RAPID

Saturday, July 30

WAN AZIZAH TAK PECAYA PADA LIM GONE END #PenangSnapPoll


Mengapa PKR masih belum yakin dengan cadangan DAP mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang dan menganggapnya kurang wajar dan kurang bermanfaat kepada sistem demokrasi dan rakyat?

Adakah PKR sebenarnya kurang yakin pada diri sendiri dan bimbang wibawa dan potensinya akan terdedah pada umum dan Pilihanraya Negeri (PRN) itu akan menjejaskan masa depan politiknya?

Bagi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pimpinan tertinggi partinya telah membincangkan dengan terperinci persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan pilihan raya mengejut di negeri berkenaan.

"Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat telah memutuskan sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut,” katanya.

Sebelum mesyuarat kelmarinpun, PKR sudah memberi bayangan betapa ia sebenarnya tidak tertarik dengan kecenderungan DAP mengadakan pungutan suara atau referendum terhadap kepimpinan parti itu di Pulau Mutiara.

Perkara pertama yang dipertikaikan oleh PKR ialah, usul PRN ole DAP tidak boleh dibandingkan dengan beberapa inisiatif PKR mengadakan pilihanraya kecil (PRK) sebelum ini.  

Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, perbandingan demikian tidak tepat kerana PRN - jika diadakan – membabitkan 40 kerusi dalam DUN Pulau Pinang, serta memberi implikasi kepada lebih satu parti.

Katanya, ia berbeza dengan tiga PRK yang disebut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dilakukan oleh PKR kerana ia hanya memberi kesan langsung kepada PKR.

Menurut Fahmi, PRK Permatang Pauh pada 2008 dan 2015 dibuat kerana 'pendakwaan politik berterusan' ke atas Ketua Umum parti berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PRK pada 2008 diadakan apabila penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan bagi membolehkan Anwar kembali ke parlimen selepas tempoh larangan ke atasnya - selama lima tahun - berakhir.

PRK Permatang Pauh kedua pula diadakan apabila Anwar dihukum penjara untuk kali kedua dan demi meletakkan Wan Azizah sebagai ahli parlimen semula.

Kata Fahmi PRK Penanti pada 2009 pula dibuat sebagai reaksi kepada permintaan DAP menggantikan Timbalan Ketua Menteri, Fairus Khairuddin dari PKR yang prestasinya dipertikaikan.

Menurutnya untuk PRK Kajang pula ada beberapa perbincangan dengan DAP dan pimpinan Pakatan Rakyat dilakukan sebelum ia dibuat.

"Selepas kewajaran untuk PRK itu dibentangkan, pimpinan DAP memberi sokongan kepada langkah mengukuhkan pentadbiran di Selangor," katanya.

Bagaimanapun umum dapat menduga bahawa sikap PKR terhadap PRN Pulau Pinang ialah berasakan kebimbangan PKR sendiri bahawa ia akan ‘tercicir’ dalam usaha DAP membersih dan menggilap namanya melalui PRN berkenaan.

Berbeza dengan pilihanraya umum (PRU) 2013 kerjasama politik di antara komponen Pakatan Rakyat cukup utuh. Pengundi bukan Melayu yakin dengan PAS kerana termakan kempen DAP bahawa PAS boleh dipercayai.

Pengundi Melayu pula yakin dengan DAP yang sudah ‘disamak’ imejnya oleh kempen PKR dan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bahawa parti itu adalah ‘lebih baik dan mulia’ berbanding Umno.

Bagaimanapun kini DAP menjaja ke seluruh pelosok negara bahawa PAS adalah parti dolak dalik dan tidak boleh dipercayai. DAP menganggap cita-cita PAS melaksanakan hukum Islam adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara.

DAP juga kurang menghormati PKR seperti yang dapat dilihat pada tindakan DAP ‘menghukum” beberapa Adun PKR yang tidak menyokong pendiriannya dalam isu menambak laut untuk pembangunan.

PKR dan DAP juga tidak menyembunyikan ketamakan masing-masing untuk membolot lebih banyak kerusi DUN Sarawak dalam PRN itu Mei lalu. Mereka sanggup bersilang senjata politik demi menunjukkan ego.

Mendepani isu PRN Pulau Pinang, PKR insaf kedudukan politiknya tidaklah seampuh 2013. Ketika itu pemimpin de facto mereka, Anwar Ibrahim ada di sisi dan bertindak sebagai ‘penggawa’ bagi Pakatan Rakyat.

PKR taat padanya. DAP juga menghormatinya, PAS kagum dengan kelincahan pencak politiknya. Kekaguman ini secara langsung atau tidak menyemai bibit perpecahan dalam PAS kemudian.

Apabila membandingkan dinamika Anwar dan pimpinan ulama PAS, ramai profesional PAS berasa ‘ketinggalan’ berbanding PKR yang berfikiran ‘terbuka dan ke hadapan’. Maka berlakulah penghijrahan profesional ke parti Amanah.


Berlatarbelakangkan senario ini, PKR nampaknya kurang yakin pada diri sendiri dan ragu berhadapan dengan pengundi Pulau Pinang yang mungkin melihat PKR kini tidak begitu dinamik seperti di bawah pimpinan Anwar.

Tambahan pula, di kalangan pimpinan PKR, tidak semua berani dan bersedia ‘bertentang mata’ ketika berhujah berhubung soal halatuju parti. Iri hati dan ego masih kuat merasuk.

DAP pula melihat tidak ramai pemimpin PKR yang boleh mewarisi ciri kepemimpinan Anwar. Lantas tahap hormat dan kagum terhadap parti yang lahir sebagai pembeza pimpinan Melayu dengan pimpinan Umno, berkurangan.

Realitinya, PKR masih kurang pasti PAS akan menggerakkan penyokong akar umbinya di Pulau Pinang untuk menyokong calon-calon PKR dalam PRN ini.

Memang benar PAS parti pembangkang dan berseteru dengan Umno. Bagaimanapun jika PAS memilih meletakkan calon menentang PKR dan Amanah, sudah tentu nasib PKR terumbang ambing mempertahankan 10 kerusi DUNnya.

DAP sudah berjanji tidak akan membuat keputusan PRN secara unilateral. Ia akan merundingi dan mendapatkan konsensus daripada PKR dan Amanah.

Persoalannya, adakah tanpa persetujuan PKR, DAP mahu meneruskan PRN?. Atau, sebagai jalan keluar mungkin DAP boleh menggunakan strategi PKR “menghidup dan membesarkan” imej Anwar ketika beliau difitnah politik?

DAP perlu memikirkan semula strategi PKR ini. Apapun bukankah Guan Eng sendiri mengakui bahawa beliau pasti akan dipenjara kerana mendakwa tuduhan kes rasuah terhadapnya bermotifkan politik.

Jika beliau dipenjara, Pulau Pinang akan bertukar Ketua Menteri. DAP boleh sahaja memilih pemimpin DAP lain menggantikannya. Namun jika beliau didapati tidak bersalah, beliau tentu boleh teruskan kerjaya Ketua Menteri.

Bagaimanapun jika PRN diadakan, ada kemungkinan negeri itu akan bertukar parti pemerintah. Atau, hanya DAP yang mengungguli DUN. PKR dan Amanah tentu akan semakin jauh hati. Ini masa DAP mempamerkan sisi ikhlasnya.

Thursday, July 28

KENAPA LIM GONE END TAK SERAH JAWATAN KM....?


Ramai orang tanya kenapa Lim Guan Eng tak serah jawatan kepada Rashid Hasnon TKM1 atau Dramasamy TKM2 selepas Lim Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah kerana pertuduhan rasuah.
Ini antara sebabnya;

1. Jawatan Timbalan Ketua Menteri samada 1, 2 atau 3 sekalipun tiada dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Oleh itu dalam keadaan tiada Ketua Menteri, samada Ketua Menteri bercuti atau padam sekalipun tidak semestinya TKM akan mengambil alih jawatan atau memangku jawatan Ketua Menteri.

2. Rashid Hasnon adalah wakil rakyat PKR. Kerusi PKR di DUN Pulau Pinang hanya 10 sahaja berbanding DAP yang ada 19 kerusi. Ini bermakna PKR bukan parti dominan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Rashid Hasnon dari PKR dilantik sebagai TKM mewakili kaum Melayu, sebagaimana ianya mula dipraktikkan oleh BN pada 90an.

3. Dramasamy pula adalah wakil rakyat DAP dan dilantik sebagai TKM2 mewakili kaum India. Kedudukan Ramasamy dalam DAP Pulau Pinang tidak setanding Chow Kon Yeow iaitu Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang. Oleh itu Dramasamy tidak layak untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang menggantikan Lim Guan Eng.

4. Individu yang paling layak menggantikan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Chow Kon Yeow, Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang. Beliau adalah orang yang sepatutnya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DAP menang PRU-12 di Pulau Pinang pada 2008. Nasib beliau kurang baik kerana jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dirampas oleh Lim Guan Eng yang diimpot dari DAP Melaka untuk bertanding di Penang.

Lim Guan Eng tidak melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ataupun mengambil cuti walaupun sudah didakwa di Mahkamah atas dua pertuduhan melakukan perbuatan rasuah.

Ramai pemerhati politik merumuskan ini adalah kerana Lim Guan Eng tidak mahu menyerahkan tampuk pemerintahan Pulau Pinang kepada Chow Kon Yeow atas sebab yang hanya Lim Guan Eng dan Chow Kon Yeow tahu.

Sebab itulah Lim Guan Eng bertegas untuk mengadakan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang lebih awal pada tahun 2016 ini juga bagi tujuan memastikan KY Chow tetap tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. PRN ini juga akan digunakan oleh Lim Guan Eng untuk menyingkirkan mereka yang menjadi penyokong KY Chow.

Sebaliknya, seorang individu lain yang menjadi pilihan keluarga Lim akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya Lim Guan Eng masuk dalam kerana disabitkan dengan kesalahan melakukan rasuah. Individu berkenaan akan diletakkan bertanding samada dalam Pilihanraya Negeri yang mungkin berlaku atau pada Pilihanraya Kecil setelah Lim Guan Eng masuk dalam nanti.

AZIZI SAFAR

Tuesday, July 26

WAYANG PRN BERKUMANDANG TANPA IRAMA....


Perihal DAP mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang secara mengejut demi menyelamatkan reputasi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang kini dibelit isu integriti berikutan kes mahkamahnya, bukanlah rahsia lagi.

Hakikat Guan Eng sendiri meluahkan rasa kecewanya betapa perundingan di kalangan pemimpin-pemimpin DAP berhubung strategi PRN itu boleh bocor mengesahkan isu itu memang dibincangkan secara terperinci oleh DAP.

Bagi DAP keputusan itu sudah muktamad. DAP yakin prestasi baik dalam PRN akan memadamkan sebarang keraguan bahawa imej dan integriti Guan Eng khususnya, dan DAP amnya, kini sudah merudum.

Pencapaian baik DAP dalam PRN pasti menjadi satu referendum atau pungutan suara bahawa segala dakwaan rasuah terhadap Guan Eng adalah permainan politik Umno-BN yang mahu melemahkan DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Namun campurtangan PKR menggencatkan pelaksanaan strategi politik itu. Parti itu mahu DAP menjelaskan apakah asas dan manfaatnya DAP mahu mengambil pendekatan sebegitu.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu sidang media selepas mesyuarat Biro Politik PKR Selasa lalu bahawa partinya masih belum jelas dengan strategi DAP itu.

Tidak cukup dengan itu, PKR mengutus Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan rayanya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ke Pulau Pinang untuk mendapat penjelasan lanjut.


Walhal pada hari berkenaan, Rabu 20 Julai lalu, Guan Eng sudahpun memohon untuk bertemu Yang Dipertua Pulau Pinang. Dikhabarkan bahawa Guan Eng ingin mendapat persetujuan Gabenor membubarkan Dewan Undangan Negeri.

PKR gusar PRN menerima nasib seperti Langkah Kajang

Kesungguhan PKR menyusul keputusan Biro Politiknya tidak menyokong PRN Pulau Pinang itu mungkin bersandarkan pengalaman pahitnya menggerakkan strategi Langkah Kajang untuk menurunkan menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tindakan yang dihitung mudah itu menjadi sulit dan mencemaskan apabila calon pengganti Khalid, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba berhadapan kemungkinan dipenjarakan kerana tuduhan liwat.

PKR gusar kemungkinan kesilapan sama berulang. Apabila DUN dibubarkan belum tentu PRN boleh diadakan secepat mungkin. Ia boleh tertangguh lebih 60 hari. Dalam pada itu, banyak 'halangan' boleh berlaku.

DAP mungkin mensasarkan pencapaiannya dalam PRN lebih baik. Bagaimanapun dengan pengundi Melayu rata-rata berpecah belah menyokong Umno, PAS, Amanah dan PKR, mungkin kerabat PH kurang berkesan merangsang pengundi Melayu menyokonh DAP.


Natijah kunjungan rombongan PKR itu merencatkan rentak projek PRN DAP. Sekonyong-konyongnya, DAP mengisytiharkan bahawa ia tidak akan bertindak secara unilateral dan akan merundingi kerabat PH lain – PKR dan Amanah.

Adakah ini satu permulaan inisiatif memperbaiki imej PH yang agak robek dek ego dan mabuk kuasa dalam peristiwa pasca gugurnya PAS dari Pakatan Rakyat; PRN Sarawak dan pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar?

Kebelakangan ini perpaduan PH di antara DAP, PKR dan Amanah tergugat hingga menggugat keyakinan rakyat terhadap solidariti pembangkang. Adakah 'kompromi' yang ditunjukkan DAP menangguh PRN cara memperbaiki keadaan?


Atau, adakah PKR berjaya meyakinkan DAP bahawa Umno-BN kini boleh disaingi dengan berkesan jika keunggulan perpaduan PH diperbaiki dan disokong pula parti politik baru yang dipelopori Tun Mahathir Mohamad?

Atau, adakah mesej yang dibawa Azmin ke Komtar ialah perhubungan PKR dengan PAS masih berpotensi dilonjakkan sehingga boleh 'memujuk' PAS kembali menjalin kerjasama dalam gerakan politik pembangkang?

Di samping itu adakah kemungkinan bahawa PKR dan DAP dapat menghidu kemelut baru dalam kontroversi 1MDB bersabit siasatan serentak di Amerika Syarikat, Singapura dan Switzerland, akan melemahkan lagi Umno-BN?

Justeru adakah congakan PKR dan DAP mereka perlu sedikit masa lagi untuk memanfaatkan 'campurtangan' asing dalam isu berkenaan untuk benar-benar melumpuhkan wibawa dan kekuatan BN?

DAP tak gusar bersendirian

Apapun perkiraannya, gelagat DAP dalam memperjuangkan kepentingannya sendiri ketika menghadapi cabaran mempertahankan wibawa Guan Eng dan parti itu menyerlahkan bahawa DAP tidak gusar bertindak sendirian.

Jika PAS berani melaungkan ia mampu bersendirian dalam politik, DAP pun boleh menghitung ia juga sejak PRU 2008 hingga 2013, ia sudah berjaya menjadi pola politik bagi pengundi bukan Melayu. Lantas ia juga mampu bersendirian.

Sifir DAP mungkin jika ia mampu mempertahankan Pulau Pinang tanpa banyak bantuan daripada PKR dan Amanah, tidak ada sebab mengapa ia perlu risau pengundi bukan Melayu akan kembali menyokong BN.


Projek PRN ini mungkin boleh menjadi bukti DAP tidak kurang keberanian untuk membuat perubahan. Sebab itu, ia berani berfikir di luar kotak amalan politik biasa dan memaksa PRN diadakan di Pulau Pinang.

Peristiwa menyindir dan menyinggung perasaan pengundi Melayu dalam mesej hari raya aidilfitri oleh ahli parlimennya, Nga Kor Meng tidak sedikitpun diambil peduli pemimpin parti itu. Mungkin itu dalil DAP tidak terlalu berharap undi Melayu.

DAP juga tidak gentar bersilang pendapat dengan PKR berhubung peletakan calon di PRN Sarawak atau menghukum wakil rakyat PKR yang enggan patuh pada arahan dan tindakan politiknya di Pulau Pinang.

Mungkin bagi DAP yang akan bermasalah dalam PRU akan datang ialah PKR dan Amanah yang terpaksa berebut kerusi dewan undangan negeri dan parlimen dengan PAS dan Umno.

Mungkin bagi DAP majoriti undi bukan Melayu pasti menyokongnya. Walaupun ia mungkin sedar ia tidak boleh menguasai Dewan Rakyat tetapi dengan undi Melayu bercempera di antara Umno, PKR, PAS, Amanah, dan Dr Mahathir, keberangkalian ia mengusai beberapa negeri lain, adalah tinggi.

Justeru itulah agaknya, PKR perlu mengutus rombongannya menghadap Guan Eng disinggahsananya di Komtar dan tidak 'ambil hati' Guan Eng tidak hadir di mesyuarat Biro Politik PKR  untuk menjelaskan mengapa ia perlu adakan PRN.

Dominasi DAP dalam Pakatan Harapan semakin ketara. Mungkinkah kehadiran Tun Mahathir dalam kancah pembangkang akan mengubah keadaan? Atau, DAP mencongak bahawa demi survival politiknya, Mahathir juga perlu 'kow tow' padanya?

Monday, July 25

WANG 1MDB HILANG...


1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak boleh berkata atau mendakwa wang yang dipindahkan daripada Aabar Investment PJS Ltd atau Aabar BVI kepada usahawan Pulau Pinang, Jho Low, syarikat penerbitan Red Granite Pictures dan Khadem Abdullah al-Qubaisi, adalah miliknya.

Khadem ialah Pengerusi Aabar Investment PJS Ltd.

Dengan menganalisis dakwaan terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang berbilion dicuri daripada dana negara, Laporan LSS: "Jika wang dari sini dicuri, ia dicuri daripada International Petroleum Investment Co (IPIC) dan bukannya 1MDB.

"Apabila 1MDB menandatangani perjanjian usaha sama dengan Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, perbincangan itu adalah dengan Khadem sebagai pengerusi yang sah dan Pengarah Urusan Mohamed Badawy Al-Husseiny."

DOJ baru-baru ini memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kembali aset daripada dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.

Bagi 1MDB, Aabar BVI adalah sah dan dimiliki International Petroleum Investment Co (IPIC).

"Untuk 1MDB mendakwa yang wang itu kepunyaan mereka akan bermakna semua kes arbitrasi London di antara IPIC dan ia akan musnah.

"1MDB akan kehilangan berbilion dolar manakala IPIC Abu Dhabi akan terlepas tanpa sebarang tuduhan.

"Ini berlaku walaupun kedua-dua eksekutif paling kanan IPIC, iaitu bekas Pengarah Urusan, Khadem daripada 2007 hingga 2015 dan Pengarah Urusan Aabar PJS, Mohamed Badawy dinamakan sebagai sebahagian daripada kes DOJ dan rampasan aset berkenaan,".

Apa yang 1MDB perlu memberi tumpuan sekarang ialah memenangi kes arbitrasinya dengan membuktikan yang dua eksekutif kanan Aabar dan IPIC telah bertindak dengan kuasa penuh lembaga dan semua semakan telah menunjukkan Aabar-BVI secara sah dimiliki kedua-dua entiti berkenaan.

"1MDB percaya ia mempunyai bukti yang cukup untuk memenangi kes tersebut. Ia secara sengaja enggan menjelaskan pembayaran faedah yang dijadualkan ke atas bon, walaupun mempunyai RM3 bilion dalam bank ketika itu dan membenarkan dua bon 1MDB yang dijamin IPIC untuk mungkir, dengan itu mencetuskan jaminan daripada IPIC dan memaksanya untuk menjelaskannya,".

Jika 1MDB memenangi kes ini, US$4.5 bilion dalam aset boleh didapatkan kembali daripada IPIC.

"Jika keadaan ini terjadi, IPIC mungkin akan mengambil alih bon US$3.5 bilion dan membenarkan 1MDB menyimpan US$1 bilion yang telah dibayarnya sebelum ini.

"IPIC kemudian akan menjadi pihak yang bertanggungjawab untuk menuntut kembali aset US$4.5 dalam Aabar-BVI,"

Mengenai persoalan mengenai berapa banyak wang rakyat yang telah hilang setakat ini disebabkan saman sivil DOJ, beliau berkata, setakat ini tidak ada.

"Disebabkan jumlah yang didakwa dicuri adalah daripada pinjaman yang 1MDB ambil, tidak ada wang rakyat Malaysia telah hilang.

"Ini dengan mengandaikan pertikaian IPIC boleh diselesaikan dengan memihak 1MDB dan bon US$1.5 bilion Global Investment Limited (GIL) diperoleh kembali,"

Adalah penting untuk mengetahui yang selain daripada bon US$3.5 bilion bon yang menjadi pertikaian dengan IPIC, 1MDB tidak memungkiri sebarang pinjaman atau bon.

"Malah, banyak pinjaman telah dibayar atau diselesaikan sepenuhnya,"

Jika 1MDM mampu memenangi arbitrasi IPIC dan mendapat kembali dana GIL US$1.5 bilion, ia boleh menyatakan yang tidak ada wangnya hilang atau dicuri.

"Ini bermakna adalah mustahil untuk Jho Low, Red Granite, Khadem atau sesiapa sahaja untuk mencuri wang daripada 1MDB untuk membeli atau melabur dalam semua aset yang Biro Penyiasatan Persekutuan kini mahu merampasnya,".

Saturday, July 23

Rapid KL nafi pemandu LRT tidur


Rapid KL menafikan tuduhan kapten tren LRT yang dikatakan tertidur di atas panel pemandu tren berkenaan.

Sebaliknya jurucakap Rapid KL, Lim Jin Aun dalam satu kenyataan hari ini menyatakan kapten itu hanya meletakkan kepala untuk seketika di atas panel pemandu tren.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada satu artikel yang tersebar di media sosial pada 3 Julai lalu menunjukkan seorang Kapten tren LRT Laluan Sri Petaling – Ampang yang meletakkan kepala di atas panel pemandu tren.

“Bagaimanapun ia tetap merupakan satu kesalahan.

“Tindakan disiplin telah diambil terhadap kakitangan berkenaan. Surat amaran sudah dikeluarkan dan beliau telah digantung kerja untuk seminggu sejak semalam di samping diarahkan untuk mendapatkan kaunseling dan mengikuti kursus bimbingan teknikal serta mengikuti pembangunan diri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan semua tren LRT Laluan Sri Petaling – Ampang beroperasi dalam mod Separuh Automatik atau Semi Auto dengan kawalan rapi daripada Pusat Kawalan Operasi (OCC) di stesen Ampang.

Tugas pemandu hanya bertumpu pada pengurusan membuka dan menutup pintu sambil menunggu arahan daripada OCC.

Menurutnya lagi, pemandu itu difahamkan berehat seketika semasa menunggu tren sampai ke stesen.

“Apapun, ia tetap menjadi satu kesalahan kerana semua Kapten Tren dikehendaki berada dalam siap sedia sepenuh masa dalam perjalanan,” tambah Lim, yang juga turut mengetuai Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Prasarana adalah pemilik aset dan syarikat induk untuk Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd, yang masing-masing mengendalikan bisnes rel dan bas Rapid KL untuk Kumpulan berkenaan.

Thursday, July 21

KECOH DAH MALAYSIA ANGKARA...........


Di Malaysia jika isu membabitkan kerajaan cepat aje korang buat andaian salahkan orang itu dan ini.Bila babitkan pembangkang pandai pulak keluarkan hujah selagi mahkamah tak buktikan dia bersalah memang tak bersalah.

Analisis Kisah Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS ke atas 1MDB

1. Pertama, ia bukan saman sivil atau pendakwaan terhadap 1MDB atau Perdana Menteri Najib Razak. Ia adalah saman sivil untuk merampas, mengambil alih dan membekukan aset yang dikatakan dibeli menggunakan dana yang 'dicuri' dari 1MDB.

2. Kedua, kenapa saman sivil ini dibuat? Ia adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada Inisiatif Penemuan Semula Aset Kleptocracy, Jabatan Kehakiman AS. Ia bukan pendakwaan sebaliknya hanya inisiatif untuk memperoleh semula aset yang dikatakan sebagai hasil dari kegiatan haram dan korupsi.

3. Ketiga, siapakah yang didakwa? Tiada seorang pun dari dalam senarai nama di dalam aduan tersebut yang didakwa atas sebarang kesalahan jenayah. Sebaliknya ini adalah inisiatif kerajaan AS untuk membekukan aset-aset yang terbabit. New York Times melaporkan "The people named in the complaint have not been charged with crimes. The defendants in an asset forfeiture case are the properties that the government wants to seize. But an asset complaint does not preclude criminal charges."

4. Keempat, aset apakah yang hendak dibekukan? Antaranya adalah hartanah mewah di New York and California, lukisan Monet dan Van Gogh, serta sebuah jet Bombardier. Semua senarai aset ini adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada Jabatan Kehakiman AS.

5. Kelima, siapakah pemilik aset-aset ini? Sehingga kini tidak disebut siapa pemilik aset-aset ini. Saman ini cuma menamakan Riza Aziz, Jho Low, Mohamed Badawy al-Husseiny, Khadem al-Qubaisi dan seorang lagi yang dinamakan hanya sebagai Malaysian Official 1 sebagai pihak yang terlibat. Nama-nama ini adalah berdasarkan laporan yang dibuat kepada Jabatan Kehakiman AS.

6. Keenam, apakah prosedur untuk rampasan aset ini? Pertama, mahkamah perlu memastikan tiada sebarang pihak lain yang membuat tuntutan terhadap aset ini. Kedua, selepas pemilik aset ini ditentukan, mahkamah perlu memutuskan sama ada wang yang digunakan untuk membeli aset ini benar-benar berpunca dari sumber yang haram. Selepas semua ini dibuktikan, barulah kerajaan AS boleh merampas aset ini.

7. Ketujuh, apakah yang akan dilakukan terhadap aset-aset ini? Jabatan Kehakiman AS akan menjual aset-aset ini dan memulangkan kembali wang yang yang diperolehi dari penjualan aset ini kepada Malaysia.

8. Kelapan, adakah 1MDB terlibat? 1MDB telah membuat kenyataan rasmi bahawa ia bukan pihak yang terlibat dan tidak mempunyai sebarang aset di AS.

Wednesday, July 20

GEORGETOWN DAH ADA BAS DUA TINGKAT SEPERTI LONDON @azmiaziz60 @RapidPG @MyrapidKL @gtp_roadmap


Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Ismail Adam bersama Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana mengiringi TYT Tuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dalam jelajah bersama bas dua tingkat Rapid Penang.


Menjelang sambutan ulangtahun kesembilannya, Rapid Bus Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang mengendalikan perkhidmatan bas Rapid Penang, hari ini memperagakan bas dua tingkat yang bakal memulakan perkhidmatan bulan depan.

Diperkenalkan secara berperingkat mulai 1 Ogos ini, perkhidmatan bas dua tingkat yang akan digunakan untuk tiga laluan tersibuk memyerlahkan transformasi progresif Rapid Penang sejak memulakan operasi pada 31 Julai 2003.

Tiga laluan yang bakal menggunakan bas model ADL Enviro 500 ini adalah Laluan 101 (Pengkalan Weld – Teluk Bahang); Laluan 102 (Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas – Teluk Bahang) dan Laluan 301 antara Pengkalan Weld ke Relau.


Diadakan di Dewan Bandaran, Jalan Padang Kota Lama di sini, majlis pelancaran bas dua tingkat itu telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Ismail Adam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Azmi Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Encik Zulkifli Mohd Yusoff dan Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang, Mejar (B) Mohd Shukri Abdul Rahman.

Secara keseluruhan, Rapid Penang akan mempunyai 33 unit bas dua tingkat yang akan dihantar secara berperingkat.

Dengan keupayaan menampung kapasiti sehingga 108 penumpang, bas-bas dua tingkat keluaran Alexander Dennis dari Scotland ini mampu membawa tambahan 40 peratus penumpang berbanding bas yang sedia ada.

Ini sekali gus akan meningkatkan efisiensi dan memantapkan operasi Rapid Bus di Pulau Pinang dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan bas Rapid Penang.

Kini beroperasi dengan 54 laluan dengan sebanyak 400 bas, operasi Rapid Penang meliputi pengendalian perkhidmatan Rapid Kamunting dan perkhidmatan bas antara bandar ke Sungai Petani, Kedah dan Parit Buntar, Perak.

Kesemua bas milik Rapid Bus bercirikan akses universal yang mesra golongan kurang upaya, berhawa dingin dan disokong dengan fasiliti Paparan Informasi Penumpang, GPS dan Pusat Kawalan Operasi, yang terletak di ibu pejabat di Lorong Kulit.

FAIL FAKTA – CIRI-CIRI BAS DUA TINGKAT

• Dilengkapi dengan 8 kamera litar tertutup salon bawah dengan atas (kandungan dirakam)
• Dimensi: 2.5 Meter(lebar) x 12 Meter (panjang) x 4.2 meter (tinggi)
• Peta laluan dinamik
• Skrin indikasi bilangan penumpang bagi saloon atas
• Kos sebuah bas RM1.4juta
• Jumlah Penumpang : 108 penumpang
· Kerusi Dek atas : 53 penumpang
· Kerusi Dek bawah : 30 penumpang
· Berdiri : 25 penumpang
• Model Bas : ADL Enviro 500
• Menggunakan minyak diesel (Euro 3)
• Memerlukan seorang sahaja pemandu
• Dilengkapi dengan skin paparan maklumat (5 unit paparan LCD 19 inch)
• Fasiliti akses universal dan Mesra OKU

Saturday, July 16

TUN MAHADIR TIDAKLAH SEHEBAT ANWAR IBRAHIM......?


Kalau bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad benar-benar mahu bersama pembangkang, beliau tak perlu hendak tubuh parti politik baharu sebaliknya jadi sahaja ahli PKR, DAP atau PAN.

Ketiga-tiga parti itu pasti sedang mengharapkan Mahathir menyertai mereka sebab kalau sesiapa dapat tarik bekas Perdana Menteri itu, maka akan naiklah saham parti yang disertai Mahathir itu.

Malang sekali, itu tidak terjadi kerana Mahathir mahu tubuh parti sendiri untuk bergabung dengan Pakatan Harapan.

Kenapa Mahathir sanggup nak tubuh parti baharu dan tidak mahu menyertai mana-mana parti dalam PH? Sebabnya, mungkin Mahathir memang tak berkenan pun mana-mana parti baik PKR, DAP mahupun PAN.

Atau pun, mungkin juga semua di dalam parti pembangkang sedia ada merupakan musuh ketat Mahathir selama menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun.

Hari ini, dalam keadaan terdesak, Mahathir kembali diterima oleh parti yang dicaci dan dihina selama ini kerana masing-masing semuanya ada kepentingan malah Mahathir sendiri yang teruk kena caci sampai digelar Mahafiraun pun dah boleh duduk sepentas dengan semua musuh politiknya.

Mungkin Mahathir dan musuh-musuh politiknya hendak membuang yang keruh untuk mengambil yang jernih hingga sanggup melupakan maruah diri dan menjilat semula ludah yang dikeluarkan.

Masalahnya, adakah parti baharu Mahathir itu akan bergabung dalam PH nanti dan adakah kedudukan Mahathir akan diletakkan paling atas dalam PH? Yang paling penting, kuatkah parti baharu Mahathir kalau nak berlawan dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke 14 nanti?

Melihat kepada keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pengaruh Mahathir untuk memenangkan calon PH ternyata gagal walaupun Mahathir datang membantu kempen sampai ke malam hari.

Tidak tahulah apa perancangan Mahathir tetapi hakikatnya, sebanyak mana pun munculnya parti pembangkang baharu di bumi bertuah Malaysia ini, kedudukan BN akan menjadi semakin kuat dan mantap.

Sebabnya, parti pembangkang yang dah sedia ada pun telah semakin tidak sehaluan dan agak mustahil untuk duduk mencari kata sepakat.

Jajaran LRT Ampang, Sri Petaling Dihentikan Seketika Pada 16 Julai 2016 @MyRapidKL


Prasarana Malaysia Berhad telah memaklumkan penggantungan sementara Transit Aliran Ringan (LRT) bagi jajaran LRT Ampang dan Sri Petaling pada 16 Julai ini bagi kerja-kerja perpindahan sistem isyarat tren sepenuhnya.

Walau bagaimana pun, syarikat terbabit turut memberitahu, Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas secara percuma untuk kemudahan para penumpang yang terjejas dengan penutupan kedua-dua stesen ini.


“Kami akan menyediakan 70 buah bas di 16 zon bagi laluan dari stesen LRT Bandar Puteri, Kinrara BK5, Sri Petaling, Sungai Besi, Bandar Tun Razak, Cempaka, Pandan Indah, Maluri, Chan Sow Lin, Hang Tuah, Sentul Timur, PWTC, Bandaraya, Puchong Prima dan Putra Heights,” ujar Prasarana.

Kesemua bas terbabit akan menuju ke stesen LRT Masjid Jamek dan berakhir di hab bas Pasar Seni, iaitu di bawah stesen LRT Pasar Seni.

Menurut kenyataan itu juga, dengan perpindahan sepenuhnya sistem isyarat ini, sebanyak enam buah tren baharu akan mula beroperasi di antara Sentul Timur dan Putra Heights, yang bakal dinamakan secara rasmi sebagai LRT Petaling Line pada hari ini.

Friday, July 15

Kami Tidak Berbangga Menentang Seseorang Yang Sudah Melepasi usia 90-an.


Barisan Nasional (BN) menyambut baik kelahiran satu lagi parti politik di negara ini dan ia merupakan lambang proses demokrasi yang sihat, kata Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Abdul Rahman Dahlan.

Mengulas penubuhan parti dan pakatan baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau berpandangan , perkembangan terkini itu hanya akan tambah melemahkan pembangkang dan mengukuhkan peluang BN mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang."BN sedia menghadapi apa juga keadaan," katanya

Semalam Dr. Mahathir dalam sidang akhbar yang dihadiri pemimpin pembangkang antara lain Lim Kit Siang dan Datuk Mahfuz Omar mengumumkan parti baharu yang akan menggerakkan kerjasama dalam kalangan parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun tidak menamakan presiden parti baharu itu selain menyatakan pendiriannya tidak berminat untuk bertanding dalam piihan raya kelak.

Menurut Abdul Rahman, pengumuman tidak mengejutkan banyak pihak kerana ia berkemungkinan disebabkan Dr Mahathir sudah bertahun lamanya `menyerang’ BN atau mungkin juga sebahagian besar wajah yang menyertai sidang media di Putrajaya semalam adalah mereka yang mempunyai pertikaian dengan pimpinan semasa.

Katanya, rakan pakatan baharu itu tidak mempunyai agenda sama untuk Malaysia sebaliknya mereka hanya memiliki `ikatan berbahaya’ berdasarkan kekecewaan melampau dan kegagalan menguasai sokongan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, BN akan mematahkan setiap langkah mereka hingga ke akhirnya dan jika pun ada kekesalan yang timbul dalam keseluruhan episod ini ialah BN terpaksa menentang Dr Mahathir yang sepatutnya menghabiskan sisa usianya sebagai seorang negarawan.

"Kami akan terus mempertahankan prinsip dan perjuangan parti. Kami akan mempertahankan pencapaian selama ini. Kami telah mengharungi pelbagai kepayahan dan cabaran lebih hebat sebelum ini.

"Kami berjaya mengharungi setiap satu daripadanya. BN akan terus mendekati rakyat dan meyakinkan mereka untuk tidak meletak kepercayaan terhadap pakatan rapuh diterajui oleh seorang individu yang hanya memiliki satu tujuan, iaitu menggulingkan Perdana Menteri sedia ada dengan apa cara sekalipun," katanya.

Namun, kata Abdul Rahman: "Percayalah, kami tidak berbangga menentang seseorang yang sudah melepasi usia 90-an. Bagaimanapun, memandangkan gendang sudah dipalu, BN akan berdepan sesiapa saja, tanpa mengira masa atau tempat demi tanah air tercinta."

Saturday, July 9

BERLAGAK SUCI NAMUN GELAR ORANG LAIN ANJING....?


Lim Gone End menggunakkan apa sahaja demi kepentingan politiknya.Gambar TYT peluk dijadikan bahan bukti konon dia pemimpin terbaik.Tak hormat kedudukan TYT langsung! #PolitikMurahan

Gambar diatas menunjukkan kesucian tahap dewa apabila dipeluk oleh TYT. Betapa mudahnya pengikut tegar DAP mempercayai apa juga pembohongan yang cuba disampaikan.

Panas punggung agaknya apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menarik balik semua rujukan kepada sebuah kiasan Inggeris yang beliau gunakan pada majlis pelancaran awal bangunan pejabat baharu Institut Pulau Pinang pada 28 Jun lepas.

Guan Eng dalam ucapannya, telah menggunakan istilah ‘bitting the hand that feeds you’ (Menggigit tangan yang menyuap) dan ‘barking’ (menyalak) yang menyinggung sesetengah pihak kerana istilah ‘menggigit’ dan ‘menyalak’ sering digunakan untuk merujuk kepada anjing.

Guan Eng penang institutesUcapan Guan Eng yang disiarkan semalam di mana dilaporkan bahawa ‘bite dan bark’ (menggigit dan menyalak)  dilihat oleh sesetengah pihak sebagai menghina kumpulan penyelidik di institut itu.

“Oleh itu, saya akan menarik balik semua rujukan kepada kiasan Inggeris ‘menggigit tangan yang menyuap’ atau menyalak dan menggantikan dengan istilah tidak menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan negeri tetapi memberi hak kepada ahli-ahli untuk melahirkan pertentangan pendapat dan menyatakannya secara umum.

“Bagaimanapun, saya tidak ingin mahu memanjangkan kontroversi yang tidak perlu kerana saya sedar bahawa anjing dalam konteks Barat yang dianggap sebagai teman setia tidak terpakai konteks budaya Malaysia…

“Ia juga mempunyai implikasi budaya dan agama yang tidak wajar,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Guan Eng berkata intipati ucapan pada majlis pelancaran awal itu menekankan kepada amalan kebebasan di Pulau Pinang.

“Saya telah mengingatkan Institut Pulau Pinang bahawa walaupun kebebasan memberikan hak kepada mereka menyatakan pertentangan pendapat dengan kerajaan negeri biarpun secara umum namun sebagai pembiayai utama institut itu, kerajaan negeri mengharapkan kesetiaan,” katanya.

Friday, July 8

ADUN DAP BAKAL DIPENJARA.......?


Sikap "cakap tak serupa bikin ADUN DAP" yang kurang kasih sayang ini terserlah. Bila DAP hulur bantuan depa kata bantuan tapi bila BN bagi depa habaq rasuah atau dedak. Kalau nak terkenal pun janganlah perli orang lain. 

Sama jugak macam Lim Gone End. Beli rumah harga murah dari harga pasaran itu atas dasar kawan nak bagi potongan harga. Padahal ada udang sebalik batu. Elok jugak kena tangkap oleh SPRM. 

Mengikut akaun Facebook yang bernama Nga KorMing, satu status yang dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, yang bertajuk "Hanya di Malaysia di bawah Umno, Selamat Hari Raya", satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu.

Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur diatas, seorang budak telah bercakap "Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma.." manakala seorang lagi menjawab "Tak dapat derma, dedak pun ok..." dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin".

Kor Ming sebagai seorang wakil rakyat sepatutnya lebih sensitif dan tidak mengaitkan sambutan Aidilfitri ini dengan sebarang unsur-unsur politik. Ianya umpama menghina perayaan yan disambut oleh umat Islam di Malaysia. 

Pemberian duit raya adalah satu amalan yang mulia kerana memberikan sedekah dan perkara itu telah dipolitikkan oleh Nga.

Tambang Bagi Perkhidmatan Tiga Hari Ini Adalah Percuma @MyRapidKL


Rapid KL menyediakan sebanyak 70 buah bas pengantara percuma berikut penutupan sementara semua stesen LRT di Laluan Ampang dan Sri Petaling pada 7, 8 dan 16 Julai 2016 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penghijrahan sistem isyarat LRT.

Prasanara Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan di sini berkata, laluan bas pengantara terbahagi kepada 16 zon untuk melancarkan sistem pengangkutan awam itu.

Katanya, kesemua 16 laluan itu akan bemula dari stesen LRT Bandar Puteri, Kinrara BK5, Sri Petaling, Sungai Besi, Bandar Tun Razak, Cempaka, Pandan Indah, Maluri, Chan Sow Lin, Pudu, Hang Tuah, Sentul Timur, PWTC, Bandaraya, Puchong Prima dan Putra Heights menuju ke Masjid Jamek dan berakhir di hab Bas Pasar Seni. Tambang bagi perkhidmatan tiga hari ini adalah percuma.

"Mulai 6 pagi tadi pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan bas ini dengan kekerapan frekuensi antara 15 – 30 minit. Pengguna yang ingin meneruskan perjalanan ke pusat bandar boleh transit di hentian Masjid Jamek atau Hab Pasar Seni dan seterusnya menyambung perjalanan dengan LRT Laluan Kelana Jaya," kata Ketua Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Prasarana Malaysia Berhad, Lim Jin Aun.


Jin Aun menyarankan pengguna supaya merujuk notis laluan bas pengantara di stesen-stesen LRT terlibat atau rujuk pegawai operasi yang bertugas.

"Penutupan sementara LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja penghijrahan sistem isyarat LRT yang baru.

"Penutupan ini bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah malam pada 7, 8 dan 16 Julai 2016.

"Bermula 17 Julai kelak, pengguna akan menikmati pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan mudah dengan tren baharu AMY serta tidak perlu lagi menukar tren di stesen Sri Petaling bagi pengguna dari stesen Putra Heights ke Sentul Timur," ujarnya.

Perjalanan dari hujung ke hujung bermula di Stesen LRT Putra Heights ke Sentul Timur akan mengambil masa selama 65 minit dengan jarak perjalanan sejauh 37km dengan kadar tambang RM3.50 sehala bagi pengguna kad MyRapid SMART 30.

"Kami menggalakan pengguna melayari laman sesawang myrapid.com.my atau ikuti kami di media sosial untuk mendapatkan informasi terkini mengenai penutupan sementara ini,” jelasnya lagi.

Wednesday, July 6

PANAS... SIAPA YANG KHIANAT GUAN ENG....?


Pergolakan dalaman DAP di Pulau Pinang semakin memuncak. Mengikut sumber tertentu ada gerakan terancang dalam DAP Pulau Pinang yang ingin menyingkirkan CM Lim Guan Eng dari Pulau Pinang.

Antara rancangan tersebut adalah membongkar isu pembelian banglo di jalan PinHorn dan maklumat rahsia tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Parti Gerakan untuk menjatuhkan Lim Guan Eng setelah desakan dari DAP Pulau Pinang agar Lim Guan Eng kembali ke Melaka tidak diendahkan.

Pada 8 Mac 2008 di Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Lim Guan Eng telah mengambil jawatan Ketua Menteri yang sepatutnya diberi kepada Chow Kon Yeow.

Antara perjanjian tersebut mengatakan bahawa Lim Guan Eng akan menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selama sepenggal dan akan menyerahkan kepada Chow Kon Yeow. Tetapi Lim Guan Eng telah mengkhianati perjanjian tersebut.

Ramai ahli parti kanan DAP percaya perjanjian itu membolehkan Guan Eng menjadi Ketua Menteri hanya satu penggal sebelum diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Teh Yee Cheu Adun DAP-Tanjung Bunga seorang org kuat Chow Kon Yeow yang mendapat sokongan kuat di akar umbi DAP Pulau Pinang turut menyerang Lim Guan Eng dan membuat cadangan supaya penggal khidmat seorang Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal sahaja tahun lalu.

Umum mengetahui Teh Yee Cheu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang 3 hari sebelum Konvensyen DAP Negeri Pulau Pinang bermula.

Lim Guan Eng tidak bertanding dalam pemilihan DAP Pulau Pinang, mungkin kerana beliau sudah menjadi Setiausaha Agong DAP Nasional… the supreme leader of DAP.

Ini adalah penggal terakhir Lim Guan Eng boleh menjawat jawatan Setiausaha Agong DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Ia akan berakhir sebelum penggal Parlimen ke-13 tamat tempoh.

Ini bermakna Lim Guan Eng bukan lagi Setiausaha Agong DAP menjelang PRU ke 14 nanti. Lim Guan Eng juga tidak disenangi oleh sebahagian besar pemimpin DAP Pulau Pinang yang melihat Lim Guan Eng sebagai “pemain impot” dalam politik Pulau Pinang.

Nampaknya agenda untuk menamatkan karier politik Lim Guan Eng telah berjaya.

Selamat Tinggal Lim Gone End.

Tuesday, July 5

Video Penyerang bunuh diri letupkan bom di Madinah


Seorang pengebom bunuh diri dilaporkan meletupkan bom berhampiran ibu pejabat pasukan keselamatan yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi di sini sebentar tadi, lapor rangkaian televisyen tempatan, al-Arabiya.

Serangan ini merupakan serangan ketiga ke atas Arab Saudi selepas dua 

Monday, July 4

KENAPA MEREKA TAKSUB SANGAT DENGAN LIM GONE END........


Saya benar-benar takjub dengan alasan dangkal diberi pemimpin Pakatan Harapan apabila menafikan berlaku amalan pilih kasih dalam memberi justifikasi mengapa Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, boleh terus menjalankan tugasnya walaupun menghadapi dua pertuduhan di mahkamah.

Sebagai contoh, YB Nurul Izzah dan Tian Chua daripada PKR memberi alasan YAB Lim bukan berada dalam Kerajaan Persekutuan dan tidak memberi bidang kuasa untuk campur tangan dalam prosiding perbicaraan.

Semua ini tidak lebih daripada alasan remeh.

Benar, YAB Lim bukan berada dalam Kerajaan Persekutuan, tetapi ingin saya tegaskan bahawa beliau masih ketua kerajaan memerintah di Pulau Pinang - tempat di mana kesalahan salah guna kuasa dan rasuah dihadapinya didakwa berlaku.

Melihat kepada tuduhan dihadapinya, kita hampir pasti dokumen dan saksi daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan dijadikan rujukan serta dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan.

Ia boleh mendorong mengapa saksi mungkin diminta memberi keterangan menentang ketua yang masih menjalankan tugasnya.Tekanan sedemikian terhadap saksi ternyata tidak sesuai untuk perbicaraan yang bebas dan adil.

YB Nurul Izzah turut menyatakan dakwaan terhadap YAB Lim adalah konspirasi politik "untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang."

Jika kita menerima alasan seperti itu, ia seolah-olah bermakna pemimpin pembangkang yang melakukan jenayah tidak boleh didakwa kerana tindakan itu akan sentiasa menjadi konspirasi politik untuk menjatuhkan mereka.

Alasan Pengarah Strategik PAN, Dr Dzulkefly Ahmad, tidak jauh bezanya.

Beliau menyifatkan pendakwaan ke atas YAB Lim dilakukan pada masa yang dipenuhi syak wasangka memandangkan pilihan raya umum akan datang "kurang dari dua tahun".

Jika kita mempersetujui persoalan dibangkitkan Dr Dzulkefly berhubung keadaan semasa, kita tidak mungkin mempunyai masa sesuai untuk mendakwa mana-mana pemimpin pembangkang.

Jika Peguam Negara membuat pendakwaan tahun depan, pilihan raya umum adalah kurang dari setahun - sekali gus menguatkan prasangkanya.

Pada masa sama, jika Peguam Negara melakukan pendakwaan tahun lalu, saya yakin mereka akan memberi alasan ia adalah percubaan mengalih perhatian daripada isu 1MDB.

Saya ingin menarik perhatian semua, perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlaku pada tahun 2014 dan 2015. Ternyata, ia adalah masa panjang bagi melakukan persiapan menghadapi pilihan raya umum tetapi Pakatan tetap menegaskan pemenjaraan Anwar adalah konspirasi politik.

Nampaknya, tiada masa yang sesuatu untuk mendakwa pemimpin Pakatan.

Mungkin Dr Dzulkefly boleh memberi cadangan bila masa yang sesuai untuk mendakwa pemimpin pembangkang?

Mungkin mahkamah dan Pejabat Peguam Negara boleh diminta mencari masa yang sesuai dengan jadual pembangkang?

Bagaimanapun, mungkin alasan YB Johari Abdul daripada PKR adalah yang paling unik dalam mempertahankan mengapa YAB Lim tidak perlu melepaskan jawatan ketika menghadapi tuduhan jenayah.

YB Johari memberi alasan YAB Lim sudah memberi penjelasan berhubung dakwaan dihadapi dan PKR yakin Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak bersalah, manakala semua ini sekadar kempen memburuk-burukannya.

YB Johari perlu diingatkan bahawa ketetapan sama ada seseorang tertuduh itu bersalah atau sebaliknya terhadap tuduhan jenayah, tidak bergantung kepada penafian tertuduh semata-mata. Semestinya juga, ia bukan untuk diadili oleh PKR.

Ini sebabnya mengapa Malaysia mempunyai undang-undang, peguam, hakim dan mahkamah.

Berapa ramai daripada kita mendapat tawaran memberi bernilai jutaan ringgit pada harga 60% lebih rendah berbanding harga pasaran?

Tiada seorang pun pejuang `keadilan' ini menjelaskan manfaat membeli hartanah berjuta ringgit yang jauh lebih rendah berbanding kadar Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) serta harga pasaran.

Tiada pemimpin pembangkang yang memperkatakan soal percanggahan kepentingan apabila seorang kakitangan awam berurusan secara peribadi dengan individu yang mempunyai kaitan perniagaan dengan kerajaan negeri pimpinannya.

Pelbagai alasan remeh yang diberi pemimpin Pakatan dan kegagalan mereka memahami tuduhan jenayah terhadap YAB Lim, mendedahkan kepincangan mereka terhadap prinsip, sikap pilih kasih dan kegagalan untuk melaksanakan apa yang diperkatakan.

Kedegilan dan hipokrasi mereka dalam mempertahankan keputusan YAB Lim untuk tidak melepaskan jawatan semnetara menghadapi dakwaan jenayah, bermakna Pakatan Harapan mengetepikan haknya untuk mendesak sesiapa saja meletak jawatan pada masa akan datang.

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik BN

Sistem Pengangkutan Awam Sistematik Untuk Masa Depan @AzmiAziz60 @MyRapidKL @NajibRazak


Kepentingan sebuah bandar sebagai pusat aktiviti di mana ekonominya berorientasikan perkhidmatan (termasuk pelancongan) kini semakin meningkat. Rangkaian pengangkutan perlu mampu menyokong pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan populasi dan kepelbagaian aktiviti di bandar.

Telah terbukti diperingkat global bahawa sistem pengangkutan yang teratur dan komprehensif dapat membantu menyumbang kepada kemakmuran ekonomi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pembangunan bandar mendapat tekanan daripada pertumbuhan ekonomi dan penduduk yang pesat. Pengangkutan awam menjadi salah satu daripada masalah utama rakyat di bandar kerana ia memberi impak secara langsung kepada kehidupan harian mereka.

Walaupun sepantas mana negara kita membangun, jalan raya tidak akan cukup untuk menampung keperluan kenderaan yang terus bertambah bilangannya.

Justeru, sistem pengangkutan awam yang cekap dan boleh diharap amat diperlukan.

Sehubungan itu, kerajaan BN telah membina sistem transit aliran ringan (LRT), monorel dan komuter serta menambah perkhidmatan bas bagi menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam.


Pertambahan laluan LRT dan komuter akhirnya akan menggabungkan sejumlah 34 kilometer landasan baharu dan 13 stesen baharu untuk kawasan Kelana Jaya dan Ampang di Lembah Klang.

Dalam pada itu, BN dalam manifestonya turut membuat aku janji untuk mengembangkan lagi perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.

BN juga bercadang memperluaskan sistem rel Transit Aliran Massa (MRT), LRT dan komuter dan membina terminal bas, rel dan teksi Bersepadu di semua pekan dan bandar.

Dalam masa sama, BN membuat aku janji untuk menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap untuk memudahkan rakyat dan meningkatkan jumlah permit teksi individu.

Turut akan dilaksanakan adalah rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

Bagi Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Shazali Abu Mansor, usaha BN memperkasa sistem pengangkutan awam mampu melancarkan aktiviti harian rakyat.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan dalam mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid di seluruh negeri serta memperluas sistem rel dan projek MRT juga akan mempertingkatkan ekonomi negara.

"Penekanan sistem pengangkutan bas di setiap negeri membantu aliran pengurusan harian penduduk setempat menjadi lebih lancar serta membantu mereka yang menjalankan perniagaan kerana menepati masa itu sangat berharga," katanya.

Sementara itu, beliau menyambut baik kandungan manifesto itu yang turut menyenaraikan projek-projek yang sedang dilaksanakan BN termasuk memperkenalkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Menurut beliau, langkah memperkenalkan pengangkutan canggih itu akan membuka lebih banyak peluang bagi perdagangan rentas sempadan serta pelaburan di kedua- dua negara.

Turut disenaraikan dalam bahagian projek-projek yang sedang dilaksanakan adalah sistem MRT yang akan diintegrasikan dengan LRT, komuter, monorel dan rangkaian bas bandar.

Saturday, July 2

@MyRapidKL PENGENDALI MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) @AzmiAziz60 @ShahrilMokhtar


Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) dan Rapid Rail Sdn Bhd, menandatangani perjanjian penyerahan serta pengoperasian, yang secara rasminya melantik Rapid Rail sebagai pengendali Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Selain keperluan operasi bagi laluan berkenaan, perjanjian itu juga memperincikan obligasi Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, melibatkan penyelenggaraan gerabak, stesen, sistem dan aset lain.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata ia merupakan saat bersejarah bagi MRT Corp kerana ia menandakan transformasi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang daripada projek yang dalam pembinaan, ke arah pengoperasian laluan berkenaan.

"Sepanjang enam tahun lepas, MRT Corp bekerja keras untuk mewujudkan sistem MRT moden, dan kini kami menghampiri saat penyerahan projek yang kami wujudkan kepada pengendali yang dilantik," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Menerusi perjanjian itu, Rapid Rail dilantik sebagai pengendali untuk tempoh 10 tahun, dengan pilihan membolehkan lanjutan tempoh selama lima tahun lagi.

Perjanjian itu disediakan atas dasar terma pajakan aset dengan Rapid Rail memajak daripada MRT Corp dengan bayaran tahunan, kata MRT Corp.

"Rapid Rail akan menjalankan operasi laluan MRT dan mengekalkan semua tambang yang dikutip, manakala MRT Corp akan mengekalkan hasil bukan tambang, seperti pendapatan daripada pengiklanan dan pajakan runcit.

"Tambang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)," katanya.

Rapid Rail juga bertanggungjawab ke atas menyelenggara aset.

Bagaimanapun, kos pembersihan utama akan ditanggung oleh MRT Corp, sebagai pemilik aset.
MRT Corp akan menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ke atas Rapid Rail bagi memastikan aset beroperasi pada tahap tertinggi.

KPI itu juga akan membolehkan MRT Corp mengoptimumkan kos kitaran hayat pengurusan aset.

Pada akhir tempoh pajakan, aset akan dikembalikan kepada pemilik aset dalam situasi yang saksama.

Prasarana juga akan mengendalikan sistem bas pengantara yang akan menyediakan sambungan pertama hingga ke peringkat akhir dalam rangkaian MRT.

Fasa pertama Laluan SBK - antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Semantan - akan mula beroperasi pada Disember 2016, manakala operasi peringkat kedua yang meliputi keseluruhan laluan, bermula pada Julai 2017.

Untuk itu, penyerahan oleh MRT Corp kepada Rapid Rail akan dijalankan dalam dua peringkat mengikut dua tarikh operasi.

Kerajaan sebelum ini memutuskan Prasarana atau anak syarikatnya, akan mengendalikan operasi Laluan SBK, laluan pertama Projek MRT Lembah Klang yang dibangunkan oleh MRT Corp.

Ini bagi memastikan integrasi lengkap perkhidmatan MRT dengan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan perkhidmatan monorel sedia ada yang dikendalikan oleh Rapid Rail.

MRT Corp akan kekal sebagai pemilik aset Laluan SBK.

Friday, July 1

Tidak Lagi Berdepan Kesesakan #LEPRapidKL @MyRapidKL @AzmiAziz60 @NajibRazak


Sejurus mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009, Datuk Seri Najib Razak telah meletakkan pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien menjadi satu daripada fokus utamanya.

Oleh itu, di bawah NKRA kita tetapkan bahawa pengangkutan awam mesti diberi keutamaan yang tinggi. Perdana menteri berkata sebelum ini ada vakum dalam sistem pengangkutan dan sistem tidak bersepadu yang tidak dapat menampung keperluan sebuah bandar moden dan keadaan kesesakan lalu lintas yang semakin serius.

Beliau berkata projek integrasi pengangkutan awam yang menelan belanja RM8 bilion itu juga merupakan inisiatif kerajaan demi kesejahteraan penduduk dan pengunjung di Lembah Klang.

Dengan adanya sistem pengangkutan awam yang lebih baik, kerajaan juga menyasarkan jumlah pengguna pengangkutan awam akan meningkat daripada 21 peratus kini kepada 40 peratus menjelang 2030, kata Najib.


Sebanyak 25 stesen baharu LRT dalam jajaran Kelana Jaya dan Ampang mula beroperasi semalam.

Antaranya ialah stesen Puchong Perdana, Puchong Prima, Ara Damansara, Subang Jaya, USJ 7, Awan Megah dan Putra Heights.

Najib berkata sambungan jajaran yang memasuki kawasan petempatan tinggi seperti Kinrara, Puchong dan Subang Jaya juga bakal melonjak bandar-bandar itu menjadi kawasan pertumbuhan ekonomi baharu pada masa akan datang.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Projek sambungan jajaran sistem Transit Aliran Ringan (LRT) akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara, khususnya di kawasan Lembah Klang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata ini kerana sistem pengangkutan awam yang berkesan di bandar-bandar utama merupakan nadi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Katanya kajian yang dijalankan oleh Bank Negara juga menunjukkan bahawa kesesakan lalu lintas di bandar boleh menyebabkan kepada pengurangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak dua peratus.

"Kalau kita dapat pengangkutan awam yang efisien, kurangkan kesesakan lalu lintas, maka kadar pertumbuhan KDNK negara juga dapat meningkat sebanyak dua peratus,"

Beliau berkata projek yang dimulakan pada tahun 2011 ini juga merupakan projek ekonomi berimpak tinggi dengan kajian menunjukkan bahawa kadar pulangan dalam ekonomi boleh mencapai sehingga 25 peratus.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive