Thursday, January 12

SUSAHNYA BILA ADA TELEFON PINTAR TAPI PENGGUNA KURANG BIJAK MENILAI

Netizen Malaysia sekarang boleh dikatakan mempunyai telefon pintar namun agak mengecewakan bila rata-rata netizen kurang bijak menilai antara kebaikan dan keburukan yang telah dibuat oleh pemimpin yang memimpin negara. Netizen lebih cenderung kepada keburukan yang tidak berfakta yang telah disebarkan oleh pihak pembangkang.

Contohnya seperti Rafizi Ramli yang mendakwa Ekonomi Malaysia yang agak getir sekarang. Namun laporan dari pihak yang berkaliber tidak diambil kira.

Hari ini, ramai yang tidak menyelak dan membaca ruangan kecil ekonomi di akhbar Berita Harian, mukasurat B7, ruangan Bisnes. Apa yang menariknya di situ?

Ada cerita baik untuk penoreh getah terutamanya di kawasan Felda. Cerita ini tidak akan dicakap oleh Rafizi atau ditulis dalam Malaysiakini. Beritanya, harga getah ditutup tinggi dalam tempoh tiga tahun pada harga RM9.565 sekilo.

Begitu juga dengan harga sawit yang diunjur mahal RM100 berbanding harga pada tahun 2016. Harga sawit di Malaysia dijangka akan cecah RM2,800 setan metrik.

Di Parlimen pada 3 April 2014, Mahfuz bercakap kerajaan perlu kaji harga getah agar rakyat hidup tidak tertekan. Setahun yang lepas, Free Malaysia Today buat cerita sedih bertajuk " Getah sekerap 80 sen sekilo, peraih melarat miskin" pada 16 Februari 2016.

Kononnya semua ini berlaku hingga menekan rakyat dan kerajaan perlu diubah dalam pilihanraya untuk naikkan semula harga getah. Tidak perlu tunggu PRU14 pun.

Sekarang ini harga getah dan kepala sawit melonjak tinggi. Kerajaan yang sama juga menaikkan harga itu. Yang memperbodohkan orang kampung dengan teori itu adalah Rafizi Ramli. Jangan dipercayai dan diikut teori orang yang sudah dibuktikan salah memfitnah di mahkamah.

Cerita harga getah naik dan harga sawit naik ini tidak mahu dicakap oleh pembangkang pun. Mereka sibuk menyelak dan cemburu dengan hal kebaikan yang dibuat oleh kerajaan BN.

Cemburu bila Dato Seri Najib beri BR1M kepada semua rakyat yang layak dalam kelompok B40. Cemburu bila ada jemaah haji dihantar untuk mengerjakan haji menerusi 1MDB.

Pembangkang hari ini melawan hal kebaikan yang dibuat kerajaan itu dengan cara menuduh "rasuah", "wang haram" dan "haji tidak mabrur". Cara tuduhan "labelling propaganda" itu bukan cara yang matang dalam politik. Akhirnya tuduhan itu hanya tinggal tuduhan.

Tidak ada beban bukti yang dibawa untuk mengesahkan tuduhan. Yang melekat di pemikiran orang yang telah diperbodoh dan ditaksubkan pembangkang hanyalah persepsi negatif dan cerita bohong semata mata.

Harga getah naik, harga sawit naik tidak pula mahu dikongsi kegembiraan itu. Malah ramalan Bank Dunia bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang pada kadar 4.3% peratus juga adalah satu petanda baik buat seluruh rakyat Malaysia.

Pertumbuhan ekonomi sejumlah 4.3% ini adalah lebih baik berbanding purata pertumbuhan ekonomi di dunia iaitu hanya pada kadar 2.7% sahaja. Bukan itu sahaja, pertumbuhan ekonomi Malaysia sejumlah 4.3% ini juga lebih baik berbanding negara negara maju yang hanya diunjur pada kadar 1.8% sahaja pada 2017.

Apakah pembangkang hendak kata unjuran ini dibuat sebab "makan dedak" ? Sama seperti apa yang dituduh Mahathir kepada mufti bila menegurnya mengenai hukum haji tidak mabrur. Mufti dikata "dibayar" untuk tegur Mahathir.

Unjuran Bank Dunia dan teguran Mufti ini ada asas yang kukuh dan berdasarkan pada ilmu. Bukan macam tuduhan BR1M rasuah dan haji 1MDB tidak mabrur. Harga getah dan sawit naik ini cuba dipadam dan dipesongkan perhatian ceritanya oleh Rafizi dengan cara menyerang Felda.

Rakyat kena menilai fakta, sumber sahih dan asas sesuatu hujah. Tidak perlu taksub kepada bekas pemimpin hingga sanggup label orang lain  sebagai makan rasuah BR1M, makan dedak dan tunai haji tidak mabrur.

Jauhkan politik tidak sihat ini. Pembangkang sekarang bukan berpolitik untuk rakyat. Mahathir dan Kit Siang gigih juga berpolitik di hujung usia semata mata untuk anak dan kroni mereka.

Sebab itu mereka tidak peduli pun bila harga getah dan sawit naik. Bukan ada untung pun pada mereka.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.