exponegaraku

Thursday, June 30

PERJALANAN LEBIH MUDAH DENGAN PELANCARAN #LEPRapidKL @NajibRazak @AzmiAziz60


Penambahan laluan sebanyak 35km akan meliputi kawasan perumahan yang berkepadatan tinggi di Bandar Kinrara, Puchong, Subang Jaya dan USJ. Penduduk kini mempunyai pilihan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL untuk meningkatkan mobiliti mereka.

DS Najib Razak menggunakkan jam tangan yang mempunyai aplikasi TOUCH-AND-GO untuk masuk ke stesen LEP RapidKL 


Pemanjangan laluan sepanjang 27km bermula dari Stesen Sri Petaling bagi laluan Ampang, manakala bagi laluan Kelana Jaya sepanjang 29km dari Stesen Kelana Jaya. Kedua-dua rangkaian laluan ini akan bertemu di stesen integrasi Putra Heights. Perkhidmatan bas pengantara berjadual telah disusun oleh Rapid KL bagi menyediakan kemudahan kepada pengguna.


Sebagai alternatif, pengguna boleh memandu kereta persendirian mereka dan parkir di kemudahan “park-ride” yang boleh didapati di stesen-stesen utama dengan caj letak kereta nominal. Pilihan lain adalah dengan menggunakan perkhidmatan teksi yang terdapat di stesen LRT.

Pembukaan rasmi telah oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sebentar tadi. Lapan daripada stesen baharu telah dibuka lebih awal kerana pemintaan dan keperluan yang mendesak kepada perkhidmatan awam yang cepat, mudah dan selesa.


Stesen Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5 telah mula beroperasi pada 31 Oktober 2015 laluan dan stesen IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri telah beroperasi pada 31 Mac 2016.

Baki tiga lagi stesen Laluan Ampang akan dibuka sepenuhnya, iaitu Stesen Puchong Perdana, Puchong Prima, Putra Heights dan 12 stesen laluan Kelana Jaya.

#LEPRapidKL Tranformasi Pengangkutan Awam @NajibRazak @AzmiAziz60


Bermula hari ini tercipta satu lagi lembaran baru dalam sejarah pengangkutan awam Malaysia di mana kemudahan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat iaitu projek sambungan jajaran LRT bagi laluan Kelana Jaya dan Ampang akan dibuka sepenuhnya.

Putra Heights ke KLCC hanya mengambil masa sejam dengan kadar tambang RM3.40 bagi setiap perjalanan.


Dari stesen bersepadu Putra Heights ke Gombak, penumpang hanya perlu membayar tambang RM4.40, Putra Heights ke KL Sentral RM3.20 dan dari Putra Heights ke Plaza Rakyat pula hanya RM3.20

Laluan sambungan itu diyakini dapat memenuhi permintaan penduduk yang semakin bertambah di Lembah Klang, yang dijangka mencapai 10 juta menjelang 2020.


Penduduk Putra Heights, USJ, Subang Jaya, Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil boleh berulang alik setiap hari ke Kuala Lumpur dengan menggunakan LRT - satu daripada inisiatif pembangunan negara oleh kerajaan bagi memantapkan dan mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan awam bandar, yang merupakan satu daripada bidang keberhasilan utama negara di bawah program transformasi kerajaan.


Paling penting adalah dengan penyambungan laluan ini pengguna di sekitar laluan akan melihat kebaikan antara menggunakan LRT dan memandu. Penggunaan LRT secara langsung akan menjimatkan bayaran tol, bahan bakar dan paling penting, masa kerana ia tidak perlu menempuh kesesakan trafik pada waktu puncak.

Tuesday, June 28

600,000 Penumpang Setiap Hari, LRT Kelana Jaya & Ampang @AzmiAziz60 @NajibRazak


Projek Sambungan Laluan LRT (LEP) dari Kelana Jaya ke Ampang, yang melibatkan kawasan baharu, termasuk Putra Heights, Subang Jaya dan Puchong, dijangka mencatat tambahan 300,000 penumpang harian apabila ia mula beroperasi sepenuhnya Khamis ini.

Ketika ini, laluan lama yang turut melibatkan perkhidmatan monorel, digunakan 600,000 penumpang setiap hari, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Datuk Azmi Abdul Aziz.


Menurut beliau, dengan wujudnya landasan sambungan bagi laluan Kelana Jaya,  170,000 penumpang lagi dijangka menggunakan perkhidmatan itu setiap hari, manakala laluan Ampang pula akan menyaksikan tambahan 130,000 penumpang harian.

Kata Azmi, laluan sambungan itu, yang mempunyai 25 stesen baharu di kawasan yang tinggi kepadatan penduduk, diunjurkan mencapai peningkatan besar jumlah penumpang.

Beliau berkata laluan sambungan itu diharapkan dapat memenuhi permintaan penduduk yang semakin bertambah di Lembah Klang, yang dijangka mencapai 10 juta menjelang 2020.

"Objektif utama kami ialah untuk memenuhi keperluan sejuta penumpang setiap hari menjelang 2020, memandangkan bandar raya lain di Asia seperti Tokyo, sudah mencapai kadar lebih dua juta penumpang sehari dan kami sedang membuat persiapan ke arah itu," katanya.

Mulai Khamis ini, penduduk Putra Heights, USJ, Subang Jaya, Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil boleh berulang alik setiap hari ke Kuala Lumpur dengan menggunakan LRT - satu daripada inisiatif pembangunan negara oleh kerajaan bagi memantapkan dan mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan awam bandar, yang merupakan satu daripada bidang keberhasilan utama negara di bawah program transformasi kerajaan.

Dibina dengan peruntukan RM8 bilion, rangkaian sambungan ini meliputi jarak 46.4 kilometer, yang merentasi kawasan padat dengan penduduk.

Azmi berkata perkhidmatan sambungan baharu itu akan memberi kemudahan dan keselesaan pada kadar tambang yang tidak membebankan penumpang, sebagai contoh, perjalanan dari Putra Heights ke KLCC hanya mengambil masa sejam dengan kadar tambang RM3.40 bagi setiap perjalanan.

"Dari stesen bersepadu Putra Heights ke Gombak, penumpang hanya perlu membayar tambang RM4.40, Putra Heights ke KL Sentral (RM3.20) dan dari Putra Heights ke Plaza Rakyat pula hanya RM3.20," katanya.

"Sekiranya kita kaji kebaikan antara menggunakan LRT dan memandu, kita akan dapati penggunaan LRT akan menjimatkan bayaran tol, bahan bakar dan paling penting, masa kerana ia tidak akan menempuh kesesakan trafik," katanya.

Menurut beliau, sebagai langkah memantapkn lagi perkhidmatan LRT, Prasarana sedang menaik taraf sistem semboyan bagi Aliran Ampang untuk meningkatkan keutuhan dan kecekapannya.

Di samping itu, kata beliau, Prasarana menggantikan tren sedia ada bagi Aliran Ampang dengan 30 tren enam gerabak baharu dan akan menambah 20 tren enam gerabak lagi bagi laluan sambungan untuk meningkatkn keupayaannya.

"Apabila siap, projek LEP memberi kesan yang cukup besar. Ia akan menjadi pemangkin bagi pembangunan seterusnya, dan Malaysia, terutama Greater Klang Valley, akan menikmati sistem pengangkutan awam yang lancar serta bersepadu," katanya.

Sunday, June 19

TUN MAHADIR!!! APA LAGI YANG HANG MAU........?


Maaf dipinta pada penyokong Tun Mahadir yang kini nampaknya sudah kehilangan taring serta sokongan. Jika sebelum ini ada pendapat menyatakan sokongan pada Mantan Perdana Menteri makin bertambah namun setelah keputusan yang telah diumumkan semalam nampaknya memulangkan paku keras padanya.

Minggu pertama kempen PRK yang tenang dan secara kebetulan bermula pada awal Ramadan tiba-tiba bertukar menjadi haru-biru hanya kerana kemunculan dramatik negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara mengejut.

Sebelum kedatangan beliau, ramai penganalisis politik tanah air waima cakap-cakap politik kedai kopi tempatan meramalkan Barisan Nasional (BN) sebenarnya sudah pun menang, cuma hendak tahu berapakah undi majoritinya.

Bacaan jangkaan ketika itu amat memihak selesa kepada calon BN masing-masing Datin Mastura Mohd. Yazid di Kuala Kangsar dan Budiman Mohd. Zohdi di Sungai Besar sekali gus tiada masalah menumbangkan lawan mereka.

Malangnya ibarat sangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, kehadiran Mahathir tanpa diduga selepas dipalit kontroversi 300,000 borang Deklarasi Rakyat anjurannya didapati palsu, menukar suasana kempen!

Bukan sehari malah dua hari beliau menghabiskan masa di kedua-dua tempat dan paling mendebarkan kemunculan kali kedua Mahathir dibuat betul-betul dua hari sebelum hari pengundian yang dianggap tempoh amat kritikal.

Di Kuala Kangsar, kempen kali kedua Mahathir diadakan di Pekan Manong yang majoritinya penduduk Melayu dan disusuli pula Pekan Jerlun yang majoritinya kaum Cina. Mujur jumlah kehadiran pada Khamis tidak begitu ramai.

Namun ia tetap membimbangkan BN berbanding sambutan untuk kemunculan kali pertama pada Ahad sebelumnya di Taman Suria yang majoriti hadirinnya kaum Cina dan Taman Chandan Putri pula majoritinya kaum Melayu.

Mendengar ceramah Mahathir, sesiapa yang tidak tahu apa-apa mengenai politik tentu akan membuat andaian ‘Habislah BN kali ini!’ selain kesimpulan bahawa Malaysia akan jatuh ke tangan pakatan pembangkang selepas ini.

Ironi, bagi sesiapa yang sudah biasa lali dengan program ceramah pembangkang, sambutan ceramah Mahathir sebenarnya menyerupai suasana ceramah DAP ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak pada Mei lalu.

Jalan raya sesak waima penceramah hebat ‘berapi’ tetapi hasilnya DAP kalah di lima kerusi dipegangnya selama ini menyebabkan parti itu hanya menang tujuh kerusi sahaja, sesuatu yang langsung tidak dijangka mereka sendiri.

Senario kemeriahan ceramah pembangkang ketika PRN di Bumi Kenyalang malah menyerupai sambutan ceramah anjuran pembangkang semasa Pilihan Raya Umum (PRU) di Singapura pada 2015. Hasilnya semua orang pun tahu!

Malangnya, politik ceramah bukan tanda aras terbaik untuk menilai sambutan pengundi dan perkara ini tidak diberi perhatian oleh pembangkang khasnya PAN yang berceramah macam esok hari BN akan tumbang ditolak rakyat.

Jika kekalahan besar dialami pembangkang dalam dua PRK serentak ini boleh dijadikan kajian, sesungguhnya Mahathir terlupa rakyat Malaysia tidak lupa ‘jasa’ beliau selama 22 tahun memerintah negara secara kuku besi.

Pembangkang langsung tiada saluran bersuara pada zaman beliau dan mereka bukanlah bodoh sebagaimana puisi terkenal Mahathir iaitu Melayu Mudah Lupa yang jahil tidak ingat bagaimana negara dikawal ala rejim diktator.

Hakikatnya BN tanpa Mahathir boleh menang besar di Kuala Kangsar dengan majoriti 6,969 undi berbanding 1,082 ketika PRU 2013 dan di Sungai Besar pula, BN meraih majoriti 9,191 undi berbanding hanya 399 sewaktu PRU lalu.

Jika Mahathir dengan nada angkuh ketika ceramah mendakwa konon kekalahan BN dalam PRK ini sebagai bukti rakyat meluat BN, maka kemenangan bergaya BN bolehlah dibuat rumusan rakyat meluat terhadap Mahathir pula.

Sesungguhnya ia bukanlah petanda rakyat tidak menghargai segala jasa Mahathir, tetapi ia membuktikan majoriti rakyat masih setia menghargai BN di sebalik pelbagai penghinaan jahat oleh pembangkang.

Friday, June 17

Perkhidmatan LRT Ampang digantung 7,8 dan 16 Julai @MyRapidKL @azmiaziz60


Perkhidmatan LRT Ampang akan digantung sementara pada 7, 8 dan 16 Julai ini bagi kerja-kerja menaik taraf dan proses penghijrahan sistem semboyan tren.

Bagaimanapun, pada 17 Julai nanti pengguna boleh menikmati perjalanan secara terus dan lancar antara Stesen Putra Height dan Sentul Timur dengan tren enam gerabak.

"Kami memilih tarikh berkenaan yang dijangka Hari Raya kedua dan ketiga serta 16 Julai bagi mengurangkan kesan atau kesulitan kepada pengguna," kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd., Ahmad Nizam Mohamed Amin.

Sepanjang penggantungan itu, perkhidmatan bas perantara secara percuma akan disediakan dari pukul 6 pagi dan 12 tengah malam untuk membawa penumpang sepanjang stesen LRT laluan Ampang dan laluan Sri Petaling ke hab bas Rapid KL Pasar Seni.

Makluman mengenai bas akan dimaklumkan kelak.

Ahmad Nizam berkata, selepas kerja-kerja itu selesai, pengguna yang ingin ke pusat bandar Kuala Lumpur dari Putra Heights tidak perlu menukar tren lagi di stesen LRT Sri Petaling.

Sementara menunggu proses penggantian tren baru selesai pada Disember tahun ini, tren akan berpatah balik ke stesen Bandar Tasik Selatan secara berselang-seli ketika waktu puncak pagi dan petang antara pukul 7 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 petang bagi menampung permintaan tinggi pada waktu puncak.

Tambahnya, Rapid Rail akan memperkenalkan mod operasi baru iaitu LRT laluan Sri Petaling yang akan dikhususkan bagi perkhidmatan LRT antara laluan Putra Height dan Sentul Timur manakala LRT laluan Ampang dikhususkan bagi perkhidmatan LRT Ampang dan Chan Sow Lin.

Pengguna dari Ampang yang ingin ke Sentul Timur atau Putra Heights perlu menukar dan mengambil tren Sri Petaling di stesen Chan Sow Lin bermula 17 Julai ini.

Pengguna tang ingin ke Putra Heights dari Chan Sow Lin akan menaiki tren dari Platform 1 manakala bagi destinasi ke pusat bandar pula perlu naik dari Platform 2A dan 2B.

Thursday, June 16

OTAI ROCK BAWA BAS @MyRapidKL SAMBIL MENYANYI @azmiaziz60


Saya bukan membenci dunia seni atau muzik, tetapi sudah selesa dengan kerjaya ini walaupun perlu bekerja 16 jam sehari.

“Dulu mungkin saya berjuang untuk kelangsungan karier dalam bidang itu yang hanya bertahan setahun namun kini dapat menabur bakti kepada masyarakat.”

Itu kata Mohd Amir Abd Ghani, 41, vokalis band rock jiwang era lewat 90-an, Lemon T, yang kini bergelar pemandu bas RapidKL sejak lima tahun lalu.

Kumpulan seangkatan Spoon dan Def Gab C itu popular dengan lagu Kekasihku Diambil Orang dan Bunga Cinta Nista yang turut menjadi ‘hit’ pada era berkenaan walaupun hanya bertahan seketika.

Biarpun kurang dikenali berbanding band lain, satu daripada klip video karaoke lagu berdurasi lima minit itu kini sudah melebihi 2.2 juta tontonan.

Menurut anak kelahiran Jeram yang lebih dikenali sebagai Amir itu, dia menempuh pelbagai dugaan sebelum ini termasuk pernah bekerja sebagai operator pengeluaran kilang, penjual burger dan peraih kelapa sawit.


Menceritakan sisi hidupnya, Amir berkata, dia tidak pernah terfikir menjadi artis rakaman kerana hanya aktif menyanyi untuk undangan majlis perkahwinan di kampung.

“Namun, pada awal 1997 ketika berusia 21 tahun, saya ditawarkan menjalani sesi uji bakat mencari vokalis Lemon T dan akhirnya diterima selepas beberapa kali gagal.

“Selepas membuat rakaman album mengandungi 10 lagu termasuk Kekasihku Diambil Orang, band kami bagaimanapun hanya bertahan setahun (sehingga hujung 1998) dan membawa haluan masing-masing apatah lagi kegawatan ekonomi ketika itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Depoh RapidKL Shah Alam, Seksyen 22 di sini, semalam.

Amir berkata, dalam tempoh itu sehingga 2010, kehidupannya umpama jatuh bangun dan turut perlu menampung perbelanjaan hidup bersama isterinya, Nur Hashimah Mohd Sani, 36.

“Saya umpama tiada arah dengan mula menjual burger namun hanya bertahan seketika sebelum bekerja di kilang selama lapan tahun sehingga 2008.

“Saya turut mengusahakan ternakan ikan keli namun tidak berhasil sebelum meraih kelapa sawit dengan harga 20 sen sebiji di kampung,” katanya.

Anak keenam daripada sembilan beradik itu berkata, sinar hidupnya kembali menjelma apabila diterima bekerja sebagai pemandu bas di RapidKL pada 2010 walaupun berasa kekok pada awalnya.

“Ketika itu saya nekad memasuki Akademi RapidKL dan mahu menjadikannya sebagai karier tetap. Memang diakui pelbagai dugaan menjadi pemandu bas terutama dipandang rendah dan dimaki hamun orang jika tersilap jalan atau sebagainya.

“Walaupun bekerja selama 16 jam bermula jam 6 pagi hingga 10 malam dengan memandu bas di sekitar Subang Jaya, saya menepis rasa penat dan menganggap ia berbaloi kerana diberikan cuti dua hari seminggu dan kelonggaran untuk berehat,” katanya yang turut dikenali sebagai Kapten Amir.

Kredit Artikel HMETRO

Friday, June 10

@rafiziramli "KANTOI" NAK KIRA PUN TAK RETI , ELOK MASUK BALIK KELAS ILMU HISAB.


Rafizi sejak dari dulu memang cakapnya tak boleh dipercayai, Namun ada jugak yang pecaya akan tetapi sekejap aje. Bila kena gertak/saman mulalah aksi kona baring. Ayatnya mudah "Saya hanya bergurau aje"

Bagi sesiapa tidak belajar ilmu bisnes, tentu ‘terlopong’ percaya tohmahan jahat Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli konon kerajaan Malaysia membayar RM86.4 juta untuk menyewa sebuah jet mewah.

Bertambah sensasi angka tersebut dirumus sendiri oleh Ahli Parlimen Pandan, Selangor itu berdasarkan congakan mudah sukatan matematik sekolah rendah yang menyerlahkan lagi tahap kebodohan Rafizi dalam ilmu ekonomi.

Sebenarnya bagi petugas media yang membuat liputan sidang media beliau di Pejabat PAN Kawasan Kuala Selangor sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) di sini Khamis ada ‘geleng kepala’ tidak percaya itu kos sewa pesawat mewah.

Apa yang diharapkan wartawan ialah salinan invois daripada syarikat pembekal jet kontroversi itu menunjukkan butiran amaun perlu dibayar dan bukan kiraan congak sendiri Rafizi macam budak baharu belajar kira ilmu hisab!

Hakikatnya, pemimpin PKR itu yang sering mencipta sensasi bodoh tersebut mahu menghasut rakyat Malaysia khasnya pengundi di Kuala Kangsar konon berlaku pembaziran ‘duit rakyat’ oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sasarannya ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor yang menaiki pesawat bernombor pendaftaran ACJ319 A6-CJE untuk menghadiri program di Istanbul, Turki pada 26 Mei lalu.

Kelakarnya, Rafizi memperoleh angka RM86.4 juta itu hanya berdasarkan sumber sebuah firma penyewaan jet mewah terkenal, Paramount Business Jets LLC yang mengenakan kadar mengikut jam iaitu AS$15,000 setiap jam.

Maka beliau congak AS$15,000 x 24 jam x 2 bulan yang disewa kerajaan Malaysia daripada syarikat penerbangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Emirates Airlines di Dubai dan kemudian ditukar ikut kadar mata wang ringgit.

Begitulah mudahnya Rafizi kira macam budak sekolah sebelum melemparkan persepsi jahat nilai RM86.4 juta ‘dibazirkan’ Rosmah itu sepatutnya boleh digunakan rakyat miskin khasnya menanggung biasiswa pelajar susah.

Jika beginilah gaya pemikiran singkat Rafizi, amatlah malang penyokong pembangkang sekiranya Pakatan Harapan memerintah Malaysia kerana mendapat pemimpin cukup ‘kurang cerdik’ dalam bidang makro ekonomi moden.

Realitinya untuk menyewa pesawat tidak seperti sewa kereta murah atau sewa bilik hotel bajet yang mengikut jam sebaliknya kadar AS$15,000 dinyatakan Rafizi itu ialah kadar sewa harian biasa, bukan kadar pajakan kering.

Dalam istilah bahasa Inggeris, amaun disebut Rafizi merujuk charter rate, bukannya dry lease rate iaitu formula pengiraan lazim digunakan mana-mana kerajaan atau syarikat udara di dunia untuk pajak tempoh jangka pendek.

Kadar sewa meliputi semua krew, bahan bakar dan segala caj berkaitan manakala terma kadar pajakan kering pula bermaksud pembekal cuma hantar pesawat tetapi penyewa mengurus semua hal termasuk juruterbang dan minyak.

Justeru tiada orang bodoh dalam dunia (selain Rafizi) tergamak sewa pesawat mengikut jam dan sewa lebih sebulan lamanya waima jika sewa teksi selama sebulan pun si pemandu akan mengira kadar penuh bukan lagi mengikut jam.

Untuk rekod, berdasarkan semakan kiraan mudah untuk pajakan sebuah pesawat model Airbus A319, ia ditetapkan standard mengikut kadar semasa pajakan kering iaitu daripada serendah AS$120,000 hingga AS$320,000 sebulan.

Usia jet A319 bernombor A6-CJE yang dipajak kerajaan Malaysia daripada firma pengeluar dan dihantar kepada pihak Emirates pada 29 September 2011 iaitu sudah pun lima tahun dengan kadar pajakan AS$200,000 sebulan.

Kebiasaannya bagi sebuah jet paling mahal dan terbaharu di pasaran, kadar pajakan kering selama dua bulan akan dikenakan caj kira-kira AS$640,000 atau RM2.56 juta. Anehnya, daripada mana Rafizi dapat congak RM86.4 juta?

Walhal dari segi fakta, jika anda ‘kaya’ mampu sewa pajakan kering pesawat gergasi terkini Airbus 380 sebanyak AS$2 juta (kira-kira RM8 juta) sebulan, angka RM86.4 juta itu setara lima buah Airbus A380 selama dua bulan.

Tohmahan Rafizi lagi konon Rosmah hanya menaiki jet itu selama 26 jam untuk pergi dan balik dari Turki baru-baru ini, sedangkan pesawat tersebut disewa dua bulan juga menimbulkan persoalan yang disorokkan oleh Rafizi.

Sebetulnya ia disewa dua bulan bukan semata-mata untuk kegunaan Rosmah tetapi sebagai ganti kerana pesawat yang sedia ada milik kerajaan Malaysia iaitu model A320 kebetulan sedang menjalani penyelenggaraan skala besar.

Ini bermakna pesawat gantian itu merupakan sebahagian daripada jet rasmi kerajaan Malaysia yang dinaiki individu berkelayakan antaranya kerabat diraja, menteri Kabinet dan juga isteri Perdana Menteri mengikut protokol rasmi.

Jelaslah Rafizi ada cenderung memutar belit fakta bagi menyemai perasaan benci terhadap BN tetapi lucunya, beliau tergamak mencongak ikut jam bukan kadar pajakan kering yang dipraktikkan seluruh dunia.

Thursday, June 9

Terowong Dasar Laut Pulau Pinang, Sampai Bila Mahu Putar Belit


1. Saya mengambil maklum kenyataan YB Lim Hock Seng bahawa beliau sudah menjawab semua soalan dalam tiga kenyataan saya sebelum ini (berkaitan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang).

2. Untuk memperbetulkan beliau, saya ingin nyatakan yang saya mengeluarkan empat kenyataan media berhubung isu ini. Kenyataan terakhir adalah pada 24 Mei 2016. Pada 25 Mei, YB Lim Hock Seng mengadakan sidang media dan membuat satu lagi kenyataan. Dalam kenyataan itu, beliau mengatakan itu adalah kali terakhir jawapan diberi kepada soalan-soalan saya.

3. Ingin saya tegaskan, kenyataan YB Lim kononnya beliau sudah menjawab semua soalan saya adalah tidak tepat dan agak mengelirukan. Bercakap berbelit-belit tidak sama dengan memberi jawapan memuaskan terhadap persoalan yang saya bangkitkan.


4. Saya ingin mengambil beberapa contoh khusus daripada sidang media YB Lim pada 25 Mei lalu.

5. Tiga kali saya bertanya sama ada benar tanah yang diberi kepada Consortium Zenith-BUCG (CZBUCG) dijual serta-merta atau setuju untuk dijual pada harga antara RM845 kaki persegi (kps) hingga RM1,300 kps. Saya turut menyertakan bukti berkaitan perjanjian itu.

6. Tanpa memberikan penjelasan sepatutnya, YB Lim bersungguh-sungguh menegaskan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) membuat penilaian ke atas tanah dimaksudkan pada kadar RM475 kps – dan itu saja penjelasannya. Selepas didesak buat kali keempat, YB Lim memberi jawapan mengejutkan iaitu sebarang penjualan tanah antara CZBUCG dan pihak ketiga adalah `transaksi sulit’.

7. Saya mendapati jawapan ini sebagai tidak bertanggungjawab kerana kerajaan DAP Pulau Pinang sudah membuat pembayaran dan bersetuju memindahkan tanah kerajaan negeri kepada syarikat swasta. Syarikat berkenaan dengan pantas menandatangani perjanjian untuk menjual tanah terbabit kepada syarikat lain pada harga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding penilaian JPPH. Ini adalah penilaian sama yang disifatkan YB Lim sebagai nilai tanah berkenaan. Beliau memperlekehkan desakan saya dengan merujuk penjualan itu sebagai `transaksi sulit’.

8. Satu lagi contoh ialah apabila saya menyatakan Kerajaan Pulau Pinang seolah-olah membayar keseluruhan kos pembinaan projek, namun dibenarkan mengutip konsesi tol selama 30 tahun. Saya tegaskan, aturan ini tidak pernah dilakukan dalam mana-mana perjanjian konsesi di Malaysia – atau di dunia.

9. Apabila ditanya sama ada keseluruhan kos pembinaan dibayar menerusi pemindahan tanah, YB Lim memberi jawapan berbeza. Awalnya beliau berkata, ia disebabkan Kerajaan Pulau Pinang tidak memiliki kepakaran untuk menyelenggara terowong berkenaan. Bagaimanapun, dalam sidang media berasingan, beliau dilaporkan berkata, syarikat terbabit turut menampung kos pembinaan dan memerlukan hasil kutipan tol sebagai pulangan pelaburan.

10. Selepas terus didesak, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, melakukan pusingan-U apabila mengumumkan projek terowong dasar laut itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan RM2 bilion dan sedia mengetepikan kutipan tol selama 30 tahun jika Kerajaan Persekutuan meluluskan pembinaan jambatan ketiga.

11. Perkembangan ini sememangnya amat aneh. Awalnya, YAB Lim menuduh Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan jambatan ketiga. Bagaimanapun, apabila Menteri Kerja Raya menafikan Kerajaan Pulau Pinang ada membuat permohonan, YAB Lim memberi alasan tidak berani mengemukakan permohonan.

12. Selepas itu, YAB Lim menulis surat kepada Perdana Menteri dan bukannya Kementerian Kerja Raya (mengikut proses lazim) bagi memohon kelulusan membina jambatan ketiga. Bagaimanapun, beliau enggan mengemukakan sebarang dokumen untuk menyokong permohonan tersebut. Surat permohonan yang menjadi modal politik ini, ditambah dengan keengganan beliau menyertakan dokumen bagi menyokong permohonan membawa kepada kesimpulan bahawa YAB Lim tidak jujur dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu.

13. Menurut YAB Lim, Kerajaan Pulau Pinang terpaksa melaksanakan tol 30 tahun pada kadar sama dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai langkah tidak mensabotaj Jambatan Kedua Pulau Pinang. Kini, beliau mencadangkan pembinaan jambatan ketiga tanpa tol. Apakah ini bermakna pendirian beliau sudah berubah dan tidak kisah `mensabotaj’ Jambatan Kedua Pulau Pinang?

14. Sikap berdolak-dalik Kerajaan Pulau Pinang dan percanggahan jawapannya membuatkan saya terpaksa mengulangi semua soalan ini. Ramai pemerhati beranggapan semua soalan ini tidak dijawab dengan sepenuhnya.

15. Walaupun dalam sidang media itu YB Lim Hock Seng menyatakan tidak akan menjawab soalan saya lagi, saya ingin menegaskan bahawa soalan-soalan saya sebelum ini seperti dalam kenyataan bertarikh 24 Mei 2016 belum dijawab hingga ke hari ini. Anda boleh merujuknya di sini: https://www.facebook.com/rahmandahlan.my/posts/836822423116036.

16. Selain beberapa soalan saya, Datuk Huan Cheng Guan daripada Parti Cinta Malaysia turut membuat laporan SPRM berhubung Terowong Dasar Laut yang dicadangkan itu. Dalam laporannya, beliau mendapati kos berjumlah RM208.8 juta bagi kajian kejuruteraan terhadap tiga laluan berkembar (sepanjang 20.3 km) yang dinyatakan adalah 11% lebih tinggi daripada kos pembinaan. Ini adalah hampir lima kali ganda lebih tinggi berbanding had 2.54% dalam skala kadar diwartakan yang dipersetujui antara Lembaga Jurutera Malaysia dengan Kementerian Kerjaraya.

17. Soalan Datuk Huan juga perlu dijawab. Rakyat memerlukan penjelasan telus.


Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Kj  omunikasi Strategik Barisan Nasional

Wednesday, June 8

NIZAR DAH MURTAD KE........?


Rupa-rupanya, bukan calon BN sahaja yang ditohmah dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir turut menjadi mangsa fitnah pembangkang.

Di ceramah umum PAN di Kampung Sayong Lembah malam Isnin, Timbalan Pengerusi PAN, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah menuduh Zambry kononnya telah memberi tanah seluas 45,324 hektar kepada pihak tertentu.

Tuduhan PAN itu dikecam oleh Zambry.

Menyifatkan Nizar sebagai ‘penipu bersiri’, Zambry berkata bekas menteri besar Perak itu dilihat tanpa henti memfitnah dan membangkitkan isu tertentu walaupun telah diperjelaskan kerajaan sebelum ini.

"Saya amati perangai dia tidak habis-habis buat serangan. Bayangkan bulan Ramadan pun dia nak menipu,” katanya.

Mengenai dakwaan kerajaan negeri memberikan tanah seluas 45,324 hektar kepada pihak tertentu, Zambry berkata perkara itu telahpun diperjelaskan sebelum ini termasuk pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak.

"Pembangkang ini telah kekeringan dan habis modal, sebab itu akan buat pembohongan,” katanya.

Zambry juga meminta para pengundi di Parlimen Kuala Kangsar supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan pembangkang itu.

Dalam masa yang sama, Nizar masih lagi menyimpan rasa tidak puas hati kerana hanya sekejap menjadi Menteri Besar.

Di antaranya, Nizar menuduh kononnya kebiadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi merampas kerajaan Perak ini di bumi Kuala Kangsar, maka 'Allah jadikan pilihan raya kecil di sini'.

Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi tidak terkejut dengan apa yang keluar dari kalam beliau (Nizar).,

"rupanya beliau belum pernah berubah dan belum cukup bertaubat dengan apa yang beliau alami sebelum ini. Saya syukur kerana beliau berkata demikian, mudah-mudahan taubat beliau segera diterima Allah swt,” kata Zahid.

Realitinya, kita sedia maklum bahawa, kerajaan yang ditadbir oleh Nizar ketika itu goyang dan bukan lagi yang majoriti apabila dua daripada ADUN PKR dan seorang daripada DAP telah keluar daripada parti masing-masing.

Malah, Sultan Perak ketika itu, Almarhum Sultan Azlan Shah, menolak permohonan Nizar untuk membubarkan Dewan.

Maka kerajaan bertukar alih kepada kerajaan Barisan Nasional. Malah, Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan Zambry adalah menteri besar yang sah, kerana BN yang mempunyai majoriti di DUN Perak.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula menyifatkan kenyataan Nizar terhadap tragedi helikopter terhempas itu sebagai suatu yang biadap. Di sebabkan motif politik Nizar sanggup untuk meluahkan kata-kata yang dianggap sebagai biadap.

“Saya tengok kalau ayat-ayat yang seperti itu diluahkan dalam keadaan seperti ini, saya tengok biadaplah kerana sebab saya kenal secara rapat, saya kenal isterinya dan saya kenal anak-anaknya.

"Tapi disebabkan politik dia tergamak meluahkan kata-kata seperti itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Nizar adalah disebabkan kelemahan dan sikap beliau sendiri yang meluahkan kata-katanya tanpa memikirkan orang lain semata-mata demi agenda politik beliau.

"Memang melihat kepada peribadi dia sendiri kelemahan diri dia sendiri itu, Nizar itu, saya minta kalau kita tak boleh bendung Nizar sendiri mengeluarkan kata-kata seperti itu, tidak perlulah mengeluarkan kata-kata seperti itu kerana arwah ada anak bini, kawan dan sahabat dan mengeluarkan kata-kata seperti itu adalah biadap,” ujarnya

Sunday, June 5

#MH01 Penumpang, Anak Kapal Cedera, Pesawat MH01 Alami Gegaran Udara


Dua penumpang pesawat penerbangan MH01 tiba di bahagian Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya sebentar tadi.

Dua wanita berkenaan dibawa menaiki ambulans Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB). Pesawat berkenaan dalam penerbangan dari London menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami gangguan akibat gegaran udara.

Bagaimanapun, pesawat MH01 selamat mendarat di KLIA jam 6 petang tadi.

Beberapa gegaran udara atau 'turbulence' semasa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dalam perjalanan dari London menuju ke Kuala Lumpur menyebabkan kira-kira 34 penumpang dan anak kapalnya mengalami kecederaan ringan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MAS, pesawat MH01 mengalami gegaran udara ketika berada di ruang udara Teluk Bengal selepas berlepas dari Heathrow.

"Semasa penerbangan itu, isyarat pasang tali pinggang keledar dinyalakan berikutan gegaran udara," kata MAS.

Menurut MAS, pasukan perubatan dan pengurusan kanan MAS bergegas untuk memberi bantuan dan rawatan kepada penumpang dan anak kapal yang cedera sebaik sahaja pesawat itu mendarat kira-kira pukul 6.10 petang.

"Sebilangan kecil penumpang dan anak kapal terjejas telah menerima rawatan daripada pegawai perubatan.

"MAS membantu 378 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MH01 dan memohon maaf diatas segala kesulitan yang disebabkan keadaan cuaca buruk itu," katanya.

Wednesday, June 1

MCA & MIC BERMAIN WAYANG NAMUN UMNO JUGAK YANG GELABAH......?


Pemimpim MCA dan MIC hanyalah bermain wayang pacak. Bukanya mereka tidak faham akan AKTA 355 akan tetapi mahu menunjukkan pada penyokongnya mereka mampu berjuang mengikut cara mereka, Namun isu ini bakal diselesaikan dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri yang tertera dibawah.

Berikut adalah jawapan saya dalam sesi Dialog dan Soal Jawab dengan pemimpin2 Bukan Islam khususnya MCA dan GERAKAN Kelantan di Kota Bharu petang semalam:

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.

Jawapan:

Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?

Jawapan:

Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?

Jawapan:

Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:

(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.

(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.

Jawapan:

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi
(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Jawapan:

Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan:

Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.


10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?

Jawapan:

Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.

Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive