Monday, October 31

Bayaran Balik Jika LRT, Monorel Lewat 15 Minit @NancyShukri


Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Nancy Shukri di Parlimen hari ini mengenai kelewatan dalam perkhidmatan LRT dan monorel.

Menjawab soalan bertulis Anggota Parlimen Alor Gajah, YB Datuk Koh Nai Kwong, YB Dato' Sri Nancy menyatakan bahawa para pengguna LRT dan monorel ada hak untuk menuntut pembayaran balik sekiranya kelewatan tren melebihi 15 minit.

Pembayaran balik diberikan dalam bentuk kupon percuma untuk perjalanan sehala sahaja. Tempoh sah kupon tambang percuma ini adalah lima hari dari tarikh dikeluarkan.

Prasarana ingin menjelaskan bahawa pengguna boleh membuat tuntutan berkenaan sekiranya mereka sudah membeli tiket tetapi tidak ingin meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan LRT berikutan kelewatan tren tersebut.

Sekiranya pengguna masih meneruskan perjalanan dengan menaiki LRT,  hak tuntutan itu terbatal dengan sendirinya.  

Prasarana berharap kenyataan ini akan dapat menjelaskan apa jua kekeliruan yang timbul.

Jabatan Komunikasi Kumpulan & Pemasaran Strategik
Prasarana Malaysia Berhad

Dikeluarkan pada 31 Oktober 2016

- TAMAT  -

Berikut adalah maklumat tambahan kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Nancy Shukri di Parlimen hari ini mengenai tuntutan pembayaran kelewatan dalam perkhidmatan LRT dan monorel.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.