Friday, November 25
RUU Babi Menjadi Keutamaan Exco Melayu Pulau Pinang @afifbahardin
RUU Babi Diluluskan serta merta di DUN Pulau Pinang
Mengejutkan apabila persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perternakan Babi 2016, iaitu satu RUU yang rasanya tidak pernah kita dengar selama ini.
Tentu ramai yang terfikir, apa kejadahnya RUU babi dibentangkan dan diluluskan oleh sidang DUN.
Lebih mengejutkan apabila RUU itu dibentangkan oleh Exco Melayu iaitu Dr Afif Bahardin, ADUN PKR Seberang Jaya dengan alasan bahawa enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri babi berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.
``Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi," kata Dr Afif bercakap bagi pihak kerajaan DAP Penang ketika membentangkan RUU itu.
Apalah nasib penduduk di Pulau Pinang selepas ini? Kawasan yang diluluskan oleh RUU Ternakan Babi Penang itu pula di kawasan Jawi, tempat majoriti Melayu
Difahamkan ketika ini sudah terdapat lebih dari 150 buah ladang-ladang babi tradisional diusahakan di Pulau Pinang dengan sebahagian besarnya diusahakan di kampung-kampung tradisional majoriti orang Melayu.
Kenapa kawasan penduduk Melayu menjadi korban untuk pembangunan projek ternakan babi?
Tiada langsung soal sensitiviti agama dan kaum diambil kira dalam hal ini.
Mampukah penguatkuasaan yang serius dijalankan terhadap penternakan babi ini selepas RUU babi diluluskan?
Terutamanya hal melibatkan pencemaran air sungai, iaitu satu isu yang selama ini membelengu penduduk di negeri berkenaan.
Menyedihkan apabila RUU babi itu diluluskan oleh PKR dan DAP namun mereka membantah Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355, sedangkan RUU 355 jelas untuk umat Islam sahaja.
16 Oktober 2016, Ketua Menteri DAP Penang iaitu Guan Eng membantah keras RUU 355.
Begitu juga dengan PKR, yang sehingga kini masih bermain tarik tali dalam isu RUU355 yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sehingga kini presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail masih belum menyatakan pendiriannya.
Alasan yang diberikan oleh Wan Azizah sebelum ini ialah usul pindaan RUU 355 berkenaan mempunyai banyak kelompongan dan mendakwa ia bukan hukum hudud.
Kepada penyokong pembangkang, bukalah mata anda dan lihat sendiri bagaimana RUU babi boleh diluluskan dan mendapat sokongan ADUN Melayu PKR dan DAP di Pulau Pinang namun dalam RUU 355, mereka membantah dengan memberikan pelbagai alasan.
Bukalah mata anda. Berapa agaknya bajet yang telah diluluskan untuk RUU babi ini? Nampaknya kerajaan DAP Penang lebih utamakan RUU Babi dari selesaikan masalah banjir di Penang.
Biar rakyat duduk dalam banjir janji babi dapat diternak secara moden. Memalukan bila ada Melayu diperkudakan DAP untuk membaca usul RUU Babi ini dalam sidang DUN.
Guna Melayu untuk angkat sepanduk babi di Bersih 5, kini guna Melayu untuk baca dan luluskan RUU babi. "Bijak sungguh" Melayu yang dipergunakan DAP ini.
Thursday, November 24
YUNUS ALI SUAMI MARIA CHIN PENDEMO SETARAF HISHAMUDDIN RAIS BUKAN SEORANG TUAN GURU ATAU ULAMAK!
Yunus Ali adalah rakan karib dan generasi seangkatan Hishamudin Rais dalam kebangkitan pelajar pada era awal tahun 70-an dulu. Begitu juga pernah aktif bersama Anwar Ibrahim dizaman pelajarnya. Yunus Ali telah meninggal dunia pada 25 hb September 2010.
Info mengenai Yunus Ali boleh dibaca dalam buku 'Bersama Anwar Ke Penjara (1993)' tulisan Kamarazaman Yacob, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, tahun 1974.
Kerja Arwah Yunus sejak dari muda adalah dari gerakan mahasiswa berdemo, melarikan diri keluar negara, kembali dari luar negara ditangkap semula hinggalah ke akhir hayat terlibat gerakan hak asasi dan demo. Maria Chin hanya menyambung legasi Yunus yang mereka pernah bekerja sebelum ini. Sejak bila pula Yunus Ali jadi ulamak Tuan Guru Setaraf Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz, Fadzil Noor, Harun Din dll?
Pada tahun 1988, tidak lama selepas pulang dari London selepas puas melarikan diri Yunus sekali lagi ditahan. Kali ini dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)di bawah Operasi Lalang yang diarahkan oleh Mahathir Mohamed ketika itu. Dia ditahan di Pusat Tahanan Politik di Kamunting, Taiping, Perak. Malah banyak kali juga terlibat demo anti Mahathir. "Mahathir Melayu Mudah Lupa".
Kini Arwah Yunus Ali membuktikan Mahathir memang Melayu Muda Lupa. Ops Lalang 1987 sehinggalah tahun 1988 turut memenjarakan Yunus Ali dalam ISA. Mahathir Mohamed menangkap beliau atas alasan tertentu bawah ISA.
Hari ini 2016 ketika isteri arwah Yunus bernama Maria Chin Abdullah ditahan dibawah Akta Sosma kerana penganjuran Bersih 5 dan penemuan dokumen-dokumen gerakan menjatuhkan kerajaan Mahathir Mohamad pula mengetuai Demo Bersih. Malah terhegeh-hegeh dalam himpunan menyokong Maria Chin. Apa agaknya perasaan Mahathir penjarakan suami Maria Chin dulu kini beliau pula jadi tukang 'jilat' kepada Maria agar dibebaskan isteri orang yang beliau penjarakan? Inilah hukum karma. setidaknya sebelum Mahathir 'pergi' biarlah Mahathir belajar bahawa justifikasi kuasa yang beliau gunakan semasa ada kuasa dan tiada kuasa.
Yang pasti hanya orang gila tulis artikel Yunus Ali sebagai "Tuan Guru Yunus Ali"!
Apapun semoga Arwah tenang disana. Ceritanya sudah habis di dunia. Oleh kerana ada orang gila ungkit kisahnya adalah wajar dijelaskan siapa Yunus Ali yang dikaitkan dengan politik Maria ni.
Wednesday, November 16
TAMBANG MRT SUNGAI BULOH-KAJANG DIDEDAHKAN @MRTMalaysia @MyRapidKL
Tambang MRT bermula RM1, bayaran tunai atau Kad TnG sahaja sehingga Julai 2017
Rapid Rail Sdn Bhd, yang akan mengendalikan perkhidmatan MRT Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) dibawah jenama perkhidmatan Rapid KL, Pada 15 november 2015 telah diumumkan struktur penuh tambang, yang bermula dengan tambang nominal RM1 untuk perjalanan satu hentian berdasarkan kepada struktur tambang tanpa tunai.
Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi dari 16 Disember 2016; meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan.
Fasa 2 Laluan MRT SBK, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang,dijadualkan untuk beroperasi pada pertengahan Julai tahun depan.
“Struktur tambang sudah diluluskan oleh Kerajaan dan adalah berdasarkan kepada bayaran masuk nominal atau „nominal flag fall‟ dengan kadarmenurun untuk setiap empat hingga lima kilometer perjalanan – sama seperti struktur tambang untuk perkhidmatan LRT dan monorel yang dikendalikan oleh Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad.
“Seperti yang diamalkan untuk perkhidmatan LRT, monorel, dan bas RapidKL, kami memberikan diskaun 50 peratus untuk tambang tunai kepada warga emas, pelajar dan golongan orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan MRT dan bas pengantara MRT.
“Kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun boleh naik percuma,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato‟ Ir Zohari Sulaiman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Oleh kerana Fasa 1 Laluan MRT SBK akan beroperasi secara sendirian, tanpa integrasi dengan rangkaian LRT dan monorel sekarang, Zohari berkata para pengguna MRT akan melalui pintu masuk dengan menggunakan token tunai ataupun Kad Touch n‟ Go sahaja.“Warga emas, pelajar dan golongan OKU boleh membeli token konsesi berwarna merah daripada Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di setiap stesen MRT,” kata Zohari.
Zohari menambah kata warga emas, pelajar dan golongan OKU hanya perlu menunjukkan Kad Pengenalan, kad pelajar (sekiranya tidak memakai uniform), atau Kad OKU ketika menaiki bas-bas pengantara MRT untuk menikmati diskaun 50 peratus.
“Tambang nominal untuk perkhidmatan bas pengantara MRT adalah RM1 untuk satu perjalanan,” kata Zohari, sambil menambah kata bahawa sebanyak 120 bas pengantara MRT akan beroperasi untuk memberi perkhidmatan kepada 26 laluan bagi semua 12 stesen MRT yang dibuka dibawah Fasa 1.
Zohari menambah kata Kad-kad MyRapid, yang kini digunakan untuk perkhidmatan LRT, monorel dan bas Rapid KL, akan dinaikkan taraf secara berperingkat sebelum pembukaan Fasa 2 Laluan MRT SBK pada Julai depan.
“Kami akan memberi makluman terkini secara progresif pada masa akan datang,” kata Zohari, sambil menambah kata bahawa persiapan akhir sedang dibuat untuk 12 stesen pertama yang bakal dibuka pertengahan Disember.
Mengenai Rapid Rail Sdn Bhd
Anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad, Rapid Rail Sdn Bhd bertanggungjawab untuk mengawasi operasi rel Prasarana Malaysia Berhad(Prasarana) – LRT Laluan Sri Petaling, LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Monorel dan perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang,
yang akan mula beroperasi Disember 2016.
Setakat ini,perkhidmatan LRT dan monorel mengendalikan lebih daripada setengah juta penumpang sehari; sekali gus menjadikan Rapid Rail Sdn Bhd adalah penyumbang utama untuk hasil Kumpulan.
Mengenai Rapid KL
Rapid KL adalah jenama perkhidmatan rel dan bas yang dikendalikan oleh dua anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad. Sementara Rapid Rail Sdn Bhd menjadi operator kepada perkhidmatan LRT dan monorel, perkhidmatan bas Rapid KL dikendalikan oleh Rapid Bus Sdn Bhd. Selain perkhidmatan bas
Rapid KL, Rapid Bus turut mengendalikan operasi bas Rapid Penang, Rapid Kuantan dan Rapid Kamunting.
Monday, November 14
RAFIZI OH RAFIZI!!!!! SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KETANAH JUA
Rafizi Ramli fikir beliau bebas daripada tindakan undang-undang - kini beliau sedar sebenarnya tidak
1. Sememangnya Rafizi Ramli sangat terkenal sebagai seorang yang gemar menfitnah pihak lawan tanpa membuat kaji selidik dan beliau juga gemar melanggar undang-undang negara. Kali ini beliau tahu dan sengaja melanggar undang-undang.
2. Pihak polis telah menjalankan siasatan, dan pihak pendakwa raya turut bersetuju bahawa ada kes terhadap Rafizi. Rafizi telah pun dibicarakan dan didapati bersalah, namun inilah sebenarnya apa yang beliau mahukan selama ini. Beliau mahu dipenjarakan agar beliau boleh menampilkan diri beliau sebagai korban politik.
3. Rafizi telah diberi amaran berulang-kali bahawa beliau akan melanggar Akta Rahsia Rasmi sekiranya beliau mendedahkan mana-mana bahagian daripada laporan tersebut, namun beliau memilih untuk meneruskan tindakan beliau. Tiada negara akan dapat berfungsi dengan baik sekiranya setiap orang yang dengan sengaja melanggar undang-undang dibebaskan begitu sahaja.
4. Adakah Rafizi berfikir beliau bebas daripada tindakan undang-undang? Adakah beliau berfikir undang-udang hanya terpakai ke atas konstituensi beliau, dan bukannya ke atas beliau?
5. Beliau telah melakukan satu aksi murahan demi meraih sokongan politik peribadi, dan beliau tahu dan sedar beliau telah melanggar undang-undang yang serius tatkala beliau melakukannya. Hukuman ke atas beliau sangat bertepatan - dan Rafizi tidak boleh menyalahkan orang lain kecuali diri beliau sendiri.
Datuk Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
SUSPEK GANGGUAN SEKSUAL BERJAYA DIBERKAS.... @MyRapidKL @PDRMsia
Pasukan Unit Tindakan Khas (SAT), Polis Bantuan Prasarana telah berjaya menahan suspek yang disyaki telibat dalam jenayah gangguan seksual seperti yang telah diviralkan menerusi media sosial sebelum ini. Suspek telah ditahan pada 13 November 2016.
Suspek yang berusia lingkungan 44 tahun telah ditahan pada jam 11.15pagi hari ini oleh anggota Polis Bantuan Prasarana sewaktu berada di dalam bas Rapid KL Laluan 770 dari Subang Mewah menuju ke Pasar Seni.
Suspek kemudianya dibawa ke pejabat SAT untuk proses dokumentasi dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Prasarana, En Lim Jin Aun berkata, mangsa juga telah dimaklumkan mengenai penahanan suspek.Tangkapan ini dibuat susulan laporan yang dibuat oleh pengadu pada 8 November 2016 yang mendakwa telah diganggu seorang lelaki di dalam LRT dan isu ini telah mendapat liputan luas di dalam media sosial.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan maklumat sehingga tertangkapnya suspek.Rapid KL selalu operator kepada perkhidmatan LRT, Monorel, BRT dan bas di Lembah Klang komited menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang", tambah Lim lagi.
Sekiranya penumpang terlihat atau menjadi mangsa jenayah sila laporkan dengan kadar segera kepada anggota Polis Bantuan kami yang bertugas di stesen. Kerjasama dari pengguna amat kami hargai bagi membanteras jenayah di Kuala Lumpur khususnya dalam pengangkutan awam.
Thursday, November 10
Konvensyen Tahunan DAP Mengecewakan Lim Guan Eng
Konvensyen tahunan DAP pada 6 November lalu di Pulau Pinang diadakan ketika Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dihimpit dengan tuduhan rasuah di mahkamah.
Ternyata kes rasuah yang dihadapi oleh Guan Eng itu menjadi cabaran terbesar kepada parti berkenaan, sepanjang penubuhannya.
Keadaan ini dapat disaksikan dengan jumlah kehadiran ahlinya yang tidak ramai pada konvensyen berkenaan. Hanya 31% yang hadir.
Sekali gus menjadikan ia sebagai hambar sedangkan sebelum ini ahli-ahli DAP senantiasa menunjukkan komitmen yang tinggi kepada parti mereka.
Paling ketara ialah ketika acara penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli veteran DAP dengan lebih separuh perwakilan memilih meninggalkan dewan persidangan walaupun Penasihat DAP, Lim Kit Siang sedang menerima anugerah yang disampaikan anaknya, Guan Eng.
Berdasarkan laporan media, pada sesi pagi hanya 328 daripada 1,027 perwakilan hadir dengan sebahagian besar mereka terdiri daripada ahli-ahli veteran sedangkan purata ahli yang hadir pada konvensyen sebelum ini adalah antara 600 ke 700 orang.
Jumlah berkenaan adalah pada konvensyen biasa, tetapi jika ada pemilihan, ia akan meningkat hingga hampir 1,000 orang.
Apakah tandanya ini? Ia jelas menunjukkan bahawa bahawa kepimpinan Guan Eng mula ditolak oleh ahli-ahli DAP secara halus selama ini dan konvensyen berkenaan telah memberikan gambaran jelas mengenai penolakan terbabit.
Selepas Guan Eng didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah melibatkan pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran, penolakan itu makin ketara apatah lagi beliau dikatakan lebih mementingkan kehendak peribadinya.
Lebih buruk lagi bila adik Guan Eng dilantik sebaga ketua urusetia pemilihan DAP.
Selain itu, tindakan Guan Eng yang menuding jadi kepada pihak lain dalam isu melibatkan rakyat terutama banjir telah menyebabkan ada pemimpin negeri di Pulau Pinang yang sudah bosan dengannya.
Malah tindakan perwakilan Taman Chai Leng, Shamser Singh Thind yang dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara, yang menyamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti bapa ayam dan ular serta lebih merbahaya daripada Datuk Seri Najib Tun Razak juga dikatakan menyebabkan Guan Eng kecewa
Shamser ketika berucap dalam konvensyen itu juga mahu DAP menjarakkan diri dan memaklumkan bahawa majoriti ahli DAP bersama dengannya menolak Dr Mahathir dan parti yang diasaskannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Memetik penjelasan Guan Eng mengenai kerjasama dengan PPBM, Shamsher berkata: ``Jawapan paling bodoh pernah saya dengar dalam mempertahankan sokongan terhadap Dr Mahathir adalah ‘Musuh kepada musuh saya adalah kawan saya''.
Ternyata pendirian Shamser itu bertentangan dengan Guan Eng yang sebelum ini sedia bekerjasama dengan Mahathir dalam menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
Keadaan ini pastinya memberikan tamparan besar kepada Guan Eng, apatah lagi kes rasuahnya itu telah menjejaskan imej parti dengan teruk.
Dan mungkin atas sebab itu, beliau telah mencadangkan nama Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow sebagai penggantinya jika terbukti beliau bersalah dalam kes rasuah yang dihadapinya ketika ini.
Kepala Guan Eng kini sudah dilanda banjir. Masalah rasuah diri sendiri belum selesai, ahli DAP ramai yang lari dan dalam masa yang sama banjir melanda Pulau Pinang.
Guan Eng mana mau lari?
Wednesday, November 9
MAHADIR SEPERTI DINOSOUR HILANG GIGI......
Menariknya Presiden Parti Pencen Bersara Malaysia (PPBM) semalam tidak diberikan peluang langsung oleh Tyrannosaurus.
Itulah yang berlaku dalam politik Malaysia. Bila Tyrannosaurus (T Rex) membuat kacau kerana sebab kuasa dan kroni.
Salah satu perkara yang menarik dalam politik negara Malaysia adalah pemain politiknya yang datang dari pelbagai kategori dan jenis.
Satu perkara yang amat jelas dalam politik negara adalah pemain politik yang masih aktif adalah mereka yang sepatutnya sudah berundur dan berehat menikmati pencen dan menikmati sisa hidup nya.
Tapi di Malaysia , akibat amalan poltik yang sebenarnya terlalu bebas , maka orang orang yang sepatut sudah “phase out” atau “Fade away” enggan berbuat sedemikian.
Malah, merekalah yang masih berpaut pada politik secara total dan tanpa rasa segan dan malu.
Peranan sebagai memberi nasihat dan memberi pandangan tidak cukup bagi mereka, mereka sendiri mahu melakukan aksi dan “stunt” politik.
Semalam, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir telah menghadirkan diri ke Parlimen sebahai pemerhati. Ia jelas menunjukkan beliau belum puas lagi didalam dunia politik.
Cuba memasukkan petak segi ke dalam lubang bulat, itulah yang boleh dilihat dari kehadiran Mahathir. Pendek kata , tidak sesuai langsung.
Era dan zamannya sudah berlalu, dia seharusnya memainkan peranan yang lebih dihormati dan disanjungi , seharusnya juga sedar akan realiti politik hari ini.
Rakyat sudah berubah, zaman berubah, apa yang cantik dan molek di zamannya sudah kelihatan jijik dan mual di zaman ini.
Seperti pengagihan projek dan konsensi yang dulunya didiamkan oleh rakyat, namun menjadi bahan ejekan dan kritikan pada hari ini, ini semua akibat “excessive” politik tanpa tahu batasan.
Inilah sebahagian masalah negara, orang tua tua dan senior enggan undur diri.
Jika dahulu sebuah buku telah menghentam Tun Mahathir sebagai “kepala taik” yang enggan keluar dari lubang dubur, maka taik taik lain tidak dapat keluar” kata penulis buku “Shit” Shanon Ahmad.
Maka kini kebenarannya jelas kelihatan.
Selain menjadi sebagai politikus tertua yang aktif tanpa jawatan, dia juga dilihat mengejar kepentingan peribadinya dengan berselindung di sebalik isu isu dan skandal yang dicipta untuk penggantinya.
Apa yang membuat keadaan lebih malang adalah pengikutnya yang hentam keromo menyokongnya secara membabi buta.
Sedang dirinya sendiri sudah berubah , menghalalkan yang dulunya dia sendiri haramkan, menyukai apa yang dulu dia sendiri benci, penyokongnya pula turut sama ikut pendiriannya.
Sedang yang dia ajarkan dahulu kepada penyokongnya berlawanan dengan apa yang dia lakukan sendiri pada hari ini.
Katanya jangan sokong tubuh badan seseorang tetapi , sokong pendirian dan prinsip orang itu.
Itu yang dia sendiri ceramah kepada ahli UMNO ketika mengajak ahli UMNO membenci Presiden mereka Abdullah Ahmad Badawi.
Tapi penyokongnya tetap menyokong tubuh badannya , yang sudah berubah pendirian,
Jika Soros itu dikatakan satu waktu dahulu sebagai pemusnah ekonomi negara, penyangak mata wang , namun kini sudah menjadi kawan baiknya, Pengikutnya turut akur sama.
Hal ini samalah dengan Anwar, Kit Siang dan DAP. Individu dan perkara yang dia didik suruh penyokongnya benci.
Kita juga boleh lihat bagaimana ada seorang veteren UMNO yang sentiasa aktif menyerang Presiden sendiri yang wujud di alam maya. Ini salah satu bala kepada parti.
Orang yang sepatut nya menjadi contoh kepada ahli UMNO telah menjadi jaguh mencarut dan memaki hamun.
Ini semua kategori “Jurassic Politik” yang degil dan tidak sedar diri untuk undur.
Maka rakyat tentu dapat melihat bagaimana Malaysia dipenuhi oleh individu zaman “dinosour” yang enggan undur diri kerana ketagih habuan melalui politik.
Mungkin negara akan jadi sedikit tenang jika orang seperti Tun Mahathir, Kit Siang , dan individu yang sewaktu dengannya memainkan peranan sebagai orang tua yang baik yang menegur, dan bukannya yang ada kepentingan dan menegur kerana tersekat habuan.
Umpama T Rex yang tidak pernah kenyang. Bilakah Tyrannosaurus ini hendak berhenti? Bukankah dahulu pernah dipesan agar berhenti sebelum kenyang.
Oh patutlah, Tyrannosaurus itu mudah lupa rupanya.
Tuesday, November 8
PRASARANA PERBAHARUI ILTIZAM PERKASAKAN NILAI-NILAI INTEGRITI @azmiaziz60 @MyRapidKL
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini membaharui komitmen dan iltizam Kumpulan berkenaan dalam memperkasakan nilai integriti di dalam organisasi itu dengan memeterai satu Memorandum Persefahaman dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Memorandum ‘Memperkasa Integriti Prasarana Di Peringkat Negara dan Antarabangsa’ itu dirangka bagi mengganti memorandum yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada tahun 2012 selaras dengan kemajuan pesat Kumpulan Prasarana, yang kini sudah mengembangkan sayap operasinya di pentas antarabangsa.
Diadakan di Auditorium JAKIM, Putrajaya, memorandum berkenaan ditandatangani oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dengan disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Azam Baki dan Ketua Pegawai Integriti Prasarana, Haji Izani Ishak.
Berucap pada majlis berkenaan, Tan Sri Ismail merakamkan ucapan terima kasih kepada SPRM atas sokongan padu yang telah diberikan untuk inisiatif dan program yang disusun oleh Prasarana bagi memartabatkan nilai-nilai integriti khususnya merealisasikan memorandum berkenaan.
Melalui memorandum berkenaan, kedua-dua pihak akan meneruskan kerjasama erat untuk memartabatkan integriti sebagai budaya wargakerja Kumpulan Prasarana dan mengangkat imej Prasarana di dalam dan luar negara sebagai organisasi yang sentiasa memperkasakan integriti dalam segala urusannya.
Bagi mencapai matlamat itu, Prasarana dan SPRM akan bekerjasama dalam perkongsian kepakaran dalam aspek operasi, pengesanan, khidmat rundingan, penyaluran maklumat, latihan dan usaha-usaha lain bagi memantapkan lagi penguasaan nilai-nilai integriti dalam Kumpulan berkenaan.
Pada majlis yang turut dihadiri oleh kontraktor-kontraktor dan vendor-vendor untuk Kumpulan Prasarana, satu Ikrar Integriti Korporat turut dimeterai bagi menyatakan janji dan komitmen antara kedua-dua pihak untuk menegakkan integriti dalam semua urusan. Ikrar berkenaan adalah deklarasi oleh sesebuah organisasi korporat dalam menyatakan sokongan padu untuk usaha-usaha pencegahan rasuah di negara ini.
Dengan menandatangani ikrar berkenaan, sesebuah organisasi korporat bersetuju mendukung prinsip-prinsip pencegahan rasuah termasuk komitmen kepada mempromosi nilai integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik; pengukuhan kawalan dalaman; pematuhan undang-undang, polisi dan prosedur; memerangi amalan rasuah serta menyokong segala inisiatif pencegahan rasuah oleh SPRM.
Majlis itu turut menyaksikan perlantikan Duta Integriti, yang dilantik di kalangan wargakerja dalam program SPEEDS atau ‘Strategic Prasarana Executive Enhancement & Development Scheme’ dan dilihat sebagai bakal pemimpin berintegriti tinggi untuk Kumpulan Prasarana.
Duta-duta ini akan ditempatkan di pelbagai Jabatan di bawah Kumpulan Prasarana dan akan bertanggungjawab memperkenalkan Jabatan Integriti dan mempromosi program dan inisiatif-inisiatifnya kepada wargakerja lain di samping menyerlahkan imej cemerlang melalui personaliti, penampilan dan tingkah laku mereka.
Kumpulan Prasarana adalah agensi pertama di kalangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Milik Kerajaan (GOC) untuk melantik Duta Integriti, yang mana mereka akan diberikan pendedahan oleh SPRM melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang bersama.
Salah satu program yang telah diatur untuk Duta-Duta Integriti Kumpulan Prasarana adalah
program 'walkabout' bersempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa, yang akan diadakan pada 9 dan 10 Disember ini.
Semasa program ‘walkabout’ ini, para peserta termasuk 300 pegawai SPRM akan mengadakan aktiviti di stesen-stesen LRT dan monorel Rapid KL dengan mengedarkan risalah dan memberi penerangan mengenai pencegahan gejala rasuah.
BILA NETIZEN BERBICARA MENGENAI EKONOMI, MALAYSIA GAGAL PADAHAL.....?
Beberapa hari ini media sosial heboh memperkatakan tentang perbezaan harga bagi pembinaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur yang diserahkan pembinaannya kepada syarikat dari China.
Perdana Menteri DS Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan projek pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur bernilai RM55 bilion tetapi laman web China Communication Construction Company Ltd atau CCCC, syarikat yang dianugerahkan projek pembinaan landasan keretapi secara runding terus itu mengumumkan nilainya adalah berjumlah RM46,000 juta.
Bermakna, ada perbezaan sebanyak RM9 bilion atau RM9,000 juta dengan jumlah yang diumumkan oleh kerajaan.
Jadi ada macai dan netizen yang bermain persepsi bahawa semua bajet RM55B tu adalah untuk China Communication Construction Company Ltd atau CCCC sahaja.
Hakikatnya dalam pembinaan Ada 2 harga yang perlu diketahui iaitu kos projek dan satu lagi kos kontrak.
Selain kos kontrak terdapat juga kos-kos lain yang diambil kira seperti pengambilan balik tanah, feasibility study dan kerja ukur (survey works) yang dikira sebagai kos projek apabila digabung dengan kos kontrak.
Jika kos yang ditandatangani dengan CCCC RM46B bermakna bakinya adalah dari jumlah kos projek. Adalah perkara biasa kos pengambilan tanah dan lain-lain boleh mewakili 30% kos projek.
Biasanya pengambilan balik tanah dibawah kuasa agensi pelaksana bukannya oleh kontraktor atau konsesi yg dilantik. Walaupun dibawah PFI, ia masih dibawah kerajaan atau agensi pelaksana.
Adalah perkara biasa jika projek PFI dimana syarikat akan pajakkan projek dan dibayar secara ansuran oleh kerajaan. Sama seperti projek MRT dan LRT3. Jika projek melibatkan kontraktor luar negara seperti China yang melibatkan hubungan G to G bermakna ada kontrak yang disesuaikan antara Malaysia dan China. Walaubagaimanapun agensi atau pihak berkaitan perlulah menjelaskan isu ini memandangkan ia kini dibincangkan secara terbuka.
Bagi netizen dan macai yang gemar mempertikaikan kos kajian untuk Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang bawah DAP pun adalah bernilai RM305 juta! Bayar kertas A4 sahaja. Inikan pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur bernilai RM55 bilion.
Depa lupa yang Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang paling malang telah berjaya melongkupkan ekonomi Pulau Pinang serta menyusahkan rakyat. Antara projek-projek "berjaya" yang telah Kerajaan DAP Pulau Pinang lancarkan untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi Pulau Pinang.
Selepas 8 bulan lebih taman tema air dilancarkan untuk menggalakkan pelancongan di Pulau Pinang, taman tema air itu bungkus.
Selepas setahun melancarkan projek golf resort untuk meningkatkan pelancongan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi, projek ini telah dibatalkan kerana tanah itu tidak cukup besar untuk padang golf.
Selepas 6 tahun menganugerahkan projek untuk membantu membangunkan Pulau Pinang sebagai hab pelancongan perubatan, tanah Taman Manggis itu masih lagi kosong.
Tempat letak kereta ‘kancil’ akhirnya siap pada tahun 2015 selepas 7 tahun pembinaan dan menelan belanja 3 kali ganda daripada bajet asal. KLIA2 yang mula dibina selepas tempat letak kereta ‘kancil’ itu mula dibina, telah diselesaikan sebelum tempat letak kereta ‘kancil’ selesai.
Projek Terowong Pulau Pinang telah ditandatangani untuk dibina pada tahun 2013 tetapi 3 tahun kemudian, laporan yang mahal yang bernilai RM305 juta itu masih tidak lengkap. Sementara itu, projek Xiamen University kampus Malaysia yang ditandatangani pada masa yang sama telah pun siap dan mula menerima pelajar pada awal tahun ini.
Begitu cekap sekali Tokong dan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang.
Tidak hairanlah pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang sama ada paling rendah di kalangan semua 15 negeri (mengikut Gerakan) atau ke-3 paling rendah (mengikut Institut Pulau Pinang) bagi tahun 2008 hingga 2015.
Sementara itu, PM Najib baru sahaja membawa masuk RM144 bilion pelaburan dan projek dari China.
Satu-satunya perkara yang DAP mahu membawa masuk dari luar negara adalah abu Chin Peng –malah ini pun mereka telah gagal.
Saturday, November 5
RAPID RAIL NAIK TARAF LANDASAN LRT PWTC – TITIWANGSA
5 November – Rapid Rail Sdn Bhd - pengendali perkhidmatan LRT dan Monorel Rapid KL, akan menjalankan kerja-kerja menaik taraf landasan LRT Laluan Sri Petaling antara stesen PWTC dan Titiwangsa bermula Selasa (8 November) ini.
“Kerja – kerja penggantian trek ini akan dijalankan pada waktu malam selepas waktu operasi antara 1 pagi hingga 4 pagi sehingga 22 November 2016,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini.
Di bawah kerja-kerja penaikan taraf yang akan dijalankan secara beperingkat itu, besi landasan yang lama akan dipotong dan digantikan dengan yang baru. Segala kerja akan dipantau dengan teliti oleh anggota jurutera Rapid KL bagi memastikan segala kerja dijalankan dengan baik dan mengikut prosedur bagi menjamin tiada sebarang gangguan pada servis LRT pada siang hari.
“Ketika tempoh ini, pergerakan tren di antara dua stesen ini akan diperlahankan. Ini akan menyebabkan masa menunggu akan bertambah kira-kira satu minit. Prosedur memperlahankan pergerakan tren ini terpaksa dilakukan sehingga kerja-kerja penggantian trek siap sepenuhnya demi menjamin keselamatan para penumpang,” menurut kenyataan itu lagi.
Untuk sebarang pertanyaan, para pengguna disarankan menghubungi talian bantuan
Rapid KL di talian 03-78852585 atau ikuti status terkini perkhidmatan Rapid KL di Facebook
dan twitter Rapid KL.
Wednesday, November 2
INOVASI GTRS HASIL PENJIMATAN JUTAAN RINGGIT UNTUK PRASARANA @azmiaziz60 @MyRapidKL
Berkat ketelitian dalam pemerhatian dan keyakinan kepada diri sendiri, enam kakitangan teknikal Rapid Rail Sdn Bhd telah menghasilkan satu inovasi hebat untuk membantu mengurangkan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di samping menghasilkan penjimatan berjuta ringgit kepada syarikat induk, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).
Kumpulan GTRS - singkatan kepada ‘Group Technical Rolling Stock’ - terdiri daripada staf Jabatan Tren (Rolling Stock) LRT Laluan Kelana Jaya termasuk seorang jurutera, dianggotai oleh Muhammad Firdauss Ab Jalil, Muizzuddin Mohamad, Mohd Nazri Ismail, Ahmad Mahazam Mat Zaid, Muhammad Nor Ahmad Shupi dan Fahkri Noor Ramli.
Bermodalkan pelaburan kurang daripada RM5,000 dan dibangunkan sepenuhnya menggunakan penyelidikan dan kepakaran ahli kumpulan, mereka menghasilkan Alat Pengujian Sistem Penyejukan ‘Linear Induction Motor’ (LIM), yang merupakan komponen penting dalam pergerakan sesebuah tren LRT.
Bermula awal tahun lepas dan mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan, alat penguji berkenaan kini telahpun digunakan dalam operasi seharian perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya untuk tren-tren empat gerabak yang dikeluarkan oleh Bombardier.
Berdasarkan analisis dan perkiraan Rapid Rail, sekiranya dikontrakkan kepada pihak luar untuk menghasilkan alat penguji ini, ia akan menelan belanja tidak kurang daripada RM1 juta kerana banyak melibatkan aspek penyelidikan dan pembangunan dan hanya akan dilakukan oleh pembekal tren.
Keunggulan inovasi berkenaan telah mendapat perakuan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), yang menobatkan GTRS sebagai juara keseluruhan dalam saingan Team Excellence peringkat kebangsaan pada majlis National Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2016, yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini.
Dalam mencatat kejayaan itu, pasukan GTRS telah menewaskan 257 pasukan daripada 143 organisasi lain dari seluruh negara yang menyertai pertandingan kecemerlangan inovasi itu. Dengan kemenangan ini, hasil inovasi GTRS ini berpeluang mewakili negara pada Persidangan Antarabangsa QCC Asia Pasifik, yang akan diadakan di Manila, Filipina tahun depan.
“Kami memilih projek ‘4-car LIM Fan Improvement’ (Pembaikan Sistem Penyejukan LIM untuk tren 4-gerabak) untuk pertandingan inovasi Team Excellence ini selepas mengkaji analisa Data Aduan Pelanggan dalam konteks kekerapan jumlah kegagalan sistem dan penilaian terhadap keutamaan yang sejajar dengan misi Syarikat untuk menyediakan perkhidmatan berkelas dunia untuk para pelanggan kami.
“LIM adalah salah satu sistem penting dalam tren LRT Laluan Kelana Jaya. Sekiranya LIM tidak dapat berfungsi, maka tren tidak dapat beroperasi sekali gus akan menyebabkan gangguan perkhidmatan tren. Ini menunjukkan bahawa prestasi LIM memberi impak secara langsung terhadap operasi Laluan Kelana Jaya. Itu menjadi asas kepada projek inovasi kami,” kata Firdauss, yang menjadi Fasilitator kepada pasukan GTRS ini.
Menurut beliau, Sistem Penyejukan LIM (LIM Fan) pula berfungsi untuk mengurangkan suhu operasi LIM, yang merupakan motor untuk menggerakkan tren. Sekiranya sistem penyejukan ini mengalami kegagalan fungsi, sistem keseluruhan LIM akan turut gagal beroperasi sekali gus menyebabkan menyekat pergerakan tren dan mengakibatkan gangguan dalam perkhidmatan.
“Hasil kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan, kos penyelengaraan bagi Sistem Penyejukan LIM telah dapat dijimatkan berbanding pembelian unit baru dari luar negara. Di samping itu, ia juga dapat membangunkan kepakaran tempatan dalam industri rel di Malaysia dan mengurangkan kebergantungan kepada syarikat luar negara. Jumlah penjimatan yang dihasilkan daripada inovasi ini adalah sebanyak RM1.3 juta.
“Sistem Penyejukan LIM yang telah dibaikpulih memerlukan proses pengujian prestasi. Sebelum ini, proses pengujian memerlukan tempoh masa yang panjang antara tujuh hingga lapan jam. Unit Penyejuk LIM perlu dipasang di motor LIM. Selepas itu, LIM hendaklah diuji di tren dan memerlukan empat juruteknik untuk tujuan pengujian ini. Di samping itu, tren yang digunakan bagi tujuan pengujian tidak dapat beroperasi kerana ianya dilakukan di depoh. Ia adalah proses yang amat mengambil masa,” kata Firdauss.
Pada majlis National Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2016 itu juga, tiga penyertaaan lain dari Rapid Rail telah memenangi anugerah penghargaan Anugerah Emas Tiga Bintang atas kejayaan inovasi masing-masing - Pasukan SWS untuk inovasi pengesanan amaran brek; pasukan HMIT untuk inovasi memantapkan prestasi pintu tren, dan pasukan ELECTRON untuk suis ‘bypass’ tren empat gerabak Laluan Kelana Jaya.
Sebelum diumumkan sebagai pemenang anugerah keseluruhan, TEAM GTRS, ataupun Group Technical Rolling Stock, memenangi Anugerah Johan untuk Sektor Perkhidmatan.
“Anugerah-anugerah kebangsaan ini sebenarnya adalah bonus kepada kami. Lebih penting lagi bagi kami adalah impak daripada kewujudan alat pengujian ini. Ia bukan saja dapat menjimatkan masa pengujian daripada lapan jam kepada 1 jam sahaja; tetapi ianya juga dapat mengurangkan guna tenaga daripada empat juruteknik kepada seorang jurutekniK.
“Ianya bersifat mudah alih kerana hanya bersaiz satu kaki persegi. Kami amat berbangga untuk dapat memberikan sumbangan ini kepada Rapid Rail dan kepada para pengguna LRT Laluan Kelana Jaya,’ kata Firdauss.
Dengan pengalaman antara lima hingga 18 tahun dalam industri rel, inovasi alat penguji kipas LIM ini adalah penyertaan kedua daripada pasukan GTRS. Tahun lepas, mereka sekadar memenangi anugerah penghargaan Emas Tiga Bintang dengan inovasi mengenai sistem penapis untuk unit kuasa sokongan atau Auxiliary Power Unit.
“Kami di Prasarana khususnya Rapid Rail sentiasa digalakkan untuk berinovasi sebagai sebahagian daripada cara kita bekerja. Ia selaras dengan salah satu prinsip Transformasi Syarikat iaitu Berkemahiran atau ‘Resourcefulness’,” kata Firdauss.
Mengulas kejayaan pasukan GTRS, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman berkata beliau akan terus menggalakkan tradisi berinovasi, yang telah sekian lama diamalkan dalam Syarikat berkenaan untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos operasi.
Katanya, inovasi adalah penting untuk Rapid Rail terus berkembang maju selaras dengan aspirasinya untuk menjadi pemimpin dalam industri rel ini.
“Saya berharap kejayaan yang dicipta oleh pasukan GTRS ini akan merangsang dan memberi semangat kepada lebih ramai lagi staf teknikal di Rapid Rail untuk menghasilkan inovasi-inovasi untuk memanfaat operasi tren dan meningkatkan tahap perkhidmatan untuk para pengguna LRT dan monorel,” tambah Dato’ Ir. Zohari.
Dato’ Ir. Zohari Sulaiman (tengah barisan depan) bersama-sama dengan para pemenang dan barisan kepimpinan Rapid Rail Sdn Bhd.
Kumpulan GTRS - singkatan kepada ‘Group Technical Rolling Stock’ - terdiri daripada staf Jabatan Tren (Rolling Stock) LRT Laluan Kelana Jaya termasuk seorang jurutera, dianggotai oleh Muhammad Firdauss Ab Jalil, Muizzuddin Mohamad, Mohd Nazri Ismail, Ahmad Mahazam Mat Zaid, Muhammad Nor Ahmad Shupi dan Fahkri Noor Ramli.
Bermodalkan pelaburan kurang daripada RM5,000 dan dibangunkan sepenuhnya menggunakan penyelidikan dan kepakaran ahli kumpulan, mereka menghasilkan Alat Pengujian Sistem Penyejukan ‘Linear Induction Motor’ (LIM), yang merupakan komponen penting dalam pergerakan sesebuah tren LRT.
Bermula awal tahun lepas dan mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan, alat penguji berkenaan kini telahpun digunakan dalam operasi seharian perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya untuk tren-tren empat gerabak yang dikeluarkan oleh Bombardier.
Berdasarkan analisis dan perkiraan Rapid Rail, sekiranya dikontrakkan kepada pihak luar untuk menghasilkan alat penguji ini, ia akan menelan belanja tidak kurang daripada RM1 juta kerana banyak melibatkan aspek penyelidikan dan pembangunan dan hanya akan dilakukan oleh pembekal tren.
Keunggulan inovasi berkenaan telah mendapat perakuan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), yang menobatkan GTRS sebagai juara keseluruhan dalam saingan Team Excellence peringkat kebangsaan pada majlis National Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2016, yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini.
Dalam mencatat kejayaan itu, pasukan GTRS telah menewaskan 257 pasukan daripada 143 organisasi lain dari seluruh negara yang menyertai pertandingan kecemerlangan inovasi itu. Dengan kemenangan ini, hasil inovasi GTRS ini berpeluang mewakili negara pada Persidangan Antarabangsa QCC Asia Pasifik, yang akan diadakan di Manila, Filipina tahun depan.
“Kami memilih projek ‘4-car LIM Fan Improvement’ (Pembaikan Sistem Penyejukan LIM untuk tren 4-gerabak) untuk pertandingan inovasi Team Excellence ini selepas mengkaji analisa Data Aduan Pelanggan dalam konteks kekerapan jumlah kegagalan sistem dan penilaian terhadap keutamaan yang sejajar dengan misi Syarikat untuk menyediakan perkhidmatan berkelas dunia untuk para pelanggan kami.
“LIM adalah salah satu sistem penting dalam tren LRT Laluan Kelana Jaya. Sekiranya LIM tidak dapat berfungsi, maka tren tidak dapat beroperasi sekali gus akan menyebabkan gangguan perkhidmatan tren. Ini menunjukkan bahawa prestasi LIM memberi impak secara langsung terhadap operasi Laluan Kelana Jaya. Itu menjadi asas kepada projek inovasi kami,” kata Firdauss, yang menjadi Fasilitator kepada pasukan GTRS ini.
Firdauss (tiga dari kiri) berbincang dengan rakan-rakan sepasukan GTRS.
Menurut beliau, Sistem Penyejukan LIM (LIM Fan) pula berfungsi untuk mengurangkan suhu operasi LIM, yang merupakan motor untuk menggerakkan tren. Sekiranya sistem penyejukan ini mengalami kegagalan fungsi, sistem keseluruhan LIM akan turut gagal beroperasi sekali gus menyebabkan menyekat pergerakan tren dan mengakibatkan gangguan dalam perkhidmatan.
“Hasil kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan, kos penyelengaraan bagi Sistem Penyejukan LIM telah dapat dijimatkan berbanding pembelian unit baru dari luar negara. Di samping itu, ia juga dapat membangunkan kepakaran tempatan dalam industri rel di Malaysia dan mengurangkan kebergantungan kepada syarikat luar negara. Jumlah penjimatan yang dihasilkan daripada inovasi ini adalah sebanyak RM1.3 juta.
“Sistem Penyejukan LIM yang telah dibaikpulih memerlukan proses pengujian prestasi. Sebelum ini, proses pengujian memerlukan tempoh masa yang panjang antara tujuh hingga lapan jam. Unit Penyejuk LIM perlu dipasang di motor LIM. Selepas itu, LIM hendaklah diuji di tren dan memerlukan empat juruteknik untuk tujuan pengujian ini. Di samping itu, tren yang digunakan bagi tujuan pengujian tidak dapat beroperasi kerana ianya dilakukan di depoh. Ia adalah proses yang amat mengambil masa,” kata Firdauss.
Pada majlis National Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2016 itu juga, tiga penyertaaan lain dari Rapid Rail telah memenangi anugerah penghargaan Anugerah Emas Tiga Bintang atas kejayaan inovasi masing-masing - Pasukan SWS untuk inovasi pengesanan amaran brek; pasukan HMIT untuk inovasi memantapkan prestasi pintu tren, dan pasukan ELECTRON untuk suis ‘bypass’ tren empat gerabak Laluan Kelana Jaya.
Sebelum diumumkan sebagai pemenang anugerah keseluruhan, TEAM GTRS, ataupun Group Technical Rolling Stock, memenangi Anugerah Johan untuk Sektor Perkhidmatan.
“Anugerah-anugerah kebangsaan ini sebenarnya adalah bonus kepada kami. Lebih penting lagi bagi kami adalah impak daripada kewujudan alat pengujian ini. Ia bukan saja dapat menjimatkan masa pengujian daripada lapan jam kepada 1 jam sahaja; tetapi ianya juga dapat mengurangkan guna tenaga daripada empat juruteknik kepada seorang jurutekniK.
“Ianya bersifat mudah alih kerana hanya bersaiz satu kaki persegi. Kami amat berbangga untuk dapat memberikan sumbangan ini kepada Rapid Rail dan kepada para pengguna LRT Laluan Kelana Jaya,’ kata Firdauss.
Dengan pengalaman antara lima hingga 18 tahun dalam industri rel, inovasi alat penguji kipas LIM ini adalah penyertaan kedua daripada pasukan GTRS. Tahun lepas, mereka sekadar memenangi anugerah penghargaan Emas Tiga Bintang dengan inovasi mengenai sistem penapis untuk unit kuasa sokongan atau Auxiliary Power Unit.
“Kami di Prasarana khususnya Rapid Rail sentiasa digalakkan untuk berinovasi sebagai sebahagian daripada cara kita bekerja. Ia selaras dengan salah satu prinsip Transformasi Syarikat iaitu Berkemahiran atau ‘Resourcefulness’,” kata Firdauss.
Mengulas kejayaan pasukan GTRS, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman berkata beliau akan terus menggalakkan tradisi berinovasi, yang telah sekian lama diamalkan dalam Syarikat berkenaan untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos operasi.
Katanya, inovasi adalah penting untuk Rapid Rail terus berkembang maju selaras dengan aspirasinya untuk menjadi pemimpin dalam industri rel ini.
“Saya berharap kejayaan yang dicipta oleh pasukan GTRS ini akan merangsang dan memberi semangat kepada lebih ramai lagi staf teknikal di Rapid Rail untuk menghasilkan inovasi-inovasi untuk memanfaat operasi tren dan meningkatkan tahap perkhidmatan untuk para pengguna LRT dan monorel,” tambah Dato’ Ir. Zohari.