Monday, August 29

Akhirnya Mahathir Bertemu Buku Dengan Ruas..


Menurut Tengku Razaleigh, satu cara untuk mengalahkan Mahathir adalah dengan membiarkannya sahaja beliau dan jangan berlawan dengannya. Dia kemudiannya akan jatuh dengan sendiri tanpa sebarang sebab.

Memanglah ketika itu Tengku Razaleigh sedang melawak dan orang sekeliling gemar akan kenakalannya. Tetapi, Pak Wan, bapa Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang pernah berkhidmat untuk Mahathir, berkata yang orang tua itu sukakan kontroversi dan suka berlawan. Jika tiada kontroversi atau sebarang pertelingkahan, dia akan menjadi bosan dan seterusnya cuba memulakan perbalahan. Mahathir tidak boleh bertahan lama tanpa terlibat dengan sebarang jenis pertelingkahan.

Inilah wajah sebenar Mahathir, yang pernah digelarkan sebagai ayam sabung (yang mana masih wujud di sebahagian Malaysia – iaitu sabung ayam). Siapa yang belum Mahathir cabar?

Mahathir bertelingkah dengan orang Cina pada 1969 (dan kalah pilihan raya umum pada tahun yang sama apabila orang Cina mengundi Yusuf Rawa daripada PAS sebagai pengajaran untuk Mahathir).

Mahathir bertelingkah dengan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman, yang digulingkan pada 1970. Mahathir bertelingkah dengan Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn, dan mengambil alih sebagai Perdana Menteri keempat. (Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak, meninggal dunia pada tahun 1976 sebelum sempat Mahathir bertelingkah dengannya – jadinya dia bertelingkah pula dengan anak Tun Razak).

Mahathir bertelingkah dengan orang Amerika, British dan Australia, sama seperti yang dilakukan oleh Idi Amin semasa dia memerintah Uganda. Malah, ramai yang menggelar Mahathir sebagai Idi Amin Malaysia, yang mana bukanlah satu pujian memandangkan Idi Amin dikatakan seorang yang gila dan berada di tangga kedua selepas Adolf Hitler.

Mahathir bertelingkah dengan Ketua Hakim Negara dan juga hakim-hakim yang lain. Mahathir bertelingkah dengan Seri Paduka Baginda Agong dan sembilan raja-raja negeri yang lain. Rasanya senarai dengan siapa yang Mahathir tidak bertelingkah adalah lagi pendek berbanding dengan yang dia pernah bersengketa.

Musuh kegemaran Mahathir adalah Singapura. Beliau menggelar Singapura sebagai Israel Asia dan orang Singapura tiada bezanya dengan Yahudi (ya, Yahudi kerana bagi Mahathir memusuhi Yahudi bakal menjadikannya popular dan terus kuat.

Benda yang Mahathir paling benci dalam dunia ini adalah kekalahan. Dia mesti menang dengan apa cara sekali pun, sama ada dengan adil ataupun tidak. Jika dia kalah, dia akan mati, secara literal mahupun kiasan. Bagi Mahathir, kekalahan lebih teruk daripada kematian.

Itulah yang terjadi kini. Mahathir sedang kalah. Dan dia tidak boleh menerima kenyataan itu. Perdana Menteri Najib Tun Razak tahu akan perkara itu. Oleh itu, Najib tahu cara yang terbaik untuk mengecewakan Mahathir. Setiap kali Najib mengecewakan Mahathir, dia akan melenting dan dia akan menjadi gementar.

Ketika dia membuat keputusan untuk menggulingkan Perdana Menteri kelima pada Jun 2006, Mahathir mengambil masa kurang daripada 3 tahun untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi kini telah lebih daripada 3 tahun, dan Najib masih lagi kuat. Bukan itu sahaja, Najib juga kini lebih kuat berbanding sewaktu mula-mula proksi Mahathir bertindak ke atasnya 2 tahun dahulu pada tahun 2014.

Sejak 2 tahun yang lepas pada tahun 2014 sehingga kini, Mahathir masih memperkatakan tentang isu 1MDB, tetapi Najib masih lagi kukuh. Najib sepatutnya jatuh setahun yang lepas pada Julai 2015, tetapi itu tidak berlaku. Nampaknya seperti tidak akan terjadi, tidak kiralah betapa bersungguhnya Mahathir mengungkit isu 1MDB.

Mungkin Mahathir tidak pernah mendengar kata-kata Albert Einstein : “Gila ditakrif sebagai melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali, tetapi mengharapkan hasil yang berbeza” (“The definition of insanity is doing the same thing over and over again, but expecting different results”).

Jika isu 1MDB sehingga kini masih lagi tidak mampu untuk menjatuhkan Najib, ia bermaksud isu itu tidak akan menjatuhkan Najib sehingga bila-bila pun. Sesungguhnya sangat jelas sekarang, pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil serentak di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan bahawa 1MDB tidak boleh melakukan apa yang diharapkan oleh Mahathir. Adakah ianya tidak gila untuk Mahathir melakukan perkara yang sama berulang kali tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza?

Mahathir risau ini akan menjadi titik akhirnya. Secara realistiknya, Mahathir tidak mempunyai masa kerana usianya dan juga masalah kesihatannya dan Parti Pribumi barunya juga memerlukan masa untuk membuktikan keberkesanannya – jikalah ianya mampu sekali pun.

Parti Tengku Razaleigh iaitu Semangat 46 mempunyai peluang yang jauh kebih tinggi tetapi walaupun selepas 8 tahun, ianya masih tidak mampu berbuat apa-apa selain menguasai Kelantan. Selepas 8 tahun tidak kemana-mana, akhirnya Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan menyertai semula Umno bersama-sama penyokongnya. Semangat 46 Tengku Razaleigh jauh lebih kuat daripada Parti Pribumi Mahathir.

Sebenarnya, kebimbangan Mahathir sama ada ini mungkin pengakhirannya adalah tidak kena pada tempatnya. Permulaan kepada pengakhiran Mahathir sebenarnya pada tahun 2013 apabila anaknya Mukhriz gagal untuk memenangi jawatan Naib Presiden Umno. Mahathir sepatutnya sedar ketika itu, tetapi dia tidak berbuat demikian, bahawa kegagalan Mukhriz mencerminkan hakikat bahawa era Mahathirisme telah sampai ke penghujungnya.

Sudah tentu, Mahathir menyalahkan Najib kerana kekalahan Mukhriz. Jika Najib telah mengarahkan sepupunya, Hishammuddin Hussein, untuk berhenti maka Mukhriz akan menang tempat ketiga dan bukannya keempat. Tetapi jika seseorang diperlukan untuk menawarkan Mukhriz kemenangan percuma sebelum dia boleh menang, ini bermakna nama Mahathir tidak lagi memberi apa-apa kesan.

Inilah realiti yang patut Mahathir sedar, tetapi tidak. Sebaliknya, dia menyalahkan Najib kerana kekalahan Mukhriz dan bukannya menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia telah meninggalkan Mahathirisme sebagai nota kaki dalam sejarah.

Oleh kerana kekalahan Mukhriz pada tahun 2013, Mahathir mula merancang serangan ke atas Najib sama seperti bagaimana Jepun merancang serangan ke atas Pearl Harbour. Dan Mahathir akan menggunakan 1MDB sebagai isu serangan hendap. Rancangannya mudah sahaja. Sabotaj IPO dan sekat pinjaman yang diperlukan 1MDB. Tiada syarikat di dunia yang mampu selamat daripada serangan jenis ini.

Ia mungkin kesilapan Najib, sama seperti kesilapan yang dibuat Amerika pada Disember 1941 apabila tidak menjangkakan pengkhianatan Jepun. Najib tidak menjangka akan dikhianati oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Cawangan Khas (SB), Timbalan Perdana Menteri beliau sendiri (Muhyiddin Yassin), Shafie Apdal (Naib Presiden Umno) , Peguam Negara (Gani Patail), T. Ananda Krishnan (yang sedang berurusan dengan 1MDB, termasuklah IPO), dan sebagainya.

Selepas serangan hendap itu – sama seperti selepas serangan hendap Jepun ke atas Pearl Harbour pada Disember 1941 – Najib melakukan serang balas. Sebagai contoh, Khairuddin Abu Hassan, atas arahan Mahathir, membuat laporan polis terhadap 1MDB pada bulan Disember 2014. Dalam tempoh sebulan Khairuddin telah diisytiharkan muflis dan rumahnya telah dilelong. Beliau kemudian hilang kedudukannya dalam Umno Bahagian Batu Kawan.

Tamparan ini ditujukan buat Mahathir dan bukannya pada Khairuddin. Ia adalah untuk menunjukkan bahawa Mahathir bukanlah sekuat yang difikirkan dan dia tidak mampu untuk melindungi orang-orangnya. Najib kemudiannya menyerang Muhyiddin, Gani, Shafie, Mukhriz, dan ramai lagi. Akhirnya, semua orang-orang Mahathir ditumpaskan dengan keadaan Mahathir tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melihat sahaja.

Apabila Mahathir sedar yang perjuangan ini akan menjadi tegang dan akan berakhir dengan kekalahannya sendiri, dia dengan senyap memberitahu Najib yang dia ingin menggantung sementara peperangan mereka pada 20 Januari 2015. Najib bersetuju walaupun para penasihatnya merasakan ianya hanyalah sekadar memberi Mahathir masa untuk merancang strategi seterusnya.

Para penasihat Najib menjangkakan lebih banyak pengkhianatan, tetapi sementara itu, layankan sahaja orang tua itu dan lihat apa yang dilakukannya. Mahathir tidak mahukan peperangan secara terbuka. Dia mahu perang gerila di mana dia boleh membaling batu tetapi tangannya tidak dapat dilihat. Mahathir mahu menampar Najib tetapi dia tidak mahu ditampar kembali. Itulah sebabnya dia perlu menggantung sementara peperangan mereka, untuk merancang langkah seterusnya.

Mahathir sedar bahawa serangannya perlu di lakukan secara senyap-senyap dan bukannya secara terang-terangan. Apabila dia menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi dia melakukannya secara terbuka. Tetapi dia tidak boleh melakukannya untuk kali kedua. Pertama sekali, dia menyerang Abdullah dan kini dia menyerang Najib. Orang akan berkata masalahnya ialah Mahathir dan bukannya Najib dan Umno akan menyokong Presidennya merangkap Perdana Menteri dan bukannya dia. Jadi perlakuan Mahathir tidak boleh dilihat maka dia perlu menggunakan proksi untuk melawan bagi pihaknya.

Dan yang lebih penting, ia mesti dilihat seperti Umno mahu Najib disingkirkan. Jadi Mahathir memerlukan orang dalam Umno untuk menyerang Najib. Jika pembangkang menyerang Najib maka Umno akan bersatu dan berdiri teguh di belakang Najib. Dan kuasa-kuasa anti-Najib dalam Umno tidak boleh bekerjasama dengan pembangkang atau dilihat berkhidmat demi kepentingan pembangkang. Ini adalah sangat penting untuk membolehkan plotnya berjaya.

Apabila Tengku Razaleigh, Musa dan sebahagian daripada Umno, iaitu Team B, menentang Mahathir, maka beliau membalas serangan itu dengan mengharamkan Umno, kemudian membuka parti baru (yang juga dipanggil Umno), dan tidak membenarkan lawannya menyertai parti baru itu. Oleh itu, Tengku Razaleigh dan pasukannya terpaksa menubuhkan parti mereka sendiri dan terus menyerang Mahathir dari luar Umno atau sebagai sebuah parti pembangkang yang bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain.

Itulah sebabnya Tengku Razaleigh gagal dan selepas lapan tahun, beliau menyerah kalah dan menyertai semula Umno.

Najib, bagaimanapun, jauh lebih bijak. Daripada melakukan apa yang Mahathir lakukan pada 1987-1988, Najib memerangkap Mahathir menyebabkan dia menggelabah sehingga dia sendiri meletakkan jawatan daripada Umno dan menyertai pembangkang. Apabila Mahathir melakukan hal itu, dia akan melakukan harakiri dan tidak akan lagi menjadi ancaman kapada Najib mahu pun Umno.

Dan pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini dan juga pilihan raya kecil serentak di Sungai Besar dan Kuala Kangsar membuktikan bahawa Najib adalah betul. Dengan meninggalkan Umno dan dengan bekerjasama dengan pembangkang, Mahathir sudah pasti berada di jalan yang membawa kepada kemusnahan diri.

Apa yang Mahathir tidak sedar adalah dia melakukan sebagaimana yang Najib mahu dia lakukan. Sebab itulah Najib hanya berdiam diri selama dia diserang. Pengkritik Najib mengatakan bahawa Najib mesti bersalah jika dia hanya berdiam diri. Kebenarannya adalah tindakan berdiam diri adalah terbaik untuk Najib dan tidak baik untuk Mahathir. Adakah Jepun membuat bising sebelum mereka menyerang Pearl Harbour? Mereka hanya menyerang tanpa sebarang amaran.

Bagaimanapun, Mahathir bercakap terlampau banyak. Dia juga bersuara sebelum dia bertindak. Pada mulanya, dia berlakon seperti tidak tahu-menahu tentang 1MDB. Menurutnya, apa yang dia tahu hanyalah apa yang dia diberitahu. Menurutnya, dia menentang Najib kerana terlampau ramai pemimpin Umno yang meminta pertolongannya secara rahsia. Sekarang dia nampak seperti tahu begitu banyak dan memberi sebab-sebab lain mengapa dia bertindak terhadap Najib.

Memandangkan cubaan untuk menjatuhkan Najib dari dalam Umno akan gagal, Mahathir menukar taktik dan kini cuba untuk menjatuhkan Najib dari luar Umno, dengan bantuan pembangkang, seperti apa yang Tengku Razaleigh cuba lakukan selama lapan tahun dan gagal.

Mula-mula Mahathir mendapatkan sokongan pembangkang dengan melancarkan Deklarasi Rakyat (People’s Declaration), dan juga kempen Selamatkan Malaysia (Save Malaysia). Pada permulaannya, ia menerima sambutan yang baik daripada pembangkang yang merasakan mereka boleh menggunakan Mahathir untuk menjatuhkan Umno. Tetapi apabila mereka sedar Mahathir yang cuba untuk menggunakan pembangkang, dan sebenarnya beliau mahu menjatuhkan Umno dan Najib supaya anak lelakinya dapat diselamatkan, pembangkang mula menjauhkan diri.

Kemudian, pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil serentak di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan Mahathir telah ‘hilang taringnya’. Malah, Mahathir mungkin menjadi liabiliti jika dia dibenarkan menyertai salah satu parti pembangkang.

Pembangkang kemudiannya mengumumkan yang mereka sedia bekerjasama dengan Mahathir jika dia menubuhkan partinya sendiri. Ini cara halus pembangkang untuk menghapuskan Mahathir. Mereka tahu yang jika Mahathir dibenarkan untuk menyertai salah satu parti pembangkang, ia akan membawa kesan yang buruk.

Pembangkang mahu menjauhkan diri daripada Mahathir, tetapi dalam masa yang sama masih dekat kerana beliau mungkin boleh digunakan untuk menjatuhkan Umno. Ianya seperti cuba mendapat kesemua kelebihan yang ada.

Pembangkang tidak pasti sama ada Mahathir boleh membantu mereka ataupun dia akan gagal dan kemudiannya menyebabkan pembangkang gagal bersama. Jadinya, ia lebih baik jika Mahathir mempunyai partinya sendiri daripada menyertai parti pembangkang yang sedia ada. Kemudian, jika parti baru Mahathir tidak berjaya, mereka boleh mebuangnya sama seperti yang mereka lakukan ke atas PAS tidak lama dahulu.

Dan inilah apa yang Najib mahukan. Jika Mahathir dan orang-orangnya menyertai salah satu parti pembangkang, ia akan menjadi situasi yang berbeza. Itu bermakna dia telah diterima. Tetapi jika Mahathir dan orang-orangnya tidak diterima ke dalam pembangkang dan terpaksa menubuhkan parti sendiri, itu adalah situasi yang lebih baik untuk Najib dan Umno. Kronologi Semangat 46 telah membuktikan ini dan tiada siapa yang boleh melawan sejarah.

Parti baru Mahathir hanya mempunyai satu tujuan, iaitu untuk menggulingkan Najib. Persoalannya ialah: apa yang akan mereka lakukan jika dan apabila Najib digulingkan? Memandangkan tujuan Parti Pribumi Mahathir adalah untuk menggulingkan Najib, adakah parti ini akan terus wujud atau adakah ianya akan dibubarkan (seperti Semangat 46 pada tahun 2006) jika dan apabila Najib digulingkan?

Pribumi berharap ia akan dapat bertahan dengan merampas undian daripada Umno. Bagaimanapun, Lim Kit Siang tidak merasakan yang ia akan terjadi. Pribumi sebenarnya ‘memancing dalam kolam yang sama’ dengan pembangkang, bukannya dalam ‘kolam’ Barisan Nasional. Jadinya, setiap undian yang Pribumi dapat menyebabkan satu undian kurang untuk pembangkang.

Pribumi hanyalah sebuah parti politik sama seperti Semangat 46 dan PKR. Umno, bagaimanapun, adalah lebih daripada sebuah parti politik. Ianya sebuah institusi Melayu. Dan itulah yang membezakan Umno dengan mana-mana parti Melayu atau parti dengan asas sokongan daripada orang Melayu.

Sekurang-kurangnya semasa Semangat 46 dan PKR ditubuhkan, mereka berjaya menarik ramai ahli dan pemimpin Umno. Bagaimanapun, Pribumi bergantung kepada sokongan pembangkang. Akan tetapi, terdapat 7 parti pembangkang utama yang juga sedang ‘memancing dalam kolam yang sama’. Di situlah permasalahannya.

Mahathir bukanlah ancaman yang sama seperti tiga tahun yang lepas iaitu 2013. Parti Pribumi barunya memastikan yang Umno setaraf dengan musuh luaran. Apa yang lebih penting adalah hakikat bahawa Mahathir mahupun Umno tidak mempunyai sebarang isu yang boleh digunakan untuk menentang Umno.

Mahathir dan Pribumi hanya mempunyai satu isu, iaitu 1MDB. Mereka berharap isu ini akan menjatuhkan Najib dan Umno. Tetapi jika ianya boleh berbuat sedemikian, tentunya ianya sudah pun terjadi semasa pilihan raya negeri Sarawak atau pun pilihan raya kecil berkembar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ini mengingatkan kepada strategi Mata Lebam pada tahun 1999. Strategi itu hanya elok digunakan untuk satu tahun ataupun bagi satu pilihan raya sahaja. Menjelang 2004, isu itu sudah pun basi. PKR telah pun diberi amaran tentangnya pada 2001 tetapi mereka tidak mengendahkannya. Jadi, pada 2004 mereka dihapuskan kerana mereka masih lagi bercakap tentang Mata Lebam apabila pengundi sudah bosan dengan isu itu.

Adakah Mahathir dan Pribumi akan belajar daripada perkara itu? Atau adakah mereka, bersama-sama dengan PKR dan DAP, akan terus mengetengahkan isu 1MDB yang telah basi dan kemudiannya merana dengan nasib yang sama seperti tahun 2004, pilihan raya umum yang paling teruk bagi pihak pembangkang dalam sejarah Malaysia?

Mahathir perlu sedar yang dia tidak boleh terus memperjuangkan perkara yang sama dan berharap untuk terus kekal relevan dalam tempoh yang lama. Lagu hit pun tidak akan kekal nombor satu dalam carta dalam jangka masa yang lama. Tetapi Mahathir seakan tidak akan menukar agendanya walaupun agendanya sudah lapuk.

Kebiasaannya, jika anda mahu tahu kebarangkalian hasil mana-mana pilihan raya umum, anda akan bertanya kepada ‘bookies’. Sejak 1980-an lagi, kebarangkalian yang diramalkan ‘bookies’ adalah petanda baik untuk mana-mana pilihan raya. Pilihan raya negeri Sarawak dan juga pilihan raya kecil serentak itu juga telah diramalkan dengan tepat oleh ‘bookies’. Dan ramalan ‘bookies’ ke atas Parti Pribumi Mahathir adalah tidak baik. Ia menggambarkan kemungkinan masa depannya.

Dengan kes penceraian Nika Gee bakal diperdengarkan yang melibatkan Muhyiddin, saya tidak fikir masa depan Parti Pribumi Mahathir akan cerah. Pribumi sebenarnya telah diserang sejak desas desus ia akan ditubuhkan lagi.

Sunday, August 28

WALAUPUN ARTIS DAYANG ADA ALASAN NAIK LRT @MyRapidKl @AzmiAziz60 @hotfm976


Penyanyi Dayang Nurfaizah, 34, mengakui tidak pernah berasa malu jika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti LRT hanya kerana bergelar selebriti dan dikenali umum.

Tambahnya, dia tidak mempunyai sebab untuk berasa malu kerana ia lebih mudah jika ingin ke suatu tempat di dalam Kuala Lumpur kerana tidak perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

“Semua pun tahu keadaan trafik di Kuala Lumpur ini macam mana dan lagi mudah kalau menggunakan pengangkutan awam berbanding memandu sendiri.

“Malah saya sendiri selalu menggunakan LRT jika keluarga saya dari Sarawak datang ke Kuala Lumpur untuk bersiar-siar.

“Mereka juga dapat merasai cara hidup seperti kebanyakan masyarakat lain di ibu kota,” katanya



Bermula 1 September ini, Hot FM @ RapidKL akan menampilkan pengisian muzik dan informasi di platform LRT terpilih bagi menghiburkan pengguna dan bagi Dayang, ia merupakan satu perkara positif kerana ia boleh menghiburkan pengguna ketika menanti di platform.

“Saya sendiri sebagai pengguna LRT kadang-kadang berasa bosan juga kerana tiada hiburan ketika menunggu dan inisiatif ini sangat baik tambahan pula ia bukan sahaja ada lagu tetapi informasi,” tambahnya.

Friday, August 26

TUN MAHADIR JANGAN KACAU BANGSA JOHOR.....?


Kesal dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang jelas menghina konsep Bangsa Johor, Pergerakan Pemuda UMNO negeri tersebut menyeru rakyat Johor bangkit ‘menolak’ pandangan negarawan itu.

Ketuanya, Hahasrin Hashim menerusi kenyataan media berkata, idea pembentukan Bangsa Johor ini telah sekian lama wujud malah roh dan semangatnya tidak pernah padam dalam menyatupadukan masyarakat tempatan daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.

Mahathir ujar beliau seharusnya jelas, bahawa bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya tersendiri dan bekas perdana menteri itu seharusnya lebih faham tentang betapa pentingnya muafakat serta perpaduan yang dibawa pucuk kepimpinan negeri.

Apatah lagi konsep itu diperkasakan oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin khususnya di dalam senario geopolitik negara yang menyaksikan api perkauman sering diusik pihak tidak bertanggungjawab.

Pemuda UMNO Johor tegas Hahasrin kesal dengan isu yang timbul susulan ucapan Mahathir menjawab isu mengenai semangat kebangsaan negeri seperti “Bangsa Johor” konon adalah tidak sihat serta membawa kepada keruntuhan permuafakatan Persekutuan.

Sambil mendesak Mahathir menghentikan persepsi salah itu, beliau juga menyeru agar Bangsa Johor terus bermuafakat menolak dan tidak membenarkan orang lain daripada cuba merosakan gagasan perpaduan negeri tersebut walau dengan apa cara sekalipun.

Pemuda UMNO Johor jelas Hahasrin bukan sahaja menolak pandangan sempit Mahathir bahkan, sentiasa menyokong dan bersama-sama dengan Sultan Ibrahim serta kepimpinan Mohamed Khaled dalam usaha memimpin selain menerajui Johor serta Bangsa Johor.

Berikut kenyataan rasmi beliau:

Pergerakan Pemuda UMNO Johor sepakat menolak pandangan negatif Tun Mahathir Mohamad mengenai Bangsa Johor.

Nikmat kemerdekaan yang ada hari ini adalah hasil pemuafakatan daripada pemimpin pelbagai lapisan kaum.

Cetusan semangat negara bangsa ini mengakar dari cetusan idea Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, yang merupakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Lipatan sejarah menunjukkan idea pembentukan Bangsa Johor ini telah sekian lama wujud.

Roh dan semangatnya tidak pernah padam di dalam menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.

Mahathir seharusnya jelas, bahawa bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

Pemuda UMNO Johor kesal dengan isu yang timbul di atas kenyataan Mahathir tentang semangat kebangsaan negeri seperti “Bangsa Johor” adalah tidak sihat serta membawa kepada keruntuhan permuafakatan persekutuan.

Mahathir seharusnya lebih faham tentang betapa pentingnya muafakat dan perpaduan yang dibawa oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan kepimpinan Johor iaitu YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin melalui Bangsa Johor khususnya di dalam keadaan negara kita yang mana api perkauman yang sering diusik oleh ramai pihak tidak bertanggungjawab.

Cukuplah dengan situasi negara kita hari ini, perpaduan yang selama ini terjalin kian retak menanti belah, kerana percayakan guruh, habis air ditempayan dicurahkan.

Di sini, Pergerakan Pemuda UMNO Johor sepakat menolak pandangan negatif Mahathir mengenai Bangsa Johor.

Pemuda UMNO Johor juga ingin mendesak agar Mahathir berhenti dari mempertikaikan dan memberi persepsi tidak benar tentang Bangsa Johor. Ini adalah kerana, tindakan sedemikian akan menimbulkan lagi perpecahan dan segregasi yang sudah ada pada hari ini.

Pemuda UMNO Johor juga menyeru agar Bangsa Johor terus bermuafakat menolak dan tidak membenarkan orang lain cuba merosakan gagasan perpaduan ini walau dengan apa cara sekalipun.

Pemuda UMNO Johor sentiasa menyokong dan bersama – sama dengan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serta kepimpinan YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin memimpin dan menerajui Johor serta Bangsa Johor.

Allah peliharakan Sultan. Johor tetap menjadi Johor.

Hahasrin Hashim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor

Wednesday, August 24

#MyLRT3 #RakyatDidahulukan Beri Menafaat Pada 70,000 Pengguna @NajibRazak @AzmiAziz60 @@MyRapidKL


Hari ini terciptanya sejarah dan memberikan kesan kepada warga Lembah Klang. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek rel bandar di koridor barat Lembah Klang, Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Projek melibatkan jajaran sepanjang 37 kilometer dan menyediakan kemudahan penumpang di Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya.

Ia juga akan mengintegrasikan lima stesen LRT3 dengan menghubungkan pengangkutan baru dan sedia ada dan akan memanfaatkan kira-kira dua juta pengguna.

Kerja-kerja pembinaan LRT3 dijadualkan bermula awal tahun 2017 dan dijangka siap pada 31 Ogos 2020 dengan kos kira-kira RM9 bilion.

Perdana Menteri dalam pada itu berharap projek LRT3 akan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

"Saya harap ia akan siap ikut jadual dan mengikut bajet ditetapkan. Saya diberitahu LRT3 ini akan siap pada 31 Ogos 2020.

"Ia very tight timeline but I believe dia akan siap ikuttimeline," katanya semasa berucap melancarkan projek LRT 3 di Stadium Malawati.

Najib berharap LRT3 akan mencapai standard pembinaan dan keselamatan bertaraf dunia.

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor atas kerjasama diberikan bagi membolehkan projek LRT3 dilaksanakan.

"Terima kasih pada Kerajaan Negeri Selangor atas kerjasama, walaupun berbeza hal lain tetapi untuk kepentingan rakyat for the sake of rakyat," katanya.

Kerja-kerja pembinaan LRT3 bermula awal 2017 dan dijangka siap 31 Ogos 2020.

Projek LRT3 ini telah menerima lebih 90 peratus sokongan dari hampir 7,300 orang yang memberi maklum balas semasa pameran orang awam mengenai cadangan jajaran LRT3 antara bulan Mei hingga Ogos 2015.

Peringkat pra-kelayakan kompetitif telah selesai pada Mei lalu , dimana 96 daripada 124 peserta telah disenaraipendekkan.

Apabila siap, projek LRT3 akan mempunyai 26 buah stesen termasuk sebuah stesen bawah tanah.

LRT3 boleh membawa lebih penumpang berbanding pengangkutan awam lain di kawasan barat Lembah Klang dengan kadar 36,720 orang penumpang setiap arah dan setiap jam.

ADAKAH MAHADIR MAMPU LEMBUTKAN TENGKUK PEMBANGKANG.........?


Nampaknya, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) memilih jalan selamat dalam memeta strategi pilihanraya umum ke-14 yang akan berlangsung kurang dua tahun lagi.

Kerabat BN dilihat cuba mengaplikasikan konsep asas politik – bersatu teguh – dalam menghadapi cabaran parti-parti politik pembangkang yang semakin banyak bilangannya kini.

Parti Gerakan dan MCA jelas mahu menggunakan kekuatan perpaduan dalam parti untuk menghadapi saingan parti Cina bukan Melayu seperti DAP dan separa Melayu seperti PKR.

Sebagai langkah permulaan,  Parti Gerakan akan mengumumkan senarai calon parti itu lebih awal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata, pihaknya akan memuktamadkan senarai calon bagi bertanding di 45 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), selewat-lewatnya Oktober ini.

"Pada pilihan raya umum lepas, semuanya dilakukan pada saat akhir, dan keputusan tidak berapa baik.

"Kami berharap dengan mengumumkan kesemua calon sekarang, kami boleh mencapai keputusan lebih baik," katanya.

Gerakan mahu mendekati pengundi seawal mungkin supaya mudah membentangkan wawasan politiknya mahu membangunkan rakyat dan negara.

Meskipun insaf bahawa tindakan itu bakal menyebabka perebutan untuk menjadi calon pilihanraya di kalangan ahli, namun Gerakan berazam mengeratkan perpaduan parti terlebih dahulu.

Mah tidak menolak kemungkinan akan berlaku pelbagai masalah termasuk sabotaj dalam kalangan anggota parti namun Gerakan akan terus menjadikan agenda perpaduan fokus parti.
 
Mah berkata, pihaknya akan bekerja keras bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat terutama di Pulau Pinang.

Sementara itu, MCA pula sudah mengenalpasti calon bagi PRU14 untuk merampas semula kerusi yang mereka kalah pada PRU lalu.

Menurut presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk berbincang tentang calon yang dipilih itu.

“Kriteria bagi pemilihan calon kami bukan sahaja berlandaskan keputusan parti, tetapi juga seseorang calon itu mestilah disukai ramai dan boleh menang.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata, MCA akan meminta semula tiga kerusi Parlimen miliknya di Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju dari Umno.

“Kita pinjamkan tiga kerusi parlimen kepada Umno dan mahu dapatkannya semula. Kami yakin Umno akan membantu MCA untuk memenangi sokongan Melayu.

“Bagi MCA, persiapan bermula sejak awal lagi. Misalnya di Pulau Pinang, jika mereka mahu adakan pilihan raya awal, kami bersedia,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa calon-calon MCA adalah gabungan muka baru dan lama.

Liow berkata, MCA bekerja keras untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina dengan terus membantu dan berkhidmat kepada rakyat, termasuk di kawasan di mana MCA tewas pada PRU lepas.

Umno pula kini sibuk dengan mesyuarat peringkat Bahagian-Bahagiannya dan  ini adalah peluang baik baginya menggariskan rangka strateginya kepada pemimpin peringkat akar umbi.

Jika keselarasan pemikiran politik dapat dianyam melalui proses mesyuarat bahagian-bahagiannya, perhimpunan agungnya tahun ini akan menyaksikan perpaduan Umno semakin bertaut.

Bagaimanapun persediaan dua blok pembangkang – Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan – masih berpaut pada banyak kemungkinan.

Sama seperti komponen BN, pihak pembangkang – DAP, PKR dan Amanah dari Pakatan Harapan dan PAS serta IKATAN dari Gagasan Sejahtera– masih bergelut dengan isu perbalahan dalaman mereka sendiri.

Yang sedikit berbeza ialah, kini BN lebih cenderung menjurus pada perpaduan sementara kemunculan Parti Pribumi Bersatu yang dipimpin oleh Tun Mahathir mungkin merumitkan lagi keadaan di dua blok pembangkang itu.

Pada asasnya Parti Pribumi mahu meletakkan calon di kerusi-kerusi yang dimiliki Umno. Ia juga mahu bertanding kerusi yang pernah ditandingi Pakatan Rakyat tetapi tewas pada Umno.

Parti Pribumi kini mengintai 88 kerusi yang dimenangi Umno-BN pada PRU13 lalu sebaik sahaja pendaftarannya diluluskan. Namun RoS mempunyai kriterianya sendiri untuk meluluskan pendaftaran atau tidak.

"Buat masa ini ada 88 kerusi Umno yang telah ditandingi oleh PAS dan PKR pada PRU13 tetapi telah dimenangi (semuanya) oleh Umno.

"Semestinya tumpuan Parti Pribumi adalah pada 88 kerusi yang telah dimenangi oleh Umno yang mungkin akan menjadi sebagai asas perbincangan di antara mereka dengan PKR, PAS dan Amanah.

"88 kerusi ini adalah satu jumlah yang besar dan saya jangka kebanyakan kerusi ini adalah kerusi yang telah ditandingi oleh PAS, dan sebahagian lagi ditandingi oleh PKR," kata Pengarah Komunikasi Amanah, Abdul Khalid Samad.

Soalnya mahukah PAS memberi laluan kepada Parti Pribumi? Begitu juga dengan Amanah. Relakah memberi laluan pada parti serpihannya, Amanah yang terang-terangan menyatakan ia mahu menggantikan PAS?

Adakah DAP akan bersetuju? Ia adalah seteru falsafah perjuangan PAS. Adakah ia sanggup bekerjasama pula dengan Parti Pribumi dan memberi laluan pada parti baru itu bertanding di kerusi-kerusi yang ia pernah kalah pada BN?

Akhir sekali, seandainya Parti Pribumi dapat merampas sebilangan besar kerusi Umno dan berjaya pula memiliki kerusi-kerusi yang gagal dimenangi PKR, DAP dan PAS dalam PRU 13, redhakah kedua-dua blok pembangkang itu taat tunduk pada parti Dr Mahathir?

Tuesday, August 23

Mukhriz Mahadir Elok Berhenti Jadi Politikus.......?


Sejak dilucutkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah cerita yang karut-marut dibawa serta dijaja dipelusuk negeri Kedah, Kononnya mahu mendedahkan skandal yang telah dilakukan Perdana Menteri. Tapi tidak diceritakan perihal yang sebenar kepada Rakyat Kedah. Seumpama gila talak pulak jadinya. Sifat kebencian menebal hilang jawatan sehingga kini masih membara.

Menjawab Kedangkalan Mukhriz Mahathir Tentang 'Skandal' 1MDB-DuSable.

Terdapat 3 perkara yang dibangkitkan oleh DS Mukhriz tentang kononnya wujud skandal 1MDB-DuSable mengenai projek pembangunan tenaga solar di Kuala Ketil, Kedah. Namun, dengan berpandukan semakan terhadap kenyataan 1MDB yang lepas berjaya menjawab keseluruhan persoalan yang beliau bangkitkan.

Jawapan kepada Mukhriz Mahathir.

1. Status tanah dan status pembayaran tanah.

JAWAPAN: BDB masih lagi memiliki tanah ini ini. 1MDB melalui anak syarikatnya Edra Solar telah membayar 10% nilai tanah sebagai deposit untuk setiap SPA tanah. Baki 90% tanah tersebut hanya akan diselesaikan setelah CP dipenuhi termasuk penukaran geran tanah. Walaupun Edra telah dimiliki oleh syarikat daripada China, tanah ini masih lagi milik BDB kerana masih belum berlaku pertukaran hak milik tanah tersebut.

2. Harga tanah Kuala Ketil naik daripada RM33.4 juta kepada RM65 juta.

JAWAPAN: Pada asalnya, status tanah tersebut merupakan tanah pertanian. Pihak 1MDB telah berunding dan BDB bersetuju untuk menukar status tanah tersebut dari tanah pertanian kepada penggunaan tenaga solar dengan kenaikan harga kepada RM65 juta. Kenaikan harga ini termasuk dengan pembayaran premium status tanah yang baru dan lain-lain kos berkaitan.

3. Mengapa pada mulanya hendak membayar US$95 juta tetapi akhirnya menjadi hanya AS$69 juta?
JAWAPAN: Harga asal untuk memiliki 49% kepentingan Yurus PE Fund di dalam usahama ini adalah AS$95 juta. Namun begitu, pihak 1MDB telah berunding dan masing-masing bersetuju dengan bayaran AS$69 juta sahaja.

KESIMPULAN

Sebenarnya tidak wujud apa-apa skandal tentang 1MDB-DuSable.

1. DS Mukhriz mempunyai pengalaman sebagai seorang pengarah besar di dalam pelbagai syarikat. Latar belakang adik-beradiknya di dalam dunia perniagaan adalah sangat masyur dan telah menjadikan mereka billionaire.

2. Kedangkalan DS Mukhriz untuk memahami urusniaga mudah seperti kes ini amat menggelikan hati saya. Sepatutnya beliau faham tentang perjanjian jual-beli tanah, penukaran status tanah dan sebagainya.

3. Sebagai seorang yang mempunyai banyak kemudahan untuk mendapatkan maklumat (berbanding saya), beliau boleh sahaja meluangkan sedikit masa untuk mengkaji dahulu sesuatu isu sebelum di bawa kepada pihak media.

4. Kejayaan 1MDB untuk berunding mendapatkan diskaun sehingga AS$25 juta merupakan satu kejayaan besar. Barangkali beliau berurusniaga menggunakan kabel besar sahaja selama ini dan tidak tahu akan proses untuk berunding mendapatkan harga yang rendah dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

5. Kedangkalan Mukhriz membawa isu ini tanpa sedikit kajian menunjukkan bahawa beliau begitu lemah dalam urusan pentadbiran dan sewajarnya tidak layak memegang jawatan menteri besar.

6. Barangkali beliau patut mencebur diri di dalam bidang kejurulatihan ikan lumba-lumba sahaja.

Monday, August 22

Projek Rel #LRT3 Bandar Utama-Klang @MyRapidKl @AzmiAziz60


Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang akan menembusi Koridor Barat Lembah Klang dengan pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan kos bernilai RM9 bilion akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Razak pada 24 Ogos 2016.

Setelah kerajaan selesai membina jajaran LRT2, kini pentadbiran Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Najib Tun Abdul Razak akan memulakan Fasa - 3 iaitu #LRT3 dari Bandar Utama ke Johan Setia, sepanjang 37 kilometer, melibatkan 26 buah stesen dan akan membantu 74,000 pengguna untuk ke destinasi mereka.


Fakta menarik mengenai projek LRT3 :

Jumlah stesen : 26
Jarak : 37 km
Integrasi : 5 stesen
Jumlah penumpang : 74,000 penumpang/hari (menjelang 2020)
Waktu perjalanan hujung ke hujung : 53 minit dari Bandar Utama ke Johan Setia
Jumlah parkir : 6000 di 10 stesen menjelang 2020

Stesen pertamanya adalah Stesen Bandar Utama yang akan bersambung dengan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang dan berakhir dengan Stesen Johan Setia di Klang. Ia merangkumi 24 stesen bertingkat dan 1 bawah tanah di Stesen Persiaran Hisamuddin. Selain itu, laluan ini akan berintegrasi dengan Komuter Laluan Pelabuhan Klang di Stesen Klang dan LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Glenmaire.


untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.lrt3.com.my/

Sunday, August 14

TUN MAHADIR SUKA LUDAH LANGIT JATUH KE MUKA SENDIRI....?


Ketika menyahut cabaran parti Semangat 46 yang ditubuhkan pada 1988 dengan matlamat menguburkan Umno, presiden Umno, Datuk Seri Mahathir Mohamad menggelar parti pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah itu sebagai serpihan Umno.

Beliau mendakwa Semangat 46 sebenarnya hanya serpihan perjuangan Umno yang gagal dikuasai oleh Tengku Razaleigh apabila tewas dalam perebutan jawatan presiden dengannya pada 1987.

Dr Mahathir menyifatkan Semangat 46 tiada halatuju kecuali ingin melunaskan dendam kesumat Tengku Razaleigh yang sebelum itu dua kali kecundang merebut jawatan Timbalan Presiden Umno ketika menentang  Tun Musa Hitam.

Secara sinis Mahathir juga memperli usaha politik Semangat 46 sebagai strategi cacamarba kerana cuba menjalin kerjasama dengan parti-parti pembangkang lain terutama PAS tanpa platform politik yang disepakati.

Itu adalah kisah politik 28 tahun lalu. Ketika itu Dr Mahathir berkuasa penuh dalam parti Umno Baru yang didaftarkan berikutan pengharaman Umno dek masalah pengurusan pemilihan parti.

Malah dalam kerajaan ketika itupun Dr Mahathir tiada saingan. Pembangkang seperti PAS dan DAP terlalu kerdil di segi bilangan kerusi yang dimiliki dan tersergap dalam klise politik sebagai “cauvinis” dan “ekstremis” agama.

Cita-cita Semangat 46 untuk menjadi parti dominan dalam politik Malaysia tidak kesampaian. Jodoh kerjasama dengan PAS dan Parti Bersatu Sabah (PBS) juga tidak panjang.

Kejayaan paling besar Semangat 46 ialah membantu PAS merampas Kelantan dalam pilihanraya umum 1990. Sehingga kini negeri itu masih diperintah PAS.

Kini keadaan sudah agak terbalik. Mahathir pula menubuhkan parti politik baru – Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (Bersatu) – untuk menumbangkan Umno seperti yang pernah diusahakan oleh Tengku Razaleigh melalui Semangat 46.

Namun Tengku Razaleigh tidak pula teruja episod perjuangan politiknya itu diulangi. Malah beliau kini lebih waras dan ‘berpijak di bumi nyata’ dengan ikrar kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Umno.

Bagi Ahli Parlimen Gua Musang itu, Bersatu bakal berhadapan kesukaran menarik orang ramai menyertai parti itu.

Pandangan itu bersandarkan pengalamannya menegakkan parti Semangat 46 ketika Mahathir adalah perdana menteri dan presiden Umno. Kini pembangkang berhadapan dengan Najib yang juga perdana menteri dan presiden Umno.

"Bukan mudah (tubuh parti baru) tapi Mahathir dengan pengaruhnya dan kedudukannya mungkin dapat menarik ramai orang untuk menyokongnya.

“Tetapi seperti yang kita tahu, kerajaan akan menggunakan kemampuan yang ada untuk menyekat orang menyokong pembangkang," katanya.

Tambahan pula, katanya, kini pembangkang sedang berdepan konflik sesama sendiri yang boleh menggugat kepercayaan penyokong terhadap mereka.

"Pembangkang sekarang pun dilihat tidak bersatu, berpecah belah dan pimpinannya tidak memberi hala tuju yang menentu yang boleh menarik minat rakyat untuk menyokongnya.

"Jadi oleh kerana itu saya rasa susah jugalah sesiapa di pihak pembangkang untuk menarik sokongan orang ramai. Apatah lagi tindakan-tindakan itu tidak menjurus kepada perpaduan rakyat secara keseluruhan," ujarnya.

Katanya, faktor lain, seperti hakikat bahawa Umno masih utuh dan masyarakat bukan Melayu tidak layak menjadi ahli Bersatu adalah antara halangan dan cabaran untuk parti baru itu.

Tengku Razaleigh tidaklah ‘memulangkan paku buah keras’ dengan memperli Bersatu sebagai parti serpihan Umno dan terpasung pada politik cacamarba sepertimana pernah Mahathir ‘mengejek’  perjuangan Semangat 46.

Usia mungkin menyebelahi pertimbangan Tengku Razaleigh dan menjadikan beliau lebih berimbang dalam menegur atau mengkritik.

Bagaimanapun yang agak mengelirukan ialah pendirian PKR yang pernah  menjadi peneraju Pakatan Rakyat ketika Anwar menjadi Ketua Umumnya. Tiba-tiba PKR menyokong kehadiran Bersatu dalam blok pembangkang.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang sebelum ini tidak dapat menyembunyikan kekecewaan dan kemarahannya terhadap cara Mahathir memperlakukan Anwar dan keluarganya, tidak istiqamah pendirian politiknya.

Selain membuat komen kecil falsafah Bersatu pimpinan Mahathir yang dianggap eksklusif untuk pribumi sahaja, Azizah masih mahu menjalin hubungan politik dengan parti baru Mahathir.

“PKR sentiasa terbuka (kepada idea bekerjasama dengan Parti Pribumi),” kata Azizah dalam sidang medianya kelmarin.

Azizah mungkin bercakap dalam konteks untuk menggembleng kekuatan pembangkang bagi memberi cabaran berkesan terhadap Umno-BN.

Bagaimanapun ini menimbulkan persoalan mengapa Anwar Ibrahim berusaha menulis warkah dari penjara mengingatkan pimpanan PKR agar tidak ‘terlalu terkesima’ dengan pendekatan politik Mahathir.

Ketika Mahathir dicabar oleh Tengku Razaleigh, Anwar adalah di antara pemimpin muda yang paling tegas membela Mahathir. Bagaimanapun apabila Anwar dilihat lebih menonjol kepimpinannya, beliau dijadikan sasaran oleh ‘pemakan dedak Mahathir’ untuk dijatuhkan.

Hingga hari ini Anwar mendakwa bahawa beliau difitnah oleh Mahathir dan konco-konconya dalam kes meliwat pemandu isterinya hingga diperosok dalam penjara dari 1999 hingga 2004.

Kenyataan Azizah mungkin cuba membina diplomasi bermakna bagi pembangkang, namun sikap lunak itu ‘diraikan’ oleh kumpulan dalam PKR sendiri sebagai menyokong pendirian mereka untuk merapati politik Mahathir.

Sekaligus ini mengukuhkan lagi kempen golongan dalam PKR itu yang yakin mereka lebih ‘sesuai dan berkesan’ untuk memimpin parti dan bukan Azizah yang sudah menjawat kedudukan presiden sejak 18 tahun lalu.

Ketidakseragaman pemikiran dan pendekatan politik dalam PKR ini juga terpancar dalam hubungan parti itu dengan PAS dan DAP.

Selepas PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, hubungan PKR dengan PAS dan DAP kelihatan masih belum betah. Hubungan ini kemudian dicalar dengan pendirian PKR tidak menyokong PRN Pulau Pinang diadakan.

Pemerhati politik seperti Tun Musa Hitam meramalkan bahawa dalam keadaan agak ‘gawat’ pembangkang ini, kerajaan Umno-BN mungkin menggerakkan PRU ke-14 dalam tempoh terdekat.

Rasional beliau ialah Umno-BN mungkin menyambar peluang kerapuhan kerjasama pembangkang untuk meminimumkan cabaran yang mampu pembangkang berikan.

Soalnya, sempatkah Mahathir merendahkan sedikit ego politiknya dan Muhyiddin Yassin mengendurkan sikap aristokratnya dan menjadi lebih peramah dan jelas pemikiran politiknya seperti Anwar Ibrahim?

Dalam banyak hal sikap feudalistik Mahathir masih tebal seolah-olah kepemimpinan adalah hak mutlaknya. Adakah beliau berhasrat menggantikan Anwar sebagai demang politik pembangkang?

Pemuda DAP pula awal-awal lagi sudah membuat pendirian keberatan bekerjasama dengan parti Mahathir yang dianggap rasis itu.

Sebaliknya jika pilihanraya umum disegerakan, dan Umno bersikap lebih budiman dan sematang PAS dalam menilai kepentingan Melayu-Islam, tidakkah Bersatu akan turut ‘mati berangan’?

Thursday, August 11

PARTI MAHADIR PRIBUMI TAK ADA AHLI.....


Memang sudah dijangka Parti Pribumi ini hanya seperti ayam berkokok kencang akan tetapi ekor penuh taik. Setakat ini tidak digemburkan berapa keahlian setakat ini. Jika ramai yang menyertai sudah tentu heboh dimedia sosial oleh mereka yang taksub dengan sifat penuh kebencian padahal mereka ini dipergunakan.... 
Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yakin tidak ada siapa yang berminat menyertai parti baharu yang dinaungi Tun Mahathir Mohamad kecuali mereka yang setia bersama pemimpin yang dipecat daripada parti UMNO seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Parti baharu ini tidak lebih sebagai platform Mahathir untuk meneruskan karier politiknya besama sekutu-sekutunya.
"Tidak ada keistiewaan malah parti ini dilihat lebih sukar menarik generasi muda yang lebih bersifat terbuka dalam soal perpaduan kaum untuk menyertainya," katanya.
Jelasnya, parti bekas Perdana Menteri itu juga akan melalui kesukaran untuk meyakinkan rakyat dan juga parti pembangkang lain.
"Difahamkan keahlian parti yang di namakan Bersatu dan dalam proses untuk kelulusan itu hanya terhad kepada Bumiputera dan bangsa Melayu sahaja.
"Apa yang menghairankan, adakah perjuangan sebenar Mahathir hanya untuk orang Melayu dan Bumiputera sahaja sedangkan rakyat di negara ini ada berbilang kaum?".

Thursday, August 4

LRT, Monorail percuma Ahad ini sempena KL Marathon @Azmiaziz60 @MyrapidKL #SCKLM2016


Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan LRT dan Monorail percuma untuk empat jam bermula dari 2 pagi Ahad. Ini bagi kemudahan peserta, pegawai serta mereka yang ingin menyokong acara Standard Chartered KL Marathon 2016.

Ketua Komunikasi dan Pemasaran Strategik Prasarana Malaysia Berhad, Lim Jin Aun berkata, bagaimana pun ia hanya melibatkan stesen-stesen terpilih sahaja, untuk mempercepatkan waktu perjalanan mereka yang terlibat.

“Bagaimana pun, 11 stesen bagi laluan Monorail akan dibuka semuanya untuk tujuan itu. Peserta dan pegawai bertugas dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang disediakan sekitar stesen, dan menggunakan perkhidmatan yang disedikan untuk ke Dataran Merdeka, yang akan menjadi titik mula bagi acara berkenaan,” ujar beliau.

Bagi LRT Laluan Ampang, stesen-stesen yang akan dibuka ialah Ampang, Pandan Indah dan Chan Sow Lin. Bagi LRT Laluan Sri Petaling pula, stesen yang terlibat ialah Chan Sow Lin, Bandar Tasik Selatan, Awan Besar, IOI Puchong Besar, Putra Heights, Sentul Timur, Sentul, Titiwangsa, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Pudu.

Stesen yang akan dibuka bagi laluan Kelana Jaya ialah Masjid Jamek, Gombak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Jelatek, KL Sentral, Taman Jaya, Kelana Jaya, Glenmarie dan USJ 21. Lee menjelaskan, perkhidmatan percuma itu akan berlangsung hingga 6 pagi.

Semalam, polis trafik telah mengumumkan penutupan 24 jalan, termasuk dua lebuh raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur, yang akan ditutup sepenuhnya atau sebahagiannya bagi memberi laluan kepada penganjuran acara berkenaan. Penutupan jalan akan dilakukan dari jam 2 pagi dan akan dibuka semula pada jam 11 pagi.

Tuesday, August 2

TUN MAHADIR BERBOHONG.......?


Tun Mahathir telah memburuk-burukkan Datuk Seri Najib Razak berkenaan 1MDB. Beliau berbohong dengan mengatakan “Semasa saya menjadi Perdana Menteri, seingat saya, saya tidak pernah meminjam RM1 bilion”.

Hakikatnya, pada awal tahun 1980-an, Tun Mahathir pernah terlibat dalam satu perdagangan penuh spekulasi dengan menggunakan sebuah syarikat RM2 yang bernama Maminco Sdn Bhd.

Syarikat Maminco Sdn Bhd digunakan untuk membeli kontrak masa depan timah dan mengumpul stok komoditi. Semua urusan dijalankan secara rahsia dan bertujuan untuk mengapung harga komoditi tersebut di Bursa Logam London, pusat dunia untuk perdagangan industri logam.

Bagi membiayai skim tersebut, Tun Mahathir telah membantu Maminco untuk mendapatkan pinjaman RM1.5 bilion dari Bank Bumiputra. Tiada siapa tahu nilai sebenar pinjaman yang dibuat oleh Tun Mahathir. Perbandingan dengan nilai hari ini tahun 2016, ianya dianggarkan bernilai tidak kurang daripada RM7 bilion, atau mungkin 7 kali ganda lebih daripada nilai yang dinafikan oleh Tun Mahathir.

Rancangan Tun Mahathir pada permulaan urus niaga berjaya dan menyebabkan harga bijih timah meningkat. Ianya telah memberikan keuntungan kepada Maminco, namun tidak kekal lama. Tekanan permintaan menyebabkan peningkatan pengeluaran bijih timah dan memaksa AS melepaskan simpanannya.

Apabila harga bijih timah jatuh, Maminco berdepan kesukaran untuk membayar pinjaman. Hal itu memaksa mantan Perdana Menteri Tun Mahathir terlibat dalam satu lagi konspirasi.

Beliau membenarkan jualan ‘saham bumiputera terpelihara’ yang baru pada nilai par kepada Makuwasa Sdn Bhd, satu lagi syarikat RM2 yang baru ditubuhkan.

Makuwasa Sdn Bhd dijadikan sebagai perantara pelaburan bagi KWSP, semua saham yang dibeli terdiri daripada saham yang dipesongkan daripada dana simpanan untuk menyelamatkan Maminco. Semua urusan dijalankan secara rahsia dan hanya diketahui oleh Tun Mahathir dan beberapa orang kepercayaannya.

Makuwasa pula telah menjual saham tersebut pada harga pasaran untuk dapatkan margin, di mana sebahagiannya disalurkan oleh Tun Mahathir kepada Maminco Sdn Bhd untuk menebus kerugian yang dialami di tangan spekulator Amerika Syarikat.

Jadi, Tun Mahathir bukan sahaja memainkan peranan dalam perdagangan spekulatif, malah beliau begitu bijak menggunakan dana yang sepatutnya digunakan untuk bumiputera, bagi menyelamatkan sebuah syarikat yang mempunyai tunggakkan pinjaman Bank yang sangat besar.

Skandal Makuwasa-Maminco bukanlah yang pertama kali untuk dana awam digunakan dalam perdagangan spekulatif oleh Tun Mahathir.

Pada pertengahan tahun 1980-an, mantan Perdana Menteri itu terlibat dalam perdagangan mata wang spekulatif melalui Bank Negara Malaysia dan menyebabkan bank pusat muflis hampir sedekad kemudian.

Semuanya bermula pada tahun 1985, apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan penyusutan rizab pertukaran asing bernilai sekitar USD5 bilion. Kemerosotan secara tiba2 itu berlaku semasa perjanjian yang dipersetujui oleh pemimpin2 negara G-5 ketika tu di Plaza Hotel New York. Perjanjian tersebut membawa ke arah langkah perlindungan oleh Amerika Syarikat, yang sengaja menurunkan nilai mata wangnya sebanyak lebih kurang 50% bagi mengurangkan kerosakan cagaran antara rakan perdagangan strategic.

Bagi menebus kerugian, Tun Mahathir bersekongkol dengan Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein untuk merampas pasaran mata wang dengan membuat spekulasi ke atas mata wang utama global. Bank pusat dikatakan telah bergantung pada maklumat yang diperolehi daripada bank2 pusat yang lain untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek daripada perbezaan kadar faedah dan perubahan kadar pertukaran.

Tan Sri Jaffar mencetuskan aliran rentas sempadan ‘hot money’ dan berjaya membuatkan bank2 pusat yang lain mengikutnya. Tan Sri Jaffar telah melakukan sesuatu yang luar biasa dengan jayanya dalam pasaran pertukaran wang asing di bawah pengawasan Mahathir dan Tun Daim Zainuddin.

Negara-negara Asia secara tidak langsung mengiktiraf Tan Sri Jaafar sebagai perintis dalam pasaran pertukaran mata wang, di mana semua bank di rantau ini mengambil petunjuk daripadanya.

Pada tahun 1990, ketiga2 mereka Tun Mahathir, Tun Daim dan Tan Sri Jaafar membuat keputusan untuk terjun dalam paun sterling British dengan menjual matawang tersebut dalam jumlah yang besar. Langkah tersebut dikira bertepatan dengan perjanjian yang ditandatangani oleh United Kingdom dan negara2 Eropah yang lain. Kerana perjanjian tersebut memerlukan British mematuhi Mekanisme Kadar Pertukaran (ERM) sebagai langkah keselamatan.

ERM membataskan negara2 yang mengambil bahagian untuk ‘margin kadar pertukaran’ yang ketat, bagi menstabilkan mata wang Eropah. Dengan menspekulasikan pound, BNM berjaya menurunkan mata wang British sebanyak 4 sen apabila Britain menghantar kelulusan keahliannya kepada ERM.

Langkah spekulatif Tan Sri Jaafar menghasilkan jumlah wang besar, yang kemudiannya masuk ke dalam akaun penama, yang seterusnya membantu untuk pembiayaian PRU tahun 1990. Tetapi sebahagian besar daripada jumlah wang itu masih belum dipulangkan kepada UMNO atau belum dipulangkan kepada kerajaan persekutuan. Ianya dipercayai telah diletakkan atas penama2 tersebut ke dalam kepentingan perniagaan mereka di seluruh dunia.

Tahun 1992, Britain sengaja mengenakan Tan Sri Jaffar di mana United Kingdom (UK) telah menarik pelabur untuk pound dengan menaikkan kadar faedah bagi mengapungkan nilai mata wangnya.

Secara tiba-tiba United Kingdom menarik diri dari ERM. Langkah itu turut menjatuhkan pound British seperti seguni kentang panas dan membebani kerajaan Malaysia dengan kerugian yang dianggarkan sebanyak USD3.6 bilion.

Pada tahun 1993, team Tun Mahathir-Tan Sri Jaffar kerugian USD2.2 bilion lagi dalam perdagangan spekulatif. Ekoran dari impak tersebut, pada tahun 1994 bank pusat telah diisytiharkan muflis. Tetapi telah diselamatkan oleh Kementerian Kewangan, portfolio yang ketika itu dipegang oleh Ketua de facto PKR DS Anwar Ibrahim.

Tan Sri Jaffar telah meletakkan jawatan, walaupun beliau dan Tun Mahathir telah disiasat kerana peranan mereka dalam melesapkan berbilion ringgit tetapi tiada tindakan dikenakan terhadap mereka. Kerugian pada masa itu telah meningkat kepada jumlah yang tidak pernah benar2 diambil kira.

Tun Mahathir menuduh Datuk Seri Najib melesapkan RM50 bilion dana 1MDB dan mengambil RM2.6 bilion daripada firma pelaburan strategik. Beliau tetap sombong dan degil, dan enggan mengakui hakikat bahawa 5 panel bebas terikat dengan pelbagai undang2 telah membersihkan nama Perdana Menteri DS Najib daripada sebarang jenayah.

Tun Mahathir juga enggan akui kerugian BNM yang dicatat pada pertengahan 90-an yang dianggarkan bernilai RM30 bilion. Mengikut nilai hari ini, ia bernilai RM150 bilion, ditambah pula dengan RM7 bilion untuk skandal Maminco-Makuwasa. Mengapa perlu banyak perkara sampah yang diperkatakan oleh Tun Mahathir terhadap Datuk Seri Najib? Sedangkan yang betul-betul sampah adalah Tun Mahathir sendiri.

Monday, August 1

SIKAP MUHYIDDIN YASIN YANG PERLU RAKYAT TAHU.....

Selepas digelar Raja Pembohong dan Bapak Pembohong Nombor Satu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2012.

Persoalan diutarakan Anwar, siapa yang membayar sewa rumah Muhyiddin Yassin tatkala menjadi Menteri di Kuala Lumpur?

Mungkin Muhyiddin Yassin ada jawapannya.

Itukah erti 'sahabat' yang dinyatakan Muhyiddin.




Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan menasihatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar belajar mengenang jasa parti yang suatu ketika dahulu pernah didokong mereka.

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu tidak wajar menuding jari mencari kesalahan parti dan kepimpinan sekarang hanya kerana berasa kecewa disebabkan tidak mendapat apa yang diimpikan.

“Sebagai anak muda dalam parti ini, saya ingin menasihatkan orang-orang seperti ini agar cuba belajar mengenang jasa-jasa UMNO. Apatah lagi ucapan ini kerap kita dengari dari mulut mereka semasa berada di atas pentas.

“Sekiranya mahu bertanding melawan UMNO, bertandinglah dengan sihat. Jika mahukan kemenangan, tunjukkan apa yang diperjuangkan dan apa yang hendak diberikan kepada rakyat Malaysia, bukan berjuang dengan mencari kesalahan orang,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin pada sidang media bersama Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Subang semalam, yang menyamakan UMNO sekarang seperti kereta buruk yang perlu ditukar.

Menurut Mohd Razlan, Pemuda Wilayah Persekutuan sedih dengan kenyataan itu, yang disifatkan sebagai mengeji parti yang telah banyak berjasa kepada dirinya sendiri sebelum ini.

Ujar beliau, bekas Timbalan Presiden UMNO itu dan Tun Dr. Mahathir adalah pemimpin tertinggi parti suatu ketika dahulu dan merek lahir serta mencipta nama melalui UMNO.

“Inilah manusia yang gagal dalam mendidik dan memimpin, lalu menyatakan kesalahan terhadap parti yang memberikan kedudukan, jawatan dan kemewahan yang diangkat oleh tiga juta ahli UMNO sebelum ini.

“Muhyiddin perlu ingat, beliau seorang anak kampung dan sudah berapa ramai anak-anak luar bandar yang telah menikmati hasil keringat perjuangan UMNO selama ini. Begitu juga nelayan dan petani yang terus dibantu tanpa henti. Termasuk juga anak-anak dalam bandar yang tidak dilupakan untuk dibantu,” tegas beliau.

Kata Mohd Razlan, Muhyiddin dan Tun Dr. Mahathir tidak akan hidup selesa serta disambut berbentangkan karpet merah sekiranya tidak mempunyai jawatan penting dalam UMNO sebelum ini.

Bahkan, ujar beliau, seluruh keturunannya menikmati hasil daripada perjuangan UMNO, yang barangkali mungkin sehingga tujuh keturunan tidak akan habis dibelanjakan hasil yang mereka miliki ketika berjawatan dalam parti.

“Kemenangan mencari kesalahan tanpa ada dasar perjuangan ibarat tin kosong. Menghasut orang membenci tanpa ada formula untuk mentadbir dengan baik adalah kegagalan diri sendiri.

“Kalau ada formula yang hebat dalam dasar urus tadbir Malaysia dengan lebih baik, bentangkan dan jangan hanya pandai menyalak dan menuding jari sahaja.

“Saya ingin ingatkan kepada Muhyiddin dan sekutunya yang telah hidup mewah hasil dari memegang jawatan dalam UMNO suatu ketika dahulu, buat keputusan yang lebih matang atau sekurang-kurangnya cubalah 'berlakon' menjadi bijak,” katanya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive