exponegaraku

Saturday, February 27

PRASARANA MELEBARKAN SAYAP RAPID BAS DI KAMUNTING @NajibRazak @azmiaziz60 @MyRapidKL


Warga Taiping bakal berpeluang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam baharu iaitu bas Rapid Kamunting yang dijangka akan mula beroperasi awal Mac depan.


Hari ini rakan-rakan media berpeluang menaiki Bas Rapid Kamunting semasa majlis perkenalan perkhimatan Rapid Kamunting. Rapid Kamunting direalisasikan oleh Prasarana Malaysia Berhad, Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Majlis Perbandaran Taiping.


Dengan kerjasama yang jitu dan padu ianya bertepatan dengan Perancangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan Bandar dan luar Bandar dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy – NBOS).


Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS merupakan langkah bersepadu Kerajaan merangka dasar dan inisiatif melalui perkongsian pintar antara Kementerian dan agensi. Strategi ini adalah pelengkap kepada Dasar Transformasi Nasional.


Perjalanan bas berkenaan akan dibahagikan kepada dua laluan  iaitu yang  melibatkan Kamunting-Taiping dan laluan Jejak Warisan.


Bagi laluan Kamunting-Taiping, bas tersebut akan melalui 21 hentian sekitar bandar Taiping dan Kamunting.Perjalanan terbabit melibatkan jarak sejauh 25 kilometer dalam tempoh 45 minit.

Selain itu, sebanyak empat buah bas akan beroperasi, manakala baki tiga buah bas lagi akan melalui laluan Jejak Warisan.Terdapat 39 buah hentian dan perjalanan sejauh 12 kilometer itu dijangka akan mengambil masa sekitar 45 minit.

Orang ramai boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam untuk ke mana sahaja destinasi yang mereka ingin tuju.

Thursday, February 18

PRASARANA KOMITED MELAHIRKAN TENAGA MAHIR @MyRapidKL @NajibRazak @AzmiAziz60


Syarikat Prasarana Berhad (Prasarana) melangkah setapak lagi kejayaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir khususnya dalam bidang kejuruteraan kereta api dan bas serta ingin mencapai matlamat menjadi Syarikat Pengankutkan Awam bertaraf dunia.

Jurutera Rel sedang menyelenggara landasan LRT

Seramai 436 pegawai dan staf Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mendapat pentauliahan atas kemahiran mereka di bidang pengangkutan awam dalam Majlis Konvokesyen Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) 2016.

Mekanik bus sedang memerikasa enjin bas

Dua puluh sembilan daripada mereka akan menerima Anugerah Pencapaian (Achievement of Recognition) daripada badan antarabangsa, Institute of Supply Chain Management (ISM) manakala 377 yang lain akan menerima diploma lanjutan, diploma dan sijil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia, menurut satu kenyataan media Prasarana hari ini.

Pemimpin dalam sektor rangkaian pembekalan dan memiliki lebih 48,000 anggota aktif di seluruh dunia, ISM adalah organisasi global yang bekerja untuk meningkatkan lagi amalan perolehan dan pengurusan bekalan.

Buat julung kali dalam sejarah, Prasarana telah menggabungkan majlis konvokesyen graduan dua anak syarikatnya - Rapid Bus Sdn Bhd dan Rapid Rail Sdn Bhd, yang masing-masing lulus dalam pelbagai program latihan dengan Akademi Bas dan Akademi Rel.


Sementara lulusan daripada Akademi Bas adalah untuk kursus-kursus Servis dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan, Koordinasi Pengurusan Acara dan Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia, graduan daripada Akademi Rel pula adalah untuk Pemandu Tren, Operasi Stesen, Operasi Tren, Pengurusan Kualiti Tren, Penyelenggaraan Tren, Sistem Elektrik Tren, Pengurusan Isyarat dan Komunikasi, Penyelenggaraan Tren Elektrik dan Pengurusan Operasi Tren.

Dalam perutusannya kepada graduan, Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Ismail Adam berkata staf Rapid Bus dan Rapid Rail perlu sentiasa bergading bahu dan bekerja erat kerana mereka saling melengkapkan antara satu sama lain.

“Seperti abang dan adik dalam satu keluarga, Rapid Bus dan Rapid Rail bergerak beriringan bersama-sama dengan Prasarana dalam meningkatkan kualiti, memertabatkan imej dan memperkasakan status pengangkutan awam negara,” katanya.


Tan Sri Ismail juga berharap kedua-dua Akademi Bas dan Akademi Rel perlu terus mengorak langkah dan membanyakkan tenaga mahir dalam perkhidmatan pengangkutan awam.

“Dengan jumlah penduduk Malaysia dijangka terus meningkat khususnya untuk Lembah Klang, skop pengangkutan awam darat perlu diluaskan dari segi bilangan dan juga liputan kawasan. Malaysia akan memerlukan lebih ramai tenaga mahir untuk bidang ini,” tambah beliau.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Azmi Abdul Aziz pula berharap kedua-dua Akademi Bas dan Akademi Rel akan meneruskan kerja cemerlang mereka demi kelangsungan projek-projek yang dikendalikan oleh Prasarana.

“Sandaran Prasarana kepada Akademi Bas dan Akademi Rel kini semakin kuat dengan operasi yang lebih meluas. Pelancaran perkhidmatan bas Rapid Kamunting pada 3 Mac ini dan pembukaan penuh Penyambungan Jajaran LRT tidak lama lagi menuntut kita melahirkan lebih ramai pekerja mahir,” tambah beliau.

Monday, February 15

PRASARANA BAKAL MENJADI PENGENDALI PENGANGKUTAN AWAM TERBAIK DUNIA @MyRapidKL @azmiaziz60 @NajibRazak


Prasarana Malaysia Bhd petang tadi memeterai MoU dengan Transport for London (TfL) bagi membuka laluan kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pengendali pengangkutan awam itu.

Tujuan utama parjanjian ini adalah bagi  meningkatkan kemahiran kakitangan antara Transport of London dan Prasarana. Ini bermakna akan ada penukaran kakitangan antara Transport of London & Prasarana.


Komitmen ini bagi memastikan mutu perkhimatan pekerja Prasarana bertaraf dunia dengan termenterai penjanjian ini.

Transformasi PRASARANA dimana warga Prasarana lebih banyak input dan skill. Apa yang mereka belajar di London akan diguna pakai di Malaysia kelak. Hasil akan dinikmati oleh rakyat/pengguna.

MOU .Persefahaman ini bermula tahun ini. Butiran terperinci masih dalam perbincangan.

Target Prasarana adalah menjadi World Class Service Provider jadi kita kena belajar dengan yang terbaik dan bandingkan kedua - dua syarikat.

Bagi mencapai status world class Prasarana berfikir luar kotak. Contoh stesen LRT kini menjadi pusat komuniti bukan stesen semata-mata. Prasarana tidak akan berhenti untuk belajar dan jadi yang terbaik

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive