RAPID

Wednesday, January 27

TIADA JALAN MUDAH TANGANI ISU KESELAMATAN @MyRapidKL


Semalam tersebar satu video yang memaparkan seorang lelaki berbangsa cina telah memasuki stesen LRT milik Rapid KL. Untuk maklumat setiap stesen dikawal oleh Polis Bantuan Prasarana mengawal jika ada pencerobohan yang dilakukan oleh orang awam. Sebagai langkah berjaga-jaga jika ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Umum tahu bahawa amaran awal telah dikeluarkan oleh pihak PDRM sebelum ini supaya setiap tumpuan awam perlulah diberikan kawal selia yang amat ketat, bagi mengelakkan kejadian seperti yang berlaku di Jakarta tempohari.


Ketika urusan kerja di Sarawak 2 hari lepas setiap lapangan terbang dikawal oleh tentera dan polis, bukan mahu menakutkan sesiapa akan tetapi ianya adalah langkah berjaga-jaga, tiada kompromi didalam keselamatan rakyat malaysia. Jika sesuatu yang buruk berlaku sudah pasti ada pihak yang dipersalahkan. 

Berbalik kepada isu di stesen LRT bagi pendapat MKP tindakan Polis Bantuan Prasarana adalah wajar menyekat sesiapa sahaja yang ingin masuk selepas waktu operasi, Jika lelaki berkenaan meletakan sesuatu dan insiden berlaku sudah pasti beliau dipertanggungjawabkan. Pihak Prasarana tidak mengambil mudah setiap aduan yang dilaporkan dan siasatan perlu dilakukan.

Naib Presiden Eksekutif, Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana, Lim Jin Aun berkata, pihaknya sedia maklum rakaman yang tersebar itu dan siasatan sedang dibuat dari segenap sudut.

“Kita sedang menyiasat kes itu kerana ia merupakan insiden yang jarang-jarang berlaku.
“Ia merupakan kejadian terpencil dan tidak perlu diperbesar-besarkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Lim meminta orang ramai agar menghentikan spekulasi yang tersebar meluas di Facebook berhubung penyebaran rakaman aksi pertengkaran itu sementara menunggu kes yang disiasat mendapat jawapannya.

“Kita minta spekulasi ini dihentikan. Kita akan mengambil tindakan sekiranya dakwaan itu benar,” tambahnya.

Dalam pada itu, Lim menjelaskan, polis bantuan yang mengawal setiap stesen LRT mempunyai kuasa untuk menghalang sesiapa sahaja daripada mengutip sampah atau membuat sebarang aktiviti di mana-mana stesen tanpa kebenaran.

Katanya, aktiviti mengutip sampah telah diserahkan kepada kontraktor pembersihan dan pihak lain tidak dibenarkan mengutip atau mengambil apa sahaja benda di stesen LRT kerana dibimbangi akan mengakibatkan kecederaan atau mengotorkan kawasan awam sekiranya mereka berbuat demikian.

“Polis bantuan kami mempunyai kuasa untuk menghalang sesiapa sahaja daripada melakukan sebarang aktiviti di stesen LRT atas faktor-faktor keselamatan dan bagi menjaga tempat awam,” ujarnya.

BILA PAKAR KEWANGAN FACEBOOK BERBICARA........ @azeezputera @drasyrafwajdi

STRATEGI FITNAH MASA KINI SEBARKAN DOKUMEN DAN MENGHUKUM BERSANDARKAN MAKLUMAT SEPARUH MASAK

Saya dihubungi banyak pihak mengenai penyebaran surat Bank Negara kepada Menteri dan Pengerusi Tabung Haji mengenai pendekatan Tabung Haji memberikan bonus dan dividen yang tinggi sepanjang 2012-2014 hingga menyebabkan kejatuhan nilai rizab Tabung Haji. Hanya bersandarkan surat ini, maka ramai telah menjatuhkan hukuman dan mencetuskan polemik fitnah seolah-olah KONONNYA Tabung Haji mengalami kerugian, dividen tidak mampu dibayar, pengurusan kewangan Tabung Haji lemah hinggalah kepada serangan-serangan peribadi bersifat ghibah dan fitnah terhadap beberapa individu pengurusan tertinggi Tabung Haji.

Saya tidak berhasrat untuk buat penjelasan satu persatu tuduhan yang dilemparkan kepada Tabung Haji kerana pihak Tabung Haji telahpun diarahkan untuk mengeluarkan kenyataan penjelasan terperinci mengenai isu yang dibangkitkan pada hari ini.

Walaubagaimanapun, nasihat saya kepada 'pakar-pakar kewangan segera' Facebook dan media2 sosial lain, eloklah ambil kira beberapa point dan garis panduan berikut sebelum buat ulasan mahupun komentar berbaur fitnah berasaskan surat Bank Negara Malaysia yang difahami diluar konteks dan sewenangnya disebarkan:

1. Kena faham apa maksud rizab? Apa beza rizab dan fungsinya bagi sebuah institusi kewangan seperti bank dengan institusi pelaburan seperti Tabung Haji. Kesannya juga berbeza.

2. Kena faham model perniagaan (business model) sebuah bank dengan model perniagaan Tabung Haji. Bank buat duit dengan bagi pinjaman dengan menggunakan modal daripada wang2 para pendeposit, sedangkan Tabung Haji menjana keuntungan melalui pelbagai bentuk pelaburan termasuk dalam bidang hartanah, pasaran saham, dan pemilikan syarikat dan subsidiary yang menjalankan pelbagai perniagaan termasuk Bank Islam.

3. Kena faham beza struktur Balance Sheet sebuah Bank dengan Balance Sheet Tabung Haji. Ini termasuklah komponen aset dan liabiliti dalam Balance Sheet sebuah bank dengan komponen aset dan liabiliti Balance Sheet Tabung Haji.

4. Memahami struktur Balance Sheet Tabung Haji dan bezanya dengan sebuah bank akan membantu kita memahami apa bentuk risiko yang dihadapi oleh bank berbanding Tabung Haji yang menjadi kebimbangan Bank Negara.

5. Harus juga tahu bahawa Tabung Haji tidak dikawal selia Bank Negara. Namun keprihatinan Bank Negara ada asasnya jika Tabung Haji rugi hingga terpaksa guna wang negara untuk tanggung kerugian Tabung Haji jika ia berlaku, waiyyazubillah. Walaubagaimanapun, persoalannya apakah benar Tabung Haji rugi?

6. Kena membaca dokumen kewangan atau Balance Sheet dan Profit/loss Statement Tabung Haji secara keseluruhannya bukan bergantung kepada satu bahagian sahaja seperti bahagian liabiliti dan rizab.

7. Mesti memahami peraturan-peraturan perakaunan antarabangsa yang baru sebagaimana dikehendaki dalam IFRS (International Financial Reporting Standard) terutamanya aspek penilaian rizab, aset dan liabiliti yang digunakan.

Semua garis panduan diatas perlu diambil kira sebelum kita buat ulasan yang akhirnya menyebabkan kita begitu mudah menjatuhkan hukum bahkan sewenangnya mengeluarkan kenyataan fitnah dan tohmah tanpa rasa sedikitpun khuatir akan dosa jariah dan muflis akhirat yang diamarankan Junjungan Nabi Muhammad SAW.


STRATEGI FITNAH MASA KINI SEBARKAN DOKUMEN DAN MENGHUKUM BERSANDARKAN MAKLUMAT SEPARUH MASAKSaya dihubungi banyak...
Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on 25hb Januari 2016

Monday, January 18

TREN BAHARU UNTUK PENGGUNA @myrapidKL @NajibRazak @azmiaziz60


Penyambungan Laluan LRT Kelana Jaya ke Putra Heights, yang dijadualkan beroperasi pada pertengahan tahun ini, bukan saja akan meningkatkan lagi kemudahan ketersambungan dan jarak perjalanan; tetapi juga memberikan tahap keselesaan dan keselamatan yang lebih tinggi kepada pengguna dengan pengenalan tren generasi baru Bombardier INNOVIA Metro 300.

Diperkenalkan kepada media massa di sini hari ini, tren-tren generasi baru ini bukan saja bersaiz lebih luas untuk meningkatkan kapasiti dan tahap keselesaan; tetapi juga dipermantapkan dengan ciri-ciri tambahan dari aspek keselamatan dan sistem maklumat penumpang eletronik.

Selain mempunyai reka bentuk yang lebih dinamik untuk menyerlahkan penampilan yang lebih hebat, ia memiliki bahagian hujung tren atau ‘end cab’ yang lebih aerodinamik dengan bahagian cermin depan dan belakang yang lebih luas untuk penglihatan yang lebih baik bagi menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.



Berbeza dengan tren-tren yang digunakan untuk LRT Laluan Kelana Jaya sekarang, setiap gerabak tren dipasang empat unit kamera litar tertutup atau CCTV; sekali gus menyediakan 16 unit kamera CCTV yang boleh membuat rakaman untuk satu tren.

Setiap gerabak juga dipasang dengan kemudahan Sistem Informasi Penumpang atau ‘Passenger Information System (PIS)’, yang boleh menyediakan kemudahan infortainment untuk hiburan dan maklumat kepada para penumpang.

Setiap gerabak turut dilengkapi dengan Peta Laluan Dinamik atau ‘Dynamic Route Map’, yang akan memberi maklumat tentang arah perjalanan, stesen-stesen sebelum dan selepas serta stesen seterusnya.

Berbeza juga dengan tren-tren Bombardier Hartasama yang digunakan untuk LRT Laluan Kelana Jaya sekarang, Bombardier INNOVIA Metro 300 turut dilengkapi dengan Sistem Pelinciran Roda atau ‘Wheel Lubricating System’, yang akan mengurangkan kesan bunyi sepanjang pergerakan tren.

Setiap gerabak turut dilengkapi dengan kemudahan ‘intercom’ penumpang untuk komunikasi audio dengan Pusat Kawalan dengan ruang khas untuk kerusi roda untuk golongan kelainan upaya atau OKU.

Majlis pengenalan tren baru Bombardier INNOVIA Metro 300 ini telah diadakan di fasiliti Hartasuma, yang bertanggungjawab menyiapkan bahagian dalaman tren berkenaan dan menjadi rakan kongsi kepada Bombardier untuk kontrak menyediakan 14 set tren empat-gerabak ini untuk Prasarana Malaysia Berhad di bawah projek Kuala Lumpur Additional Vehicle (KLAV).

Kerja-kerja di Hartasuma melibatkan pemasangan sepenuhnya bahagian dalaman tren termasuk sistem dalam tren untuk keselamatan dan komunikasi. Setelah siap, ia akan dihantar ke Depot LRT Laluan Kelana Jaya di Subang pada akhir bulan ini untuk menjalani proses ujian dan persijilan sebelum diserapkan masuk ke dalam perkhidmatan apabila laluan sambungan LRT Kelana Jaya dibuka pada Jun ini.


Majlis pengenalan Bombardier INNOVIA Metro 300 ini telah dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Ismail Adam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Azmi Abdul Aziz dan Pengarah Urusan Hartasuma, Datuk Abdul Rahman Abdul Halim.

Turut hadir adalah Encik Pierre Attendu, Presiden, Divisyen Sistem & Asia/Australia Bombardier Transportation.

Direka, dibangun dan diuji di Bombardier’s Centre of Competence for Mass Transit Systems di  Kingston, Kanada, tren pertama model INNOVIA Metro 300 ini sampai di Malaysia pada 18 Disember tahun lalu selepas lebih dua bulan perjalanan melalui laut. Tren-tren ini dihantar ke Malaysia secara berperingkat dengan tren kedua dijadual tiba akhir bulan depan. Tren ke 14 dan yang terakhir akan dihantar dari Kanada pada Mac tahun depan.

KLAV adalah bagi menyokong Projek Penyambungan Jajaran LRT atau ‘LRT Line Extension Project’ untuk Laluan Kelana Jaya, yang melibatkan penyambungan jajaran LRT dari stesen Kelana Jaya yang ada sekarang ke Putra Heights. Laluan tambahan ini akan menyediakan perkhidmatan untuk kawasan Lembah Subang, Ara Damansara, Glenmarie Shah Alam, USJ dan Subang Jaya.

Projek LEP turut melibatkan penyambungan jajaran LRT Laluan Ampang; dari stesen Sri Petaling ke Putra Heights, yang merupakan stesen yang mengintegrasikan kedua-dua laluan ini. Empat stesen baru LRT Laluan Ampang telahpun dibuka pada 31 Oktober tahun lepas iaitu stesen-stesen Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

Untuk projek LEP Laluan Ampang, 20 unit tren enam-gerabak baru telah dibeli daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive Company, China. Sebanyak 30 lagi unit tren yang sama turut dibeli untuk menggantikan tren-tren yang digunakan sekarang.

Berbeza dengan LRT Laluan Ampang, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan terus menggunakan tren-tren dua-gerabak dan empat-gerabak, yang mula digunakan sejak 2010. Tren-tren dua-gerabak, yang mula digunakan sejak 1998, pula telah dihantar untuk pembaikan semula atau ‘mid-life refurbishment’.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive