadikan negara ini negara lintah darat.

Tan Sri sudahlah. Kita sudah banyak masalah dengan kejahatan syarikat peminjam wang sedia ada. KPKT pun nganga saja selama ini dalam menangani kejahatan mereka. Polis pun sudah tidak menang tangan.

Ya Allah. Saya tak sangka ini akhirnya cadangan Tan Sri.

Matilah BN dalam PRU 14 kalau inilah cara kerajaan tangani impian anak muda untuk memiliki rumah pertama!

11 comments:

  1. Standard pemikiran menteri kabinet kayu Najib. Idea kelaut!. Mengambil 1mdb sebagai model contoh...aset tergadai, hutang sampai keanak cucu

    ReplyDelete
  2. Bagi menteri tu jelaskan bagaimana mekanisma ini boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan kewangan pembeli kerana ia baru sahaja cadangan. Maki hamun mcm anon di atas tu bukan penyelesaian. Dia ni macam macai pembangkang saja. Semua salah. Kalau cerdik bagilah cadangan yg lebih baik.

    ReplyDelete
  3. Setakat ni baru je cadangan. Lain la kat Selangor tu, diskaun untuk Bumiputra dah mansuh terus, mana da cadangan tapi terus je buat. Anon September 9, 2016 at 10:15 AM kat atas tak nak ludah ke kat pemimpin hang yang bangang tu?

    ReplyDelete
  4. Kenapa tak bagi arahan kat bank2 untuk beri pinjaman sehingga 90%. Siapa yg berkuasa sekarang ni..bank atau kerajaan. Tiada sebab bank tak boleh buat kerana satu masa dulu ada bank yg beri magin pinjaman sehingga 110% untuk cover harga rumah dan MRTA sekali. Jika kerajaan betul2 ingin membantu semua itu boleh dilakukan .

    ReplyDelete
  5. Ini baru cadangan. Jangan Jadi macam MB Azmin Kayu. Mansuh terus 10% diskaun. Nampak sangat yang buat komen pasal Menteri Najib lagilah dia tonkol kayu tambat lembu.

    Macai pembangkang sekadar makan dedak bolehlah. Lebih dari itu nganga luas-luas.

    ReplyDelete
  6. Sudah tentu berasaskan riba jika ikut money lenders act. Menteri yang tolol. Yang pilih dia jadi menteri juga tolol. Yang lagi tolol ialah orang orang yang pilih orang yang pilih menteri ini sebagai ketua parti.

    ReplyDelete
  7. Menteri DUMMY TAHAP OTAK UDANG..

    Ngaku je ler DSN dah tak.mampu membawa negara dan rakyat ke arah yg baik.... dsn bapo segala penipu n skandal n kesonglapan duut peringkat mega, rm billions..
    Rakyat dah merana n akan Merana 4eva..insaflah...
    Pru14 kasi tumbang ini najib n losemah puNya gov...

    ReplyDelete
  8. Jika anda mengambil kedua dua oinjaman tersebut ,adakah ianya bercagar atau tidak. Jika hartanah tersebut dicagarkan untuk pinjaman daripada pemaju, ini bermakna ianya tidak boleh dicagarkan kepihak ketiga iaini untuk pinjaman bank. Jika pinjaman pemaju tidak bercagar beranikah pemaju untuk mengambil risiko jika peminjam tidak mampu untuk membayar pinjaman. Ambil contoh jika harga rumah rm200k. 20% bersamaan dengan 40k. Jika faedah 15%(noh cakap antara 12%-18%) dan tempoh pinjaman 5 tahun. Ansuran bulanannya adalah rm1120.00. bayangkan kalau dicampur untuk pinjaman bank pula. Syarat dan kelayakan pinjaman bank pula adalah potongan gaji untuk ansuran bulanan dan pemotongan lain termasuk potongan Epf,socso.,koperasi dan segala mak nenek potongan lain mesti tidak melebihi 30% drp jumlah gaji. Jika ansuran bank rm1300.00 untuk rm140k pinjaman campur rm1120.00 pinjaman pemaju dan dicampur rm800.00 epf jumlahnya rm3220.00. ini bermakna untuk dapatkan pinjaman bank, peminjam mestilah berpendapatan lebih drp rm10k sebulan. Itu belum masuk ansuran kereta lagi.

    ReplyDelete
  9. Tak percaya ini cadangan menteri yg bergelar tan sri lagi! Memurahkan gelaran tan sri je. TS, sila cari jln untuk mengawal harga rumah & menggalakkan pemaju membina rumah mampu milik, bukannya cari jln untuk pemaju buat duit dgn menggalakkan org berhutang seumur hidup kerana membeli rumah diluar kemampuan!

    ReplyDelete
  10. Memang terbuktilah umno dibawah DSNR mementingkan & mengangkat org yg setia x berbelah bagi drpd org yg berilmu & berakal

    ReplyDelete
  11. Idea taik kucing...otak udang..

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.